Untukmu Cinta Bab 5
Bab 5
4 Februari. Jumaat.
Kediaman Orkid dan Eve, Mont Kiara
“ Orkid, you nak ikut I
pergi gim tak ? ” tanya
Eve yang sudah
siap dalam pakaian
sukan. Pintu bilik Orkid
di bukan penuh.
“ You
ni banyak betul
tenaga. I penat lah… ” Orkid pula
masih berbaring di
atas katil. Masih penat. Seharian buat
kerja makmal. Redah trafik
pula lepastu untuk
balik ke rumah. Mujurlah ofis
tak jauh sangat
dari rumah.
Eve ketawa. Dia berjalan
masuk ke bilik
Orkid. Duduk di birai
katil. Samantha teman serumahnya
masih belum pulang.
Orang kerja Bank
Negaralah katakan… malam baru
nampak muka. “ Jom la… teman
I ? Pergi jalan je
atas trademill ? ”
Orkid
buat muka malas
sambil geleng kepala. Biasanya Orkid
memang jenis yang
liat nak ke
gim. Orangnya kecil sahaja. Badannya kekal kecil,
ke gim
pun dah tak
perlu. Kalau dia ni
lain cerita, makan lebih
sikit terus naik
badan. Untungla orang macam
Orkid.
“ I
masak malam ni. By the
time you siap exercise, Samantha balik rumah, dinner is
ready? Better kan ? ”
Eve
berkira dalam kepala. Membayangkan hidangan
masakan ala kampung
dari Orkid. Hmmm… kecur liur
dia dibuatnya. Haruslah dia exercise
lebih sikit hari
ni, boleh dia makan
banyak sikit !
“ Okay ! ” Eve bangun. Senyumannya lebar. “ That is
actually a better
idea. Masak apa malam
ni ? ”
“ Tengoklah
apa yang ada
dalam peti tu. ” Orkid
menggeliat malas. Di beranda
penuh dengan tanaman
ulaman dan sayuran. Bab
sayur dia tak
perlu risau. Siap ada
bekas hidroponik lagi
untuk sayur – sayuran.
“ Okay dokey ! I’ll
head out first. Kalau ada
nak pesan apa-apa
kat kedai 10
Mont Kiara tu
bagitau I. ”
Orkid
mula bangun. Menggeliat malas
dan mula turun
dari katil. Skirt hitam
paras buku lali
dan kemeja corak
bunga kecil masih
di badan. Dia melangkah
ke peti sejuk. Satu
persatu bahan – bahan yang
ada dia semak. Ada
udang, ada ikan, ada sotong, ada
kunyit, ada lada, ada daun
kari, ada santan… Well..basically apa
yang tak ada ? Semua
ada.
“ Everything is
there la. I buat
masakan melayu je
pun. Not so
difficult. Lada ada,
bawang ada, santan pun
ada… ” Suara lemah lembut
campur malas Orkid
buat Eve ketawa. Macam
mak – mak pun ada. Eve
sendiri tak ada
adik beradik. Adanya Orkid
kadang buat dia
rasa macam kakaknya
sendiri walaupun usia
Orkid 3 tahun
lebih muda dari
dia tapi perangai
Orkid yang suka
mengambil berat perihal
mereka semua memang
macam mak-mak.
“ Okay
Chef Orkid, I turun
dulu ! ” Earphone dan
telefon bimbit sudah
sedia ada di
tangannya. Bekas minuman
dia capai sebelum
melangkah turun meninggalkan
Orkid sendirian di
dapur.
*****************
“ Oh
my God… I’m so
tired ! ”
Eve berbaring di
atas sofa warna
coklat muda. Kakinya diletakkan
di atas bahu
sofa panjang. Dia menggeliat
malas.
“ You nak
air milo Eve ? ” tanya
Orkid dari meja
bar dan dapur kering. Dapur kering
letaknya bersambung dengan
ruang tamu. Manakala dapur
basah pula berada
di hujung kondominium. Eve menapak
sedikit. Memandang Orkid dari
sofa. Samantha pula masih
belum balik.
“ Are you
having one ? ” tanya Eve
separa melaung. Takut si
Orkid tak dengar. Seganlah kalau
dia nak order
air milo kalau
Orkid sendiri pun
tak minum sama.
“ Ye. Makanan dah
masak tau. Sementara tunggu
Samantha minum milo
ni dulu, boleh buat
alas perut dulu.” Orkid
senyum manis. Semua yang
memandang wajah Orkid, pasti
akan rasai ketenangan. Itu yang
Eve rasa setiap
kali dia pandang
Orkid. Bukan setakat rupa
tapi sikapnya juga. Kadang
dia rasa Orkid
ni macam figura
seorang ibu pada
dia.
“ Okay ! Milo panas
satu. Hehe. ” Eve sengih.
Orkid kembali membancuh
milo. Eve pula ralit
memandang kotaraya Kuala
Lumpur. Damai apabila memandangnya
dari jauh begini.Dia
berasal dari Kuching, Sarawak. Orkid pula
dari Pahang dan Samantha orang
Ipoh, Perak.
“ Jom, duduk di
beranda. ” ajak Orkid pada
Eve yang masih
berbaring dan leka
mengelamun. Dua gelas milo
berada di tangan
Orkid. Dia berdiri di
hadapan pintu lungsur
memasuki beranda. Menunggu Eve
untuk membuka pintu.
Eve
lekas bangun. “ Okay ! ”
Pintu lungsur dibukanya
luas. Orkid suka bersantai
di beranda. Angin malam
sepoi-sepoi bahasa dan
pemandangan Kuala Lumpur
tampak sangat cantik
dari beranda rumah
mereka.
Orkid
letakkan gelas di
atas meja taman. Dia
duduk di buaiansangkar. Di situ
ada dua buaian
sangkar, satu untuk dia
dan satu untuk
Eve. Samantha pula tidak
berapa suka berada
di luar begitu.
“ Thanks a
lot Orkid ! You are
like my mommy tapi mommy
I tak masak
pun untuk I… Maid I
je yang selalu
masak… ” Eve sengih
nakal. Orkid mencebik bergurau.
“
I’m younger than
you, okay. ”
Eve
buat muka terkejut. “
No. You cant play
the age card. After
30 women doesn’t
age anymore. ”
Mereka
sama-sama tertawa. Eve sudahpun
berusia 31 tahun. Orangnya masih
ligat. Masih cantik dan
masih banyak peminat. Cuma
dia sahaja yang
tidak mahu berkahwin
lagi. Orkid pula sudah
cecah 28 tahun. Orang
kata usia dah
lanjut, tapi dalam hati, rasa
macam baru lagi
bertatih atas dunia ni.
“ Penat
betul la minggu
ni… Dah lama juga
tak ada demonstrasi
macam ni kan ? ”
Orkid
angguk mengiyakan. “ Dah setahun
juga kan? ”
Eve
fikir sejenak sebelum
mengangguk laju.
“ Do you
think they care ? Up
to now, nobody says
anything isn’t it ? ” soal Orkid
pada Eve.
Eve
angguk perlahan sambil
mulut menghirup milo. “ We tried… ” Eve menjawab
sambil mengeluh perlahan. “ But then, few reporters
came and they
will also come
to the talk
this Saturday. So… I hope
it will gives the developer
some pressure and
those reporters can
share the knowledge
to the public..”
“ I
macam rindu lah
dekat Dato Karam
Singh Walia. Dia je wartawan yang
selalu buat liputan
mengenai alam sekitar. I miss
having a reporter
like him. You
remember his pantun
and hand
gesture ? ” Orkid tiru gaya
Dato’ Karam Singh
sebelum kedua-duanya ketawa
kuat sampai meleleh
air mata mereka.
“
He is
funny but a
very good reporter. ”
Eve hirup air
milo sambil matanya
lekat pada pemandangan
kota raya. Cantik.
“
He is. Anyway, macam mana
gym session ? Penat sangat
nampak ni?”
Soalan
dari Orkid menarik
perhatian Eve. Gelas milo
diletakkan di meja. Wajahnya nampak
teruja.
“ You know
what, I jumpa this handsome
guy downstairs in the gym. ”
Orkid
senyum. Dahinya berkerut. “ Siapa
? ”
“ Siapa
tu Bryan Randall ? Remy I
kenal la… ” Orkid bertanya
tulus. Siapa mamat tu ? Pelakon
la kot telahnya
dalam hati.
“ Hollywood
photographer. Pakwe Sandra
Bullock. ”
“ Mat
saleh ke ? ” kalau mat
saleh dia tak
pelik pun sebab
kat sini rata-rata
mat saleh, korea dan
cina. Melayu jarang sangat
nak jumpa.
“ Tak
tahu la… I intai sipi – sipi
je… ”
Eve
kembali senyum. “ Kenalah pergi
gim selalu. Hihi. ”
Eve
nampak teruja. Jarang sekali
kawannya ni nak
teruja begitu,tapi kalau dia
minat sesiapa pun
biasanya sekadar crush.
Tak pernah yang
betul – betul
tergila-gilakan sesiapa.
“ Marah
Adam nanti kalau
tahu kau usha
lelaki lain. ” Orkid sengaja
bergurau. Dia sendiri tak
pasti apa status
perhubungan antara Eve
dan Adam. Kadang macam
pasangan kekasih rapatnya
tu, kadang macam kawan
baik… dari cara Adam, dia
tahu Adam memang
sukakan Eve.
Wajah
Adam menyusur di
minda Eve. Adam yang
juga tinggi lampai. Adam yang buat hatinya keliru dan celaru. “ Kawan je
la dengan Adam
tu… ”
“ He likes
you, I can tell. ” Orkid berkata
mendatar. Ada ngilu di
hatinya sendiri saat
ayat itu terpacul
dari bibirnya.
“ I don’t
know. He never say he loves
me. Dia kan memang
jenis yang ambil
berat dengan kawan – kawan
kan… Dengan you pun dia take
care. ”
“
Take care as
kawan lain dengan
take care as
someone you love.”
Eve
mula bangun. “ I don’t know. Laparla. Jom makan. Malas
la nak tunggu
Samantha.”
Orkid
tahu Eve cuba
mengelat. Pada dia Eve
dan Adam macam
pinang di belah
dua. Sama cantik dan
sama kacak. Sama kaya
dan sama terpelajar. Walaupun dia
sukakan Adam, dia sedar
siapa diri dia. Dia
bukan dari latar
belakang seperti Adam. Kata
orang kalau kahwin
pun, tak sekufu. Susah nak
bahagia. Dia mengekori Eve
ke meja makan. Elok
sahaja mereka duduk
Samantha balik.
“ Panjang
umur you Sammy. Kami
dah nak makan
dah ni.” Eve menegur kawannya
sambil dia mengambil
duduk. Orkid pun sama.
“ Sorry guys lambat
sikit balik. Banyak kerja. ” Samantha meluruterus
ke meja makan.
Makanan sudah
siap tersedia di
meja makan yang
letaknya bersebelahan dengan
beranda. Samantha buka tudung
saji. Orkid pula melangkah
ke dapur kering
letaknya peti sejuk. Dia
mengambil sekotak jus
nenas dan membawanya
ke meja. Samantha letakkan beg
di atas kerusi
sebelum kembali ke
meja dan Eve
pula sudah siap
sedia menyeduk nasi
ke pinggan.
(gambar ilustrasi daripada IG: bunga_lavenders)
“ Bau
sedap ni mesti
Orkid yang masak
kan ? ”
Orkid
buat gaya hair flip.
Eve
jeling garang. “ Oh… Next
time I cook, you
not gonna taste
it Samantha. Remember.”
Samantha
ketawa kuat. Orkid menyorok
senyum. Memang masakan Eve
agak kurang sedikit. Kadang terlebih
masin dan kadang-kadang
hangit.
“ I,
had rather not
eat. Last time you
cooked it was
burnt babe. Burnt food
contains toxic. Acrylamide could
cause cancer. ”
“ Mmm hmmm ” Eve goyangkan
jari telunjuk tanda
tidak bersetuju. “ It
is true that
acrylamide is toxic
and killed people
and cows, but the direct
relationship between acrylamide
from burnt food and
cancer isn’t proven
yet. ”
“
I had
rather not eat
that substance. Period. ”
Orkid
hanya senyum mendengar
kedua-duanya gaduh-gaduh manja. Samantha dan
Eve suka berbahas
kecil begitu. Katanya elok
untuk perkembangan otak. Orkid
pula lebih tenang
orangnya. Lebih selesa berdiam
diri sahaja. Haritu bila
Eve masak memang
dia akan makan. Nak
jaga hati kawan…Waktu
di UK pun Eve yang
banyak tolong dia. Dia
jumpa Eve sewaktu
Eve menyambung pelajaran ke
tahap PhD, dia pula
ambil Master. Samantha pula
kawan lama Eve
semenjak ijazah lagi
tapi Samantha lebih
dahulu pulang ke
tanah air. Samantha berbangsa
India tapi fasih
berbahasa melayu. Orang kampung
berasal dari Perak. Orangnya bijak. Samantha dapat
menyambungkan pelajaran ke
UK atas biasiswa
Bank Negara.
Sekarang
pun dia beruntung
sebab rumah yang
dia duduki ni
rumah yang dibeli
oleh ayah Eve. Kalau
nak kira sewa
sebulan biasanya RM 12,000.00
tapi kawannya tu
bagi dia sewa
bilik pada harga
RM 1200.00 je termasuk
bil elektrik, air dan
gas. Bilik master bedroom Eve
yang duduk, dia menyewa bilik
yang lebih kecil
tapi kecil pun
ada bilik air di setiap
bilik. 11 Mont Kiara
Condominium adalah kondominium
bertaraf 6 bintang. Kalau dia
sendiri nak menyewa
di situ rasanya
bertahun lagi pun
belum tentu dia
mampu. Gaji sekarang pun
hanyalah RM 5000.00. Mujurlah
kereta yang dia
guna hanyalah kereta
terpakai yang kosnya
hanya RM 300.00 sebulan. Ada
duit lebih dia
boleh hantar pada
ibu dan neneknya
di kampung. Dia pernah
ajak mereka berpindah
ke Kuala Lumpur
tapi kedua-duanya degil. Suka
sangat dengan kampung
halaman. Sebelum dia tinggal
dengan Eve dan
Samantha, waktu tu dia
baru sahaja habis
belajar. Tinggal menyewa di
Sri Kembangan, sewa satu
rumah hanyalah RM 600.00
sebulan dan satu
bilik hanya RM 200.00 tapi kadar
jenayahnya tinggi. Hampir setiap
hari ada sahaja
kes ragut di
kawasan itu dan
paling dia tidak
tahan apabila perompak
masuk ke rumah
sewanya. Mujurlah waktu itu dia balik
kampung. Yang menjadi mangsa
adalah kawan serumahnya
dan harta benda
yang ada di
situ. Mujurlah kawan serumahnya
pun selamat dan
tidak diapa-apakan…Bukan satu
rumah tetapi hampir
sepuluh buah rumah
di kawasan tersebut
dirompak. Setiap kali bulan
puasa, ada sahaja kes
sebegitu. Dia hanya bertahan
di situ selama
setahun. Habis kontrak dia
terus berpindah ke
kawasan yang lebih
selamat. Biarlah bayar lebih
sedikit dari hidup
dalam ketakutan. Nak pula
dia perempuan.
“ Orkid. ”
“ Hmm ? ” Orkid pandang
Samantha. Muka blur.
Samantha
menggelengkan kepalanya sambil
tersenyum nipis. “ Mengelamun… ”
Orkid
senyum tenang. “ Okay, ya I
suka mengelamun. Kenapa you tanya
apa tadi ? ”
“ I
cakap you masak
sedap… Tolong hulurkan masak
lemak pucuk paku
tu boleh ? ”
“ Okay… ” Orkid senyum
bangga. Pinggan berisi pucuk paku dihulurkan
kepada Samantha.
“ Thank you ! Anyway, macam mana
dengan your demonstration ? Okay ? ” tanya Samantha
penuh minat. Dia sendiri
tidak berminat dengan
aksi-aksi demonstrasi begitu. Lagipun dia
banyak kerja. Sudah beberapa
kali kawan – kawannya tu
berdemonstrasi. Baru hari ni
mereka boleh makan
semeja macam ni. Hari -
hari biasa semua
orang sibuk.
“ Goes well. Nak
join tak esok ? ”
Samantha
sengih. “ Hehe… you know
the answer.”
Eve
jongket bahu. “ Tak salah
mencuba nasib. Manalah tahu
satu hari you
berubah ke ?”
“ Tak
tahu lah bila but honestly
I’m so busy. ”
“ Iyalah
dia kan kerja
dengan Bank Negara. ”
Samantha
pandang atas. Buat muka
menyampah dengan komen
Eve. Dia memang sibuk
memanjang. Si Eve ni
tak apalah, anak orang
kaya. Nak sahaja dia
cakap macam tu
pada Eve tapi
tak sampai hati. Kalau
tak kaya, tak adalah
mak ayah hadiahkan
kondominium RM 3.5 juta
sebagai hadiah habis
PhD ? Tak adalah mak
ayah dia yang
tanggung dia belajar
di UK sedari
ijazah hinggalah ke PhD
? Eve dan Adam
sama sahaja. Dua – dua anak
orang berada. Boleh mereka
korbankan 2 hari
untuk demonstrasi. Kalau dia
dan Orkid ? Memang tak
lah. Dia pun tak
faham kenapa Orkid
ikut serta. Dia tahu
Orkid sangat sayangkan
pokok. Dalam rumah ni, penuh
pokok-pokok di beranda
rumah samada di
beranda ruang tamu
atau dapur, di hadapan
pintu masuk, dalam tandas, di
dapur kering dan
ruang tamu. Semuanya hasil
jagaan Orkid. Orkid ni
sanggup ambil cuti
tanpa gaji untuk
perjuangkan hutan hujan
tropika tu.
“ Okay guys
don’t start. Jangan gaduh
depan makanan. ” Larang Orkid
tegas sebelum Samantha
dan Eve menyambung
aktiviti sindir menyindir
antara mereka. Eve dan Samantha ni
suka bertegang urat. Pada
mereka berbual sahaja
macam orang berbahas, tapi pada
Orkid dia bingit
bila mereka berbahas
begitu. Macam anjing dengan
kucing tapi masih
kawan rapat.
Eve
dan Samantha ketawa. Serentak mereka
bersuara, “ Okay mommy.
Kahwin dengan orang
tua you Orkid. Selalu
macam mak-mak. ”
Orkid
menggelengkan kepala. Sempat lagi
dua orang ni kenakan
dia. Pembuli betul.
“ Tua
tak apa asal
elok budi pekerti, segak, kacak, bergaya. Ha. Youjangan selalu
sebut macam tu, tak
pasal-pasal I kahwin
dengan your papa. ”
“ Euuu.
No way. ” Kedua-duanya bersuara
serentak sekali lagi . Orkid
ketawa mengekek. Padan muka.
“ Ha, tahu
takut. Nauzubillah hi
min zalik, anyway. Minta Tuhan
jauhkan lah dari
dapat anak tiri
macam korang ni. Pening
kepala tahu ? ”
to be continued...
Thank you for reading! Your support is my motivation. Many thanks for following my journey as an author.
Look at the way my pal Wesley Virgin's autobiography launches in this SHOCKING and controversial VIDEO.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the army-and soon after leaving-he unveiled hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the government and others used to obtain everything they want.
THESE are the exact same SECRETS many famous people (notably those who "come out of nothing") and top business people used to become rich and famous.
You probably know how you only use 10% of your brain.
Mostly, that's because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Perhaps this conversation has even occurred INSIDE your very own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain seven years back, while riding an unregistered, beat-up garbage bucket of a vehicle without a driver's license and with $3 on his bank card.
"I'm absolutely fed up with living check to check! When will I become successful?"
You took part in those types of conversations, isn't it right?
Your success story is going to be written. All you need is to believe in YOURSELF.
Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast