Join This Site

Saturday, 2 March 2013

Sweetheart The End



Sweetheart 

Fath  Azmi  main  sengih-sengih. Ilhan  pula  tayang  muka  serius. Hasrat  hati  nak  bagi  warning  pada  Fath  supaya  bersedia, tapi  macam  ni  pula  gaya  si  Fath  Azmi. Sejak  dua  minggu  selepas  malam  dia  dilamar  secara  mengejut, Ilhan  hubungi  ayahnya  di  Saudi. Ayah  setuju  untuk  balik. Kata  ayah, kalau  bab  kahwin  dia  perlu  uruskan. Perlu  tengok  siapa  lelakinya. Elokkah  orangnya. Boleh  ke  bimbing  anak  dia ? Walaupun  jarang  sekali  Ilhan  balik  ke  sana, jarang  sekali  bergaul  dengan  adik  beradik  yang  lain, Ilhan  tetap  anak  dia. Tanggungjawab  dia.  Makan  pakai  Ilhan, perkembangan  diri  Ilhan  semua  dia  pantau  walau  dari  jauh. Setiap  tahun  dia  ajak  Ilhan  datang  ke  Saudi, tapi  Ilhan  yang  menolak. Macam-macam  alasan  Ilhan. 

“ Masuk  lah… ” perlahan  Ilhan  mengajak. Ayah  elok  sedang  bersiap. Awal  pula  Fath  datang, janji  pukul  4.00  petang, pukul  3.45  petang  dah  terpacak  depan  rumah. Ayah  Ilhan  balik  dengan  ibu  dan  dua  adik  lelakinya. Adik  perempuannya  Ayu  dah  berumah  tangga  dengan  ustaz  yang  belajar  di  sana.

“ Ilhan, nanti  kita  gitau  ayah, kahwin  cepat  sikit  nak ? ” Fath  Azmi  membontoti  dari  belakang. Perlahan  dia  berbisik. Ilhan  berpaling  dan  buat  muka.

“ Fath…mak  cik  ada  tu… ” Ilhan  turut  berbisik. Matanya  dijegilkan. Fath  sengih, menahan  tawa.

“ Assalamualaikum  mak  cik… ” laju  si  Fath  bersalaman  dengan  mak  cik  Ilhan. Kemudian  dengan  nenek  yang  baru  keluar  dari  dapur. Rumah  teres  dua  tingkat  tidaklah  besar  seperti  rumah  si  Fath. Ayah  Ilhan  masih  belum  nampak  rupa.

“ Duduk  dulu  Fath, nanti  si  ayahnya  turun.  Hani, pergi  angkat  air  kat  dapur  bawak  keluar.” 

Hani ? Berkerut  dahi  si  Fath  bila  itu  panggilan  yang  nenek  berikan  pada  Ilhan. Macam  mana  boleh  jadi  Hani ? Senget  bibirnya  nak  menahan  senyum. Nanti  bolehlah  dia  panggil  Hani  nanti.

Ilhan  bergerak  ke  dapur. Fath  mengambil  duduk. Nenek  dan  mak cik  Ilhan  pun  ikut  duduk. Bertanya  itu  ini  pada  si  Fath. Mak  cik  dan  nenek  jenis  yang  lemah  lembut, elok  budi  bahasanya, tak  kekok  si  Fath. 

“ Assalamualaikum. ”

“ Waalaikummussalam wbt… ” angkat  je  kepala  terus  si  Fath  terdiam. Ayah  Ilhan  dipandangnya  atas  bawah. Bibir  digigit.

Dug Dag Dug Dag

Macam  kompang  dipalu  hati  berdentam  dentum  kat  dalam  dada. Ilhan  dulu  sempoi, rock  kapak, tapi…ayahnya ?

Jubah  putih  elok  tersarung  di  badan. Tinggi  orangnya. Kulit  putih  iras  orang  Arab. Gaya   
syeikh. Kopiah  putih  elok  di  kepala. Jambangnya  elok  segenggam  tapi  sudah  memutih. Wajahnya  jernih, kalau  tengok  memang  segan  nak  bergurau  senda  atau  cakap  yang  bukan-bukan. 

Dalam  kagum  dan  debar  berjaya  juga  si  Fath  berjalan  ke  arah  ayah  Ilhan. Menghulurkan  tangan  dan  bersalaman.

Perempuan  yang  berada  di  sebelah  si  ayah  sangkanya  pasti  ibu  tiri  Ilhan. Elok  berjubah  hitam, bertudung  labuh  dan  berpurdah  siap. Nampak  mata  je. Fath  tunduk  hormat  sambil  senyum, nak  hulur  tangan  tak  berani. Haram!

Bila  si  ayah  berjalan  ke  sofa, Fath  Azmi  menurut. Bila  tersembul  adik  lelaki  kembar  si  Ilhan, dia  berhenti  untuk  bersalaman  sebelum  menyambung  duduk. Fath  tersengih  mati  kata  bila  semua  duduk  memandangnya. Terasa  macam  dikepung. Macam  kena  interview  tergempar. Peluh  dingin  mula  nak  memercik. Ah, graduan  oversea, dah  macam-macam  dia  lalui, tak  kanlah  detik  macam  ni  dia  kaget ?

Si  ayah  senyum  tenang. Fath  tunduk  hormat. Adik-adik  Ilhan  dua  beradik  ni  segak  orangnya. Nasib  baik, adik, kalau  tak  cemburu  juga  dia. Dua-dua  dah  umur  18 tahun  tapi  badan  sasa  macam  pak  arab.

“ Ilhan  Arissa  beritahu  ayah, Fath  ni  calon  suami  dia. Memang  tu  niat  Fath  datang  hari  ni ? ”

Pergh, straight  to  the  point ! Fath  pun  apa  lagi.

“ Ya  ayah, Fath  nak  minta  izin  ayah  untuk  jadi  suami  pada  Ilhan  Arissa. Fath  dah   
bincang  dengan  ummi  dan  ayah  Fath, mereka  pun  berkenan  sangat  dengan  Ilhan. Hal  kahwin  ni, Rasulullah  cakap, elok  permudahkan  dan  percepatkan. ” 

“ Kalau  si  lelaki  tu  elok  agamanya… kan ? ” si  ayah  menambah. Melengkapkan  hadith  sebelum  membacakan  hadith  lengkap. “ Sabda  Rasulullah  s.a.w ;

“Hai Ali, ada tiga perkara yang jangan kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu sholat apabila sudah tiba waktunya, jenazah bila sudah siap urusan segera penguburannya, dan wanita bila sudah ada lelaki sepadan yang meminangnya” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).

“ Sepadan  pada  maksud  di  sini  mengambil  kira  agamanya, budi  pekertinya… ” tambah  si  ayah  lagi. Nasib  baik  syeikh  tak  suruh  dia  bacakan  hadith  penuh, keluh  si  Fath  dalam  hati.

“ Alhamdulillah, ayah  suka  dan  berbesar  hati  bila   Fath  sudi  untuk  mengambil  anak  ayah  jadi  isteri  kepada  Fath… Mengambil  tugas  memikul  tanggungjawab  untuk  memimpin  dia…menanggung  dosa-dosanya  jika  kamu  sendiri  tak  menasihati  dia  soal  agama… menanggung  makan  minumnya… Menjaga  haknya…hak  anak-anak  kamu  nanti…. ”

Fath  telan  liur. Kahwin  bukan  aci  main  suka-suka. Kata-kata  ayah  Ilhan  menusuk  ke  jiwa. Berat  tanggungjawabnya  sebagai  seorang  suami, sebagai  ayah.

“ Insyaa  Allah  ayah, Fath  usahakan  jadi  yang  terbaik  untuk  Ilhan.. ”

“ Bukan  yang  terbaik  pada  mata  Ilhan  sahaja  Fath…tapi  pada  pandangan  Allah…hanya  dengan  cara  tu  kamu  layak  menjadi  pembimbing… Meletakkan  Allah  pada  tangga  teratas  dalam  setiap  keputusan  yang  kamu  buat… Kalau  diikutkan  Ilhan, dia  manusia, ada   kurangnya  dia. Kita  lelaki, jangan  ikut  telunjuk  isteri, tapi  ikut  telunjuk  Allah  s.w.t… ”

Terangguk-angguk  si  Fath. Senyum  kelat-kelat. Muka  pun  terasa  pijat-pijat. Hati  dah  bimbang, bimbang  kalau-kalau  tak  lepas. Asyik  salah  cakap  je  kerjanya. 
 
“ Ni  ayah  kenalkan, ni  ibu  Ilhan. Panggil  ibu. Tu  Noah  dan Zachariah, adik-adik  Ilhan, nenek  dan  mak  cik  Ilhan. Mak  Su. Adik  ayah  yang  bongsu. ”

Satu-satu  Fath  tunduk  hormat. Terasa  canggung. Elok  sahaja  Ilhan  keluar  dengan  sedulang  air  dan  kuih  muih, terus  pulih  balik  segala  semangat  yang  hampir  hilang. Melihatkan  keluarga  Ilhan, dia  terasa  kekurangan. Kekuranga  dari  segi  agamanya.

“ Jemput  minum…” ajak  si  Ilhan  lembut. Ingatkan  Ilhan  mahu  duduk  bersama  tapi  Ilhan  terus  balik  ke  dapur. Mengeluh  si  Fath  sekejap.

Sambil  makan  dan  minum  mereka  bertanya  itu  ini  sampailah  pukul  4.30  petang. Kata  ayah  Ilhan, lepas  solat  nanti  makan  petang  sama-sama. Fath  angguk  je, sekali  si  ayah  ajak  solat  sekali. Berjemaah. Berat  kaki  nak  melangkah  tapi  dia  gagahkan  juga  mengikut. Mengambil  wuduk  dan  berkumpul  di  ruang  tamu  kedua. Sejadah  sudah  siap  dihampar. Ilhan  dan  keluarganya  sudah  elok  menunggu. Perlahan  Fath  berjalan, dalam  hati  berkira-kira, kalau  nak  buktikan  kemachoan, perlulah  dia  tawarkan  diri  jadi  imam, tapi  tak  kan  nak  baca  An-Nas  dan  Al-Ikhlas  je ? Tapi  solat  Asar  bukan  kena  baca  kuat-kuat  pun…Dia  kembali  senyum. 

“ Fath  imamkan  pun  tak  apa  ayah… ”

Ilhan  senyum  bila  Fath  menawarkan  diri  sebelum  ayahnya  menyuruh. Nasib  solat  Asar  bukan Maghrib ke  Isya’. Tapi  dia  tahu  Fath  Azmi  tahu…bukan  tak  reti  nak  mengimamkan  solat. Dulu  satu  kolej, bukannya  sikit  jumlah  makmumnya. Cuma  dah  bertahun  ni  tak  tahulah  kalau-kalau  dah  tak  reti.

“ Alhamdulillah… ” sengih  si  ayah. Fath  lega. Ilhan  pun  sama. Bahu  bakal  menantu  ditepuknya  sebelum  Fath  mula  mengimamkan  solat.

***************

“ Macam  mana  jumpa  dengan  ayah  Ilhan  tadi  Fath ? ” bimbang  umminya  bila  balik  je  tadi  Fath  terus  masuk  bilik. Lama  berkurung, makan  malam  baru  dia  keluar. Usai  makan, terus  Datin  Rahmah  bertanya  si  anak. Ayahnya  ada  bersama. Dalam  diam  sibuk  memasang  telinga.

Fath  mengeluh  panjang. Duduk  bersandar  pada  kerusi  sambil  memandang  siling  dan  kipas  yang  galak  berpusing. Rumah  besar  hanya  ada  dia, ummi  dan  ayah  kini. Soalan-soalan  daripada  ayah  Ilhan  sewaktu  mereka  hanya  berdua  petag  tadi  kembali  bermain  di  benaknya.

“ Maaf  kalau  ayah  tanya, tapi  sebagai  seorang  ayah  pada  anak  sebaik  dan  bergeliga  macam  Ilhan, ayah  nak  pilih  yang  terbaik  untuk  dia.. Kalau  boleh  ayah  nak  tanya  Fath  beberapa  soalan… ”

Dada  yang  berdegup, kencangnya  tak  usah  cakap. Dalam  ketar  dia  senyum  dan  mengangguk. Huh, siapa  kata  kahwin  tu  senang? Siapa  kata ?

Apa  erti  perkahwinan  pada  Fath ?

Apa  hak  Ilhan  ke  atas  Fath ? Dan  apa  hak  Fath  ke  atas  Ilhan ?

Dalam  situasi  macam  mana  Fath  perlu  tegur  Ilhan ? Teguran  yang  dibuat  dalam  cara   yang  bagaimana ? 

Fath  perlu  hormat  pada  ibu  Fath, dan  patuh  pada  perkara  yang  mengikut  shariat. Apa  pertimbangan  Fath  antara  ibu  dan  isteri ?

Dari  segi  ekonomi  keluarga, Fath  tahu  apa  maksud  halal  dan  toyyiban  kan ?

Ceritakan  pada  ayah, cara  pembahagian  zakat  dan  apa  hukumnya  riba ?

Apa  pendapat  Fath  mengenai  poligami ?

Berpeluh  juga  dia  nak  menjawab  tadi. Keluh  kesah  sepanjang  masa.

“ Hey, ummi  tanya  ni  boleh  pula  dia  termenung. ” peha  si  anak  ditepuk.

“ Fath  nak  kahwin, ummi…. ” dah  lama dia  tak  merengek  begitu. Malam  ni  Fath  Azmi  yang  macho  menunggang  superbike  akhirnya  merengek  macam  budak  nak  mainan  dengan  maknya. Si  ayah  yang  mencuri  dengar  mula  angkat  buku  sorokkan  bibir  yang  tersengih  menahan  tawa. Teruk  benar  dah  gayanya  si  Fath  ni. 

“ Isk..Fath  ni…. Jadi  ke  tak  ni ? Apa  yang  ayah  Ilhan  cakap ? ”

Fath  buat  muka  monyok  lagi. Si  ummi  dah  tak  senang  duduk. Pantang  dia, anaknya  yang  kacak, pandai  macam  ni  ditolak.

“ Kalau  ayah  dia  tak  kasi, meh  ummi  pergi  jumpa ! ”

Bukan  sebab  anak  je, sebab  dia  pun  suka  dengan  Ilhan  Arissa. Lengkap  serba  serbi, nak  apa  lagi ? Susah  nak  cari  yang  macam  tu. Lisa  yang  dulu  tu  bukan  tak  elok, tapi  kalau  nak  diletak  sebelah  sebelah  dengan  si  Ilhan, menang  si  Ilhan  jauh  la  gayanya. Minggu  lepas  menonong  budak  Lisa  datang  rumah. Merayu-rayu  pada  Fath  Azmi. Habis  dengan  Fath, Lisa  adu  pada  dia. Tu  Datin  Rahmah  masih  simpati, masih  serba  salah  antara  Lisa  dan  Ilhan, tapi  bila  elok  Ilhan, dia  dan  Fath  keluar  minggu  lepas  dan  bertembung  dengan  Lisa.

Habis  satu  restoran  gempar !

Lisa  ganyang  si  Ilhan  Arissa. Waktu  tu  Fath  ke  washroom. Tinggal  dia  dan  Ilhan. Macam  tak  nampak  dia  ada  di  situ, Lisa  terus  tarik  tudung  Ilhan. Maki  hamun  macam  restoran  tu  tak  ada  orang ! Merah  muka  Ilhan, si  Ilhan  pula  langsung  tak  membalas. Habisnya  dia  yang  jadi  boxer, bukan   referee. Bila  di  tarik  si  Lisa  tapi  tak  berjaya, akhirnya  makan  penampar  dia  lah  budak  Lisa  tu. Baru  diam. Baru  nak  minta  maaf  pada  dia. Huh, kalau  belum  kahwin  dia  pun  si  Lisa  tak  nampak, kalau  dah  kahwin  entah  macam  mana  la  gamaknya. Entah-entah  kalau  dia  dah  tua  tak  larat  nanti, jadi  bahan  maki  hamun  si  Lisa  ni  gayanya.

“ Sabar  yang…. ” ayah  baru  bersuara. “ Kalau  bab  jumpa  biar  saya  yang  jumpa, saya  ayah  Fath. ”

“ Ayah  Ilhan  kasi  la  umi, ayah… ” perlahan  si  Fath  menjampuk.

“ Eiy…budak  bertuah  ni ! ” pap! Dua-dua  menepuk  bahu  si  Fath. Main-main  pula  dia.

“ Ayah  dia  kasi…. Tapi…. Ada  syarat  ayah…ummi… ”

“ Owh  pula…apa  dia ? ”

“ Majlis  kahwin  tu, dia  tak  nak  kita  buat  berlebihan… Tak  nak  ada  nyanyi-nyanyi…Akad  nikah, kemudian  makan-makan…tak  ada  pelamin. ”

 Khusyuk  Datuk  dan  Datin  mendengar.

“ Pakaian  pun  tak  nak  bling-bling, melebih-lebih. Hantaran  tak  nak  tunjuk-tunjuk, tayang-tayang  pada  orang. Tak  ada  pun  dia  cakap  tak  apa. Bukan  hukum, yang  hukum  tu  mahar. ”

“ Mahar…berapa  dia  minta ? ”

Fath  Azmi  kembali  monyok. Mengeluh  berat  sampaikan  ummi  dan  ayahnya  dah  berkerut  muka. Banyaknya  ke  orang  Arab  Saudi  tu  minta ? Keduanya  telan  liur. Kalau  banyak  pun  logic  je, Ilhan  tu  bukan  lepasan  ijazah, PhD. Luar  negara  pula  tu. Muka  kalah  Maya  Karin. Akhlak  elok, ilmu  agama  ada. Keturunan  pun  elok. Kalau  artis  yang  tak  ada  pendidikan  pun  letak  harga  sampai  RM 77,777.00 , kalau  si  Ilhan, lebih  lagi  pun  layak.

“ Ni  yang  susah  ayah, ummi… ”

“Cakaplah  berapa ? Boleh  guna  duit  ummi  ayah  kalau  tak  cukup… ”

Fath  Azmi  bersandar  lagi. Mata  kembali  memandang  kipas  yang  berputar.

“ Ayah  Ilhan  cakap, tu  bergantung  pada  Ilhan, sebab  mahar  tu  hadiah  untuk  dia…”

Ilhan  minta  tinggi  ke ?

“ Ilhan  minta…. ” Fath  telan  liur. “ Dia  minta…Fath  hafal  satu  Al-Quran  dalam  tempoh   kami  berkahwin…tapi  masa  hari  perkahwinan  tu  nanti, dia  minta  Fath  baca  surah  Al-Kahfi  dan surah  An-Nisa'  sebelum  akad, dan  presentation  pada  audience mengenai  surah  Al-Kahfi  masa  jamuan  kahwin  tu  nanti…”  Fath  dah  kembali  merengek. “ Ummi…. Fath  tak  tahu  Fath  boleh  ke  tak…. Waaa…..”

Terkebil  ummi  dan  ayah  Fath  memandang  anak  terunanya. Tak  dapat  dia nak  menolong. Dulu  nak  hantar  jadi   hafiz, Fath  yang  tak  nak.

“ Tak  pe, hafal  sekali  dengan  Ilhan  bila  dah  kahwin. Sepanjang  perkahwinan  kan ? Yang  penting  usahakan…dan   usahakan  surah  Al-Kahfi  dengan  surah  An-Nisa'  tu. Dua  surah  je  pun, so  bila  plan  nak  kahwin ? ”

“ Nak  kahwin  cepat…tapi  kena hafal  dulu…”

“ Ha, jaga  makan, jaga  mata, jaga  telinga  tu, baru  mudah  nak  hafal. Lambat  kamu  hafal, lambat  la  kamu  kawin. Ummi  dengan  ayah  memang  tak  leh  nak  tolong. ”

Waktu  macam  ni  baru  dia  terasa  duit  langsung  tak  berguna. Nak  buat  persiapan  kahwin, nak  mengada-ngada  dengan  Ilhan  pun  semua  dia  tak  selera. Dada  berdebar  nak  menghafal.. Dah lama  dia  tak  amalkan  baca  surah  Al-Kahfi   dengan  maksudnya  sekali.Dulu  selalu  je. Ah, padah  tak  beramal.

“ Okaylah  umi, ayah, Fath  nak  naik. Nak  sambung  hafal.”

Datuk  dan Datin  senyum. Patutlah  senyap  dalam  bilik  tadi. Menghafal  rupanya.


****************

Ruang  tamu  penuh  dengan  manusia. Fath  pandang  ayah  Ilhan, pandang  saksi, pandang  tok  kadi. Liur  di  telan. Sebulan  dia  khusyuk  menghafal. Bila  dah  yakin  terus  dia  roger  Ilhan. Telefon  si  ayah  untuk  tetapkan  tarikh. Ayah  sempat  interview  lagi  pasal  pengajaran  surah  Al-Kahfi. Feuh, serius  Ilhan  mahal. Harga  mahar  paling  mahal  bagi  Fath. Kalau  duit  mudah  dia  bagi, tapi  ni  perlukan  masa, perlukan  fokus, perluka  usaha. Memercik  juga  perasaannya  sekarang. Risau  dan  berdebar  mahu  mengalunkan  surah-surah  itu. 

Matanya  dipejam. Cuba  menenangkan  diri.

Surah  Al-Kahfi  di  bacanya  dengan  alunan  tajwid  yang  betul. Satu  persatu..hinggalah  ke  ayat  110. Ayat  terakhir.Kemudian  di  sambung  pula  dengan  surah  An-Nisa  dari  ayat  satu  hingga  ayat  175.

“ Alhamdulillah… ” bunyi  suara  ayahnya, ayah  Ilhan  dan  orang  sekeliling. Fath  kini  mampu  tersenyum. Alhamdulillah…hatinya  melaung  kuat.

Acara  akad  nikah  berjalan  penuh  lancar. Kalau  surah  yang  ada  110  dan  175  ayat  dia  mampu  hafal, tak  kanlah  nak  akad  nikah  dia  tak  mampu ? Sekali  lafaz  pun  dah  lepas ! Habis  akad, terus  dia  senyum. Dah  tak  cover-cover  lagi  dah. Bukan  mudah  hokay  nak  kahwin  Ilhan  Arissa. Bila  dah  berjaya  haruslah  dia  rasa  super  bahagia, rasa  macam  champion  gitu !

“ Awak  tahu  apa  saya  nak  buat  sekarang ? ” bisik  Fath  pada  Ilhan  Arissa. Tangan  si isteri  digenggamnya  erat. Ilhan  tunduk  malu  bila  tetamu  sakan  mengusik. Kamera  asyik  berkelip  kiri  kanan.

“ Jangan  buat  pelik-pelik…Ayah  ada  tu… ”

“ Awak  hak  saya  sekarang… ” dah  tiga  bulan  dia  tak  berjumpa  Ilhan. Bercakap  pun  tidak. Sebelum  kahwin  tak  boleh  jumpa. Cakap  pun  tak  boleh. Kata  ayah  Ilhan , kena  berjumpa  untuk  ukur  baju, untuk  settle  hal  kahwin  tu  semua  bullshit. Di  Arab  Saudi, pengantin  lelaki  jumpa  pengantin  perempuan  waktu  malam  majlis  kahwin, lepas  akad  nikah  dalam  bilik  tidur. Tak  ada  hal  pun. Kalau  nak  jumpa  sekali  pun  dah  cukup, tu  pun  waktu  awal-awal  sebelum  decide  untuk  kahwin. Waktu  sesi  suai  kenal, bersama  dengan  keluarga.

“ Ya…. Tapi  dalam  bilik  la… ”

Fath  senyum. “ Dalam  bilik  saya  boleh  buat  apa-apa  je. Janji ? ” 

Dalam  dok  berposing  gitu  gini  sempat  Fath  Azmi  berbisik-bisik  dengan  si  isteri. Sakan  si  Ilhan  nak  cover.

“ Hmmm… Asal  tak  bercanggah  dengah  hukum… ”

“ Itu  mesti…. ”

“ Pengantin  perempuan, peluk  la  suami  tu. ” ada  juga  yang  nakal  menyuruh. Fath  tayang  sengih  lebar  tapi  belum  sempat  apa-apa  ayah  Ilhan  dah  berdehem. Fath  terus  buat  muka  serius. 

“ Err…yang  macam-macam  tu  kita  buat  dalam  bilik  bro… ” Fath  kenyit  mata  pada  kawannya  sebelum  berpaling  pada  ayah  mertua  dan  menghadiahkan  senyuman  baik  dari  menantu.

*******************



Masuk  bilik, Ilhan  Arissa  dah  siap  menunggu  di  birai  katil. Dengan  gaun  labuh  yang  memukau  mata  lelakinya. Tertutup  dengan  tudung  dan  veil  siap, tapi  mengenali  hati  budi  Ilhan  Arissa, tidak  pernah  sekali  dia  tidak  tertarik  dengan  isterinya  kini. Isterinya  yang  ‘mahal’. Fath  senyum. Senyum  mengingatkan  semua  yang  dia  perlu  lalui  untuk  mengahwini  seorang  gadis  bergelar  Ilhan  Arissa. 

Menyedari  dia  yang  baru  memasuki  bilik  yang  berhias  cantik  untuk  mereka, Ilhan  bangun  menyalaminya. Tangan  Ilhan  terketar. Dia  tahu  Ilhan  berdebar. Dia  pun  sama, cuma  dia  tahu  menyorokkan  rasa. 

Malam  pertama  kot, siapa  tak  berdebar ?

Dahi  Ilhan  dia  cium. Lama. Perlahan  tangan  Ilhan  melingkar  memeluk  tubuhnya. Erat. Yang  kedengaran  hanya  deru  nafas  mereka.

Untuk  10  tahun  perkenalan  mereka.

Untuk  setiap  saat  dan  waktu  Allah  kurniakan  mereka.

Untuk  seorang  isteri  dan  seorang  suami  yang  saling  memahami. Yang  sentiasa  ada.

“ Awak  tahu  tak  Fath, dulu…10  tahun  dulu… Saya  pernah  berdoa  supaya  Allah  jadikan  awak  suami  saya. ” Ilhan  tunduk  malu. Dagu  isteri  disentuhnya  mesra. Diangkat supaya  memandang  matanya.

“ Dan  sejak  10  tahun  dulu, saya  asyik  tertunggu, bila  waktunya  awak  akan  sedar, saya  yang  Allah  ciptakan  untuk  awak  Ilhan. Sampai  ke  sudah  awak  tak  nampak  saya, lastly  I  need  to  make  a  bold  move. A  very  bold  move  till  the  end. Till  now.”

Ilhan  tertawa. “ Awak  asyik  occupied.”

Pinggang  Ilhan  dipeluknya. Duduk  berdiri  begitu  sambil  mata  melekat  antara  satu  sama  lain. Bahagia. Bahagia  bila  ini  pertama  kali  mereka  begini. Ini  pertama  kali  mereka  bersentuhan. Sentuhan  selepas  kahwin  rupanya  jauh  lebih  indah  bila  sebelum  kahwin  belum  pernah  melakukannya. 

“ Dah, tak  perlu  cakap  pasal  yang  dah  lepas. What  I  know  now, you’re  mine  and  I’m  yours…and  we  both  love  each  others  eversince. Arent  we ? ” hidungnya  dilagakan  dengan  hidung  Ilhan. Romantik, dan  bertambah  romantik  bila  mereka  mula  hanyut  sejenak. Kasih  sayang  yang  sudah  lama  terpendam  akhirnya  menjadi  kenyataan. Keluar  membuak-buak, langsung  tak  bertepi.

“ Kita  solat  sunat  dulu ? ” ajak  Fath  bila  mereka  sudah  reda. Tudung  dan  veil  Ilhan  sudah  tercampak  ke  lantai. Solat  Isyak  sudah  dibuat  bersama  dengan  tetamu  tadi.

Sure… Awak  nak  mandi  dulu ? ”

Tangan Ilhan  masih  dalam  genggaman  Fath. Tak  mahu  lepas. 10  tahun  kenal, sekali  pun  dia  tak  pernah  sentuk  kulit  Ilhan. Bila  dah  dapat, hah, siapa  nak  lepas ? Barang  mahal  bhai, orang  appreciate. Macam  nak  dapat  bag  kulit  Hermes, dari  luar  je  orang  mampu  tengok, nak  usap  sentuh  jauh  sekali. Kalau  sekali  dah  dapat, pergh, peluk  tak  mahu  lepas. Kalau  boleh  tidur  pun  nak  pakai  beg. 

“ Mandi  sama-sama… Rasulullah  pun  mandi  sama-sama  kan  dengan  Saiditina Aishah? Awak  tahu  tak, Rasulullah  s.a.w  orangnya  romantik… Minum  pun  nak  di  tempat  yang  S. Aisyah  minum… Baginda  Rasul  pernah  mengendong  S. Aisyah, bukan  Korean  je  yang  kendong  awek. ” Fath  Azmi  sempat  mencuit  hidung  si  isteri. Merah muka  Ilhan. Ilhan  kenal  Fath  Azmi. A  born  leader. Sifat  yang  Ilhan  senang  dengan  Fath. Fath  pandai, mudah  untuk  dia  belajar  semua  tu. Yang  penting  Fath  mahu pelajari  soal  hukum  hakam, soal  agama.

“ Lepas  mandi, kita  solat…then…” Fath  buat  muka  nakal. Ilhan  semakin  membahang  mukanya. Kulitnya  yang  putih  sudah  menjadi  kemerahan. “ buatkan  saya  air, kita  tengok  bintang. ”

Terus  Ilhan  pandang  mata  Fath  Azmi. Kenangan  dulu  menjengah  mindanya.

“ Fath, you  know, if  I  could  wish  one  thing  in  my   life, I  will  ask  God  to  let  me  live  up  above, in  the  sky… ”


“ You  love  stars  aren’t  you ? ”


“ Hmm..mmm… bintang  tu  cantik…bintang  ingatkan  saya  yang  saya  ni  kerdil…Matahari  adalah  salah  satu  bintang  yang  paling  dekat  dengan  kita…Kita  tinggal  dalam  bumi, bumi  berputar  dalam  system  solar, system  solar  berputar  dalam  galaksi  Milky  Way, dan  Milky  Way  hanyalah  salah  satu  daripada  170  billion  galaksi  yang  ada  di  alam  ni… Kahwin  nanti…”


“ Amboi, pakwe  tak  ada  sibuk  nak  kahwin  ya ? ”


“ Ala, angan-angan  apa  salahnya? ”


“ Kahwin  nanti, apa  awak  nak ? Hadiah  honeymoon  ke  bintang ? Cair  nanti. ” Fath  ketawa  kuat. 


“ Hisk  bukanlah…Kahwin  nanti…Suami  saya  pun  kena  suka  bintang, sebab  setiap  malam  sebelum  tidur  saya  akan  tengok  bintang… ”

Tangan  Fath  naik  mengusap  pipinya. Kenangan  tujuh  tahun  lepas, terbang  pergi. Yang  ada  adalah  Fath  Azmi  yang  tidak  pernah  lupa  impiannya  yang  satu  itu. 

“ Saya  ingat  sayang… ” Fath  mengetap  bibir. Mata  tak  lepas  dari  memandang  anak  mata  sang  isteri  yang  masih  kagum  memandangnya. Kagum  dan  terharu  mungkin? “ Lepas  hari  tu, setiap  malam  saya  pula  yang  jadi  pujangga  yang  asyik  melihat  bintang…sampai  sekarang… ”

Terlepas  tawa  perlahan  dari  Ilhan. Tawa  yang  diiringi  dengan  linangan  air  mata. Tangan  Fath  yang  asyik  mengusap  pipinya  dipegang  erat. Dikucupnya  penuh  kasih. Tubuh  si  suami  yang  sasa  dipeluknya  erat. Wajahnya  disembamkan  pada  dada  bidang  Fath  Azmi.

“ I  love  you… ”

Bintang  berkelip  bagaikan  mengenyitkan  mata  padanya. Fath  Azmi  mencium  ubun-ubun  si  isteri  kesayangan  sekali  lagi, dan  sekali  lagi… Wajah  Ilhan  yang  berlinang  dengan  air  mata  turut  menjadi  bahan  ciumannya.

Indah  hawa  yang  Allah  takdirkan  untuk  dia. Tak  rugi  dia  menjaga  Ilhan  selama  ini. Walau  dari  jauh, walau  tak  dapat  dipegang, walau  terpaksa  dia  korbankan  perasaan  di  jiwa, walau  terpaksa  dia   pendamkan  cintanya, Ilhan  milik  dia  kini. Tanda  cinta  seorang  lelaki  pada  perempuan  kesayangan  mereka  adalah  dengan  menjaga  maruah  mereka, dan  ilhan  adalah  maruahnya  dari  dulu  dan  hingga  ke  akhirnya.

“ I  love  you  more  Ilhan  Arissa…you'll  always  be  my  sweetheart… ”




 The End



 Alhamdulillah, akhirnya naik juga The End untuk Sweetheart, Eve ingat its not gona be happen this soon. At least bulan 6 ke 7 ke..lepas my VIVA/Presentation Project and Panel Review and Progress report submission. Ahahah tapi dah beberapa orang dah rindu dendam, hence siap juga menaip dalam masa 3 jam. It suppose to be my rest time. But ok la kira release distress la juga kan ;)

Seriously tak sempat dan malas nak cek grammar ke apa ke, hence pandai2la nak paham kalau ada yg salah eja okay :p

Cerita ni memang my sweetheart sebab  lead character is base on my actual besty : Fath Azmi (bukan nama sebenar) . He always make me wonder, kemain dia ambil pic dgn org lain rapat-rapat or pegang bahu mcm kawan biasa-biasa, tapi kalau jadi gf dia, date kena berteman dengan family, sentuh tangan etc is NO ! But he is a sweetheart to everyone. A gentleman. Anak Datuk n anak jutawan/ kontraktor kelas A yg langsung tak sombong. He always advise me what not to do with guys.

and my advise to you ,please dont make yourself cheap with the guys. They are weird creature, kalau perempuan menggedik mereka suka, tapi kat belakang, mengata jangan cerita!

Surely he dont know I'm writing him here.lol.None of my friends know that I'm a writer now except for my besty yg dah jadi bff since I'm 13. Birthday Ariana is her birthdate.

All right guys. Goodnite and have a good sunday. =)

Assalamualaikum!

p/s: many thing happen lately, i mean life is too 'lively', alhamdulillah :) and since life is 'exciting' I hardly have the mood to open my blog or check on d fb, so my apology if lambat bls komen/pm di fb ye :) Thanks loads ape pun <3










your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

83 comments:

  1. wah menarik kak....hihihih ni yg syok..ada citer baru tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe tak la Ria, siapkan A380 tu pelan2 >.< hehehe
      thanks dik! ;)

      Delete
  2. serius sgt2 jelessssssssssssssss...........mahalnya seorg P...trletak pd mahalnya mahar...n xde mahar y lbh mahal dr keikhlasan fath untk hfal ALQURAN mgkin....huhu tahniah writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ana :) mahalkan mahar tu..duit pun tak leh beli. org pn tak boleh tolong.hihi
      tQ babe ;)

      Delete

  3. thanks eve.. hilang rindu kat Ilhan n Fath.

    " They are weird creature, kalau perempuan menggedik mereka suka, tapi kat belakang, mengata jangan cerita!" <--- BETOI SESANGAT TUU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anyway org tu perasan tak nama adik Ilhan tu Ayu ? kikiki :p

      Delete
    2. mesti ler perasan.. touching :)

      Delete
  4. Omgggg best la citer ni kak eve ! Oh sweet fath! Hihi

    ReplyDelete
  5. so sweet..mmg la mahal mahar si ilhan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol mahal sbb susah nak dibuat kan..haha ;) tQ babe!

      Delete
  6. mmg mahar yg paling mahal..takde sape pon ble tolong dapatkan selain Allah..best sgt sweetheart..

    ReplyDelete
  7. -mula2 tgk tajuk 'Sweetheart' dolu2 terus teringatkan si kuda cik Melur Jelita yang nk bersalin tu...hehe interesting!
    -2 hari lepas ulang bca Sweetheart karya cik Evelyn Rose...(sbb rindu) & dok tungu bila nak smbung lagi...takkan dah abis camtu jer kot...huhu
    -so harini was 'happy sunday' for me lah, sbb buka je blog Evelyn Rose dah ada THE END...hihihi (instinct kot...wink wink...hehe. kelas kau _Aniesue_)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn ada org dok doa2 kan, so Eve pun ter ada mood utk menulis.hehe. tq anisue!

      Delete
  8. Izzati:

    Akhirnya tahu jugak kesudahan kisah Fath dan Ilhan..terima kasih banyak2 kak Eve..akhirnya dah terubat jugak rindu kawan saya nak baca Sweetheart..dia sngat minat cerpen ni..saya pun sama...hihihi

    ending die sngat bestt..bab mahal Fath untk Ilhan tu x pernah terfikir pun..menghafal ayat Al-Quran...subnaallah..mana nak cari lelaki seperti Fath..satu dalam sejuta kot klau bertemu..tapi semua itu tak mustahil untuk kita jumpa lelaki sebegitu..kita plak kena mempersiapkan diri untuk jdi wanita solehah...suka gak dgn kprihatinan seorang ayah yg betul2 menjaga anaknya...dahlah Ilhan tu bgi izzati "cukup pakej"..bukan bererti dia sempurna sbb tiada manusia yg sempurna dlam dunia ini kan..izzati pun susah nak gambarkan betapa sukanya izzati terhadap keperibadian Ilhan dan bagusnya Fath Azmi sbgai lelaki yg tahu tanggungjawab die dan sentiasa belajar utk menjadi yg terbaik...i really like both of them...

    congratzz sis Eve...semua cerita akak izzati suka sngat2 dan bnyak pengajaran yg boleh izzati ambik untuk dijadikan panduan dan membuatkan izzati berfikir tentang kehidupan dan pencipta kita,Allah SWT..sngat bertuah mengenali akak di alam maya dan membaca hasil nukilan akak....teruskan menulis hingga hujung nyawa...semoga sentiasa diberi idea yg mencurah-curah utk mengarap cerita yg segar,penuh informasi dan membuatkan izzati tersenyum bila membacanya...

    love u a lot...muahhhss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tQ zati ;) suka baca ur komen :) as always. yg baik jadikan panduan, insyaa Allah. part kahwin mmg penting, esp d guy. and we as a woman, pn kena put a good level for ourselves. nak dapat lelaki yg baik, kita pn kena jadi baik, insyaa Allah Tuhan itu adil.

      <3 u sis!

      Delete
  9. Ouhh kak eve bestnyaa cerita yang kak eve buat !!!

    ReplyDelete
  10. Hai eve i just adore your novel character especially the guys ! Hahah . Beragama and pandai!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you anon ;) lets pray makin banyak lelaki yg pandai and beragama all around us. amen ;)

      Delete
  11. oh! sweetheart yg sngt sweet! :) betul kan kak eve? men are da weirdest creature ever! i'd never trust any of my male friend. saya sngt rapat dgn my male classmate masa sekolah and mmg terbukti diorang mcm yg akak cakap la. bila ada gurl yg flirt wah! suka habis! belakang gurl tu ha dgn sayalah diorang mengutuk tat gurl. hurmm poor our lady. they dont know how valuable they are. so gurl, appreciate urself. keep ur pride high for only man in ur live. your very own husband. tak payah couple-couple pon kalau nak cari suami. kalau dah kat loh mahfuz tu dah tulis nama awak dgn sekian-sekian lari smpai kutub selatan pon dia akn jadi suami awak juga.

    p/s: a self reminder for me too.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kann aina. that is lelaki. even my own brothers pn cakap :

      barang free orang ambil, tapi nak simpan tatang tinggi2 tak lah. Kalau nak buat isteri, HARUS yg solat tak tinggal, yg boleh didik anak2.

      Alhamdulillah, suka tahu ur pendirian. I agree with u aina! couple sbb trend and peer pressure is so not cool. bagi akak, org yg paling confident is the one yg takkan effected by others point of view except Allah swt.

      tc dik!

      Delete
  12. suka suka sangat Eve..mahal nilai nya mahar dan maruah diri seorang wanita.. I like the story so much... keep it up sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...maruah perempuan di angkat tinggi dalam Islam..bergantung pada perempuan tu samada utk menghargai kedudukan yg Islam bagi, atau they want to put it down... May Allah bless us all. insyaa Allah. Thanks has :)

      Delete
  13. 1st time baca Sweetheart...sabarkan diri sbb nama pun cerpen so akan habis cepat...so hari ni berjaya baca dr "Prologue" till "The End"...Subhanallah siapakah ER ni? Punya daya imaginasi yg bukan biasa2, ER sgt istimewa...x terfikir sungguh mengenai rules pergaulan antara lalaki & perempuan wpun hanya 3, tp intipatinya sgt padat!!! Serius u are brilliant sis...about the mahar...about the Q given by Ilhan's dad...siapa sangka wujud semua tu...Thanks for sharing sis...Alhamdulillah, berbaloi2 bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bijak kak sue! sama mcm saya.hehe.pergh akak punya puji ni luar biasa melambung tinggi saya. saya biasa2 je kak :) all d Qs tu mgkn sbb saya kerek, so mmg sy akan tanya soalan2 mcm tu.hehe.

      thanks jg kak! :)

      Delete
  14. Congrate n tq 4 this sweet story...
    Actually i terfikir juga...kalau la i blm kahwin......i nak buat mcm apa yg ilhan ....
    Hahaha....best sgt cerita ni...thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! tapi dah kahwin..tape u ada anak perempuan yg comel2! nanti mereka boleh jadi Ilhan ;) thanks babe! ;) <3

      Delete
  15. Assalamualaikum to Eve. Cerita ni buatkan saya tersenyum esp the last part where you mentioned about your very special sweetheart :) Same case. Hehe. All the best in your life, Eve. :)

    ReplyDelete
  16. Evelyn....sweetnya ending...mmg betul cakap u ..people will appreciate more when...you have to put xtra effort to achieve/ get it ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly! in any cases, human are d same. they appreciate whats hard to get. :D

      Delete
  17. Evelyn....sweetnya ending...mmg betul cakap u ..people will appreciate more when...you have to put xtra effort to achieve/ get it ?

    ReplyDelete
  18. This is great...but i miss A380..bila nk update sis?

    ReplyDelete
  19. dear ER, (no relations to that tv drama), as always u are different. bila baca ni teringat novel arwah azizi hj something (sorry x ingat nama bapa dia) yg watak hero kena tulis tangan satu al-quran sebagai syarat utk mlm pertama dia dan isterinya...timi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah satu al-Quran kena tulis, itu lagi hebat.haha. menahan hero. keh3.

      Delete
  20. tq eve...
    sweet sgt ending sweetheart...
    memang best!
    -shalinda-

    ReplyDelete
  21. Farrah Lee :
    A big WOW!! Very inspiring Eve!!!
    Nanti kalau ade baby girl boleh la nak berangan mahar mcm ni... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak Farah! nanti cepat2 dapat baby girl okay! :D <3

      Delete
  22. Assalamualaikum, kak eve, congratulation.. akhirnya dpt jg sy baca the end.. seriously, sy berharap sgt akn ada lelaki mcm fath utk sy.. waaaa! dah berangan sampai ke laut dah ^____^. mahar seorg wanita bkn terletak pd duit, the best thing is mcm Ilhan minta pd Fath.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt anis ;) insyaa Allah, doa banyak2. Hati manusia semuanya ada di tangan Allah swt. Minta pada Dia. He will give it to you, insyaa Allah :)

      "Call on Me, and I will answer you" (Surah Al-Mu'min, 40:60)

      Delete
  23. wow! sweet ending <3 i love it.
    tak sangka itu yg Ilhan minta sbg mahar, ingatkan dia nak ape la.
    but, permintaan Ilhan was the best request ever. :)
    anyway nice karya kak Eve.
    thank you Evelyn Rose. ;)
    ~Mawar~

    ReplyDelete
  24. eve, you jela kahwin dgn fath azmi versi realiti yg kwn you tu, kalah cerita novel eve...........you mcm sesuai je dgn dia (dah mcm matchmaker je i ni) kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha owh gosh...! tetiba rasa kelakar.hahahah. entah la, soal jodoh Allah knows best :) doakan yg terbaik for me and you too babe! ;)

      Delete
    2. saya setuju ttg lelaki suka ppuan gedik tapi di belakang mengata. dan saya juga tertanya2 fath azmi versi realiti tu tangkap pic rapat2 dgn ppuan ke? walaupun bila nak jadi gf jaga betul2. tapi dari perkataan tu rasanya ppuan, jadi matchmaker mcm belum sesuai lagi . he3. lagi satu saya rasa ada perkara perlu diperbetulkan tapi belum ada bukti, kalau dah jumpa nanti saya sampaikan.

      Delete
    3. lol come on anon, i bet the other anon is just making a joke lah. dont take it seriously. i not gona use a match maker to get married tho.lol ;) Yeah thats Fath is, thats why i said he is weird.

      Delete
  25. Cerita yang membuai rasa dan semestinya impian seorang ibu bagi mendapatkan menantu yang sebegitu.. Ibu Inilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah anon ;) doakan yg terbaik utk anak2 nanti, insyaa Allah. Doa ibu pasti berkat. :D

      Delete
  26. bila bace part milky way dan galaxy tu ... immediately ingat citer BIMBO by Karya Lepak/Rin Ahmad bab 1 - yg lebih 'funny' & menghiburkan SMS di antara Dani & Elsuraya! Kebetulan lagi ada persamaan dulu dlam cerita Pokok Krismas bergerak jugak di tulis oleh Karya Lepak/Rin Ahmad ada part Darren minum coke campur susu kemudian ada jugak masuk dlm 13 Jam A380 Haydar buat menda yg sama coke campur susu.
    ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuukk .. uhuukkk!

      Delete
    2. Aha Bell, I do read and follow Bimbo! by Rin and of course I know its being mentioned in Bimbo for few times by RIn about Galaxy and Milky Way but no one ever say anything about the answer which make me wonder whyy ? it cant really be only us engineers know about galaxy. Milky Way, Andromeda, Pinwheel, Sunflower, Tadpool, Whirlpool are just same name of all the galaxies ! its weird when people dont know it.

      but as for PKB i dont really follow that story. I read the first and the finale part but too lazy to get into all of them. Hence i'm not sure which part is it. but coke and milk is nothing new la babe ;p start drinking it since 1990's. soda and passion is kinda nice too, or bubbly strawberry F&N added with powder milk. superb!

      Delete
  27. somehow, rasa macam watak besty evelyn tu (Fath Azmi) macam Faliq NAZA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol ;) Fal owh Fal. Liq owh Liq. haha

      Delete
  28. Ok saya dah jumpa. Fath azmi tetap xblh salam dgn mak tiri ilhan walaupun dia telah berkahwin dgn ilhan. Saya xpandai nak link kat web tapi blh tgk di youtube dlm ceramah ustaz kazim tajuk keluarga 69. Banyak pengajaran dlmnya sbb ramai org selalu buat kesilapan ttg halni. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anon, thank you for the info. yes u r right. in most of the mazhab except Maliki, menantu boleh kahwin dengan mak tiri ex-wife - that is why tak boleh salam even dah kahwin. Mazhab Maliki je yg cakap tidak digalakkan. I will change that one. I was focused on the fact that bakal menantu suppose tak leh salam dengan bakal mak mertua, unless dah kahwin dgn anak tu - forgotten yg d mom is mak tiri.

      anyway thanks and its good coz u come out with the proof ;)

      Delete
  29. sangat comel!! *angkat tangan doa semoga kak eve bertemu jodoh dengan the real fath azmi (bukan nama sebenar) aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. heeeeeeee ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha owh my nur afikah ;)
      Do I want to marry him ? Haha. Doakan yg terbaik buat I okay.lol. but I prefer this British Muslim more kot.haha. ;p

      Delete
  30. Oh My Allah...so sweet!!!! it's a beautiful ending Eve dearest. Tak sabar nak tunggu your next brilliant cerite pendek lagi. Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks kak! insyaa Allah i dont know when will i do d cerita pendek again...maybe maybe...later.lol

      Delete
  31. telan air liur sat bila baca part mahar Ilsan tu. mahalnya! sy yg pompuan ni tlg risau kat Fath tu . hehehe
    btw, good job kak!

    ReplyDelete
  32. cite yg sgt menarik..... penuh pengajaran...... penuh dgn info yg kadangkala kita sbg manusia ini sering terleka ..... moga info2 ini akan membantu dan menjadi panduan buat kita sbg manusia khususnya sbg seorg wanita....

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum.

    So sweet!! Tahniah ye.
    Mcm xpuas baca. Coz dalam seronok membaca ada something y kita leh belajar. Lagi best coz stiap kali baca terbayang kisah sndiri. Kawen dgn besfren. Selama berkawan xpernah jumpa, hanya SMS n online chatting je. Call? suaranya xterkeluar! pemalu. I love you? mmg xlah.. 1st time jumpa after 8 years, kitorang keluar ramai2. Tringat Fath Azmi nk melamar Ilhan. So sweet!!

    Tapi tu la...mahal n indahnya mahar Ilhan. Terharu pun ye juga. Ending y sgt best.

    Good Job!

    ReplyDelete
  34. Salam eve,kalu bole kak yati nak request jadikan sweetheart sebuah novel. Rasa sdih cerita da tamat.. Eve bole tambah g plot cerita. Alhmamdulillah,akak ska sgt cerita ni.

    ReplyDelete
  35. kagum btol ngn hasil akak! best!! dah la informative abes. the only blog yg slalu saya check every time blek dr asrama. here, i give u thousands of thumbs up!

    ReplyDelete
  36. wow.. bestnya ending.. dan yg best mahar tu.. i dah terlepas but mungkin untuk anak2 nanti boleh mintak cam ayah Ilhan tu...InshaAllah

    ReplyDelete
  37. kak eve knpe semua ceter akak best2 dan penuh pengajaran.. sukew sgt bce.. rse mcm nk jewk ad live n hubby mcm uh..haha berangan jewk lbh saye ni.. huhu.. hope ceter ni dibuku kan ..

    ReplyDelete
  38. best....ER dah kawin????(soalan jerat)huhuhu....jgn marh...gurau2.....btw,mmng best giler lah...keep it up sis.....

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum wbt.

    (Hehe... tiba2 je rasa nak komen, padahal slalu jadi silent reader je. :P )

    Masa mula2 baca prolog da dapat agak, ni macam cerita betul jer...macam kisah kak ER sndiri je... dan bila da habis baca, rupanyaa......

    tak sangka pula betul2 based on your actual bestie...

    wahh! mmg sgt sweet..
    harap kak iman dapat jodoh yg soleh dan hafiz macam Fath... Allahuma aamiin... ^_^

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum. Kak awat sweet sgt ni. Aduh.... manisnya rasa mcm nk potong kaki je. Apa apa pun best kak. Penuh dgn pengisina dan pengajaran. Teruskan usaha. Jia yu kak!

    ReplyDelete