Sweetheart The End
Sweetheart
Fath Azmi main
sengih-sengih. Ilhan pula tayang
muka serius. Hasrat hati
nak bagi warning pada
Fath supaya bersedia, tapi macam
ni pula gaya
si Fath Azmi. Sejak
dua minggu selepas
malam dia dilamar
secara mengejut, Ilhan hubungi
ayahnya di Saudi. Ayah
setuju untuk balik. Kata
ayah, kalau bab kahwin
dia perlu uruskan. Perlu tengok
siapa lelakinya. Elokkah orangnya. Boleh ke bimbing
anak
dia ? Walaupun jarang sekali
Ilhan balik ke
sana, jarang sekali bergaul
dengan adik beradik
yang lain, Ilhan tetap
anak dia. Tanggungjawab dia.
Makan pakai Ilhan, perkembangan diri
Ilhan semua dia
pantau walau dari
jauh. Setiap tahun dia
ajak Ilhan datang
ke Saudi, tapi Ilhan
yang menolak. Macam-macam alasan Ilhan.
“ Masuk lah… ”
perlahan Ilhan mengajak. Ayah elok
sedang bersiap. Awal pula
Fath datang, janji pukul
4.00 petang, pukul 3.45
petang dah terpacak
depan rumah. Ayah Ilhan
balik dengan ibu
dan dua adik
lelakinya. Adik perempuannya Ayu
dah berumah tangga
dengan ustaz yang
belajar di sana.
“ Ilhan, nanti
kita gitau ayah, kahwin
cepat sikit nak ? ” Fath
Azmi membontoti dari
belakang. Perlahan dia berbisik. Ilhan berpaling
dan buat muka.
“ Fath…mak cik ada tu…
” Ilhan turut berbisik. Matanya dijegilkan. Fath sengih, menahan tawa.
“ Assalamualaikum
mak cik… ” laju si
Fath bersalaman dengan
mak cik Ilhan. Kemudian dengan
nenek yang baru
keluar dari dapur. Rumah
teres dua tingkat
tidaklah besar seperti
rumah si Fath. Ayah
Ilhan masih belum
nampak rupa.
“ Duduk dulu Fath, nanti
si ayahnya turun.
Hani, pergi angkat air
kat dapur bawak
keluar.”
Hani ? Berkerut
dahi si Fath
bila itu panggilan
yang nenek berikan
pada Ilhan. Macam mana
boleh jadi Hani ? Senget
bibirnya nak menahan
senyum. Nanti bolehlah dia
panggil Hani nanti.
Ilhan bergerak ke
dapur. Fath mengambil duduk. Nenek
dan mak cik Ilhan
pun ikut duduk. Bertanya itu
ini pada si
Fath. Mak cik dan
nenek jenis yang
lemah lembut, elok budi
bahasanya, tak kekok si
Fath.
“ Assalamualaikum. ”
“ Waalaikummussalam wbt… ” angkat je
kepala terus si
Fath terdiam. Ayah Ilhan
dipandangnya atas bawah. Bibir
digigit.
Dug Dag Dug Dag
Macam kompang dipalu
hati berdentam dentum
kat dalam dada. Ilhan
dulu sempoi, rock kapak, tapi…ayahnya ?
Jubah putih elok
tersarung di badan. Tinggi
orangnya. Kulit putih iras
orang Arab. Gaya
syeikh. Kopiah putih
elok di kepala. Jambangnya elok
segenggam tapi sudah
memutih. Wajahnya jernih,
kalau tengok memang
segan nak bergurau
senda atau cakap
yang bukan-bukan.
Dalam kagum dan
debar berjaya juga
si Fath berjalan
ke arah ayah
Ilhan. Menghulurkan tangan dan
bersalaman.
Perempuan yang berada
di sebelah si
ayah sangkanya pasti
ibu tiri Ilhan. Elok
berjubah hitam, bertudung labuh
dan berpurdah siap. Nampak
mata je. Fath tunduk
hormat sambil senyum, nak
hulur tangan tak
berani. Haram!
Bila si ayah
berjalan ke sofa, Fath
Azmi menurut. Bila tersembul
adik lelaki kembar
si Ilhan, dia berhenti
untuk bersalaman sebelum
menyambung duduk. Fath tersengih
mati kata bila
semua duduk memandangnya. Terasa macam
dikepung. Macam kena interview
tergempar. Peluh dingin mula
nak memercik. Ah, graduan oversea, dah
macam-macam dia lalui, tak
kanlah detik macam
ni dia kaget ?
Si ayah senyum
tenang. Fath tunduk hormat. Adik-adik Ilhan
dua beradik ni segak orangnya. Nasib baik, adik, kalau tak
cemburu juga dia. Dua-dua
dah umur 18 tahun
tapi badan sasa
macam pak arab.
“ Ilhan Arissa beritahu
ayah, Fath ni calon
suami dia. Memang tu
niat Fath datang
hari ni ? ”
Pergh, straight to
the point ! Fath
pun apa lagi.
“ Ya ayah, Fath nak
minta izin ayah
untuk jadi suami
pada Ilhan Arissa. Fath
dah
bincang dengan
ummi dan ayah
Fath, mereka pun berkenan
sangat dengan Ilhan. Hal
kahwin ni, Rasulullah cakap, elok
permudahkan dan percepatkan. ”
“ Kalau si lelaki
tu elok agamanya… kan ? ” si ayah menambah.
Melengkapkan hadith sebelum
membacakan hadith lengkap. “ Sabda Rasulullah
s.a.w ;
“Hai
Ali, ada tiga perkara yang jangan
kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu sholat apabila sudah tiba waktunya, jenazah
bila sudah siap urusan segera penguburannya, dan wanita bila sudah ada lelaki
sepadan yang meminangnya” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).”
“ Sepadan pada maksud
di sini mengambil
kira agamanya, budi pekertinya… ” tambah si
ayah lagi. Nasib baik
syeikh tak suruh
dia bacakan hadith
penuh, keluh si Fath
dalam hati.
“ Alhamdulillah, ayah
suka dan berbesar
hati bila Fath
sudi untuk mengambil
anak ayah jadi
isteri kepada Fath… Mengambil tugas
memikul tanggungjawab untuk
memimpin dia…menanggung dosa-dosanya
jika kamu sendiri
tak menasihati dia
soal agama… menanggung makan
minumnya… Menjaga haknya…hak anak-anak
kamu nanti…. ”
Fath telan liur. Kahwin
bukan aci main
suka-suka. Kata-kata ayah Ilhan
menusuk ke jiwa. Berat
tanggungjawabnya sebagai seorang
suami, sebagai ayah.
“ Insyaa Allah ayah, Fath
usahakan jadi yang
terbaik untuk Ilhan.. ”
“ Bukan yang terbaik
pada mata Ilhan
sahaja Fath…tapi pada
pandangan Allah…hanya dengan
cara tu kamu
layak menjadi pembimbing… Meletakkan Allah
pada tangga teratas
dalam setiap keputusan
yang kamu buat… Kalau
diikutkan Ilhan, dia manusia, ada
kurangnya dia. Kita lelaki, jangan ikut
telunjuk isteri, tapi ikut
telunjuk Allah s.w.t… ”
Terangguk-angguk
si Fath. Senyum kelat-kelat. Muka pun
terasa pijat-pijat. Hati dah
bimbang, bimbang kalau-kalau tak
lepas. Asyik salah cakap
je kerjanya.
“ Ni ayah kenalkan, ni
ibu Ilhan. Panggil ibu. Tu
Noah dan Zachariah,
adik-adik Ilhan, nenek dan
mak cik Ilhan. Mak
Su. Adik ayah yang
bongsu. ”
Satu-satu Fath tunduk
hormat. Terasa canggung. Elok sahaja
Ilhan keluar dengan
sedulang air dan
kuih muih, terus pulih
balik segala semangat
yang hampir hilang. Melihatkan keluarga
Ilhan, dia terasa kekurangan. Kekuranga dari
segi agamanya.
“ Jemput minum…”
ajak si
Ilhan lembut. Ingatkan Ilhan
mahu duduk bersama
tapi Ilhan terus
balik ke dapur. Mengeluh si
Fath sekejap.
Sambil makan dan
minum mereka bertanya
itu ini sampailah
pukul 4.30 petang. Kata
ayah Ilhan, lepas solat
nanti makan petang
sama-sama. Fath angguk je, sekali
si ayah ajak
solat sekali. Berjemaah.
Berat kaki nak
melangkah tapi dia
gagahkan juga mengikut. Mengambil wuduk
dan berkumpul di
ruang tamu kedua. Sejadah sudah
siap dihampar. Ilhan dan
keluarganya sudah elok
menunggu. Perlahan Fath berjalan, dalam hati
berkira-kira, kalau nak buktikan
kemachoan, perlulah dia tawarkan
diri jadi imam, tapi
tak kan nak
baca An-Nas dan
Al-Ikhlas je ? Tapi solat
Asar bukan kena
baca kuat-kuat pun…Dia
kembali senyum.
“ Fath imamkan pun
tak apa ayah… ”
Ilhan senyum bila
Fath menawarkan diri
sebelum ayahnya menyuruh. Nasib solat
Asar bukan Maghrib ke Isya’. Tapi
dia tahu Fath
Azmi tahu…bukan tak
reti nak mengimamkan
solat. Dulu satu kolej, bukannya sikit
jumlah makmumnya. Cuma dah
bertahun ni tak
tahulah kalau-kalau dah
tak reti.
“ Alhamdulillah… ” sengih
si ayah. Fath lega. Ilhan
pun sama. Bahu bakal
menantu ditepuknya sebelum
Fath mula mengimamkan
solat.
***************
“ Macam mana jumpa
dengan ayah Ilhan
tadi Fath ? ” bimbang umminya
bila balik je
tadi Fath terus
masuk bilik. Lama berkurung, makan malam
baru dia keluar. Usai
makan, terus Datin Rahmah
bertanya si anak. Ayahnya
ada bersama. Dalam diam
sibuk memasang telinga.
Fath mengeluh panjang. Duduk bersandar
pada kerusi sambil
memandang siling dan
kipas yang galak berpusing.
Rumah besar hanya
ada dia, ummi dan
ayah kini. Soalan-soalan daripada
ayah Ilhan sewaktu
mereka hanya berdua
petag tadi kembali
bermain di benaknya.
“ Maaf kalau ayah
tanya, tapi sebagai seorang
ayah pada anak
sebaik dan bergeliga
macam Ilhan, ayah nak pilih yang
terbaik untuk dia.. Kalau
boleh ayah nak
tanya Fath beberapa
soalan… ”
Dada yang berdegup, kencangnya tak
usah cakap. Dalam ketar
dia senyum dan
mengangguk. Huh, siapa kata kahwin
tu senang? Siapa kata ?
Apa erti
perkahwinan pada Fath ?
Apa hak
Ilhan ke atas
Fath ? Dan apa hak
Fath ke atas
Ilhan ?
Dalam situasi
macam mana Fath
perlu tegur Ilhan ? Teguran yang
dibuat dalam cara
yang bagaimana ?
Fath perlu
hormat pada ibu
Fath, dan patuh pada
perkara yang mengikut
shariat. Apa pertimbangan Fath
antara ibu dan
isteri ?
Dari segi
ekonomi keluarga, Fath tahu
apa maksud halal
dan toyyiban kan ?
Ceritakan pada
ayah, cara pembahagian zakat
dan apa hukumnya
riba ?
Apa pendapat
Fath mengenai poligami ?
Berpeluh juga dia
nak menjawab tadi. Keluh
kesah sepanjang masa.
“ Hey, ummi tanya ni
boleh pula dia
termenung. ” peha si anak
ditepuk.
“ Fath nak kahwin, ummi…. ” dah lama dia
tak merengek begitu. Malam
ni Fath Azmi
yang macho menunggang
superbike akhirnya
merengek macam budak
nak mainan dengan
maknya. Si ayah yang
mencuri dengar mula
angkat buku sorokkan
bibir yang tersengih
menahan tawa. Teruk benar
dah gayanya si
Fath ni.
“ Isk..Fath ni…. Jadi ke
tak ni ? Apa yang
ayah Ilhan cakap ? ”
Fath buat muka monyok
lagi. Si ummi dah
tak senang duduk. Pantang dia, anaknya
yang kacak, pandai macam
ni ditolak.
“ Kalau ayah dia
tak kasi, meh ummi
pergi jumpa ! ”
Bukan sebab anak
je, sebab dia pun
suka dengan Ilhan
Arissa. Lengkap serba serbi, nak
apa lagi ? Susah nak
cari yang macam
tu. Lisa yang dulu
tu bukan tak
elok, tapi kalau nak
diletak sebelah sebelah
dengan si Ilhan, menang
si Ilhan jauh
la gayanya. Minggu lepas
menonong budak Lisa
datang rumah. Merayu-rayu pada
Fath Azmi. Habis dengan
Fath, Lisa adu pada
dia. Tu Datin Rahmah
masih simpati, masih serba
salah antara Lisa
dan Ilhan, tapi bila
elok Ilhan, dia dan
Fath keluar minggu
lepas dan bertembung
dengan Lisa.
Habis satu restoran
gempar !
Lisa ganyang si
Ilhan Arissa. Waktu tu
Fath ke washroom. Tinggal dia
dan Ilhan. Macam tak
nampak dia ada
di situ, Lisa terus
tarik tudung Ilhan. Maki
hamun macam restoran
tu tak ada
orang ! Merah muka Ilhan, si
Ilhan pula langsung
tak membalas. Habisnya dia
yang jadi boxer, bukan
referee. Bila di tarik
si Lisa tapi
tak berjaya, akhirnya makan
penampar dia lah budak Lisa tu. Baru
diam. Baru nak minta
maaf pada dia. Huh, kalau belum
kahwin dia pun
si Lisa tak nampak,
kalau dah kahwin
entah macam mana
la gamaknya. Entah-entah kalau
dia dah tua
tak larat nanti, jadi
bahan maki hamun si Lisa
ni gayanya.
“ Sabar yang…. ”
ayah baru bersuara. “ Kalau bab
jumpa biar saya
yang jumpa, saya ayah
Fath. ”
“ Ayah Ilhan kasi
la umi, ayah… ” perlahan si
Fath menjampuk.
“ Eiy…budak
bertuah ni ! ” pap! Dua-dua menepuk
bahu si Fath. Main-main pula
dia.
“ Ayah dia kasi…. Tapi…. Ada syarat
ayah…ummi… ”
“ Owh pula…apa dia ? ”
“ Majlis kahwin tu, dia
tak nak kita
buat berlebihan… Tak nak
ada nyanyi-nyanyi…Akad nikah, kemudian makan-makan…tak ada
pelamin. ”
Khusyuk Datuk dan
Datin mendengar.
“ Pakaian pun tak
nak bling-bling, melebih-lebih.
Hantaran tak nak
tunjuk-tunjuk, tayang-tayang
pada orang. Tak ada
pun dia cakap
tak apa. Bukan hukum, yang
hukum tu mahar. ”
“ Mahar…berapa
dia minta ? ”
Fath Azmi kembali
monyok. Mengeluh berat sampaikan
ummi dan ayahnya
dah berkerut muka. Banyaknya ke
orang Arab Saudi
tu minta ? Keduanya telan
liur. Kalau banyak pun logic
je, Ilhan tu
bukan lepasan ijazah, PhD. Luar negara
pula tu. Muka kalah
Maya Karin. Akhlak elok, ilmu
agama ada. Keturunan pun
elok. Kalau artis yang
tak ada pendidikan
pun letak harga
sampai RM 77,777.00 , kalau si
Ilhan, lebih lagi pun
layak.
“ Ni yang susah
ayah, ummi… ”
“Cakaplah berapa ?
Boleh guna duit
ummi ayah kalau
tak cukup… ”
Fath Azmi bersandar
lagi. Mata kembali memandang
kipas yang berputar.
“ Ayah Ilhan cakap, tu
bergantung pada Ilhan, sebab
mahar tu hadiah
untuk dia…”
Ilhan minta tinggi
ke ?
“ Ilhan minta…. ”
Fath telan liur. “ Dia
minta…Fath hafal satu
Al-Quran dalam tempoh
kami berkahwin…tapi masa
hari perkahwinan tu
nanti, dia minta Fath
baca surah Al-Kahfi
dan surah An-Nisa' sebelum akad, dan presentation
pada audience mengenai surah
Al-Kahfi masa jamuan
kahwin tu nanti…”
Fath dah kembali
merengek. “ Ummi…. Fath tak tahu
Fath boleh ke tak….
Waaa…..”
Terkebil ummi dan
ayah Fath memandang
anak terunanya. Tak dapat
dia nak menolong. Dulu nak
hantar jadi hafiz, Fath
yang tak nak.
“ Tak pe, hafal sekali
dengan Ilhan bila
dah kahwin. Sepanjang perkahwinan
kan ? Yang penting usahakan…dan
usahakan surah Al-Kahfi
dengan surah An-Nisa' tu. Dua surah je
pun, so bila plan
nak kahwin ? ”
“ Nak kahwin cepat…tapi
kena hafal dulu…”
“ Ha, jaga makan,
jaga mata, jaga telinga
tu, baru mudah nak
hafal. Lambat kamu hafal, lambat
la kamu kawin. Ummi
dengan ayah memang
tak leh nak
tolong. ”
Waktu macam ni
baru dia terasa
duit langsung tak berguna.
Nak buat
persiapan kahwin, nak mengada-ngada
dengan Ilhan pun
semua dia tak
selera. Dada berdebar nak
menghafal.. Dah lama dia
tak amalkan baca
surah Al-Kahfi dengan
maksudnya sekali.Dulu selalu je. Ah, padah tak beramal.
“ Okaylah umi, ayah,
Fath nak
naik. Nak sambung hafal.”
Datuk dan Datin senyum. Patutlah senyap
dalam bilik tadi. Menghafal rupanya.
****************
Ruang tamu penuh
dengan manusia. Fath pandang
ayah Ilhan, pandang saksi, pandang tok
kadi. Liur di telan. Sebulan dia
khusyuk menghafal. Bila dah
yakin terus dia roger
Ilhan. Telefon si ayah
untuk tetapkan tarikh. Ayah
sempat interview lagi pasal
pengajaran surah Al-Kahfi. Feuh, serius Ilhan
mahal. Harga mahar paling
mahal bagi Fath. Kalau
duit mudah dia
bagi, tapi ni perlukan
masa, perlukan fokus, perluka usaha. Memercik juga
perasaannya sekarang. Risau dan
berdebar mahu mengalunkan
surah-surah itu.
Matanya dipejam.
Cuba menenangkan diri.
Surah Al-Kahfi di
bacanya dengan alunan
tajwid yang betul. Satu
persatu..hinggalah ke ayat
110. Ayat terakhir.Kemudian di sambung pula dengan surah An-Nisa dari ayat satu hingga ayat 175.
“ Alhamdulillah… ” bunyi
suara ayahnya, ayah Ilhan
dan orang sekeliling. Fath kini
mampu tersenyum. Alhamdulillah…hatinya melaung
kuat.
Acara akad nikah
berjalan penuh lancar. Kalau
surah yang ada
110 dan 175 ayat dia
mampu hafal, tak kanlah
nak akad nikah
dia tak mampu ? Sekali lafaz
pun dah lepas ! Habis
akad, terus dia senyum. Dah
tak cover-cover lagi dah. Bukan
mudah hokay nak
kahwin Ilhan Arissa. Bila
dah berjaya haruslah
dia rasa super bahagia, rasa
macam champion
gitu !
“ Awak tahu apa
saya nak buat
sekarang ? ” bisik Fath pada
Ilhan Arissa. Tangan si isteri
digenggamnya erat. Ilhan tunduk
malu bila tetamu
sakan mengusik. Kamera asyik
berkelip kiri kanan.
“ Jangan buat pelik-pelik…Ayah ada tu…
”
“ Awak hak saya
sekarang… ” dah tiga bulan
dia tak berjumpa
Ilhan. Bercakap pun tidak. Sebelum kahwin
tak boleh jumpa. Cakap
pun tak boleh. Kata
ayah Ilhan , kena berjumpa
untuk ukur baju, untuk
settle hal kahwin
tu semua bullshit.
Di Arab
Saudi, pengantin lelaki jumpa
pengantin perempuan waktu
malam majlis kahwin, lepas
akad nikah dalam
bilik tidur. Tak ada
hal pun. Kalau nak
jumpa sekali pun
dah cukup, tu pun
waktu awal-awal sebelum
decide untuk
kahwin. Waktu sesi suai
kenal, bersama dengan keluarga.
“ Ya…. Tapi dalam bilik
la… ”
Fath senyum. “
Dalam bilik saya
boleh buat apa-apa
je. Janji ? ”
Dalam dok berposing
gitu gini sempat
Fath Azmi berbisik-bisik dengan
si isteri. Sakan si
Ilhan nak cover.
“ Hmmm… Asal tak bercanggah
dengah hukum… ”
“ Itu mesti…. ”
“ Pengantin perempuan,
peluk la
suami tu. ” ada juga
yang nakal menyuruh. Fath tayang
sengih lebar tapi
belum sempat apa-apa
ayah Ilhan dah
berdehem. Fath terus buat
muka serius.
“ Err…yang macam-macam
tu kita buat
dalam bilik bro… ” Fath
kenyit mata pada
kawannya sebelum berpaling
pada ayah mertua
dan menghadiahkan senyuman
baik dari menantu.
*******************
Masuk bilik,
Ilhan Arissa dah
siap menunggu di
birai katil. Dengan gaun
labuh yang memukau
mata lelakinya. Tertutup dengan
tudung dan veil
siap, tapi mengenali hati
budi Ilhan Arissa, tidak
pernah sekali dia
tidak tertarik dengan
isterinya kini. Isterinya yang ‘mahal’.
Fath senyum. Senyum mengingatkan
semua yang dia
perlu lalui untuk
mengahwini seorang gadis
bergelar Ilhan Arissa.
Menyedari dia yang
baru memasuki bilik
yang berhias cantik
untuk mereka, Ilhan bangun
menyalaminya. Tangan Ilhan terketar. Dia
tahu Ilhan berdebar. Dia
pun sama, cuma dia
tahu menyorokkan rasa.
Malam pertama kot, siapa
tak berdebar ?
Dahi Ilhan dia
cium. Lama. Perlahan tangan Ilhan
melingkar memeluk tubuhnya. Erat. Yang kedengaran
hanya deru nafas
mereka.
Untuk 10 tahun
perkenalan mereka.
Untuk setiap saat
dan waktu Allah
kurniakan mereka.
Untuk seorang isteri
dan seorang suami
yang saling memahami. Yang
sentiasa ada.
“ Awak tahu tak
Fath, dulu…10 tahun dulu… Saya
pernah berdoa supaya Allah
jadikan awak suami
saya. ” Ilhan tunduk malu. Dagu
isteri disentuhnya mesra. Diangkat supaya memandang
matanya.
“ Dan sejak 10
tahun dulu, saya asyik
tertunggu, bila waktunya awak
akan sedar, saya yang
Allah ciptakan untuk
awak Ilhan. Sampai ke
sudah awak tak
nampak saya, lastly I need
to make a
bold move. A very
bold move till
the end. Till now.”
Ilhan tertawa. “ Awak asyik occupied.”
Pinggang Ilhan dipeluknya. Duduk berdiri
begitu sambil mata
melekat antara satu
sama lain. Bahagia. Bahagia bila
ini pertama kali
mereka begini. Ini pertama
kali mereka bersentuhan. Sentuhan selepas
kahwin rupanya jauh
lebih indah bila
sebelum kahwin belum
pernah melakukannya.
“ Dah, tak perlu cakap
pasal yang dah
lepas. What I
know now, you’re mine
and I’m yours…and
we both love
each others eversince. Arent we ? ” hidungnya dilagakan
dengan hidung Ilhan. Romantik, dan bertambah
romantik bila mereka
mula hanyut sejenak. Kasih sayang
yang sudah lama
terpendam akhirnya menjadi
kenyataan. Keluar membuak-buak,
langsung tak bertepi.
“ Kita solat sunat
dulu ? ” ajak Fath bila
mereka sudah reda. Tudung dan veil Ilhan sudah tercampak ke lantai. Solat
Isyak sudah dibuat
bersama dengan tetamu
tadi.
“ Sure… Awak nak
mandi dulu ? ”
Tangan Ilhan
masih dalam genggaman
Fath. Tak mahu lepas. 10
tahun kenal, sekali pun
dia tak pernah
sentuk kulit Ilhan. Bila
dah dapat, hah, siapa nak
lepas ? Barang mahal bhai, orang
appreciate. Macam nak
dapat bag kulit
Hermes, dari luar je
orang mampu tengok, nak
usap sentuh jauh
sekali. Kalau sekali dah
dapat, pergh, peluk tak mahu
lepas. Kalau boleh tidur
pun nak pakai
beg.
“ Mandi sama-sama…
Rasulullah pun mandi
sama-sama kan dengan
Saiditina Aishah? Awak tahu tak, Rasulullah s.a.w
orangnya romantik… Minum pun
nak di tempat
yang S. Aisyah minum… Baginda Rasul
pernah mengendong S. Aisyah, bukan Korean
je yang kendong
awek. ” Fath Azmi sempat
mencuit hidung si
isteri. Merah muka Ilhan.
Ilhan kenal Fath
Azmi. A born
leader. Sifat yang Ilhan
senang dengan Fath. Fath
pandai, mudah untuk dia
belajar semua tu. Yang
penting Fath mahu pelajari soal hukum
hakam, soal agama.
“ Lepas mandi,
kita solat…then…” Fath buat muka
nakal. Ilhan semakin membahang
mukanya. Kulitnya yang putih
sudah menjadi kemerahan. “ buatkan saya
air, kita tengok bintang. ”
Terus Ilhan pandang
mata Fath Azmi. Kenangan dulu
menjengah mindanya.
“ Fath, you know,
if I
could wish one
thing in my
life, I will ask
God to let
me live up
above, in the sky… ”
“ You love stars aren’t
you ? ”
“ Hmm..mmm… bintang
tu cantik…bintang ingatkan
saya yang saya
ni kerdil…Matahari adalah
salah satu bintang
yang paling dekat
dengan kita…Kita tinggal
dalam bumi, bumi berputar
dalam system solar, system solar
berputar dalam galaksi
Milky Way, dan Milky
Way hanyalah salah
satu daripada 170
billion galaksi yang
ada di alam
ni… Kahwin nanti…”
“ Amboi, pakwe
tak ada sibuk
nak kahwin ya ? ”
“ Ala, angan-angan
apa salahnya? ”
“ Kahwin nanti,
apa awak
nak ? Hadiah honeymoon ke
bintang ? Cair nanti. ” Fath ketawa
kuat.
“ Hisk bukanlah…Kahwin nanti…Suami
saya pun kena
suka bintang, sebab setiap
malam sebelum tidur
saya akan tengok
bintang… ”
Tangan Fath naik
mengusap pipinya. Kenangan tujuh
tahun lepas, terbang pergi. Yang
ada adalah Fath
Azmi yang tidak
pernah lupa impiannya
yang satu itu.
“ Saya ingat sayang… ” Fath mengetap
bibir. Mata tak lepas
dari memandang anak
mata sang isteri
yang masih kagum
memandangnya. Kagum dan terharu
mungkin? “ Lepas hari tu, setiap
malam saya pula
yang jadi pujangga
yang asyik melihat
bintang…sampai sekarang… ”
Terlepas tawa perlahan
dari Ilhan. Tawa yang
diiringi dengan linangan
air mata. Tangan Fath
yang asyik mengusap
pipinya dipegang erat. Dikucupnya penuh
kasih. Tubuh si suami
yang sasa dipeluknya
erat. Wajahnya disembamkan pada
dada bidang Fath
Azmi.
“ I love
you… ”
Bintang berkelip bagaikan
mengenyitkan mata padanya. Fath
Azmi mencium ubun-ubun
si isteri kesayangan
sekali lagi, dan sekali
lagi… Wajah Ilhan yang
berlinang dengan air
mata turut menjadi
bahan ciumannya.
Indah hawa yang
Allah takdirkan untuk
dia. Tak rugi dia
menjaga Ilhan selama
ini. Walau dari jauh, walau
tak dapat dipegang, walau terpaksa
dia korbankan perasaan
di jiwa, walau terpaksa
dia pendamkan cintanya, Ilhan milik
dia kini. Tanda cinta
seorang lelaki pada
perempuan kesayangan mereka
adalah dengan menjaga
maruah mereka, dan ilhan
adalah maruahnya dari
dulu dan hingga
ke akhirnya.
“ I love
you more Ilhan
Arissa…you'll always be my sweetheart… ”
The End
Alhamdulillah, akhirnya naik juga The End untuk Sweetheart, Eve ingat its not gona be happen this soon. At least bulan 6 ke 7 ke..lepas my VIVA/Presentation Project and Panel Review and Progress report submission. Ahahah tapi dah beberapa orang dah rindu dendam, hence siap juga menaip dalam masa 3 jam. It suppose to be my rest time. But ok la kira release distress la juga kan ;)
Seriously tak sempat dan malas nak cek grammar ke apa ke, hence pandai2la nak paham kalau ada yg salah eja okay :p
Cerita ni memang my sweetheart sebab lead character is base on my actual besty : Fath Azmi (bukan nama sebenar) . He always make me wonder, kemain dia ambil pic dgn org lain rapat-rapat or pegang bahu mcm kawan biasa-biasa, tapi kalau jadi gf dia, date kena berteman dengan family, sentuh tangan etc is NO ! But he is a sweetheart to everyone. A gentleman. Anak Datuk n anak jutawan/ kontraktor kelas A yg langsung tak sombong. He always advise me what not to do with guys.
and my advise to you ,please dont make yourself cheap with the guys. They are weird creature, kalau perempuan menggedik mereka suka, tapi kat belakang, mengata jangan cerita!
Surely he dont know I'm writing him here.lol.None of my friends know that I'm a writer now except for my besty yg dah jadi bff since I'm 13. Birthday Ariana is her birthdate.
All right guys. Goodnite and have a good sunday. =)
Assalamualaikum!
p/s: many thing happen lately, i mean life is too 'lively', alhamdulillah :) and since life is 'exciting' I hardly have the mood to open my blog or check on d fb, so my apology if lambat bls komen/pm di fb ye :) Thanks loads ape pun <3
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)
wah menarik kak....hihihih ni yg syok..ada citer baru tak kak?
ReplyDeletehehehehe tak la Ria, siapkan A380 tu pelan2 >.< hehehe
Deletethanks dik! ;)
serius sgt2 jelessssssssssssssss...........mahalnya seorg P...trletak pd mahalnya mahar...n xde mahar y lbh mahal dr keikhlasan fath untk hfal ALQURAN mgkin....huhu tahniah writer
ReplyDeletethanks Ana :) mahalkan mahar tu..duit pun tak leh beli. org pn tak boleh tolong.hihi
DeletetQ babe ;)
ReplyDeletethanks eve.. hilang rindu kat Ilhan n Fath.
" They are weird creature, kalau perempuan menggedik mereka suka, tapi kat belakang, mengata jangan cerita!" <--- BETOI SESANGAT TUU..
haha anyway org tu perasan tak nama adik Ilhan tu Ayu ? kikiki :p
Deletemesti ler perasan.. touching :)
Deletehehe ;)
DeleteOmgggg best la citer ni kak eve ! Oh sweet fath! Hihi
ReplyDeletehehe ;) tQ fika!
Deleteso sweet..mmg la mahal mahar si ilhan ni..
ReplyDeletelol mahal sbb susah nak dibuat kan..haha ;) tQ babe!
Deletewaaaahhhh..mmg best...
ReplyDeletetQ hudapis ;)
Deletemmg mahar yg paling mahal..takde sape pon ble tolong dapatkan selain Allah..best sgt sweetheart..
ReplyDeleteowh yes, betul tu.. ;)
Delete-mula2 tgk tajuk 'Sweetheart' dolu2 terus teringatkan si kuda cik Melur Jelita yang nk bersalin tu...hehe interesting!
ReplyDelete-2 hari lepas ulang bca Sweetheart karya cik Evelyn Rose...(sbb rindu) & dok tungu bila nak smbung lagi...takkan dah abis camtu jer kot...huhu
-so harini was 'happy sunday' for me lah, sbb buka je blog Evelyn Rose dah ada THE END...hihihi (instinct kot...wink wink...hehe. kelas kau _Aniesue_)
mgkn ada org dok doa2 kan, so Eve pun ter ada mood utk menulis.hehe. tq anisue!
DeleteIzzati:
ReplyDeleteAkhirnya tahu jugak kesudahan kisah Fath dan Ilhan..terima kasih banyak2 kak Eve..akhirnya dah terubat jugak rindu kawan saya nak baca Sweetheart..dia sngat minat cerpen ni..saya pun sama...hihihi
ending die sngat bestt..bab mahal Fath untk Ilhan tu x pernah terfikir pun..menghafal ayat Al-Quran...subnaallah..mana nak cari lelaki seperti Fath..satu dalam sejuta kot klau bertemu..tapi semua itu tak mustahil untuk kita jumpa lelaki sebegitu..kita plak kena mempersiapkan diri untuk jdi wanita solehah...suka gak dgn kprihatinan seorang ayah yg betul2 menjaga anaknya...dahlah Ilhan tu bgi izzati "cukup pakej"..bukan bererti dia sempurna sbb tiada manusia yg sempurna dlam dunia ini kan..izzati pun susah nak gambarkan betapa sukanya izzati terhadap keperibadian Ilhan dan bagusnya Fath Azmi sbgai lelaki yg tahu tanggungjawab die dan sentiasa belajar utk menjadi yg terbaik...i really like both of them...
congratzz sis Eve...semua cerita akak izzati suka sngat2 dan bnyak pengajaran yg boleh izzati ambik untuk dijadikan panduan dan membuatkan izzati berfikir tentang kehidupan dan pencipta kita,Allah SWT..sngat bertuah mengenali akak di alam maya dan membaca hasil nukilan akak....teruskan menulis hingga hujung nyawa...semoga sentiasa diberi idea yg mencurah-curah utk mengarap cerita yg segar,penuh informasi dan membuatkan izzati tersenyum bila membacanya...
love u a lot...muahhhss
Alhamdulillah tQ zati ;) suka baca ur komen :) as always. yg baik jadikan panduan, insyaa Allah. part kahwin mmg penting, esp d guy. and we as a woman, pn kena put a good level for ourselves. nak dapat lelaki yg baik, kita pn kena jadi baik, insyaa Allah Tuhan itu adil.
Delete<3 u sis!
Ouhh kak eve bestnyaa cerita yang kak eve buat !!!
ReplyDeletehehe tQ anon! :)
DeleteHai eve i just adore your novel character especially the guys ! Hahah . Beragama and pandai!!!!
ReplyDeleteThank you anon ;) lets pray makin banyak lelaki yg pandai and beragama all around us. amen ;)
Deleteoh! sweetheart yg sngt sweet! :) betul kan kak eve? men are da weirdest creature ever! i'd never trust any of my male friend. saya sngt rapat dgn my male classmate masa sekolah and mmg terbukti diorang mcm yg akak cakap la. bila ada gurl yg flirt wah! suka habis! belakang gurl tu ha dgn sayalah diorang mengutuk tat gurl. hurmm poor our lady. they dont know how valuable they are. so gurl, appreciate urself. keep ur pride high for only man in ur live. your very own husband. tak payah couple-couple pon kalau nak cari suami. kalau dah kat loh mahfuz tu dah tulis nama awak dgn sekian-sekian lari smpai kutub selatan pon dia akn jadi suami awak juga.
ReplyDeletep/s: a self reminder for me too.. :)
haha kann aina. that is lelaki. even my own brothers pn cakap :
Deletebarang free orang ambil, tapi nak simpan tatang tinggi2 tak lah. Kalau nak buat isteri, HARUS yg solat tak tinggal, yg boleh didik anak2.
Alhamdulillah, suka tahu ur pendirian. I agree with u aina! couple sbb trend and peer pressure is so not cool. bagi akak, org yg paling confident is the one yg takkan effected by others point of view except Allah swt.
tc dik!
suka suka sangat Eve..mahal nilai nya mahar dan maruah diri seorang wanita.. I like the story so much... keep it up sis
ReplyDeleteyes...maruah perempuan di angkat tinggi dalam Islam..bergantung pada perempuan tu samada utk menghargai kedudukan yg Islam bagi, atau they want to put it down... May Allah bless us all. insyaa Allah. Thanks has :)
Delete1st time baca Sweetheart...sabarkan diri sbb nama pun cerpen so akan habis cepat...so hari ni berjaya baca dr "Prologue" till "The End"...Subhanallah siapakah ER ni? Punya daya imaginasi yg bukan biasa2, ER sgt istimewa...x terfikir sungguh mengenai rules pergaulan antara lalaki & perempuan wpun hanya 3, tp intipatinya sgt padat!!! Serius u are brilliant sis...about the mahar...about the Q given by Ilhan's dad...siapa sangka wujud semua tu...Thanks for sharing sis...Alhamdulillah, berbaloi2 bersabar
ReplyDeletehaha bijak kak sue! sama mcm saya.hehe.pergh akak punya puji ni luar biasa melambung tinggi saya. saya biasa2 je kak :) all d Qs tu mgkn sbb saya kerek, so mmg sy akan tanya soalan2 mcm tu.hehe.
Deletethanks jg kak! :)
Congrate n tq 4 this sweet story...
ReplyDeleteActually i terfikir juga...kalau la i blm kahwin......i nak buat mcm apa yg ilhan ....
Hahaha....best sgt cerita ni...thumbs up!
haha! tapi dah kahwin..tape u ada anak perempuan yg comel2! nanti mereka boleh jadi Ilhan ;) thanks babe! ;) <3
DeleteAssalamualaikum to Eve. Cerita ni buatkan saya tersenyum esp the last part where you mentioned about your very special sweetheart :) Same case. Hehe. All the best in your life, Eve. :)
ReplyDeleteouch same case ;) hehe all d best u too :p
Deletewsalam wbt
DeleteEvelyn....sweetnya ending...mmg betul cakap u ..people will appreciate more when...you have to put xtra effort to achieve/ get it ?
ReplyDeleteexactly! in any cases, human are d same. they appreciate whats hard to get. :D
DeleteEvelyn....sweetnya ending...mmg betul cakap u ..people will appreciate more when...you have to put xtra effort to achieve/ get it ?
ReplyDeleteyes, thanks anissa ;)
DeleteThis is great...but i miss A380..bila nk update sis?
ReplyDeletetQ anon ;) soon!
Deleteomo!!!
ReplyDeleteBest gla!!!
Haha thanks fara! ;)
Deletedear ER, (no relations to that tv drama), as always u are different. bila baca ni teringat novel arwah azizi hj something (sorry x ingat nama bapa dia) yg watak hero kena tulis tangan satu al-quran sebagai syarat utk mlm pertama dia dan isterinya...timi
ReplyDeletewah satu al-Quran kena tulis, itu lagi hebat.haha. menahan hero. keh3.
Deletetq eve...
ReplyDeletesweet sgt ending sweetheart...
memang best!
-shalinda-
tQ shalinda! :D
DeleteFarrah Lee :
ReplyDeleteA big WOW!! Very inspiring Eve!!!
Nanti kalau ade baby girl boleh la nak berangan mahar mcm ni... =)
haha kak Farah! nanti cepat2 dapat baby girl okay! :D <3
DeleteAssalamualaikum, kak eve, congratulation.. akhirnya dpt jg sy baca the end.. seriously, sy berharap sgt akn ada lelaki mcm fath utk sy.. waaaa! dah berangan sampai ke laut dah ^____^. mahar seorg wanita bkn terletak pd duit, the best thing is mcm Ilhan minta pd Fath.
ReplyDeletewsalam wbt anis ;) insyaa Allah, doa banyak2. Hati manusia semuanya ada di tangan Allah swt. Minta pada Dia. He will give it to you, insyaa Allah :)
Delete"Call on Me, and I will answer you" (Surah Al-Mu'min, 40:60)
wow! sweet ending <3 i love it.
ReplyDeletetak sangka itu yg Ilhan minta sbg mahar, ingatkan dia nak ape la.
but, permintaan Ilhan was the best request ever. :)
anyway nice karya kak Eve.
thank you Evelyn Rose. ;)
~Mawar~
lol thanks Mawar ! ;)
Deleteeve, you jela kahwin dgn fath azmi versi realiti yg kwn you tu, kalah cerita novel eve...........you mcm sesuai je dgn dia (dah mcm matchmaker je i ni) kekeke
ReplyDeletehahaha owh gosh...! tetiba rasa kelakar.hahahah. entah la, soal jodoh Allah knows best :) doakan yg terbaik for me and you too babe! ;)
Deletesaya setuju ttg lelaki suka ppuan gedik tapi di belakang mengata. dan saya juga tertanya2 fath azmi versi realiti tu tangkap pic rapat2 dgn ppuan ke? walaupun bila nak jadi gf jaga betul2. tapi dari perkataan tu rasanya ppuan, jadi matchmaker mcm belum sesuai lagi . he3. lagi satu saya rasa ada perkara perlu diperbetulkan tapi belum ada bukti, kalau dah jumpa nanti saya sampaikan.
Deletelol come on anon, i bet the other anon is just making a joke lah. dont take it seriously. i not gona use a match maker to get married tho.lol ;) Yeah thats Fath is, thats why i said he is weird.
DeleteCerita yang membuai rasa dan semestinya impian seorang ibu bagi mendapatkan menantu yang sebegitu.. Ibu Inilah....
ReplyDeleteinsyaa Allah anon ;) doakan yg terbaik utk anak2 nanti, insyaa Allah. Doa ibu pasti berkat. :D
Deletebila bace part milky way dan galaxy tu ... immediately ingat citer BIMBO by Karya Lepak/Rin Ahmad bab 1 - yg lebih 'funny' & menghiburkan SMS di antara Dani & Elsuraya! Kebetulan lagi ada persamaan dulu dlam cerita Pokok Krismas bergerak jugak di tulis oleh Karya Lepak/Rin Ahmad ada part Darren minum coke campur susu kemudian ada jugak masuk dlm 13 Jam A380 Haydar buat menda yg sama coke campur susu.
ReplyDeleteohsem!
uhuukk .. uhuukkk!
DeleteAha Bell, I do read and follow Bimbo! by Rin and of course I know its being mentioned in Bimbo for few times by RIn about Galaxy and Milky Way but no one ever say anything about the answer which make me wonder whyy ? it cant really be only us engineers know about galaxy. Milky Way, Andromeda, Pinwheel, Sunflower, Tadpool, Whirlpool are just same name of all the galaxies ! its weird when people dont know it.
Deletebut as for PKB i dont really follow that story. I read the first and the finale part but too lazy to get into all of them. Hence i'm not sure which part is it. but coke and milk is nothing new la babe ;p start drinking it since 1990's. soda and passion is kinda nice too, or bubbly strawberry F&N added with powder milk. superb!
somehow, rasa macam watak besty evelyn tu (Fath Azmi) macam Faliq NAZA....
ReplyDeletelol ;) Fal owh Fal. Liq owh Liq. haha
DeleteOk saya dah jumpa. Fath azmi tetap xblh salam dgn mak tiri ilhan walaupun dia telah berkahwin dgn ilhan. Saya xpandai nak link kat web tapi blh tgk di youtube dlm ceramah ustaz kazim tajuk keluarga 69. Banyak pengajaran dlmnya sbb ramai org selalu buat kesilapan ttg halni. Salam
ReplyDeletesalam anon, thank you for the info. yes u r right. in most of the mazhab except Maliki, menantu boleh kahwin dengan mak tiri ex-wife - that is why tak boleh salam even dah kahwin. Mazhab Maliki je yg cakap tidak digalakkan. I will change that one. I was focused on the fact that bakal menantu suppose tak leh salam dengan bakal mak mertua, unless dah kahwin dgn anak tu - forgotten yg d mom is mak tiri.
Deleteanyway thanks and its good coz u come out with the proof ;)
sangat comel!! *angkat tangan doa semoga kak eve bertemu jodoh dengan the real fath azmi (bukan nama sebenar) aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. heeeeeeee ;)
ReplyDeletehahaha owh my nur afikah ;)
DeleteDo I want to marry him ? Haha. Doakan yg terbaik buat I okay.lol. but I prefer this British Muslim more kot.haha. ;p
Oh My Allah...so sweet!!!! it's a beautiful ending Eve dearest. Tak sabar nak tunggu your next brilliant cerite pendek lagi. Congrats!
ReplyDeletehehe thanks kak! insyaa Allah i dont know when will i do d cerita pendek again...maybe maybe...later.lol
DeleteA good story my dear
ReplyDeleteThank you kak ;)
Deletetelan air liur sat bila baca part mahar Ilsan tu. mahalnya! sy yg pompuan ni tlg risau kat Fath tu . hehehe
ReplyDeletebtw, good job kak!
cite yg sgt menarik..... penuh pengajaran...... penuh dgn info yg kadangkala kita sbg manusia ini sering terleka ..... moga info2 ini akan membantu dan menjadi panduan buat kita sbg manusia khususnya sbg seorg wanita....
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSo sweet!! Tahniah ye.
Mcm xpuas baca. Coz dalam seronok membaca ada something y kita leh belajar. Lagi best coz stiap kali baca terbayang kisah sndiri. Kawen dgn besfren. Selama berkawan xpernah jumpa, hanya SMS n online chatting je. Call? suaranya xterkeluar! pemalu. I love you? mmg xlah.. 1st time jumpa after 8 years, kitorang keluar ramai2. Tringat Fath Azmi nk melamar Ilhan. So sweet!!
Tapi tu la...mahal n indahnya mahar Ilhan. Terharu pun ye juga. Ending y sgt best.
Good Job!
Salam eve,kalu bole kak yati nak request jadikan sweetheart sebuah novel. Rasa sdih cerita da tamat.. Eve bole tambah g plot cerita. Alhmamdulillah,akak ska sgt cerita ni.
ReplyDeletewaaa...sgt best!
ReplyDeletekagum btol ngn hasil akak! best!! dah la informative abes. the only blog yg slalu saya check every time blek dr asrama. here, i give u thousands of thumbs up!
ReplyDeletewow.. bestnya ending.. dan yg best mahar tu.. i dah terlepas but mungkin untuk anak2 nanti boleh mintak cam ayah Ilhan tu...InshaAllah
ReplyDeletekak eve knpe semua ceter akak best2 dan penuh pengajaran.. sukew sgt bce.. rse mcm nk jewk ad live n hubby mcm uh..haha berangan jewk lbh saye ni.. huhu.. hope ceter ni dibuku kan ..
ReplyDeletebest....ER dah kawin????(soalan jerat)huhuhu....jgn marh...gurau2.....btw,mmng best giler lah...keep it up sis.....
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDelete(Hehe... tiba2 je rasa nak komen, padahal slalu jadi silent reader je. :P )
Masa mula2 baca prolog da dapat agak, ni macam cerita betul jer...macam kisah kak ER sndiri je... dan bila da habis baca, rupanyaa......
tak sangka pula betul2 based on your actual bestie...
wahh! mmg sgt sweet..
harap kak iman dapat jodoh yg soleh dan hafiz macam Fath... Allahuma aamiin... ^_^
Assalammualaikum. Kak awat sweet sgt ni. Aduh.... manisnya rasa mcm nk potong kaki je. Apa apa pun best kak. Penuh dgn pengisina dan pengajaran. Teruskan usaha. Jia yu kak!
ReplyDelete