Abang Pilot Part 2
Salam and hi ! Part 2. Sorry, rasa macam tulis cerita ni dengan agak merapu. Hohoho. Cerita ni tak banyak part in shaa Allah. Not suppose to be more than 10 chunks =) and about the previous post sorry if my statement offended anyone but it didnt mean to do that. Not gonna re-write to explain about it over n over again - had explained it in the prev entry.Enjoy this bit Part 2 :)
Part 2
“ Ya, Allah. Lea…. ! ”
Tak sempat
tubuh Lea jatuh
mencecah lantai bumi, tangan
ini lebih dulu
menyambut tubuhnya. Kaget juga
aku, dah lah anak
dara orang. Tubuh Lea
aku cempung cepat-cepat. Mata pandang
kiri kanan. Bersalah juga
rasa main cempung
anak dara orang
macam ni. Bini orang
pun bukan aku
tahu.
“ Lea… ” Nama Lea
aku panggil lagi. Harapkan dia
bangun, tapi tetap kaku
macam tadi. Nasiblah tak
berat sangat. Nak kata
ringan tu taklah. Adalah dalam
50 -55 kg juga ni. Angkat berat
pun 15 kg
je maksimum.
Tapi kenapa
si Lea pula yang
pengsan ?
Tadi aku. Elok-elok angin berhembus
ke arah kami
buatkan aku menggigil
kesejukan. Bukan setakat sebab kesejukan,
gigil sebab takut
dengan peristiwa tadi
pun ada. Tak
sedap hati lah
pula rasanya. Nafas aku
tarik dalam sebelum
cepat-cepat aku melangkah
ke chalet. Nasiblah chalet
dah tak jauh. Lalu
kawasan restoran ada
beberapa orang pekerja
dan pelanggan yang
masih enak bersantai
sambil makan. Sekitar restoran
yang agak cerah
membuatkan pelanggan restoran
dapat melihat aku
dan Lea yang berjalan di tepi restoran.
“ Romantiknya…”
Bahang rasa muka bila dua orang
perempuan muda yang
bertembung dengan aku
yang elok mencempung
Lea terang-terang berbisik
sambil memuji. Mata jeling-jeling
memandang kami. Nak tak
nak buat bodoh
ajelah, walhal dalam hati
boleh tahan malunya.
Sampai di
chalet, terkial-kial aku nak
buka pintu. Dengan Lea
dicempung dengan kedua-dua
belah tangan, dan kunci
yang sedari tak
masuk-masuk dalam tombol
pintu. Hangin juga aku, kalau
macam ni lah
gayanya.
Keluarga yang tinggal
di chalet sebelah
dah pandang-pandang. Kalau tadi
macam aksi romantic, sekarang dah
macam penyangak yang
larikan anak dara
orang. Lelaki seusia ayah aku yang tinggal di chalet sempat menegur, " Owh, datang dengan isteri tadi... tak perasan pak cik ! "
" Err... haa.... " Tersengih-sengih aku cover
line. Dapat je buka
pintu terus badan
Lea aku letakkan
atas sofa.
Apa nak dibuat
dengan minah ni ? Parah
betul. Badan Lea aku
perhatikan..dengan pakaian basah
dan melekat di
badan…Isk…rasa macam tak
sedap hati je. Aku
ni lelaki, antara cik
ponti dengan suara
cik syaitan, suara cik
syaitan lagi menggerunkan. Terus aku ke dapur, ambil
air segelas sebelum
kembali ke sisi
Lea. Wajahnya aku renjis
dengan air sambil
tiup-tiup dengan ayat
Kursi dan 3 kul.
“ Lea…bangun. Lea…! ” Bahu
dia aku
goncangkan sedikit.
“ Hmmm…. ”
terpisat-pisat si Lea
membuka mata. Nampak mencerlung
dan terkejut sebelum
tangkas dia bangun. “ Zahid ! ”
Terkejut sangat
nampak muka si Lea ni… Aku
telan liur. Janganlah Lea
cerita yang dia
nampak benda-benda halus. Tambah
seriau aku.
“ Awak okay
Lea ? ”
Tangan aku
pula yang Lea
pegang. Erat. Tangan yang sejuk….Macam
tangan Pontianak tadi…Terngiang-ngiang suara
si Ponti yang
mengusap leher aku
tadi..Gigil serta merta.
“ Zahid…! ” bulat mata
si Lea. Tangan
aku dipegangnya semakin
kemas. Huh, sudah…! Entah…entah
Lea ni jelmaan ponti
tadi ? Aku ketap bibir. Dada
berdebar habis. Dalam hati
tak payah ceritalah, macam-macam ayat
Quran aku tengah
baca.
“ Zahid…. Saya tidur
sini boleh ? ” cemas suara
Lea. Makin berkerut dahi
aku.
“ Kenapa ni Lea
? ” sehabis daya aku
buat muka cool. Cool
lah sangat, dalam hati, Ya
Allah! Perasaannya macam masa
pertama kali pandu
kapal terbang dulu.
“ Saya…” dengan
mata yang bundar, terjegil memandang
sekeliling bagaikan mencari
sesuatu… Debaran di dada
aku makin kuat. Nak
bangun larikan diri
dari si Lea ni, hilang
pula macho aku.
Lea menghela
nafas lega sebelum
kembali bersuara. “ Saya rasa
elok awak tak
payah tahu lagi. Esok
pagi saya cerita. ”
Gila psiko
minah ni. Pandang kiri
kanan, atas bawah macam
apa je… Nak tak
nak tergaru juga
kepala aku. Nak abaikan ? Perempuan…. Aku diam. Lama. Boleh percaya
ke minah ni ? Tiba-tiba je
muncul tepi laut
pula tu… Aish…
“
Please… ” Dia
masih memandang dengan
mata berharap. Mata bundar
besar yang merenung
dalam. Bagaikan merayu. Hisk,
perempuan ni…
“ Okay. ”
Okay ? Aku ke
yang jawab tu ? Apa
kebenda yang aku
buat ni ? Kes hati
parah pun tak
selesai lagi, nak tambah
satu lagi masalah
pula Zahid ?
“ Alhamdulillah… ”
Lea senyum
lebar.
“ Thank you Zahid ! A lots. ”
“
Err….ermm yeah… not a
problem.. ” lambat-lambat suara
keluar. Terpegun juga bila
minah mata bundar, kulit
kuning langsat dengan
rambut lurus lembut
macam ni buat
muka comel tengah-tengah
malam begini. Dalam tak
sedar aku telan
liur juga. “ Lea, awak pergi
mandi dulu. Salin baju. Dah
basah tu. ”
Terus aku
bangun. Menjarakkan
kedudukan kami. Dia nampak
kaget bila memandang
dirinya sendiri. Laju-laju tangannya
menutup di bahagian
dada. Merah membahang wajah
si Lea. Aku sorokkan
senyum. Baru perasanlah tu. Bahaya
betul perempuan ni…. Percaya
sangat dengan lelaki, apa
yang dia takut
sangat kat luar
tu ?
Cik ponti ?
Hmmm aku pula
yang seriau. Meremang bulu
roma sekali lagi. Terngiang-ngiang suara
si ponti tadi. Dengan
gemersik alunan ombak…dan
angin malam yang
berhembus… yang paling menggerunkan
tangannya yang sejuk
mengusap di leher
tadi. Menggeletar sekali lagi
rasa badan ni. Sah
malam ni kena
pasang surah Yaasin
kuat-kuat. Biarlah jiran kata
buang tebiat pun,ada
aku kisah ?
“ Lea, kenapa awak
pengsan tadi ? ” Soal aku
pada Lea sambil
tangan menghulurkan tuala
yang terlipat di
atas kabinet kepadanya. Tuala yang
disediakan oleh pihak
chalet ada dua.
“ Owh…Ermm… ” liar mata
si Lea memandang
sekeliling. Wajahnya kembali pucat. Cepat-cepat dia
datang mendekati aku. Sah, ada
kaitan dengan si
Ponti tadi ! Sebelum dia
buka mulut terus
aku cantas. Dah tak
sanggup nak dengar
pasal Cik Ponti
sekali lagi.
“ Hahaa.. tak apalah, tak
payah cerita. Awak mesti
pengsan sebab penat
tarik saya dari
lautan tadi kan ? ” aku
buat-buat ketawa. Menutup gundah
di hati. “ Dah, awak pergi
mandi. Lepas ni saya
nak mandi pula. Dah
melekit badan ni
kena air garam.”
Dia senyum
sipi sambil tunduk
perlahan.
“ Ya lah.. Thanks. Erm…baju…awak ada ? Baju
lebih ? ”
“ Owh… ” nak kongsi
baju dengan dia ke
? Ni dah
lebih dari kekasih
aku ni. Kepala yang
tak gatal aku
garu. “ Err…ada…Nanti saya
ambilkan. Bilik mandi dalam
bilik tidur ni… ”
“ Awak letak
atas katil. Nanti awak
keluar, saya masuk.”
Lea tunggu
depan pintu bilik. Macam
tak berani nak
tinggal sorang-sorang di
ruang tamu. Boleh tahan
juga penakutnya minah
ni. Baju t-shirt dengan
seluar panjang aku
keluarkan. Sah meleret dengan
si Lea ni. Nasiblah
takkan nak bagi
boxer pula ? Atau seluar
Bermuda. Gila apa ?
“ Tu baju. Saya
duduk kat ruang
tamu ni. ”
“ Okay. ”
TV aku
pasang. Terasa ackward
bila ada perempuan
dalam chalet ni. Bekas
awek sendiri tak
pernah pula nak
duduk dalam satu
rumah macam ni, nak
kongsi baju seluar
pula tu…apa kes ? Dalam
elok aku bersandar
pada kerusi rotan
di ruang tamu
terus aku pandang
ke arah bilik
tidur. Betul ke Lea
ni manusia biasa ? Kalau
jelmaan apa-apa aku
juga yang susah. Perempuan lain
takkanlah sampai nak pasang perangkap
untuk diri sendiri
sampai nak tidur
satu rumah dengan lelaki
yang tak dikenali ?
Ke sebab
aku hot stuff
sangat ? Hahaha geli hati
pula rasa.
Orang kata
kalau nak tengok
betul ke tak, kena intai kaki
dia sambil tunduk bawah.
*agak-agak abang pilot buat mcm ni tak nanti nak intai kaki Lea cecah lantai ke tak ?
Nanti si
Lea ni keluar
aku buat macam
tu lah. Naknya kaki
dia tak cecah
lantai nanti…mak aih, haru
aku!Nasib kaulah Zahid...datang nak ubat luka dihati, masalah lain pula yang datang ! Bayang Atilia pun dah tak muncul-muncul lagi dalam ingatan ni...Hmm...elok juga jadi macam ni.
p/s: have a good weekend ! Adios, esok nak ke Manchester, makan-makan and temankan kawan buat sesi 'approving and berkenalan' dengan bakal adik ipar mata biru. Hope he is a nice guy.I bet he is, but ma fren is freaking worried her sister is not choosing the right guy.lol. see ya next time guys, gotta tell ya about my current eye candy too.haha. OMG. I'm falling in love with a local Tea Shop owner, he is my age ! Own his own Tea Cafe with superb refreshing concept and also an architect. drool. will introduce u guys to this freaking awesome guy in my next entry. will do. will do.
Evexx
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)
Izzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeletealahai, berani betul si Lea nie nak tidur dalam bilik lelaki yang dia tak baru kenal nama sahaja....uisshh, betul2 takut dah tu...kalau saya pun meremang bulu roma kalau dengar benda pelik2 memanggil...arghhh..
btw, walaupun akak kata cerita nie akak tulis merapu tapi bgi saya tak..setiap tulisan Evelyn Rose tak pernah menghampakan...suka2x...
x sabar nak tunggu next entry...;)
hi zati ! :)
Deleteamboi ayat adik akak ni mmg larh terbaik. haha. but serius mmg akak rasa akak merapu. ops part 3 baru update ;p
Uikkk Eve dah falling in love yer??? Suka suka suka...hehehehe :)
ReplyDeletehahaha amboi kak Fidd laju ;p
Deletegood luck Eve with the guy...chaiyok!
ReplyDeletegood luck Eve with the guy...chaiyok!
ReplyDeletegood luck Eve with the guy...chaiyok!
ReplyDeletegood luck Eve with the guy...chaiyok!
ReplyDeletehaha OMG. lol. haha. thanks :)))
DeleteWakaka lawak la abg pilot ni,,, weeeeee bestttt sgt citer ni.tq kak eve!!!!
ReplyDeletehehe mengarut kan Lea dengan Zahid ni. entah apalah yang akak tulis utk cerita ni but thanks layankan they both ;) lol
DeleteSgt excited nk eve smbung abg pilot 3 plk.tp lg excited nak tahu psl the Tea shop owner. Haha. ;)
ReplyDelete-nuyrah-
haha amboi :p abg tea shop nti lepas ni kay ;)
DeleteNorlela Said
ReplyDeleteEve da fall on love,, chaiyok..chaiyok eve
hahaha thanks for the wish kak!
DeleteBetul, dari n3 pertama crita ni akk dah terkekek ketawa... Tak rasa cerita ni crita merapu. Akk yakin Eve mesti ada maksud di sebalik tiap crita yg ditulis. Eve, buatlah crita ni panjang sikit. Tak sabar menunggu n3 seterusnya.
ReplyDeleteBtw, suka bab Eve dah jatuh hati dgn tea shop owner. What's this fascination with this tea shop thingy? Hehe... If I am not wrong Eve pernah kerja di tea shop kan? Unless I have got my facts wrong...
thanks kak ;) i hope its leading somewhere too but in a lighter mode, perhaps ;) tak sure panjang mana,,,skrg tgh mode malas, tu mcm malas nak panjangkan cerita Pilot ni..tapi tak tahu lah kalau tertulis lain nanti... nti kita tgok yeah camana ;)
Deleteehehe, saya tak pnah keje tea shop kak, but saya suka g tea shop ni. i will share about this tea shop and its nice concept which i adore.
Eve make it as per your 2nd novel
ReplyDeleteehehehe 2nd Novel 13 Jam A380 Masuri ;) but kalau nak jadi 3rd...so far plan nya not. but i dont know if it change later... tgoklah flow cte ni mcm mana nanti..eve pn tak sure sbb main tulis je..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteu're absolutely right Eve about the previous entry..
ReplyDeletesometimes apa yang kita baca boleh mpengaruhi kita..
cepat2 update next new entry.
moga2 Miss Eve happy sokmo!! :)
kay dah update :p lol. hmm yeah, ,biasanya kita tak sedar, ada this one book is really good in explaining how our mind work. even what we see pun boleh pengaruhi how our mind do its calculation without we realize it. maybe i will share about this book nanti, in shaa Allah :)
Deleteand you too, happy slalu yeah! <3
wooooah!!!!! eve da fall in love dgn tea shop owner a.k.a architect... tetiba x sabar nk tgok next entry hahahah.... goodluck sis :)
ReplyDeletehaha unfortunately part 3 abang pilot tade pasal tea owner sbb eve dah mengantuk masa post ni.hehe. nanti wiken post pasal abang tea shop plak ;)
Deletehappy weekend to you too eve. I suka n3 kali ini sebab eve menulis bahagian aku bagi pihak Zahid pula. Jadi saya dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh Zahid pula. Diharap eve akan continue trend ini sampai the end.
ReplyDeleteyeap in shaa Allah, eve mmg sengaja nak try dis kind of POV plak ;) so it will be zahid side, lea side, and umum. tQ sue for reading !
Deletesuke2...>3
ReplyDeletelol thanks kak !
Deleteeve, gambar yg ke 2 tu macam new cocohut chalet jek.. ke bukan?
ReplyDeletehmmm eve pun tak sure... lol. encik google tlg carikan :p
Deletelol.. tahniah
Deleteeve dah jatuh cinta la ka ching ka ching! congrates eve ;)
ReplyDeletehahahaha literally ;p
Deletebest la even kata merapu pon..hehehe...hari2 bukak blog ni..tgu sambungan cerita. :)
ReplyDeleteowh bgeitu sekali ke ;) hope dapat di update dengan lebih laju nanti ;) in shaa Allah
Deletepart yg eve dh jatuh cinta tu yg paling best..good luck sis..
ReplyDeletehaha klakar2.mcm wish masuk exam jek rasa ;p
Deletehi Eve! abg pilot penakut ya...hehehe
ReplyDeleteLea pulak selamber jer..tak takut ker dengan abg pilot
tapi yang paling best tak kan lah abg pilot nak bagi pinjam boxer ! memang gila...hehehe
kan... dua2 sama2 weng sikit. lol.
DeleteAs salam sis eve :)
ReplyDeleteHaa ingatkan sis ada crush dengan mana2 pilot since your latest novels, A380 and abang pilot berkisarkan dunia awan biru ;)
wsalam syamim ;) lol tak de lah. tak minat pilot ;p tapi minat awan biru.hehe
Deletehaha.. gelak je baca entry nie. kelakar la zahid n lea =D
ReplyDeletewahh x sabar nak tunggu the next entry ;)
hehe thanks babe ;) zahid ngan lea mengarut kan they all ni. rasa cpat je kot cite ni habis ;)
Deletetak sabarnya nak tahu selanjutnya...
ReplyDeleteopss dah update jazmen ;)
Deletehihihi.....gelak sopan ni sebab dekat public. Apalah lea ni, tadi dia takutkan abg pilot..la ni dia pulak takut dgn cik ponti. Kelakarrlah cerita ni eve...pandai buat cerita. I like.
ReplyDeletehihihi.....gelak sopan ni sebab dekat public. Apalah lea ni, tadi dia takutkan abg pilot..la ni dia pulak takut dgn cik ponti. Kelakarrlah cerita ni eve...pandai buat cerita. I like.
ReplyDeletehihi kelakar la kak :)) jangan gelak sorg2 kay nnti org kata sesuatu hehe. main tibai je menulis ni kak ida, hope ada arah tujuan la nti .hehe
Delete:) luv is in the air...(4 eve).. the story begin...(wif abg pilot n lea) ..haha..nice..bila agak nya next entry ye?..cepat2 tau..xsbar nak tau..
ReplyDeletewah part 3 laju je eve hapdet, less than a week tu kira laju la kan ;) love is in the air... :p
Deleteawesomeeee...
ReplyDeletelol thanks babe! <3
DeleteAssalam Eve,
ReplyDeleteTerimakaseh utk n3 ini & subhanallah, teruja sgt tgk gambor2 cantek Eve update yg sblm tu...
actually tgk gambar Eve sket tu lagi teruja..hehehe
Eve nnti update la bila buku berikutnya akan kuar versi cetak ya...
sila jaga diri...
wsalam wbt. okay in shaa Allah nti eve update kay ;)
Deleteopss gambar separa suku pun bleh excited ye ;) hehehe
best!!!!lawak pun lawak..
ReplyDeletehihi thanks qaseh ;) tulis merapu xsangka plak jadi lawak ;p hehe
Deletedear eve, what strike me most is the last liner-u met someone! woot woot...kak timms
ReplyDeleteouch i goes excited thinking about the figure.hahaha. :p
DeleteMs Eve, I waiting day and night for your tea cafe owner story...haha
ReplyDeleteOppss kena update lah nanti ni gayanya.haha. will do soon yeah ;)
Deletebest. enjoy baca x cliche. btw i love abg pilot heeeeee
ReplyDeleteouch ada org betol2 cinta dengan abg pilot yeah ;) wow. bets of luck you! naik kapal terbang selalu okay ;)
DeleteTq eve...best....can't wait next entry...lol
ReplyDeletehye emmyline ! thanks babe ;) dah update dah.hihi
Deletezahid ingat lea antu???
ReplyDeletehahaha...
lol Lea spooky, Zahid pula mmg penakur jg.lol
DeleteAlhamdullillah baru selesai baca 13jam. Suka baca novel EVE ada pengajaran. Tahniah!
ReplyDeleteMemang best lah cerita Ni..
ReplyDeleteKeep laughing when reading your writing Ms Eve especially bila Zahid pengsan at the beinning and suddelny Lea pulak yang pengsan..ahhahah Keep a good work Ms Eve..I never free bored reading it~
ReplyDeletep/s: transform this short story to novel lah.. I'm gonna buy it~ hehe =)
baru jumpa blog ni.. seronok2.. :)
ReplyDelete