Join This Site

Tuesday, 19 March 2013

Novel 13 Jam A380 : Bab 25



Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah, terupdate juga. I suppose to write up to Bab 42 before updating this entry, but serious tak ada mood nak menulis lagi, hence, I stopped at bab 41 now. Nanti ada mood sambung lah lagi :) . I need to do it this way, for two reasons : -

1) I dont want a big gap between the final chapter here and the publishing date. Macam TWB dulu it took about three  months. 

2) I know the only thing make me keep on writing is sebab you all yg minta and baca, hence kalau dah stop tu kemungkinan untuk malas menyambung sangat tinggi. So I make that kind of rule. Tulis 5 Bab, update 1 Bab kat sini. (rule ni dibuat lambat, kalau tak dah lama siap A380 ni, haha) 

Anyway, I miss my old blog which had been deleted. lol. Thanks guys for reading and see you in d next chapter, insyaa Allah ! 

x Eve x  
 

Bab  25  


“ Fido, tolong  ambilkan  gambar  saya  dengan  kereta  ni. Emmel  honey, let’s  take  a  picture  with  mommy’s  new  boyfriend.

Tersengih  Fido  melihatkan  gelagat  aku.

“ Okay  girls… 1….2….Say  geee ! ”

Klik.

Beberapa  keeping  gambar  diambil. Sibuk  aku  dan  Emmel  melihat  gambar-gambar  yang  diambil   oleh  Fido.  Nak  muat  naik  dalam  Facebook  dan  Instagram  tak  boleh, takut  keluarga  tahu  pasal  kerja  sampingan  aku  menjaga  Emmel. Habisnya  simpan  sahaja  dalam  album  telefon.

“ Mommy  you  look  like  an  awesome  racer ! ” Emmel  mengomen  bila  memerhatikan  gambar  kami  di  skrin  IPhone. Dia  pandang  aku, kemudian  pandang  dirinya  sendiri.

“ Mommy, next  time  when  we  do  shopping, can  you  buy  that  kind  of  pant…I  wana  look  like  you…”

Tercengang  aku  dengan  Emmel. Seluar  leather  skin  warna  hitam  yang  aku  pakai  aku  perhatikan. Jenis  ketat. Tak  pasal-pasal  aku  terbayang  Emmel  sedari  kecil  berpakaian  seperti  aku. Seluar  ketat, baju  ketat… dan  tiba-tiba  terasa  malu  bila  aku  membayangkan  aku  memakai  pakaian  sebegitu… Habisnya  aku  sengih  je.

“ And… shirt… just  like  the  one  you  wear  last  night ! I  like  that  one. ” leka  si  Emmel  memandang  skrin  telefon. Satu  persatu  gambar  dilihatnya. “ Daddy  don’t  allow  me  to  wear  that  kind  of  shirt..I  don’t  know  why… ”

Gulp. Aku  telan  liur.

Baju  semalam ?

Baju  tanpa  lengan  yang  aku  pakai  dengan  bikers  jaket. Corak  tengkorak  manusia  warna  putih, berlatar  belakang  hitam. Seluar  aku  pakai  skinny  jeans  jenis  kulit  juga. Jeda  sebentar. Fido  yang  memerhatikan  kami  sedari  tadi   tersengih  tanpa  kata. Dia  tampak  seperti  terpana.

‘ Bayi  bagaikan  kain  putih  yang  dicorakkan  oleh  yang  menjaganya ’  ayat  yang  kini  menjadi  kenyataan. Walaupun  mereka  kecil  tapi  mereka  memerhati  dan  meniru.

“ Hmmm…nanti  kita  pergi  dengan  daddy  okay ? ” jawab  aku  perlahan  tapi  dalam  hati  mula  berjanji  untuk  memakai  pakaian  yang  lebih  sopan.

“ Okay ! ” riang  si  Emmel. Telefon  aku  dikembalikan.

“ Mana  Fawwaz ? ” melilau  aku  mencari  kelibat  Fawwaz. Tadi  dia  ada.

“ Kat  dalam  kot. Kenapa ? ”

“ Nak  cuba  drive  kat  luar. Nak  tanya  dia  bagi  ke  tak. ” aku  tersengih  lagi. Fido  mengangguk  faham.

“ Telefon  je  tanya. ”

Kelakar  pula  kat  rumah  pun  nak  main  telefon-telefon  tapi  aku  dail  juga   nombor  Fawwaz. Dia  ada  kat  dalam  rumah, tengah  bercakap  dengan  nenek. Bila  aku  cakap  yang  aku  nak  test  drive  kat  luar  dia  minta  tunggu. Katanya  dia  ikut  sama, Emmel  tinggalkan  dengan  Fido  dulu. Gaya  macam  bahaya  benar  je, mesti  dia  bimbang  kalau  ada  apa-apa  nanti  Emmel  terlibat  sama. 

Dari  jauh  aku  dah  nampak  Fawwaz  berjalan  keluar   dari  pintu  utama. Tenang  sahaja  dia  berjalan  ke  arah  kami. Fido  pandang  abangnya  kemudian  pandang  aku  yang  sedang  memegang  tangan  Emmel  di  sebelahnya.

“ Saya  tengok  Fawwaz  macam  dah  lain  sikit. ” Fido  sengih  semacam. Aku  kerutkan  muka. 

“ Lain  macam  mana ? ”

Fido  senyum  lagi. Senyum  sampai  mengecil  matanya. Kereta  ditepuknya  gaya  bermain  drum  sambil  menyanyikan  lagi  You  Are  My  Sunshine. 



“ You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away ”

Tergelak  aku  melihatkan  gaya  Fido. Emmel  pula  turut  sama  menyanyi  bersama  Fido, siap  bertepuk  tangan  lagi.

Sakan  aku  ketawa  sampaikan  tak  sedar  yang  mata  mula  meleleh  dengan  air  mata  gembira. Melihatkan  Fido  dan  Emmel  yang  menyanyikan  lagu  tersebut  buatkan  dada  aku  sebak. Bagaikan  mereka  benar-benar  maksudkan  bait  kata  yang  dinyanyikan. Terharu !

Bila  Fawwaz  datang  aku  mula  terasa  canggung. Bimbang  Fawwaz  tak  suka  semua  ini. Aku  tahu  melalui  Fido  yang  Fawwaz  tak  sukakan  muzik. Katanya  Islam  mula  jatuh  sewaktu  pemerintahan  Abbasiyyah  adalah  bila  muzik  mula  menyerap  masuk  ke  dalam  masyarakat. Nyanyian  bagi  mereka  dibenarkan  tapi  tanpa  muzik  yang  diharamkan  seperti  gitar, piano  dan  bunyi  yang  melalaikan. Aku  tahu  secara  saintifik  muzik  memang  mampu  memperngaruhi  emosi  dan  psikologi  manusia, malah  berupaya  mengubah  bentuk  partikel  air, dan  secara  logiknya  85%  daripada  badan  manusia  adalah  terdiri  daripada  cecair. Malah, eksperimen  yang  dijalankan  oleh  saintis  mengenai  muzik  dan  tumbesaran  pokok  turut  mendapati  pokok  yang  diletakkan  di  dalam  bilik  tertutup  dan  dipasang  dengan  bunyi  muzik  rock  terbantut  tumbesarannya  dan  akhirnya  mati, manakala  pokok  yang  tidak  dipasangkan  muzik  mampu  hidup  seperti  pokok  yang  diletakkan  di  luar  bangunan  eksperimen.

“ Julius  Caesar  pernah  cakap, mereka  tidak  berani menyerang   Islam  sehinggalah  akidah  ummat  Islam  berada  pada  tahap  paling  rendah, dan  ianya  berlaku  selepas  muzik  diperkenalkan. 

Ayat  Fido  aku  ingat  hingga  kini. Ayat  yang  buatkan  aku  terfikir, walaupun  pada  awalnya  sukar  untuk  aku  terima  pegangan  sebegitu. Tapi  bila  difikirkan, aku  menolak  pegangan  mereka  kerana  aku  sendiri  tidak  bersedia  untuk  meninggalkan  muzik  sebegitu,  bukan  kerana  ianya  tidak  logik  dek  akal.

Wajah  Fawwaz  yang  berdiri  di  sebelah  Fido  aku  perhatikan  . Aku  sangkakan  dia  akan  marah, rupanya  dia  ketawa. Memeluk  bahu  Fido  yang  masih  bergendang   dan  mengusap  rambut  Emmel.

You are my sunshine, my only sunshine
  You make me happy when skies are grey ”

Terlopong  aku  bila  Fawwaz  turut  sama  menyanyi. Ceria  wajahnya. Mereka  tampak  sangat  bahagia. Aku  pandang  langit  yang  cerah  membiru. Matahari  yang  cerah  dan  memanaskan. Bibir  mula  merekahkan  senyum.

“ You  make  my  day  guys ! Emmel  you  team  up  with  mommy. We  bake  cake  after  I  return  home, okay ? ” tangan  aku  suakan  pada  Emmel  tanda  high  five. Laju  dia  menyambut  sambil  tersenyum  girang.
 
“ Okay, mommy !!! Daddy  like  carrot  cake  with  loads  of  cheese  just  like  Emmel  and  Uncle. ”

“ Okay, we’ll  bake  carrot  cake.” Aku  kenyitkan  mata  pada  Emmel. Dia  ketawa.  “Emmel  duduk dengan  Uncle  Fido  dulu, mommy  keluar  dengan  daddy…balik  kita  picnic  all  right ? Jom  Emmel’s  daddy.


************

Tali  pinggang  keledar  aku  pasang. Cermin  pandang  belakang  aku  betulkan. Fawwaz  cerewet  macam  cikgu  aku  yang  mengajar  aku  memandu  dulu. Nasib  baik  dia  nyanyi  lagu  You’re  My  Sunshine  tadi, jadi  tak  adalah  panas  sangat  hati  ni. Elok  je  aku  nak  masukkan  gear  dia  bersuara  lagi.

“ Hana, doa. ” suaranya  mendatar. Sama  seperti  intonasi  yang  dia  gunakan  bila  mahu  menegur  Emmel. Kadang  aku  rasa  aku  ni  layak  jadi  anak  Fawwaz, bukan  emak  kepada  Emmel.

Aku  sengih  malu. “ Nak  doa  la  ni. Masuk  gear  dulu…”

Dia  pandang   lama. Tidak  bersuara. Okay, fine! He  don’t  buy  that. Aku  tadahkan  tangan  dan  mula  berdoa. Bila  habis  mengaminkan  doa  barulah  kami  memulakan  perjalanan. Sampai  sahaja  di  pintu  pagar  hadapan, Fawwaz  nampak  stress  tapi  aku  tetap  meneruskan  pemanduan. Kadang  anak  mata  mengintai  dia  di  sebelah.

Audi  TT  memang  direka  khas  untuk  kelajuan. Bila  tekan  pedal  minyak  sikit  pun  kereta  dah  jalan  sebatu. Berbeza  dengan  kereta  aku  di  Malaysia, kalau  tekan  pedal  sampai  ke  hujung  baru  naik  120 km/j. Dari  perlahan  aku  mula  berani  menekan  pedal  lebih  kuat. Memotong  kereta  yang  lambat.

 “ Hana, slow  down. ” amaran  Encik  di  sebelah  aku  abaikan.

“ I  used  to  drive  at  home.  Don’t  worry. ”

Pedal  aku  tekan  lagi, mula  berlagak  bagai  racer  macam  yang  Emmel  katakan. 

“ Piipppp !!! ” 



Entah  dari  mana  muncul  lori  besar  di  jalan  sebelah  aku  tak  pasti. Mungkin  galak  sangat  nak  memotong  sampaikan  aku  terlepas  pandang. Kereta  yang  aku  cuba  potong  mengelak  ke  kiri  jalan, memberikan  ruang  untuk  aku  lalu.

Pucat ?

Berdebar ?  

Ya.

Aku  pandang  Fawwaz  di  sebelah. Kenapa  dia  langsung  tak  bersuara ?

Saat  itu  juga  jantung  aku  bagai  terhenyak. Fawwaz  tampak  kaku  dengan  ekspresi  orang  yang  tauma. Badannya  mengeras  memandang  ke  hadapan  sebelum  dia  memanggung  kepalanya  dengan  kedua  belah  tangan.

“ No…. No…!!! ” jeritan Fawwaz  buatkan  aku  bertambah  meggigil. Kereta  aku  hentikan  di  sebelah  jalan.

“ Fawwaz… ” teragak-agak  aku  menyentuh  bahu  Fawwaz  tapi  dia  tetap  tertunduk  dengan  tangan  yang  masih  memegang  kepalanya. “ Fawwaz… we  are  safe… ” terketar  aku  bersuara. “ We  are  safe… ”

Lama  dia  duduk  tertunduk  begitu. Yang  kedengaran  hanyalah  esakannya. Luluh  hati  ini  bila  Fawwaz  menangis. Cerita  Fido  dulu  kembali  bermain  di  minda  aku.

‘ The  car  was  crashed  by  a  drunk  lorry  driver. Crashed  from  the  back. So  does  my  parent. Fawwaz  koma  untuk  beberapa  minggu…. Dan…yang  paling  sayu…bila  saya  tak  mampu  untuk  mengecam  wajah  mak  dan  ayah  sendiri…. The  injury  was  so  bad….They  don’t  look  human  anymore…. Bila  Fawwaz  bangun…semuanya  sudah  tiada….Fawwaz  hanya  tahu  diam. Diam  dan  diam ! Saya  bencikan  nasib  yang  Allah  timpakan  pada  saya. Saya  mula  memberontak. Saya  mula  salahkan  Fawwaz…..’

Fawwaz  hanya  tahu  diam ?

Tangisan  hatinya  siapa  yang  tahu ?

“ Fawwaz… Saya  takkan  buat  macam  tu  lagi… ” aku  turut  sama  menangis. Dia  bangun  tapi  tidak  terus  memandang  aku. Wajahnya  di  palingkan  ke  luar  tingkap. Dari  bayang  di  cermin  kereta, aku  tahu  dia  mengesat  air  matanya.

Its  okay…I’m  just  being  a  lunatic… ” dia  ketawa  perlahan. Cuba  menutup  aib  yang  dia  menangis  tadi, mungkin. “ I’m  sorry… ”

Anak  mata  amber  milik  Fawwaz  aku  pandang  telus. “ Fawwaz… Saya  yang  perlu  minta  maaf…bukan  awak…. ”

“ Don’t  tell  anyone  about  what  happen… ” pohonnya  lagi. Ah, Fawwaz… terlalu  suka  menyorokkan  rasa…Sanggup  hancur  di  dalam  asalkan  di  luarnya  tampak  kuat.  Aku  hanya  angguk  dengan  permintaannya.

“ Thank  you  Hana…Please  don’t  drive  that  way… I  live  my  life  in  regret… for  more  than  a  decade…”

“ Bukan  salah  awak  Fawwaz…Benda  dah  nak  jadi…”

“ Bukan  salah  saya ? Kalau  betul  tu  kata  awak, kenapa  awak  minta  maaf  tadi ? ” dia  kembali  memandang  ke  depan. Termenung  jauh.

Deep  down  here… ” tangannya  di  letakkan  ke  dadanya. “ I  do  feel  guilty. No  matter  how  much  I  tell  myself  not  to. No  matter  how  much  I  told  myself  that  death  is  in  God’s  hand… Dan  saya  rasa  berdosa..Berdosa  bila  saya  tahu  perbuatan  saya  tak  ubah  seperti  orang  munafik. Allah  beritahu  dalam  surah  Al-Imran,

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: "Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh". Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan. (QS: Al Imran Ayat: 156) "

Allah  yang  menghidupkan  dan  mematikan… Bila  saya  tetap  menyalahkan  diri  sendiri, itu  tandanya  saya  tidak  yakin  dengan  ayat  Allah. I  need  to  fight  myself…My  bad  inner  self… ”

“ Awak  trauma  je  tadi ” aku  mula  senyum. Cuba  menghilangkan  stress  yang  mengelilingi  kami. “ Biasalah  tu  Fawwaz…walau  apa  pun  kata  hati  awak, yang  penting  awak  dah  berjaya  buktikan  melalui  perbuatan  awak  yang  awak  percaya  pada  ayat  Allah  tu… Manifestasi  hakikat  hati  adalah  melalui  perbuatan  Fawwaz. Suara  hati  awak  yang  cuba  menyalahkan  diri  awak  tu  awak  berjaya  patahkan. Syaitan  kan  akan  sentiasa  berbisik… ” aku  senyum  tenang. Cuba  memujuk  Fawwaz  yang  selama  ini  tampak  kuat  di  mata  semua. 

Lama  dia  memandang  anak  mata  aku. Bagaikan  tembus  ke  dalam. Akhirnya  merekah  senyuman  di  wajahnya. Tampak  tenang  dan  menenangkan  hati  aku.

“ Alhamdulillah… terima  kasih  Hana.. It  eases  my  burden… ”

“ Alhamdulillah… ”

Melihat  dia  yang  tersenyum  kini  buatkan  aku  menelan  rasa  sayu  di  hati  dan  memaksa  diri  untuk  melayangkan  senyuman  ceria  padanya.

“ Kita  balik  sekarang  okay ? We  have  a  mission  today  aren’t   we ? Bake  a  carrot  cake  for  everyone ! ”

Dia  ketawa  perlahan  sambil  tersenyum  dan  mengangguk. Dengan  lafaz  bismillah  dan  doa  yang  aku  baca  tanpa   perlu  di  suruh  oleh  Fawwaz  aku  mulakan  perjalan  balik.


*************



Gamat  seisi  dapur  bila  Fido  dan  Fawwaz  mahu  turut  serta. Mujurlah  dapur  mereka  luas, tidak  menyukarkan  kami  untuk  bergerak. Emmel  walaupun  baru  4  tahun  tapi  sudah  tahu  baking. Rajin  membantu. Aku  buatkan  doh  untuk  biskut  coklat  dengan  walnut. Emmel  yang  menekap  acuan.

One  love  for  daddy….one  love  for  mommy…. One   love  for  grandma… ” sibuk  si  Emmel  membilang  biskut  yang  ditekap  dalam  bentuk  hati.

“ Uncle ? ”

Biskut  ditekap  lagi, “ This  one  is  for  uncle… ”

Lovely ! ” pipi  Emmel  dicubit. “ Uncle  nak  buat  juga. ” Fido  duduk  di  sebelah  Emmel. Doh  dicapainya  dan  dia  mula  membuat  bentuk  bulat. Satu  bulatan  besar  dan  satu  bulatan  kecil. Acuan  pertama  diletakkan  di  atas  acuan  kedua.

“ Do  you  know  what  is  this ? ” tanya  Fido  pada  Emmel. Keningnya  dijongket. Emmel  menyilangkan  tangan  di  dada. Berfikir.

“ Two  balls on  top  of  each  other ”

Ternganga  Fido.

“ What ? That  is  snowman  Emmel… ” pinggang  Emmel  dicucuknya. Mengekek  budak  tu  ketawa.

“ It’s  not  a  snow…it’s  a  biscuit. ” Emmel  membetulkan  Fido. Tergelak  kami  semua.  Macam   bentuk  yang  direka  oleh  Fido  dan  Emmel. Ada  bentuk  lobak  merah, ada  bentuk  bintang, siap  bentuk  kereta  pun  ada. Tu  semua  ajaran  Fido.

“ Hana, ke  tepi, panas ! ” cepat  aku  lari  ke  tepi  bila  Fawwaz  yang  baru  membawa  keluar  kek  dari  oven  memberi  amaran. Kek  selamat  mendarat  di  atas  meja  pulau  di  tengah-tengah  dapur  basah. Comel  melihatkan  Fawwaz  yang  memakai  apron  dan  memakai  sarung  tangan  tebal. Senyuman  aku  sorokkan, bimbang  takut  mematikan  mood  Fawwaz.

“ Wow, you  made  a  cake  Fawwaz ! ” aku  bertepuk  tangan. Dia  berdiri  bangga  di  hadapan  kek  yang  masih  panas.

“ Who  said  I  can’t  cook ? ” umumnya  bangga, siap  dengan  gaya  lagi. Aku  mencebik  sambil  senyum  mengusik.

“ Kita  hias  kek  ni…dengan  walnut… carrot  tu  saya  potong  bentuk  hati…cream  cheese  kita  buat  topping, carrot  bentuk   hati  kita  tabur  kat  atas  topping, walnut  kita  susun  kat  tepi. ”

Fawwaz  diam  bila  aku  memberikan  cadangan. Tangannya  di  dagu. Kemudian  dia  geleng.

Why  follow  the  norm ? ” ucapnya  dengan  kening  yang  dijongket  gaya  mencabar. Oho, cadangan  aku  tu  kira  luar  biasa  apa, mana  ada  orang  letak  hiasan   lobak  merah  yang  dibuat  bentuk  hati ? Semua  letak  lobak   merah  kecil  kat  atas  kek  atau  biarkan  warna  putih  je. Aku  diam  menunggu  cadangan  daripada  Fawwaz. Melihatkan  dia  yang  100%  berubah  dari  traumanya  tadi  buatkan  hati  ini  lega.

Cheese  cream  tu  kita  buat  topping  dan  kekalkan  warna  putih. Lobak  merah  yang  awak  potong  bentuk  hati  tu, awak  rendam  dengan  air  ceri  dulu  bagi  manis  dan  merah. ” Dia  diam  sejenak  sebelum  menambah  lagi. “ Bentuk  hati  yang  awak  buat  tu  besar, buat  yang  kecil  sedikit, banyakkan  saiz. Awak   siapkan  yang  tu  dulu, saya  siapkan  hiasan  utama. ”
Hiasan  utama ?

Apa-apa  ajalah. Aku  buat  apa  sahaja  yang  Fawwaz  suruh  tadi. Nak  juga  aku  tahu  apa  yang  dia  nak  buat ?

“ Hana, suhu  berapa  dan  berapa  lama  nak  bakar  ni ? ” Fido  memanggil  dari  hujung  sana. Aku  terus  ke  tempat  Fido  dan  Emmel. Menetapkan  suhu  dan  waktu  di  oven   kemudian  mula  merendam  lobak  merah  yang  dah  siap  dibuat  bentuk  hati   ke  dalam  sirap  ceri. Bila  selesai  yang  tu, Fawwaz  dah  pun  siap  meletakkan  cream  cheese  sekeliling  kek. Teliti  dan  kemas  hasilnya. Pegun  aku  memandang. Fawwaz  ni  macam  ada  Obsessive  Compulsive  Disorder  je…kemas  sangat, fikir  aku  dalam  hati.

“ Awak  ke  yang  buat  tu ? ” tanya  aku  dengan  perasaan  kagum. Macam  tak  percaya. Dia  senyum  puas  hati  bila  aku  nampak kagum.

“ Ni  baru  topping… ” tambahnya  sebelum  bergerak  ke  peti  sejuk. Mengeluarkan  brownies  dan  mula  memotongnya. Leka  aku  memerhati. Brownies  yang  dipotong  disusun  di  atas  kek. Bila  siap, aku  bertambah  kagum. Kalau  Fawwaz  di  Malaysia, sah  aku  ambil  dia  bekerja  di  café, tapi  nak  ke  Fawwaz  kerja  dengan  aku ?

Elok  tersergam  satu  istana  di  atas  kek. Sekali  pandang  macam  Big  Bang  London. Elok  dengan  warnanya.

“ Kelapa  kering  adakan ? ” tanyanya  laju. Aku  angguk  dan  mengambilnya  dari  dalam  kabinet.

“ Lobak  dah  siap ? ”

“ Dah…tapi  tak  tahulah  warna  merah  dah  melekat  belum… ” bekas  lobak  yang  direndam  aku  hulurkan  pada  Fawwaz.  Bila  dibuka  penutupnya, 80%  sudah  bertukar  warna.

“ Tunggu  lima  minit  lagi. ”

“ Okay. ”

Usai  5  minit, semua  lobak  dah  pun  bertukar  ke  merah  hati. Pekat. Fawwaz  keluarkan  satu  persatu  dan  meletakkannya  di  atas  tisu  dapur. Mengeringkan  lobak  tersebut  terlebih  dahulu.  Dia  mula  menaburkan  pelbagai  saiz  hati  yang  diperbuat  daripada  lobak  ke  atas  kek, di  sekeliling  istana. Kemudian  kelapa  kering  ditaburnya.

Owh  My  Goodness !

Teruja  aku  tengok  kek  yang  dihias  oleh  Fawwaz. Bagaikan  cliff  yang  rata  penuh  dengan  salji  yang  tebal  ditempat  yang  asing  dan  sangat  menenangkan. Di  atasnya  ada  istana  dan  sekelilingnya  dipenuhi  dengan  hujan  cinta. 



Kalaulah  Fawwaz  buatkan  kek  ni  untuk  kekasihnya, aku  pasti  kekasih  Fawwaz  akan  menangis  kerana  terharu. Kalau  bukan  menangis  kerana  terharu,  pasti  menangis  kerana  terbukti   Fawwaz  lebih  hebat  menghias  kek. Mana – mana  perempuan  pun  pasti  akan  menangis  atas  dua  sebab  ini.

“ Fawwaz…. Can  I  hug  you ? This  is  soooo  beautiful ! ” serius  aku  terpegun. Nak  pula  taukey  café  macam  aku  yang  sah  menghargai   kreativiti  sebegini. Ni  semua  seni  pada  mata  aku.

Bila  aku  pandang  wajah  Fawwaz, buat  pertama  kali  aku  lihat  dia  tunduk  malu  dengan  tangan  memegang  belakang  kepala. Bagaikan  budak  sekolah  yang  baru  diajak  bercinta. Sangat  comel…

“ Fido, Emmel, korang  punya  dah  siap  ke ? ” aku  berdiri  tegak. Bangga  dengan hasil  kerja  berkumpulan  antara  aku  dan  Fawwaz  walaupun  mastermindnya  adalah  Fawwaz.

“ Wow, mommy, daddy…! Is  that  Al-Fateh’s  castle ? ”

Hah, istana  al-Fateh ? Apa  tu ? Kalau  kata  istana  Cinderella  aku  tahulah. Aku  pandang  muka  Fawwaz  dan  Fido, reaksi  mereka  biasa  sahaja. Langsung  tidak  terkejut  atau  pelik  dengan  apa  yang  diperkatakan  oleh  Emmel.

“ Yes, Topkapi  in  Instanbul. ” akui  Fawwaz. Sah, Fawwaz  yang  ajarkan  Emmel  semua  tu. Kadang  dari  percakapan  Emmel, dia  lebih  banyak  tahu  mengenai  sejarah  Islam  berbanding  aku  sendiri. Pasti  Fawwaz, Fido  atau  nenek  yang  ajarkan. Terasa  bersalah  mula  menerpa  bila  awal  pagi  tadi  Emmel  mula  mahu  menjadi  seperti  aku. Berpakaian  seperti  aku. Tambah  bersalah  bila  selama  ini  setiap  malam  aku  ceritakan  kisah  dongeng  pada  Emmel.

“ Jom  picnic  kat  dalam  glass  house. ”  ajak  Fido  dengan  penuh  teruja. Semua  biskut  yang  siap  dibakar  diletakkannya  di  dalam  mangkuk  seramik  warna  merah  hati  berlapik  dengan  kertas  tisu  warna  merah  putih.  Fawwaz  pula  memegang  kek  yang  dah  disiapkannya. Makanan  kami  bawa  ke  rumah  kaca  yang  di  dalamnya  di  tanam  dengan  pelbagai  jenis  pokok  tropika. Pokok  mawar  yang  menjalar  di  pagar   di  dalam  rumah  kaca  menaikkan  seri. Habsah  membawa  teh  cinnamon  yang  aku  bancuhkan. Nenek, Mak  Leha  dan  Tommy  pun  diajak  sama.





“ Amboi….nenek  tak  pernah  tahu  yang  korang  berdua  ni  boleh  masak. Kalau  nenek  ajak  selama  ni  mana  pernah  nak  masuk  dapur. ” tergelak  kami  bila  nenek  mula  membebel.

“ Baru  sampai  seru  nek… ” Fido  menjawab  malu-malu. Baru  aku  tahu  mereka  ni  tak  pernah  masuk  dapur. Tapi  sekali  cuba  pun  dah  hebat.

“ Lepas  ni, Fawwaz  nak  masak  rendang  nek. ” aku  memberitahu  penuh  yakin. Fawwaz  yang  duduk  di  sebelah  Fido  sudah  membuntangkan  mata. Aku  tergelak  kecil. Nenek   dan  Mak  Leha  pun  sama.

“ How  is  the  cake ? Tasty  ? ” tanya  Fawwaz  pada  Tommy.

“ Very ” jawab  Tommy  dengan  kek  yang  masih  penuh  di  mulut.

“ Mommy, this  heart  is  for  you, and  this  is  for  daddy…and… Grandma…” Emmel  memeluk  mangkuk  dan  mula  membahagikan  biskut  yang  dibuatnya  bersama  Fido  tadi.  “ This  is  for  Aunty  Leha.. ” biskut  bentuk  lobak  merah  diberikan  kepada  Mak  Leha, bentuk  teko  kepada  Habsah  dan  kereta  kepada  Tommy. “ Uncle  Fido  will  have  this  one. ” snowman  dihulurkan  kepada  Fido. Menahanlah  Fido  nak  habiskan.

Sepetang  kami  di  situ. Keluarga  Fawwaz  rapat  dengan  pekerjanya. Mengambil  berat  mengenai  keluarga  Mak  Leha, Habsah  dan  Tommy. Baru  aku  tahu  yang  yuran  universiti  anak  Tommy  dan  Habsah  dibiayai  oleh  syarikat  Fawwaz  dan  Fido. Mak  Leha  pula  janda  yang  tiada  anak. Suaminya  meninggal  sebelum  dia  datang  ke  sini.

Minggu  depan  hari  Sabtu  ada  solat  hajat  di  masjid  yang  mereka  biayai  hingga  kini. Letaknya  di  London. Masjid  di  sini  banyaknya  berbentuk  seperti  bangunan  biasa. Ada  yang  hanya  menyewa  beberapa  aras  daripada  keseluruhan  bangunan. Masjid  yang  mereka  biayai  atas  dasar  amal  jariah  daripada  harta  peninggalan  ibu  dan  ayah  mereka  merupakan bangunan  3  tingkat. Aras  tanah  digunakan  sebagai  tempat  solat, di  situ  juga  ada  perpustakaan, café, gim  dan  beberapa  bilik  dan  dewan  untuk  aktiviti  kuliah  atau  ceramah. Kutipan  derma  berbentuk  barangan  juga  dikumpulkan  di  situ. Pendek  kata  bangunan  itu  digunakan  sebagai  pusat  aktiviti  Islamik. Fido  yang  mengajak  aku  ke  sana. Menyertai  mereka  untuk  urusan  bantuan  kepada  penduduk  Gaza, Syria  dan  India. Harapkan  Fawwaz, langsung  tidak  bercerita  mengenai  perkara  begini, kecuali  jika  aku  yang  bertanya  terlebih  dahulu. Walaupun  aku  tak  lah  alim  sangat, tapi  aku  juga  manusia  yang  punyai  sifat  kemanusiaan. Kerja  bantu  membantu  sesama  manusia  pasti  menarik  minat  aku. 

“ Nanti  awak  ajaklah  kawan  awak  sekali  Hana, kitaorang  pun  tak  cukup  volunteers.”

“ Okay, nanti  saya  cuba  ajak. ” dalam  kepala  dah  terbayang  Linda  dan  Helena. Kalau  Helena  cuti  waktu  tu  boleh  lah  dia  ikut  sama. Dah  lama  tak  jumpa  dia, biasanya  dia  melawat  Linda  waktu  pagi. Aku  pula  ke  sana  bila  sudah  petang. Hmm  mungkin  esok  aku  boleh  ajak  mereka  makan  tengah  hari  sama-sama. Bawa  Emmel  sekali. Asyik  terperap  di  rumah  je  Emmel  ni, kesian  juga. Kalau  hujung  minggu  macam  ni  bawa  dia  keluar  jumpa  kawan-kawan  aku  pun  elok  juga  untuk  dia.
 




bersambung ~~>

Thanks sudi baca! and... agak-agak  betulke Helena mak Emmel ? We'll  see... ;)

Have you ever come across a moment where you have tried a lot of things, and you end up with not knowing what else to do ?I'm a researcher, hence some what this thing always happen to me. Always. There is one day when thing didnt work, I took a walk alone on the way to return home from my office. Choosing a different path... I look at the sky...and feel the breezing wind. Its so nice to be close to the nature...it heals a heart... I keep on questioning what else should I do ?

When I returned home. I feel like reading Quran ( I had always believe its the way I communicate with Allah s.w.t. Randomly opened it and this ayat came out.

Be mindful of God and He will teach you. He has full knowledge of everything.  - 2 : 282

It bring me to tears, as I know He was listening to me, to all my questions. And what more is, when He tested us, He just want to make us realize our own potential. He want us to unleashed all the potential and skills that we have to solve the problem, and yet, we can ask Him for the answer. And He will give it to us. How kind Allah is..He is always there for us... He understand us more than anyone else does....

And now, what I learn is, when you think that you are stuck, not knowing what else to do, ask Allah for the answer and ask Allah to give us the ILHAM. Setiap hari, for at least 5 times a day, we recite it, but do we put it to heart ?

It is You we worship, it is You we asked for help - Al-Fatihah ayat 5

Rely on Allah. and He is more than happy when we do =)


Thanks for reading up to this bit. Moga Allah merahmati kalian ;) amen





your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

94 comments:

  1. Your masterpiece always touch my heart! It makes me to read more and more! Excellent and brilliant job, kakak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Ainun! it boosted up my motivation. haha.

      Delete
  2. selalu jadi silent reader...tapi hari ni tergerak hati nak komen...karya kak eve memang superb...meneyentuh hati dan banyak pengajaran secara tak langsung....really appreciate it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch black roses ;) hi i'm evelyn rose. we might be a sibling of different species.lol. thanks babe. really appreciates ur comment too :)

      Delete
  3. "Jom Emmel's daddy"
    Oh how I wish fawwaz-emmel-hana would live a real family life. This n3 is so full of love. I could the love and affections in the family.

    Its true kak eve, if we don't understand of the love letter that Allah has write to us, how can we simply meant it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, u r totally right dik ;) if we dont understand the love letter, we wont be able to feel His love.. suka bila u too think alike :D
      Thanks dik!

      Delete
  4. Lupa nak cakap , Hana tetap nakal. .... walaupun kematangan tu ada sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kannn bila la minah tu nak berubah.lol ;)

      Delete
  5. Good job Eve, sgt menarik entri kali ini... Dugaan & cabaran menjadi lumrah kehidupan kita yg membezakan bagaimana cara kita menghadapi & menanganinya :-) hope eve teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, thats so true kak :D glad to hear this from you. that is life kan..tQ kak for d wish, doakan ye :)

      Delete
  6. perghhh...lme nk tnggu eve update n3 nie...pepun teruje bace n3 nie..sbb hub fawaz n hana smkain suwiiitttt..cnfrm si helena tu mak emel(ceh confident)...da trperasan part n3 yg linda accident..gud job eve

    ~uly ct~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa..kannn kalau la dapat tulis cepat2.. waa..tapi asyik bersimbung dengan thesis writing yang nak kena submit this 5th June. (T.T) Hence. This slowness is the outcome. haha nice! suka bila ada org confident meneka ni ;)

      tQ ct !

      Delete
  7. Whoaaaaa best3..:.kak eve actually kn spa hero sebenar dia ek?? Haydar ke fawwaz ek ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe this time cerita ni takkan cliche, hence, tunggu jawapannya nanti my adek :p

      Delete
  8. awesome..yeyy...fawwaz come with package...

    ReplyDelete
  9. amin kak eve...xsbr nk tgu buku nie dkuarkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Eija ! Amen, amen... saya tak sabar nak siapkan buku ni jg. then i can focus solely on my thesis.lol ;)

      Delete
  10. Can't wait for the next part......when want to publish?

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure babe...tak sure siap bila...lepas siap - edit - hantar manuskrip - then depend on the publisher nak publish or not and nak publish bila... doakan keluar this yea :)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Eve...your n3 touch my heart n soul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Anissa ;) feedback like urs is what make me keep on writing. Thanks babe!

      Delete
  13. wow. bahagianye mereka. anyway tak sabar tunggu kemunculan 2nd novel sis Eve.
    love u.
    take care sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Essu ;) Heart u too! tc jg dik :)

      Delete
  14. As usual..luv info inside it... dr xtau dh jd tau.. semoga eve mendapat pahala yg berpanjangan dr nya...
    ♡♥♡♥♡♥♡♥♥ ♥♡♥♡♥♥ it so much dear.... thank you very much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thank you kak Yuhaniza ! Heart you loads kak! :D

      Delete
  15. Lovely touch, eve.. Awesome! Thanks, u made my day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thanks Nieza ;) it makes my day when it makes your day ;) hehe

      Delete
  16. thanks kak eve!! as usual bnyak info yg dpt... :D diorg happy n org yg bce nie pon da tkar mood jdi happy jgak...... lebih2 lagi part fawwaz hahahah :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sure fan fawwaz ni kan? ;) thanks syira. alhamdulillah if dapat the info ;) if u r happy as them :D

      Delete
  17. Yes Eve, I have encountered the same problems as you. The time when I got stuck, my mind doesn't seem to cooperate anymore. And I ended up crying. Then I stood up. Took Quran and I let my heart connects to Allah. Just by reading it, it helps lifting up my spirit. Allah is always there for us :) anyway, entry yg penuh dengan kebahagiaan dan sedih esp part when Fawwaz lost to himself sekejap. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Es.There were always times as such kan...ups and down..take care and all d best in ur life yeah ;)

      Delete
  18. Nice & good n3..really appreciate it Eve :)

    ReplyDelete
  19. Entry yang ditunggu2, mcm2 persoalan tak terjawab selagi tak -Tamat- terutama hero sebenar A380. Agak2nya ada lagi tak episod dalam pesawat A380? Harap2nya Hana balik M'sia nanti dengan seseorang naik A380. Haydar atau Fawwaz??? Tak sabar2 nak pegang versi cetak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha spotted on Mrs GX (pergh nama sungguh mysterious) banyak persoalan akan terjawab perlahan2... hinggalah bila sampai ke garisan penamat.hehe.

      Ada lagi tak scene A380 lagi ? aha, we'll see ;)

      thanks babe!

      Delete
  20. Suka dgn Hana yg selamba..suka dgn Fawwaz yg sentiasa bertanggungjawab..suka dgn famili yg sentiasa bahagia..suka dgn entry yg penuh dgn pengajaran..suka xlama lg novel keluar versi cetak..last but not least..suka sangatttt dgn EVE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch ctrain! haha ayat last tu paling mahal.hahaha. thanks babe ;D doakan lah novel ni siap dgn aman dan damainya.lol.

      Delete
  21. the name "13 jam A380" has lost its meaning..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni mesti kecewa Hadyar tak muncul2 kan? hihi sorry to frustrates you babe :) but its too early to judge ;)

      Delete
  22. thank you sbb update new chapter ni.....sungguh seronok tgok khidupan mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks you jg anon sbb sudi bace n komen ;)

      Delete
  23. Oooo...mommy love emmel, daddy love mommy... they are a happy family. suka suka suka....teruja dengan keceriaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha comel je kak zalida.

      mommy love emmel
      daddy love mommy -sweet.hehe.

      thanks kak! ;)

      Delete
  24. Seronok membacanya..setuju ttg apa yg cik eve tulis tu..hanya pada ALLAH sahsja tmpat kita untuk mencari jawapan bg setiap persoaln hati dan akal..semoga kita semua dalam kasih sayang ALLAH selmanya..amen

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah Nor ;) amen amen..may we always depend on Him.
      tc and thanks!

      Delete
  25. I like how the story unfolds so far. However, just a word of advice, be more careful with your use of English. There are some errors which could have been avoided. Perhaps you were in a rush. Anyway, the story certainly lives up to the blog's title- a fairy tale.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks fazlinah ;) Seriously its hard for me to spot linguistic error compared to factual error. I'm just not the type of person who will easily spot spelling mistakes/ tatabahasa even in BM/BI. But insyaa Allah final manuskrip I will check on them :) thanks yeah!

      Delete
  26. Bila novel ni nak keluar ?! Nak order cepat - cepat ! The story is so amazing ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouch, thanks anon! Doakan this year ya...Hope smooth flow.amen.

      Delete
  27. just read TBW, now fall in love with this one...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nor Izam for reading TWB and for liking this one too ;)

      Delete
  28. thanks kak eve.. tersentuh baca entry nie :')

    ReplyDelete
  29. hi eve !good job....tak sabar nak tunggu second novel dari kamu...I always waiting !trujerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello azie! ;D insyaa Allah doakan okay ;) hehe thanks!

      Delete
  30. yeay...tq Eve, suka suki suka suki...haha
    Cemana akak boleh lps yg Eve nk novelkn "13 Jam A380", akak sokong sgt, suka sgt!!! Cant wait!!!

    Still remember akak? Yg sakit dulu msa dok tgu TWB keluar...now m getting better, td jupe Prof utk 3mth check-up, nx will be 6mth pulak, after raya la kan...hihi
    Prof kata akak dah boleh slowly enjoy hiking & trekking, also dancing...Alhamdulillah, yeay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tak perasan eh before ug saya nak novelkan? hehe. thankssupport kak!

      lol of course ingat! i tot dah totally okay dah, rupanya ada check up lagi. alhamdulillah if u can enjoy hiking n trekking dah, means d condtn is lots better than before la kan :)

      Delete
    2. Serious x perasan Eve, yg penting akak akan Q to have the novel. Can't wait!!!
      Alhamdulillah...semuanya dgn izin Allah...am better now. Last Saturday dah enjoy parasailing dah, yeayyyy...
      Semogo kita semua berada dlm rahmat & kasih sayang Allah selalu, amin

      Delete
  31. Selama ni baca jer...tp serius sy suke tiap n3 penulis.. santai..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tQ Sarina! Sudi bagi komen n baca ;)

      Delete
  32. so sweet.....can't wait for 13JAM - A380 to transform into a novel....

    keep up eve......and all d best!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah, thanks babe ! :D doakann yeea lol

      Delete
  33. every week..masuk blog nie..nk baca citer 13JAM-A380...jalan citer yg sweet disamping adernyer hadis mmg mmbuka minda dan menasihati secara x langsung dlm masa yg sama..
    u go girll and all the best..x sabo nk tunggu novelnyer kuar nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah if thats what u see and get from this blog :) may Allah rewards u Ayang ;) thanks and all d best in ur life too! :D

      Delete
  34. assalamualaikum kak eve. amboi, entry kali nie pasal buat carrot cake ye. murni sambil baca sambil terbayang carrot cake and terus pegi secret recipe beli 1 slice tau. haha. kak eve tak baik lahh, mmg lar UK kat England. sabor jela. lol. ahak!

    #Murni Tan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt Murni!

      Amboi sampai camtu sekali ye effect carrot cake Fawwaz buat? lol. Yg kat secret recipe tak sure best mcm yg Fawwaz n Hana buat ke tak.lol. Kalau banyak Walnut kat dalam tu mesti best! lol

      p/s: UK kan could be England, Wales, Ireland, and Scotland ;p but then mmg jawapan menyorok pn tut.hehe

      Delete
  35. Goshhh! I want moreeee:)
    That sunshine song make me sing it along and can't stop singing until now.
    In loooooove with Fawwaz and Emmel was so cute while their baking time...
    I hope Helena will not snatch Emmel from them, if she's the mother for Emmel
    Keep on writing ! I want moree.
    xoxo, i love you miss writer:*

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol hehe you're my sunshine my only sunshine ! ;) yeah that song make me smile.hehe.
      Thanks babe! <3 u too ;)

      Delete
  36. kakak... cant wait for the next entry. i love fawwaz. please no more haydar aftr this.. lol :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terus hilangkan haydar ye ;) lol thanks dik !

      Delete
  37. saya tertanya2 where is haydar...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haydar yg tak nak muncul nur. He meant it when he said he cant have cocaine all...the time. and he said he gona wait for destiny to bring them together. agak2 bila la destiny akan temukan they all ? hehehe

      Delete
  38. Cepatla keluarkan my hydar.huhu cian dia.

    ReplyDelete
  39. ble nk update ni...tertunggu2 ternanti2... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. woots dah update! ;) hehe baru update

      Delete
  40. Lot of info...like it...

    ReplyDelete
  41. lama dah tertinggal cerita ni. :3

    btw, knp tak jumpa pun bab 24?

    * keep it up eve! :)

    ReplyDelete
  42. Νot гeally suгe hοw уou've managed to survive for so long.

    Feel free to surf to my blog; fast cash loan

    ReplyDelete
  43. I'm not trying to be a ballbreaker, I think you can do better content than this. More content would be a start.

    my homepage ... best apr loans

    ReplyDelete
  44. Thіs has cаuѕed me tο wonԁer if there's a couple of places I could do things a little more efficiently.

    Also visit my weblog: best personal loans

    ReplyDelete
  45. Іf уou arе going to do it as well then I'm not doing it! There's nο рoint writіng the samе thing
    all oνеr.

    Here is my ρage - fast long term loans

    ReplyDelete
  46. Until sоmeonе mentiоneԁ thіs tο mе I hadn't even realized it possible. Seems like I'm ωay behind
    on the iѕѕue..

    Also νiѕіt my web ѕite - Hultsfredwiki.se

    ReplyDelete
  47. Salam, before this bc TWB tru novel. 13jam a380 tru blog. thx to my adik, for introduce. btw, nice story. keep it up, kak eve!!!

    ReplyDelete