Join This Site

Friday, 14 June 2013

Abang Pilot Part 2



Salam and hi ! Part 2. Sorry, rasa macam tulis cerita ni dengan agak merapu. Hohoho. Cerita ni tak banyak part in shaa Allah. Not suppose to be more than 10 chunks  =) and about the previous post sorry if my statement offended anyone but it didnt mean to do that. Not gonna re-write to explain about it over n over again - had explained it in the prev entry.Enjoy this bit Part 2 :)


Part 2


“ Ya, Allah. Lea…. ! ”

Tak  sempat  tubuh  Lea  jatuh  mencecah  lantai  bumi, tangan  ini  lebih  dulu  menyambut  tubuhnya. Kaget  juga  aku, dah  lah  anak  dara  orang. Tubuh  Lea  aku  cempung  cepat-cepat. Mata  pandang  kiri  kanan. Bersalah  juga  rasa  main  cempung  anak  dara  orang  macam  ni. Bini  orang  pun  bukan  aku  tahu.

“ Lea… ” Nama  Lea  aku  panggil  lagi. Harapkan  dia  bangun, tapi  tetap  kaku  macam  tadi. Nasiblah  tak  berat  sangat. Nak  kata  ringan  tu  taklah. Adalah  dalam  50 -55 kg juga  ni. Angkat  berat  pun  15  kg  je  maksimum. 

Tapi  kenapa  si  Lea  pula  yang  pengsan ?

Tadi  aku. Elok-elok  angin  berhembus  ke  arah  kami  buatkan  aku  menggigil  kesejukan. Bukan  setakat  sebab  kesejukan, gigil  sebab  takut  dengan  peristiwa  tadi  pun  ada.  Tak  sedap  hati  lah  pula  rasanya. Nafas  aku  tarik  dalam  sebelum  cepat-cepat  aku  melangkah  ke  chalet. Nasiblah  chalet  dah  tak  jauh. Lalu  kawasan  restoran  ada  beberapa  orang  pekerja  dan  pelanggan  yang  masih  enak  bersantai  sambil  makan. Sekitar  restoran  yang  agak  cerah  membuatkan  pelanggan  restoran  dapat  melihat  aku  dan  Lea  yang  berjalan  di  tepi  restoran. 




“ Romantiknya…”

Bahang  rasa  muka  bila  dua  orang  perempuan  muda  yang  bertembung  dengan  aku  yang  elok  mencempung  Lea  terang-terang  berbisik  sambil  memuji. Mata  jeling-jeling  memandang  kami. Nak  tak  nak  buat  bodoh  ajelah, walhal  dalam  hati  boleh  tahan  malunya.


Sampai  di  chalet, terkial-kial  aku  nak  buka  pintu. Dengan  Lea  dicempung  dengan  kedua-dua  belah  tangan, dan  kunci  yang  sedari  tak  masuk-masuk  dalam  tombol  pintu. Hangin  juga  aku, kalau  macam  ni  lah  gayanya. 
Keluarga  yang  tinggal  di  chalet  sebelah  dah  pandang-pandang. Kalau  tadi  macam  aksi  romantic, sekarang  dah  macam  penyangak  yang  larikan  anak  dara  orang. Lelaki  seusia  ayah  aku  yang  tinggal  di  chalet  sempat  menegur, " Owh, datang  dengan  isteri  tadi... tak  perasan  pak cik ! "

" Err... haa.... " Tersengih-sengih  aku  cover  line. Dapat  je  buka  pintu  terus  badan  Lea  aku  letakkan  atas  sofa. 

Apa nak  dibuat  dengan  minah  ni ? Parah  betul. Badan  Lea  aku  perhatikan..dengan  pakaian  basah  dan  melekat  di  badan…Isk…rasa  macam  tak  sedap  hati  je. Aku  ni  lelaki, antara  cik  ponti  dengan  suara  cik  syaitan, suara  cik  syaitan  lagi  menggerunkan. Terus  aku  ke  dapur, ambil  air  segelas  sebelum  kembali  ke  sisi  Lea. Wajahnya  aku  renjis  dengan  air  sambil  tiup-tiup  dengan  ayat  Kursi  dan  3  kul.

“ Lea…bangun. Lea…! ” Bahu dia  aku  goncangkan  sedikit.

“ Hmmm…. ” terpisat-pisat  si  Lea  membuka  mata. Nampak  mencerlung  dan  terkejut  sebelum  tangkas  dia  bangun. “ Zahid ! ”

Terkejut  sangat  nampak  muka  si  Lea  ni… Aku  telan  liur. Janganlah  Lea  cerita  yang  dia  nampak  benda-benda  halus. Tambah  seriau  aku. 

“ Awak  okay  Lea ? ”

Tangan  aku  pula  yang  Lea  pegang. Erat. Tangan  yang  sejuk….Macam  tangan  Pontianak  tadi…Terngiang-ngiang  suara  si  Ponti  yang  mengusap  leher  aku  tadi..Gigil  serta  merta.

“ Zahid…! ” bulat  mata  si  Lea.  Tangan  aku  dipegangnya  semakin  kemas. Huh, sudah…! Entah…entah  Lea  ni  jelmaan ponti  tadi ? Aku  ketap  bibir. Dada  berdebar  habis. Dalam  hati  tak  payah  ceritalah, macam-macam  ayat  Quran  aku  tengah  baca.

“ Zahid…. Saya  tidur  sini  boleh ? ” cemas  suara  Lea. Makin  berkerut  dahi  aku.

“ Kenapa  ni  Lea ? ” sehabis  daya  aku  buat  muka  cool. Cool  lah  sangat, dalam  hati, Ya  Allah! Perasaannya  macam  masa  pertama  kali  pandu  kapal  terbang  dulu.

“ Saya…”  dengan  mata  yang  bundar, terjegil  memandang  sekeliling  bagaikan  mencari  sesuatu… Debaran  di  dada  aku  makin  kuat. Nak  bangun  larikan  diri  dari  si  Lea  ni, hilang  pula  macho  aku. 

Lea  menghela  nafas  lega  sebelum  kembali  bersuara. “ Saya  rasa  elok  awak  tak  payah  tahu  lagi. Esok  pagi  saya  cerita. ”

Gila  psiko  minah  ni. Pandang  kiri  kanan, atas  bawah  macam  apa  je… Nak  tak  nak  tergaru  juga  kepala  aku. Nak  abaikan ? Perempuan…. Aku  diam. Lama. Boleh  percaya  ke  minah  ni ? Tiba-tiba  je  muncul  tepi  laut  pula  tu… Aish…

“ Please… ” Dia  masih  memandang  dengan  mata  berharap. Mata  bundar  besar  yang  merenung  dalam. Bagaikan  merayu. Hisk, perempuan ni…

“ Okay. ”

Okay ? Aku  ke  yang  jawab  tu ? Apa  kebenda  yang  aku   buat  ni ? Kes  hati  parah  pun  tak  selesai  lagi, nak  tambah  satu  lagi  masalah  pula  Zahid ?

 “ Alhamdulillah… ”

Lea  senyum  lebar.

“ Thank  you  Zahid ! A  lots. ”

“ Err….ermm  yeah… not  a  problem.. ” lambat-lambat  suara  keluar. Terpegun  juga  bila  minah  mata  bundar, kulit  kuning  langsat  dengan  rambut  lurus  lembut  macam  ni  buat  muka  comel  tengah-tengah  malam  begini. Dalam  tak  sedar  aku  telan  liur  juga. “ Lea, awak  pergi  mandi  dulu. Salin  baju. Dah  basah  tu. ”

Terus  aku  bangun. Menjarakkan  kedudukan  kami. Dia  nampak  kaget  bila  memandang  dirinya  sendiri. Laju-laju  tangannya  menutup  di  bahagian  dada. Merah  membahang  wajah  si  Lea. Aku  sorokkan  senyum. Baru  perasanlah  tu. Bahaya  betul  perempuan  ni…. Percaya  sangat  dengan  lelaki, apa  yang  dia  takut  sangat  kat  luar  tu ?

Cik  ponti ?

Hmmm aku  pula  yang  seriau. Meremang  bulu  roma  sekali  lagi. Terngiang-ngiang  suara  si  ponti  tadi. Dengan  gemersik  alunan  ombak…dan  angin  malam  yang  berhembus… yang  paling  menggerunkan  tangannya  yang  sejuk  mengusap  di  leher  tadi. Menggeletar  sekali  lagi  rasa  badan  ni. Sah  malam  ni  kena  pasang  surah  Yaasin  kuat-kuat. Biarlah  jiran  kata  buang  tebiat  pun,ada  aku  kisah ?

“ Lea, kenapa  awak  pengsan  tadi ? ” Soal  aku  pada  Lea  sambil  tangan  menghulurkan  tuala  yang  terlipat  di  atas  kabinet  kepadanya. Tuala  yang  disediakan  oleh  pihak  chalet  ada  dua.

“ Owh…Ermm… ” liar  mata  si  Lea  memandang  sekeliling. Wajahnya  kembali  pucat. Cepat-cepat  dia  datang  mendekati  aku. Sah, ada  kaitan  dengan  si  Ponti  tadi ! Sebelum  dia  buka  mulut  terus  aku  cantas. Dah  tak  sanggup  nak  dengar  pasal  Cik  Ponti  sekali  lagi.

“ Hahaa.. tak  apalah, tak  payah  cerita. Awak  mesti  pengsan  sebab  penat  tarik  saya  dari  lautan  tadi  kan ? ” aku  buat-buat  ketawa. Menutup  gundah  di  hati. “ Dah, awak  pergi  mandi. Lepas  ni  saya  nak  mandi  pula. Dah  melekit  badan  ni  kena  air  garam.”

Dia  senyum  sipi  sambil  tunduk  perlahan.

“ Ya  lah.. Thanks. Erm…baju…awak  ada ? Baju  lebih ? ”

“ Owh… ” nak  kongsi  baju  dengan  dia  ke ? Ni  dah  lebih  dari  kekasih  aku  ni. Kepala  yang  tak  gatal  aku  garu.  “ Err…ada…Nanti  saya  ambilkan. Bilik  mandi  dalam  bilik  tidur  ni… ”

“ Awak  letak  atas  katil. Nanti  awak  keluar, saya  masuk.”

Lea  tunggu  depan  pintu  bilik. Macam  tak  berani  nak  tinggal  sorang-sorang  di  ruang  tamu. Boleh  tahan  juga  penakutnya  minah  ni. Baju  t-shirt  dengan  seluar  panjang  aku  keluarkan. Sah  meleret  dengan  si  Lea  ni. Nasiblah  takkan  nak  bagi  boxer  pula ? Atau  seluar  Bermuda. Gila  apa ?

“ Tu  baju. Saya  duduk  kat  ruang  tamu  ni. ”

“ Okay. ”

TV  aku  pasang. Terasa  ackward  bila  ada  perempuan  dalam  chalet  ni. Bekas  awek  sendiri  tak  pernah  pula  nak  duduk  dalam  satu  rumah  macam  ni, nak  kongsi  baju  seluar  pula  tu…apa  kes ? Dalam  elok  aku  bersandar  pada  kerusi  rotan  di  ruang  tamu  terus  aku  pandang  ke  arah  bilik  tidur. Betul  ke  Lea  ni  manusia  biasa ? Kalau  jelmaan  apa-apa  aku  juga  yang  susah. Perempuan  lain  takkanlah  sampai  nak  pasang  perangkap  untuk  diri  sendiri  sampai  nak  tidur  satu  rumah  dengan  lelaki  yang  tak  dikenali ?

Ke  sebab  aku  hot  stuff  sangat ? Hahaha  geli  hati  pula  rasa. 

Orang  kata  kalau  nak  tengok  betul  ke  tak,  kena  intai  kaki  dia  sambil  tunduk   bawah.



 *agak-agak abang pilot buat mcm ni tak nanti nak intai kaki Lea cecah lantai ke tak ?


Nanti  si  Lea  ni  keluar  aku  buat  macam  tu  lah. Naknya  kaki  dia  tak  cecah  lantai  nanti…mak  aih, haru  aku!Nasib  kaulah  Zahid...datang  nak  ubat  luka  dihati, masalah  lain  pula  yang  datang ! Bayang  Atilia  pun  dah  tak  muncul-muncul  lagi  dalam  ingatan  ni...Hmm...elok  juga  jadi  macam  ni.

 
p/s: have a good weekend ! Adios, esok nak ke Manchester, makan-makan and temankan kawan buat sesi 'approving and berkenalan' dengan bakal adik ipar mata biru. Hope he is a nice guy.I bet he is, but ma fren is freaking worried her sister is not choosing the right guy.lol. see ya next time guys, gotta tell ya about my current eye candy too.haha. OMG. I'm falling in love with a local Tea Shop owner, he is my age ! Own his own Tea Cafe with superb refreshing concept and also an architect. drool. will introduce u guys to this freaking awesome guy in my next entry. will do. will do.

Evexx


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

70 comments:

  1. Izzati Aisyah Md Nor:

    alahai, berani betul si Lea nie nak tidur dalam bilik lelaki yang dia tak baru kenal nama sahaja....uisshh, betul2 takut dah tu...kalau saya pun meremang bulu roma kalau dengar benda pelik2 memanggil...arghhh..

    btw, walaupun akak kata cerita nie akak tulis merapu tapi bgi saya tak..setiap tulisan Evelyn Rose tak pernah menghampakan...suka2x...

    x sabar nak tunggu next entry...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi zati ! :)

      amboi ayat adik akak ni mmg larh terbaik. haha. but serius mmg akak rasa akak merapu. ops part 3 baru update ;p

      Delete
  2. Uikkk Eve dah falling in love yer??? Suka suka suka...hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. good luck Eve with the guy...chaiyok!

    ReplyDelete
  4. good luck Eve with the guy...chaiyok!

    ReplyDelete
  5. good luck Eve with the guy...chaiyok!

    ReplyDelete
  6. good luck Eve with the guy...chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha OMG. lol. haha. thanks :)))

      Delete
  7. Wakaka lawak la abg pilot ni,,, weeeeee bestttt sgt citer ni.tq kak eve!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mengarut kan Lea dengan Zahid ni. entah apalah yang akak tulis utk cerita ni but thanks layankan they both ;) lol

      Delete
  8. Sgt excited nk eve smbung abg pilot 3 plk.tp lg excited nak tahu psl the Tea shop owner. Haha. ;)
    -nuyrah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha amboi :p abg tea shop nti lepas ni kay ;)

      Delete
  9. Norlela Said

    Eve da fall on love,, chaiyok..chaiyok eve

    ReplyDelete
  10. Betul, dari n3 pertama crita ni akk dah terkekek ketawa... Tak rasa cerita ni crita merapu. Akk yakin Eve mesti ada maksud di sebalik tiap crita yg ditulis. Eve, buatlah crita ni panjang sikit. Tak sabar menunggu n3 seterusnya.

    Btw, suka bab Eve dah jatuh hati dgn tea shop owner. What's this fascination with this tea shop thingy? Hehe... If I am not wrong Eve pernah kerja di tea shop kan? Unless I have got my facts wrong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ;) i hope its leading somewhere too but in a lighter mode, perhaps ;) tak sure panjang mana,,,skrg tgh mode malas, tu mcm malas nak panjangkan cerita Pilot ni..tapi tak tahu lah kalau tertulis lain nanti... nti kita tgok yeah camana ;)

      ehehe, saya tak pnah keje tea shop kak, but saya suka g tea shop ni. i will share about this tea shop and its nice concept which i adore.

      Delete
  11. Eve make it as per your 2nd novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe 2nd Novel 13 Jam A380 Masuri ;) but kalau nak jadi 3rd...so far plan nya not. but i dont know if it change later... tgoklah flow cte ni mcm mana nanti..eve pn tak sure sbb main tulis je..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. u're absolutely right Eve about the previous entry..
    sometimes apa yang kita baca boleh mpengaruhi kita..

    cepat2 update next new entry.
    moga2 Miss Eve happy sokmo!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay dah update :p lol. hmm yeah, ,biasanya kita tak sedar, ada this one book is really good in explaining how our mind work. even what we see pun boleh pengaruhi how our mind do its calculation without we realize it. maybe i will share about this book nanti, in shaa Allah :)

      and you too, happy slalu yeah! <3

      Delete
  14. wooooah!!!!! eve da fall in love dgn tea shop owner a.k.a architect... tetiba x sabar nk tgok next entry hahahah.... goodluck sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha unfortunately part 3 abang pilot tade pasal tea owner sbb eve dah mengantuk masa post ni.hehe. nanti wiken post pasal abang tea shop plak ;)

      Delete
  15. happy weekend to you too eve. I suka n3 kali ini sebab eve menulis bahagian aku bagi pihak Zahid pula. Jadi saya dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh Zahid pula. Diharap eve akan continue trend ini sampai the end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap in shaa Allah, eve mmg sengaja nak try dis kind of POV plak ;) so it will be zahid side, lea side, and umum. tQ sue for reading !

      Delete
  16. eve, gambar yg ke 2 tu macam new cocohut chalet jek.. ke bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm eve pun tak sure... lol. encik google tlg carikan :p

      Delete
  17. eve dah jatuh cinta la ka ching ka ching! congrates eve ;)

    ReplyDelete
  18. best la even kata merapu pon..hehehe...hari2 bukak blog ni..tgu sambungan cerita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh bgeitu sekali ke ;) hope dapat di update dengan lebih laju nanti ;) in shaa Allah

      Delete
  19. part yg eve dh jatuh cinta tu yg paling best..good luck sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha klakar2.mcm wish masuk exam jek rasa ;p

      Delete
  20. hi Eve! abg pilot penakut ya...hehehe
    Lea pulak selamber jer..tak takut ker dengan abg pilot
    tapi yang paling best tak kan lah abg pilot nak bagi pinjam boxer ! memang gila...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... dua2 sama2 weng sikit. lol.

      Delete
  21. As salam sis eve :)

    Haa ingatkan sis ada crush dengan mana2 pilot since your latest novels, A380 and abang pilot berkisarkan dunia awan biru ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam syamim ;) lol tak de lah. tak minat pilot ;p tapi minat awan biru.hehe

      Delete
  22. haha.. gelak je baca entry nie. kelakar la zahid n lea =D
    wahh x sabar nak tunggu the next entry ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks babe ;) zahid ngan lea mengarut kan they all ni. rasa cpat je kot cite ni habis ;)

      Delete
  23. tak sabarnya nak tahu selanjutnya...

    ReplyDelete
  24. hihihi.....gelak sopan ni sebab dekat public. Apalah lea ni, tadi dia takutkan abg pilot..la ni dia pulak takut dgn cik ponti. Kelakarrlah cerita ni eve...pandai buat cerita. I like.

    ReplyDelete
  25. hihihi.....gelak sopan ni sebab dekat public. Apalah lea ni, tadi dia takutkan abg pilot..la ni dia pulak takut dgn cik ponti. Kelakarrlah cerita ni eve...pandai buat cerita. I like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kelakar la kak :)) jangan gelak sorg2 kay nnti org kata sesuatu hehe. main tibai je menulis ni kak ida, hope ada arah tujuan la nti .hehe

      Delete
  26. :) luv is in the air...(4 eve).. the story begin...(wif abg pilot n lea) ..haha..nice..bila agak nya next entry ye?..cepat2 tau..xsbar nak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah part 3 laju je eve hapdet, less than a week tu kira laju la kan ;) love is in the air... :p

      Delete
  27. Assalam Eve,

    Terimakaseh utk n3 ini & subhanallah, teruja sgt tgk gambor2 cantek Eve update yg sblm tu...
    actually tgk gambar Eve sket tu lagi teruja..hehehe
    Eve nnti update la bila buku berikutnya akan kuar versi cetak ya...
    sila jaga diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. okay in shaa Allah nti eve update kay ;)
      opss gambar separa suku pun bleh excited ye ;) hehehe

      Delete
  28. Replies
    1. hihi thanks qaseh ;) tulis merapu xsangka plak jadi lawak ;p hehe

      Delete
  29. dear eve, what strike me most is the last liner-u met someone! woot woot...kak timms

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch i goes excited thinking about the figure.hahaha. :p

      Delete
  30. Ms Eve, I waiting day and night for your tea cafe owner story...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppss kena update lah nanti ni gayanya.haha. will do soon yeah ;)

      Delete
  31. best. enjoy baca x cliche. btw i love abg pilot heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch ada org betol2 cinta dengan abg pilot yeah ;) wow. bets of luck you! naik kapal terbang selalu okay ;)

      Delete
  32. Tq eve...best....can't wait next entry...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye emmyline ! thanks babe ;) dah update dah.hihi

      Delete
  33. zahid ingat lea antu???
    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol Lea spooky, Zahid pula mmg penakur jg.lol

      Delete
  34. Alhamdullillah baru selesai baca 13jam. Suka baca novel EVE ada pengajaran. Tahniah!

    ReplyDelete
  35. Keep laughing when reading your writing Ms Eve especially bila Zahid pengsan at the beinning and suddelny Lea pulak yang pengsan..ahhahah Keep a good work Ms Eve..I never free bored reading it~

    p/s: transform this short story to novel lah.. I'm gonna buy it~ hehe =)

    ReplyDelete
  36. baru jumpa blog ni.. seronok2.. :)

    ReplyDelete