BAB 3


BAB 3 :

Dua hari tidak ke pejabat, pasti pelbagai dokumen dan surat-surat yang perlu di teliti dan diambil tindakan. Ariana mengeluh perlahan, tanggungjawab sebagai penjawat awam perlu digalas dengan penuh integriti. Mengharapkan gaji tidaklah semewah kawan-kawannya yang lain, tapi kalau diniatkan dengan ikhlas, inshaAllah kepuasan itu wujud.

Keretanya diparkir di basement 2, usai keluar dari kereta dia segera ke lif berhampiran untuk punch card.Masih ada 15 minit lagi sebelum 8.30am, masih awal sempatlah dia menyinggah di kafeteria untuk membeli sarapan.

Masih ramai yang berada di kafeteria. Ariana melintas dengan lagak biasa. Kementeriannya agak besar, tidak semua wajah dikenalinya. Lagipun dia baru sahaja bekerja. CafĂ© Mr Butter yang menyediakan sajian inggeris dipilihnya. Sedang  dia beratur menunggu giliran beberapa mata memandangnya, terasa pelik tapi dibiarkan sahaja.

Sepanjang dia berjalan dari kafeteria hingga ke departmentnya di tingkat 7 terasa dirinya diperhatikan . Risau pulak dia kot-kot kainnya koyak ke, make up nya pelik ke, tapi apa yang pelik ? Dia hanya mengenakan pelindung  matahari, bedak padat dan pelembap  bibir.

Disangkanya bila sampai di pejabat, keadaan akan menjadi normal tapi sebaliknya berlaku. Usai pintu bahagiannya di buka beberapa pekerja berkerumun di sofa berhadapan kaunter. Apa yang meriah sangat ? Gumam Ariana sendirian. Lantas kakinya segera mendekati mereka.

“ Hi, guys, selamat pagi ! Ada apa pepagi ni ? ” senyuman selamat pagi shining like the sun dilayangkan.  Saleha, Ishak, Adibah dan Liza yang tekun melihat sesuatu memandangnya dengan riak terkejut.

“ Cik Ariana…” suara Saleha bagai tersekat. Ishak memandangnya dengan wajah semacam. Mereka semua segera berlalu meninggalkannya tercongak disitu. ‘ what the hell ? ’  bengang pula dia bila pepagi lagi dilayan pelik oleh semua orang.

Senaskhah akhbar yang dibaca oleh mereka tadi dicapainya.

OWH MY GOD !!

Terpampang wajahnya di muka depan. Berbaju kuning cair di majlis perkahwinan Tengku Juwita. – PEREMPUAN MISTERI MENGAKU HAMILI ANAK TENGKU ADAM KAMIL DI MAJLIS PERKAHWINANNYA –

Bila masa pula ada wartawan kat majlis tu ? Owh My God ! Bentak Ariana dalam hati. Langsung dia tak terfikir perkahwinan si Adam Kamil dan Juwita boleh jadi topik  panas di surat khabar. Dia hanya tahu Adam Kamil tu sepupu jauh Juwita, manalah dia tahu lelaki tu anak lelaki orang kedua terkaya di Malaysia ! Hot bachelor yang selalu masuk paper. Dia manalah ada masa nak belek ruangan gossip, kalau dibaca pun ruangan bisnes, berita dalam negara dan luar negara.

Ariana segera ke biliknya. Wajahnya ditundukkan sehabis boleh. Dalam hati terus mencongak alasan untuk diberikan pada teman sepejabat dan yang paling utama, bosnya! Pegawai Tadbir dan Diplomatik sepertinya perlu menjaga tatasusila, itu pesanan yang selalu diterima olehnya semenjak bekerja.

Beberapa dokumen yang diletakkan di atas mejanya di baca. Tindakan susulan dimemokan kepada sub-ordinatenya. Terus-terusan dia berdoa agar bosnya tidak membaca akhbar tersebut.

“ Cik Ariana, bos panggil ” keramat. Habis lingkup hidupnya!

 

Pintu bilik bosnya diketuk. Raihana PA bos membenarkan dia masuk. “ Bos ada kat dalam, masuk je”

Lelaki yang sebaya ayahnya itu memandangnya tepat. “ Duduk Ariana.”

“ Terima kasih bos.” Kerusi di hadapan meja bosnya di tarik. “ Erm..ada apa ya bos?”

Dengan pandangan yang masih tertancap di wajahnya senaskhah akhbar disuakan padanya. Akhbar tadi disambut olehnya dengan wajah selamba. Selepas beberapa ketika dia pura-pura bertanya, “ Kenapa bos? Ada isu masyarakat yang kita tak cover ke? ”

“ Cuba awak tengok betul-betul. Kenapa ada gambar awak kat situ? ”

Secalit senyum dilemparkan olehnya, “ Ni bukan saya ni bos..Iras je kot...manalah saya nak kenal dengan anak billionaire macam dia ni…”

“ Tak kan mata saya yang silap. Bukan mata saya je, semua orang atasan dah tanya saya tau. Awak pasti ni bukan awak ?”

“ Ye bos. Mana ada saya mengandung, bos tengok betul-betul. Saya mana ada pening-pening muntah-muntah..takde bos. Orang lain ni. Reporter tu pun tak tau sapa perempuan ni”

“ Tak pelah kalau bukan awak. Saya pun lega. Kalau tak awak perlu tahu kita ada protokol.” Tegas suara Encik Ibrahim. Sekarang dia dah boleh menarik nafas lega.

Usai berhadapan dengan bosnya dia ke meja pembantunya. “ Awak tengok tak paper arini?” Ariana buat –buat bertanya Hidayu.

“ Erm.. Cik Ariana ke perempuan tu ?” Hidayu  bertanya  perlahan.

“ Eh mestilah tak. Mana ada saya pregnant, awak pun tahu kan. Untung kalau saya kenal anak billionaire tu. Muka kami ada iras je.Perempuan lain tu” saje Ariana menguatkan suaranya supaya didengar oleh pekerja yang lain.

“ Tapi sama sangat lah Cik Ariana ! Sekali tengok pun dah boleh cam, tu kitaorang pun terkejut” Saleha yang kononnya sibuk menaip menjampuk.

“ Awak terkejut ? Saya lagi lah terkejut Saleha . Kat atas dunia ni kana ada 7 muka yang sama. Kalau dapat kumpul 7 tu sah kiamat. Ni baru dua.”

“ Hmm tak sangka benda macam ni berlaku….” Perlahan je suara Saleha yang kembali mengadap PCnya. Ariana kembali berbincang dengan Hidayu mengenai tugasan yang baru diberikannya kepada Hidayu sebelum kembali ke biliknya.

Belum sempat dia duduk, telefon bimbitnya berdering sakan.

' Ummi '

Ariana garu kepala. Ni pasti ummi dan ayahnya dah baca surat khabar tu. Nak tak nak terpaksalah dijawabnya juga. Nanti risau pula orang tuanya.

" Assalamualaikum ummi..."

" Waalaikummussalam. Rose, ummi nak tanya ni, betul ke perempuan yang kat akhbar tu kamu Rose? Ummi terkejut tengok! "

" Tak...ummi...bukan Rose...ummi kan baru je datang sini minggu  lepas. Umi nampak kan perut perempuan dalam paper tu kan besar..."

Umminya pandang gambar dalam surat khabar yang dipegangnya. Gambar gadis itu hanya takat bahu. Tak nampak pula perutnya. " Gambar ni sampai bahu je Rose, mana nampak perut"

" Alah, ummi Rose tak pregnant...Rose mana kenal laki tu...ummi tahu kan Rose mana ada masa nak bercinta ni..."

" Hmmm ye lah. Jaga diri Rose, jangan buat ummi dengan ayah kamu kat kampung ni malu. Minggu depan balik sini, ummi tak suka orang kampung dok bercakap pasal kamu"

" Next week tak boleh ummi, nanti dua ,minggu lagi Rose balik ye. Memang bukan Rose, ummi jangan risau..."

" Ye lah...ummi percaya anak ummi. Jaga diri."

" Ye ummi, kirim salam kat semua ya."

'Oh My God ! What a day....!' tempik Ariana tapi dalam hati je. Nanti satu ofis dengar tak ke haru? Nombor Juwita di dail, sekejap sahaja dah pun dijawab.

" Juwita !!! "









Comments

  1. hehehe.. kena dah ariana .. sabar jelaa...

    ReplyDelete
  2. aaaaaa.... disitu permulaannya.. hihi,, best2..

    ReplyDelete
  3. sukanya.. best ni

    ReplyDelete
  4. i really luv tis story...:)

    ReplyDelete
  5. Sekali terkena kat batang hidung sendiri daaa... ariana!

    ReplyDelete
  6. seee..berani buat berani la tanggung ye ariana..huhu

    ReplyDelete
  7. Alamak...abis la ariana...giler kecoh semua org.hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts