BAB 11






 

BAB 11

 

2 bulan berlalu……

 

Ariana menunggu di kerusi, bersandar pada dinding klinik. Sejak peristiwa dia dan Adam…haidnya langsung tidak datang…Sudah dua bulan. Ariana jadi takut. Dia langsung tidak memberitahu sesiapa mengenai apa yang telah berlaku. Biar rahsia itu hanya dia dan Tuhan yang tahu.

 

Bagaimana kalau dia mengandung?

 

Adam langsung tidak menghubunginya, tidak mencarinya lagi. Itu sudah cukup melegakan Ariana. Tapi bagaimana dengan anak dalam kandungannya nanti? Perutnya yang masih leper seperti tiada apa-apa di dalamnya digosok perlahan. Betulkah ada janin di dalamnya? Kalau tak ada kenapa sudah 2 bulan haidnya tidak datang?

 

Matanya dipejam rapat. Menahan pilu. Kalau benar dia mengandung dia perlu pergi jauh. Jauh dari bumi Malaysia yang orangnya tidak mampu dan mahu menerima golongan sepertinya. Masyarakat di sini pasti akan memperlekehkan anaknya. Bukan salah anaknya. Biarlah, biar dia bawa diri jauh dari sini, ke tempat yang tiada orang akan menghukum mereka.

 

Dia dalam proses membuat permohonan kerja di England, dia masih berhubung baik dengan kawannya sewaktu di universiti dulu Pete, Matt dan Jess. Matt anak kepada pengusaha kilang makanan sejuk beku mempelawanya bekerja dengan mereka, tapi Ariana perlu menyediakan beberapa dokumen untuk permohonan Visa post study work untuk Tier 1 sebelum ke sana. Dia perlukan wang Pound Sterling 4,000.00 untuk di masukkan ke dalam akaunnya selama 3 bulan, sebagai salah satu kondisi untuk permohonan tersebut. Minggu depan bila dia dapat duit gaji untuk bulan April barulah cukup RM 24,000 dalam akaunnya. Jadi dia perlu menunggu 3 bulan lagi sebelum mula memohon.

 

Kalau benar dia mengandung…waktu tu usia kandungannya sudah 5 bulan. Hatinya kuat berdoa moga Allah swt membantunya menutup keaiban dirinya. Semoga kandungan tersebut tidak jelas memboyot.

 

Atau dia mahu ke Kanada? Menumpang Juwita yang sedang melanjutkan pelajaran di sana? Ariana keliru. Kalau ke sana, pasti Juwita akan bertanya dan bila Juwita tahu pasti dia akan mengamuk dengan Adam. Ariana tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia mampu membesarkan anaknya sendiri.

 

“Cik Ariana Rose..” pintu dikuak dari bilik doktor. Terpacul kepala seorang perempuan muda yang tadinya menjaga dikaunter.

 

Ariana bangun melangkah ke bilik doktor. Dadanya berdebar.

 

Seorang doktor perempuan duduk di kerusi. Tersenyum memandangnya. Ariana turut melempar senyum walaupun terasa janggal kerana hatinya berdentum hebat. Berdebar dan takut.

 

“Duduk” ucap doktor mesra.Ariana menurut.

 

“Sakit apa ya?” nilah persoalan yang paling Ariana kurang gemar. Kalau dia tahu dia sakit apa, apa gunanya dia ke klinik? Tapi Ariana jawabkan juga.

 

“Saya…dah dua bulan tak datang haid doktor…”

 

“Awak dah kahwin?”

 

Dah kahwin? Maksudnya dah ditiduri atau diakad nikahkan? Ariana serba salah mahu menjawab.

 

“Erm…ya doktor” Ariana pasti maksud doktor yang sebenarnya ialah : Awak dah pernah disentuh? Jadi pasti lah jawapannya ialah ya.

 

Doktor tadi tersenyum, “Mungkin awak pregnant tapi kita masih tak pasti. Tak datang haid ni boleh disebabkan oleh few reasons termasuklah masalah hormone, pregnant kalau yang dah kahwin la kan, stress yang melampau hingga hormone berubah..Jadi, saya sarankan Puan Ariana buat ujian kehamilan dulu”

 

“Okay doktor..” dia dah pernah buat ujian kehamilan dulu, dengan Adam. Ah, lelaki tu lagi. Menyakitkan hati je ingat nama dia.

 

“Izah!” laung doktor tadi kepada pembantunya. Izah gadis kaunter tadi muncul lagi.

 

“Awak tolong bawa Puan Ariana ni, dia nak buat pregnancy test

 

Izah angguk. Ariana bangun membontoti gadis tadi. Macam dulu juga, pihak klinik melakukan urine test. Dia menunggu di bilik doktor sambil tekanan darah dan beberapa soalan dilontar oleh doktor berkaitan dengan kitaran haid, pemakanan dan gaya hidupnya. Bila Izah membawa keputusan ujian, dada Ariana kembali berdebar.

 

“Hmmm awak tak hamil Puan Ariana…” muka Ariana dipandangnya. Ariana buat muka kecewa. Tak kanlah perempuan yang dah kahwin tak nak anak kan? Tak kanlah dia nak senyum pula kan?

 

“Kalau berdasarkan keterangan awak tadi…dan tekanan darah awak, saya yakin awak terlampau stress. Awak mengalami depresi, saya tak tahu apa puncanya..tapi depresi ni jangan dipanjangkan. Tak elok untuk kesihatan kita. Cuba puan beritahu kawan mengenai masalah puan, atau dapatkan khidmat kaunseling…atau pun cuba keluar dari rumah, lakukan aktiviti bersama suami. Bersukan atau bereakreasi…”

 

Kata-kata doktor di depannya dicerna satu persatu. Memang dia depress,  tertekan. Kalau hari-hari dia asyik menanti haidnya datang, tak ke tertekan tu? Dan setiap kali dia menunggu haidnya tetap tak datang. Pelbagai cara difikirkannya jika dia benar-benar mengandung. Yang pasti dia tak akan sesekali menggugurkan kandungan. Itu muktamad.

 

Tapi…Alhamdulillah, sekali lagi Allah tutup keaibannya. Dia tak mengandung. Alhamdulillah…

 

“InshaAllah…terima kasih doktor..mungkin kerja di pejabat banyak sangat”

 

“Saya bagi awak m.c untuk hari ni dan esok ok?”

 

Ariana angguk. Dapat cuti free siapa tak nak? Lagipun dia mahu keluar, sudah lama dia mengabaikan dirinya. Usai selesai di klinik Ariana memaklumkan mengenai cutinya kepada bosnya di pejabat. Asalnya dia hanya mengambil permohonan keluar pejabat dengan bosnya, dah dapat cuti, apa lagi? Balik lah terus. Beberapa urusan yang tergendala tadi disiapkannya sebelum dia pulang ke rumah.

 

Kata-kata doktor tadi kembali mengetuk mindanya.

 

“Awak tak hamil Puan Ariana…”

 

Ariana senyum lagi. Tak habis-habis dari tadi dia asyik tersenyum. Alhamdulillah mimpi ngeri mengandungkan anak luar nikah pasti tidak akan berlaku. Memang dia takut, dah banyak kes anak luar nikah yang berlaku di Malaysia. Pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah juga sangat buruk walaupan nyata bukan salah kanak-kanak tu. Ia salah si ibu dan bapa. Atau salah si bapa kalau macam kes sepertinya.

 

Diperkosa. Siapa mahu diperkosa? atau sumbang mahram. Sudahlah diperkosa, kemudian dihina pula oleh masyarakat sedangkan itu bukan kemahuan mereka. Jika mengandung tambah lagi kehinaan, kalau digugurkan berdosa. Jika dipelihara anak itu, pasti akan diejek, akan dihina, tapi bila dibunuh, dibuang juga akan dicerca. Akhirnya yang tersepit tetap si perempuan. Haih, perempuan...perempuan...patut lah orang tua-tua kata jaga anak perempuan ni lagi susah dari jaga sekandang lembu. Bukan sebab anak perempuan ni lagi bodoh dari lembu, tapi anasir jahat yang nak merosakkannya tu banyak...Perempuan pula lembut..macam mentimun dengan durian, sekali hempap habis lah berkecai mentimun tu. Durian tak ada pape, masih dinobatkan King of The Fruit. Mentimun pula dah lenyek hilang masa depan.

 

" Ariana, nanti ada event makan malam bersama anak yatim. You hadir ye. Ganti saya? "

 

Kus semangat!

 

Bosnya tiba-tiba muncul. Saat dia dok mengelamun tu lah bosnya muncul, saje je bos dia ni. Memo yang disuakan kepadanya dibaca. Majlis anak yatim dianjurkan oleh Kementeriannya dan disponsor oleh beberapa buah syarikat terkemuka.

 

" Okay bos" nampaknya dapat makan percuma la dia Khamis nanti . Ariana senyum gembira, memang dia suka makan-makan. Boleh duduk tempat VIP pula tu. Ye lah ganti bos katakan...

 

" Hmm alang-alang tu you jadi salah sorang pengendali program ni boleh?"

 

" Ada maklumat lanjut tak bos pasal program ni? Siapa yang tengah uruskan sekarang?"

 

" Yang ni directly bawah menteri. Ada beberapa wakil dari bahagian yang berlainan. Alang-alang awak dah pergi untuk perasmian ni,elok awak join jadi urusetia program nanti. Program ni tak silap saya akan ambil masa 6 bulan. Beberapa buah rumah anak yatim dah pun dipilih, rangka program pun dah ada. Sponsor pun dah ada. Cuma salah seorang urusetia program ni berpindah Kementerian, jadi kalau boleh saya cadangkan awak ambil alih. Boleh?"

 

Sebenarnya bosnya tak perlu tanya boleh ke tak? Kalau diarahkan memang dia akan buat. Dah itulah moto penjawat awam : Saya Yang Menurut Perintah (SYMP)

 

" SYMP bos " Ariana senyum." Siapa ketua program bos? Senang saya catch up"

 

" Awak call Harith, Pegawai Khas Menteri. Tanya dia detail. Dia ketua program ni"

 

"Okay, bos" bertambah satu lagi kerja untuknya. Walaupun satu Kementerian, tidak semua yang dia kenal. Encik Harith ni agak popular, tapi dia je yang tidak pernah ambil peduli. Yang mana satu Encik Harith pun dia tidak pasti. Nombor Encik Harith didailnya juga, mencari maklumat untuk program tu nanti sebelum dia balik. Program tu lusa. Esok dia cuti, takut nanti dia tak sempat untuk medapatkan maklumat lanjut jika dia tak bertindak sekarang.

 

 

* * * * * *  * * * * *

 

 

 

Tan  Sri  Tengku  Mukhriz  memandang  lelaki  yang  duduk  di  hadapannya.  Perpustakaan  rumahnya  sunyi.  Hanya  ada  dia  dan  Razif  lelaki  yang  diupahnya  dua  bulan  lepas untuk  mencari  maklumat  mengenai  Ariana.  Satu fail diserahkan kepada Tan Sri Tengku Mukhriz. Lelaki tadi dipandang dengan serius. 

 

" Complete?"

 

Lelaki tadi mengangguk.

 

Fail tadi dibuka. Beberapa helai kertas mengandungi maklumat mengenai Ariana dibacanya dengan teliti. 

 

Nama : Ariana Rose binti Hussein.

Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Tarikh Lahir : 17 Februari 1987

Status : Bujang

Alamat Rumah Tetap : Lot 8, Jalan Chempaka, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Alamat Rumah Sekarang : Unit 5, Tingkat 11, Blok D, Puteri Palma Condominium.

Pendidikan : Master of Philosophy in Management , University of Cambridge.

Nama Waris : Hussein bin Ridhwan Lee (Bapa)

Alamat Waris : Villa Terandak, Lot 13, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Nama Waris : Nik Asra Binti Nik Kadir (Ibu)

Alamat Waris :Lot 8, Jalan Chempaka, Pengkalan Chepa, Kelantan.

 

 

" Kenapa ayah Ariana tak tinggal dengan mak nya? "

 

" Dah lama bercerai Tan Sri. Ibunya remarried waktu usianya 6 tahun dan tinggal di Kelantan. Ayahnya kahwin dengan isteri sekarang sebelum mereka bercerai, lepas setahun berpoligami ibu dan ayahnya bercerai. Ayah dan ibu tiri Ariana tinggal di Kuala Lumpur. Ariana tinggal dengan ibunya "

 

" Apa nama ayah tiri Ariana?"

 

" Datuk Wan Jusoh bin Wan Ibrahim. Dia wakil rakyat di kawasan Pengkalan Chepa. Ahli perniagaan di sana. Maklumat mengenai ayah tirinya ada dalam fail Tan Sri "

 

Tan Sri Adam mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Satu persatu maklumat yang dibekalkan oleh Razif disemak olehnya. Datuk Wan Jusoh adalah seorang tokoh politik dan kontraktor kelas A, manakala Encik Hussein adalah seorang pengusaha gerai franchaise dengan jumlah gerai yang mencecah 500 buah di seluruh negara. Jutawan senyap rupanya…bisik Tengku Mukhriz. Dia perlu mengadakan usahasama dengan salah seorang daripada mereka.

 

Datuk Wan Jusoh, atau Encik Hussein?

 

Tak kan dia nak buka gerai juga? Tak logik…Lagipun Ariana Rose tinggal dengan ibunya, jadi calon terbaik ialah Datuk Wan Jusoh ayah tiri kepada Ariana Rose. Mungkin mereka boleh bekerjasama dalam pembangunan perumahan di sana, atau shopping complex? Atau bandar baru? Hmm..melantun-lantun idea yang keluar dari kepalanya. Tengku Mukhriz tersenyum puas. Pelan boleh dilaksanakan segera.

 

" Ok, good job Razif, ni bayaran untuk kamu" sekeping cek dihulurkan kepada Razif. Lelaki dalam lingkungan 30 tahun itu tersenyum menyambut. Usai menghabiskan kopi yang masih bersisa di cawannya, dia meninggalkan bilik Tan Sri setelah dibenarkan pergi.

 

Boleh tahan profile Ariana, fikir Tan Sri Mukhriz. Sekeping gambar Ariana ditelitinya. Cantik. Pandai. Sepadan dengan Adam.

 

Bilik bacaannya ditinggalkan. Fail tebal yang memuatkan semua maklumat mengenai Ariana dan keluarganya termasuklah profile perniagaan kedua ibu bapa Ariana di kendong bersama. Isterinya Puan Sri Lisdania dicari. Biasanya Puan Sri lebih gemar menghabiskan masanya di taman sambil membaca di tepi kolam ikan koi. Dia mahu berbincang dengan isterinya, Lis mengenai rancangannya itu. Tak tahulah isterinya akan bersetuju atau tidak..Puan Sri Lisdania pun sama macam anaknya, Adam. Memilih.



 -------------------------------------------------------

Banyak  kan  kes  anak  luar  nikah,  buang  bayi  sekarang?  Sometime  Evelyn  wonder  dengan  bantuan  baby  hetch  tak  kan   tak  mampu  nak  kurangkan  kes  buang  bayi?  Ironically  people  are  just  soo  something ! I mean kalau nak buat sangat pakai la protection kan? But how about  golongan yang diperkosa esp budak-budak. Pity them, they just dont know apa orang tu buat kat dia sampai sakit2 gtau mak and they figure out she is actually being raped. Sigh~ Emo  pula  Evelyn, sorry.  Reference  statistik  anak  luar  nikah  :  152,182 orang anak luar nikah 2008-2010

p/s :  hehe enjoy  semua ya! Thanks for reading and waiting ! Just checked p2u tadi and check blog.wowwiee really appreciate ur support guys.hehe

Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. yeayyy.
    ni nanti mesti adam or tan sri mukhriz ada dalam majlis anak yatim tu.
    wahh speku.
    thanksss evelyn =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah d first! hehe speku speku...let see in d next entry okay lol thank jg ye for reading.

      Delete
  2. Smbng lg...
    Best cita nih....

    ReplyDelete
  3. finally...apa2pun best2..x sbr nk tnggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ryanna! bab 12 is coming soon iAllah

      Delete
  4. thanks evelyn! lev yu... update selalu ya... huhuhu ...


    memang bnyk anak luar nikah skang ni . yg buang pun bnyak... evelyn buat cerita ada unsur kisah masyarakat... i like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah 2la yg buang pn banyak kan..*geleng2 kepalan.hehe.iAllah kalau sdah write up sme baru confident nak update salu.lol

      thanks yaa! ;D

      Delete
  5. best..teruskan

    ReplyDelete
  6. Yaaaa.. Mereka pasti berjumpa lagi!

    I'm glad she s not pregnant.. Xsabo nk tgu saat2 petemuan semula dorang! Hrp2 pn sri pon stuju laa.. Sng sket plan!

    Dear writer ~ can u post n3 everyday? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. every day? haha *pengsan -perlulah saya resign keje skrg.lol

      actually saya tengah nak siapkan the whole novel, takut kalau dah publish susah nak edit jalan cerita nnti. doa2kan sy cepat siapkan.haha

      Delete
  7. Hye, just found this blog. noted from p2u. this story is quite heavy actually, for me. but jalan cerita dia menarik sgt, and its rare. good job writer, keep it up! hoping for everyday posting! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anon pn nak everyday ye.hihihi,doa2kan sy cpat siapkan sme bab2.lol.

      you noted its heavy eh? i was kinds worried earlier since this novel is meant to deliver something jg..but thanksfully everyone can digest it well. alhamdulillah ;))

      thanks for reading yea!

      Delete
  8. btl ckp mizz acu, postlah N3 everyday.....tak everyday pun 5 times a wk or every other day....please.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah siap semua chapter ye ;) kalau tak cuakss.haha

      Delete
  9. wow, semangat nak baca ape yg jd after dis...hope evelyn updates n3 lagi ye...can't wait...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks blinkalltheday, iAllah I will update soon ya ;)

      Delete
  10. alamak ciputnya nak lg

    ReplyDelete
  11. hope sgt jdoh diorg ni berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti kita tengok, kot2 Ariana plak yang tak nak kan...

      Delete
  12. Skali tan sri syok ngan ariana..wakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!OMG that never cross my mind ;p haha

      Delete
  13. wah...makin menarik ni..mcm x sabar nk tau next entry..huhuhu

    anyway..isu anak luar nikah ni mmg dh sinonim ngan masyarakat kite..walaupun masyarakat tau kesalahan ni terletak pada kedua2 belah pihak,tp yg menanggungnya adalah perempuan..yg lelaki bebas ke sana sini..yg menjadi mangsa baby tu ar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes exactly lieda, saya sokong! pmpuan jg yang kena...kan..

      nnti ek lusa2 ke saya update. nak telek sekali lagi bab 12 ni. hehe.thanks!

      Delete
  14. Ala ciketnye entry..xpuas bace..writer cepat2 update entry baru eh...luv u..best sebab ade unsur2 pengajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye lovely saf! ;) thanks for liking it :)
      ok akan diupdate soon yee

      Delete
  15. Best..xsabar nak tunggu n3 seterusnya...n Novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks anon!
      tgh siapkan seme chapter..baru leh anta manuskrip iAllah. kalau dah siap bleh la update cepat2.haha

      Delete
  16. Love the story do continue......

    ReplyDelete
  17. mmg best... xsabar tunggu next n3...

    ReplyDelete
  18. best la!!! sukaaa,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thankss! i like it when u like it ;p

      Delete
  19. Replies
    1. farra! thanks! ;D

      lol kalau dalam senarai pengomen tade nama farra memang rasa tak lengkap.haha

      Delete
    2. e'eh.. choi jong hoon ft island ke ni???

      ft island the best

      Delete
  20. owhhhwiee adam xder, windu...
    dunia sekarang ni, kalo ank2 nmpak agama tu kecik, ibu bapa seharusnya didik ank2 tentang agama ni, insyaallah kalo betul2 bpegang teguh dgn agama ni, kita dpt kwal nafsu kita tu, nafsu ni, kdg2 tok imam pun boleh trbabas, inikan pula adam saya yg dah lama tggalkn islam. owhh rogol kanak2 sangtlh pedophila.How can a People be so Cruel? sighh... kita dah kmbali ke zaman jahiliah... owhh x ngandung ek? so lucky..... ariana be strong with all your heart... thanks dear... beszzz sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha comel la awak ni zm. saya trasa novel sy sgt real plak..and u r right about what u just said ;)

      Delete
  21. tak ada ke sesiapa nak buat novel tentang 'anak luar nikah' maksud saya penceritaan dari diri si anak luar nikah. dilema, perspektif pandangan, perasaan, integriti, rendah diri.. jodoh. dan lain. so far sy lom dpt jmpa novel pasal kisah nih. meybe everlyn boleh jadikan ini sebagai yr next novel. it's really mean tu me. or anibodi out there..if uall ada tjumpa any novel yg ada kisah gini please give me the name. i'm searching for it. badly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah la terfikir..tapi mmg akan jadi berat la novel tu sbb perlu banyak rujukan..pasal hak. pasal bin dan binti. wali etc.hwoever, iAllah ;) and thanks for the idea.

      Delete
  22. novel ni sgt menarik... xsabar nak tahu next n3..kalau dah di bukukan cepat2 inform... senang nak cari... sy mmg minat novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks a lot anon ;) kalau ada rezeki utk dibukukan iAllah...kene rajin menyambung bab ni.haha. thanks ya! :)

      Delete
  23. Sy dh baca berulang2 kali this story....... Sambunglarr cepat best sangat........ Tak sabar pulak tau.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks anon ;) nak uodate dah ni.lol

      Delete
  24. Dear author...

    Really2 luv tis stori...kak doakan cepat2 dibukukan...take care!!
    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak aminah! ;) really appreaciate ur doa. iAllah2

      Delete
  25. alahai pendeknya....boleh tak bgi yg panjang ? ehheheehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaa nnti chapter lain kita bagi panjang2 ek.lol

      Delete
  26. dis story..best..
    teruja nk tahu bab y akan datang...
    rupa nye si ariana bukan gadis biasa...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aryna ;) next chapter is coming! ;)

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. bila nk sambung x sabar wow..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol dah nak update dah ni ;)
      thanks for reading :))

      Delete
  29. aiyoiyooo... best la. tapi mcm tak puas. hehe, entah sampai bila la nak puas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheehee thanks akak ;))

      Delete
    2. welkam2...

      mcm mana sume org boleh tau aku ni line akak-akak.. alamak, dah tua la..hehe~

      Delete
  30. xsabarnya nk bce next chpter....ble nk post lg.....xsabar tggu novel nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah novel tgh siapkan manuskrip.haha.doa2kan cpat siap.lol. enjoy next chapter ye. nak update dahni ;)

      Delete
  31. sis, lmbt lg ke nk smbung cte nyer??
    xsabar nk bce..
    best sgt2!=)

    ReplyDelete
  32. just found this site...awesome... will it be published as a novel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah puteh ;) Kene siapkan manuskrip. Kalau dah publish or in its process sy gtau ye :)

      Delete
  33. from ariezshahputra.

    baru terjumpa blog ni. baca pun dsebabkan 'tajuknya' lain dr yg lain. bila dah baca , memang betul2 superp . bagi 5 bintang. jalan crita agak berat, klau btul olahan crita ni memang akan jadi best sesangat.
    jgan ambik masa yang lama utk bukukan yek. sya tunggu crita ni publish.tahniah kat awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot ariezshahputra :)
      really appreciate ur comment,iAllah trying my best to finish up the manuscript. iAllah, doa2kan ;)

      Delete
  34. gadisbasketball17 May 2012 at 10:43

    bila nak sambung...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi basket baller ;)

      dah smbg dah, enjoy ye!

      Delete
  35. terbaik,,da lama tunggu ni haaa... keep writing sis...

    ReplyDelete
  36. hari ni x update ep 14 ke...cite nih menarik

    ReplyDelete
  37. saya suka penulisan awak. ada masukkan informasi2 yang baik dan ada pengajaran secara tak langsung. keep it up !

    ReplyDelete
  38. fuhhh..nasib ariana x pregnant..hehe

    ReplyDelete
  39. Nasib baik la x pregnant..
    Bagus klau masukkn isu2 kemasyarakatan dlm ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts