Join This Site

Sunday, 30 June 2013

Abang Pilot Part 4



Salam ! Here you are Abang Pilot Part 4 ;)

Good weekend everyone!

Evexx


Part4

‘ Show her you are doing whole lots better without her… ’ ayat  Lea  terngiang-ngiang  di telinga  ni. Betul  juga  kata  si  Lea  ni, makin  aku  merayu  pada  Atilia  semakin  jauh  dia  dari  aku. Aku  tampak  hanya  seperti  melukut  di  tepi  gantang. Macam  lelaki  hilang  maruah. Puas  aku  belikan  pelbagai  hadiah  untuk  Atilia, dari  beg  berjenama  hinggalah  ke  emas  permata, satu  pun  tak  berkesan. Barang  diambil, tuannya  tak  pula  mahu  kembali  berbaik.

Nafas  aku  tarik  panjang. Mempamerkan  senyuman  lebar  pada  Lea  yang  berada  di  sebelah. 

“ Saya   akan  tunjukkan  pada  Atilia  that  I’m  doing  whole  lots  better  without  her.

Lea  sengih  lebar. Tangannya  naik  menepuk  peha  aku.

“ Ha…macam  tu  lah ! Ingat  nak  gi  tackle  Neelofa  tadi. Hehe. ”

Meledak  aku  ketawa.  Ada  ke  pula  nak  pergi  tackle  Neelofa ? Apa  kehenya ? Tak  ada  kerja  apa ?

“ Celah  mana  ? Tak  minat  la. Saya   minat  yang  tinggi  lampai. ”

Haih, bayang  Atilia  muncul  lagi. Atilia  yang  tinggi  lampai. Asalnya  pramugari, kemudian  jadi  model  sambilan, sebelum  berjinak  dengan  dunia  lakonan. Dua  tahun  berlakon, inilah  hasilnya.

" Sayang…. Kalau  abang  masuk  meminang  sayang  bulan  depan  okay  tak ? ”

Selamba  sahaja  aku  tanyakan  soalan  ni  pada  Atilia. Konon  yakin  sangat  yang  hatinya  maish  belum  berubah. Kalau  dulu  Atilia  selalu  tuturkan, hanya  aku  yang  dia  mahu  jadi  suaminya, selalu  bertanya  bila  aku  nak  masuk  meminang. Mungkin  salah  aku, melambat-lambatkan  dulu.

“ U-hukk!!! ” kuat  si  Atilia  tersedak. Wajahnya  terus  berubah. Dari  elok  kami  duduk  bersantai  di  pantai, terus  Atilia  bangun.

“ Saya  sibuk  la  awak… ”

“ Tunang  mudah  je… ”

“ Awak, saya  rasa  I  need  to  rush  to  go  home. ” tak  sempat  nak  bercakap  Atilia  potong  ayat. Laju-laju  dia  menuju  ke  kereta. Bila  aku  masih  kaku  di  situ  barulah  dia  berpaling. Kembali  ke  arah  aku  dan  menggenggam  tangan  ini. Anak  matanya  yang  bundar  memandang  anak  mata  ini  lama, tampak  sayu  dan  penuh  kasih  sayang.

“ Sayang… Please… Faham  saya ? Macam  awak  faham  saya  salami  ni ? Saya  tak  bersedia  lagi… ”

Kenapa  dulu  Atilia  sudah  bersedia  tapi  sekarang  tak ? Tapi   persoalan  tu  aku  matikan. Senyuman  manis  aku  layangkan  buat  Atilia. Si  jantung  hati  pengarang  jantung.

“ Okay, sayang… Sorry. Jom, abang  hantar sayang  balik. ”

Selang  dua  hari, Atilia  aku  jumpa  sedang  bermesra  dengan  pelakon  baru  yang  sama-sama  sedang  meletup  dengan  dia. Mesranya  menyakitkan  mata  yang  melihat. Patutlah  gossip  melata  di  akhbar,aku  je  yang  buta. Asyik  percayakan  Atilia. Tapi  jadi  macam  tu  depan  mata  pun, aku  masih  sanggup  maafkan  dia  kalau  dia  kembali  ke  pangkuan  aku. Harapan  tinggal  harapan. Atilia  minta  putus  dan  tak  berpaling  lagi.

Kadang  kecewa  hati  ni  bukan  sebab  mahukan  Atilia  kembali, tapi  bila  terkenangkan  bodohnya  aku  selama  ini. Percayakan  dia  separuh  mati, tapi  itu  balasan  Atilia  pada  aku ?

‘ Kenapa  tak  nak  mengaku  awak  dah  ada  saya  pada  media ? ’

‘ Tak  boleh  sayang…. Saya  tak  nak  privacy  awak  terganggu… Nanti  kita  kahwin, baru  kita war-war  kan  okay ? ’

Itulah  ceritera  si  Atilia  setiap  kali  gossip  keluar. Setiap  kali  media  mencanang  dia  single. Walaupun  perkataan  single  tu  memang  dari  mulut  Atilia  sendiri.

“ Macam  tu  lah  baru  macho  Zahid… Dah, awak  tak  nak  mandi  ke ? ”

“ Owh, lupa  pula. Haha. ”

Lupa  pula  diri  sendiri  masih  dalam  pakaian  tadi. Pakaian  yang  dah  menjadi  lembap  bila  semakin  kering  dengan  sendirinya. 

“ Saya  mandi  dulu  la. Awak  nak  stay  dalam  bilik  ni  ke ? Saya  nak  salin  pakaian  nanti. ”
Lea  buat  muncung. Gaya  susah  bebenor  dia  nak  bangun. Ada  juga  perempuan  macam  ni  rupanya. Lepak  sangat. Macam  bukan  perempuan, tapi  cun  dan  comel.

“ Salin  dalam  bilik  air  tak  leh  ke ? ”

“ Awak  tu  tetamu, perempuan, elok  duduk  luar. ” suara  tegas  aku  dah  keluar. Hah, minah  ni  kena  sedarkan  sikit. Lea  bangun  malas-malas. Sempat  dia  jeling  sekeliling  sampai  aku  pun  terasa  cuak  balik.

“ Duduk  je  lah  kat  dalam  bilik  ni, saya  salin  baju  kat  dalam  je. ”

“ Okay.”

Lea  buat  muka  tak  ada  perasaan. Selamba  dia  sambung  duduk  di  katil. Dicapainya  selimut  tebal  dan  menutupi  badannya. Aku  pula  apa  lagi, capai  baju  dan  tuala, masuk  bilik  air.

***************

Keluar  daripada  kamar  mandi, si  Lea  masih  elok  di  atas  katil, tapi  berbungkus  dalam  duvet  tebal  dari  hujung  kaki  ke  hujung  rambut. Nak  tercabut  juga  jantung  aku  tadi. Keluar-keluar  je  dah  nampak  figura  ala  pocong  duduk  bersandar  di  kepala  katil. Rupanya  si  Lea. Hish…minah  ni  satu  malam  asyik  kena  heart  attack  je aku.

“ Zahid ! ” tersembul  si  Lea  dengan  senyuman  lebarnya. Duvet  tebal  dibuangnya.

Nak  tak  nak  aku  tayang  senyum.

“ Lamanye  awak  mandi… Metrosexual  eh ? Barang  mandian  awak  ni  lagi  banyak  dari  saya  punya  tahu ? ”

Lea  bangun  dari  katil  sambil  ketawa  perlahan. Sama-sama  duduk  berdiri. Tak  sempat  nak  jawab  Lea  mencicip  lagi.

“ Jom, lepak  kat  ruang  tamu. Saya  buatkan  kopi. ”

“ Owh..okay. ”

Tak  biasa  dengan  perempuan  macam  Lea. Atilia  jenis  yang  agak  manja. Lebih  keperempuanan  sikit. Lea  ni  macam  perempuan  normal  je, tapi…. Tak  pula  ada  sifat  segan  pada  lelaki. Tuala  aku  campakkan  ke  atas  katil  sebelum  kaki  membontoti  Lea  ke  dapur. Pantas  dia  capai  cawan  kecil  dan  paket  kopi  3  dalam  1  yang  pihak  resort  sediakan.

“ Should  I  help ? ”

Lea  geleng. Tak  pandang  aku  pun. Tangannya  ligat  mengacau  air  di  cawan.

“ Duduklah. Bukan  saya  brew  kopi  sendiri  pun. 3  in  1  je. Masuk  dalam  cawan, tambah  air  panas, kacau. ” menyeringai  dia  senyum. Aku  duduk  di  atas  kerusi  bar  yang  agak  tinggi. Bila  siap  kopi  di  cawan, Lea  unjurkan  pada  aku. Dia  duduk  di  kerusi  di  sebelah  aku. Siap  bersila  santai  lagi. Gaya  macam  dah  kenal  1000  tahun  lepas. Memang  over  lah  kalau  aku  cakap  seribu  tahun  lepas, tapi  macam  dah  kenal  lama  je  minah  ni  layan  aku.

“ Awak  buat  apa  kat  sini  sorang-sorang  Lea ? ” soalan  yang  sedari  tadi   aku  pendamkan  akhirnya  terluah  juga. Lea  tak  terus  menjawab. Cawan  kopi  di  bawa  dekat  dengan  hidungnya. Menghirup  bau  penuh  tekun. Terkesima  aku  sekejap  bila  memandang  wajah  Lea  dari  tepi. Dengan  wajah  bujur  sirih, bibir  merah  bak  delima, kulit  kuning  langsat…dan  rambut  yang  mengurai  lembut…

“ Ehemm!!! ”

Tak  tahan  dengan  akal  nakal  aku, terus  aku  berdehem  kuat. Mengingatkan  diri  sendiri. Terus  Lea  pandang  aku  dengan  riak  terkejut.

“ Awak  okay ? ”

“ Okay. ” yakin  aku  menjawab. Kenapalah  si  Lea  ni  polos  dan  cool  sangat. Lepak  je  dia. Aku  pula  yang  dah  semacam.

“ Awak  tanya  apa  saya  buat  kat  sini   kan  tadi ? ”

Aku  angguk  perlahan. Mula  mencapai  cawan  kopi  dan  menghirup   rakus.

“ Kan  awak  yang  seru  saya….  ” Lea  senyum  menyeringai  dengan  suara  lembut  ala-ala  ponti  tadi.

“ Uhukkkkk  !!!! ”

Splash ! Habis  tersembur  air  kopi. Gila ! Apa  aku  dah  buat  ni ? Ajak  ponti  masuk  chalet? Tak  sempat  kepala  nak  buat  andaian  liar, si  Lea  mengekek  ketawa. Siap  ketuk-ketuk  meja  lagi. Peha  aku  ditepuknya  mesra.

“ Zahid, saya  lah  yang  menyamar  jadi  ponti  tengah  laut  tadi. Kelakar  gila…Boleh  awak  pengsan. Hahahhaa… ”

Kuat  si  Lea  ketawa. Cis ! Cis ! Cis ! Siot  punya  Lea. Muka  polos, comel  tapi  nakal  boleh  tahan. Patutlah  tangan  dia  macam  tangan  cik  ponti  tadi. Muka  aku  dah  terasa  membahang  semacam. Satu  malu, dua  sebab  geram. Ada  juga  yang  nak  kena   makan  malam  ni.

“ Damn. Lea. ”

Aku  tahu  muka  aku  dah  jadi  muka  Stone Cold  bila  Lea  diam  serta   merta. Nampak  terkejut  dengan  reaksi  aku.

“ Sorry… ” tuturnya  perlahan. Bibirnya  digigit  lembut. Anak  matanya  melekat  memandang  ke  bawah. “ Its  automatically  happened..bukan  saya  sengaja…and ! ”  terus  hilang  riak  bersalahnya  diganti  dengan  muka  beriya. “ Awak  tak  perasan  ke  awak  bising  giler  tadi ??! Owh  My  Goodness…! Saya  nak  menulis  pun  tertulis  nama  Atilia  okay. Urghh!!! Now…
Melopong  mulut  si  Lea.  Marahnya  mengalahkan  aku  pula.

“ Buku  saya  jatuh  kat  pantai….!!!! ”

“ Err..Esokla  cari. ”

“ Susah  tahu  nak  dapat  idea  nak  menulis  ni. Heee… ” jelingan  maut  dihadiahkan  oleh  Lea  pada  aku. Tak  pasal-pasal  aku  pula  yang  macam  si  pesalah  kat  sini. Bukan  tadi  aku  ke  yang  marahkan  minah  ni ?

“ Buku  apa ? Kalau  tak  ada  saya  belikanlah  yang  baru.”

“ Buku  catatan   sayalah.  Saya  tengah  tulis  draft  novel. Tetiba  je  awak  melalak  macam  apa  entah… ” Lea  menjuihkan  mulutnya  lagi. Comel  pula  gayanya. “ Kenapa  senyum ?! ” ujar  Lea  dengan  muka  masamnya, tapi  comel  pada  pandangan  mata  ni.



“ Hah ? ” Opss  bila  masa  pula  aku  senyum ? Cakap  dengan  Lea  buat  aku  menonong  blurr pula  rasanya.

Lea  geleng  kepala  sambil  pandang  aku. “ Esok  teman  saya  cari  buku. ” Arah  Lea  terus. Aku  pula  automatic  angguk. Macam  kena  pukau. Macam  layan  budak-budak  pun  ada.“ Haha, that’s  very  nice  of  you ! Kalau  tak  jumpa  habislah  awak  Zahid…Saya  buat  cerita  pasal  awak  dengan  Atilia  tu. ” 
 
Buat  cerita  pasal  aku  dengan  Atilia ? Lea  ni  wartawan  ke ?

“ Awak  reporter  ke  Lea ? ”

Lea  ketawa. Hilang  marahnya  tadi.

“ Tak  adalah. Saya  penulis  novel… ” dia  senyum  manis. Comel.

Penulis  novel ? Tak  pernah  aku  jumpa  penulis  novel  dalam  hidup  ni. Baca novel  pun  tak…Dulu  adalah  baca  buku  KOMSAS, tu  pun  dapatlah  B3.

“ Boleh hidup  ke  tulis  novel ? ”

Lea  senyum  sinis  dengan  persoalan  aku.

“ Tak. Tak  boleh  hidup, saya  dah  mati  dah. Ni  hantu  Lea  kalau  awak  nak  tahu. ” dengan  muka  polos. Seriau  rasa  di  hati. Lea  ni  banyak  main-main  betul. Muka  aku  yang  dah  cuak  semacam  buatkan  Lea  ketawa. “ Tahu  takut…. ! ” Lea  mencebik. “ Ingat  jadi  juruterbang  je  ke  yang  boleh  tanggung  hidup ? Menulis  pun  boleh  tapi  kena  pro-aktif  la. ”

“ Maksudnya ? ”

“ Saya  tulis artikel  untuk  majalah  dan  tulis  novel  juga.”

“ Kenapa  tak  buat  kerja   lain ? ”

Lea  dah  merengus  kurang  sabar.

“ Dah  awak  tu ? Kenapa  jadi  pilot ? Tak  ada  kerja  lain ? Boleh  hidup  ke  jadi  pilot ? Tak  takut  kapal  terbang  jatuh ? Kapal  terbang  accident  dengan  burung  garuda ? Wooo…cuak  tu... Nanti  Green  Movement  sue  awak  tahu ? ”

Haha ! Sakan  aku  ketawa. Senget  minah  ni. Tak  pula  aku  terfikir  nak  accident  dengan  burung  selama  bawa  kapal  terbang. Rempuh  awan  adalah. Rempuh  burung  mana  pernah.

“ Mengarutlah  awak  ni  Lea ! ” masih  berbaki  tawa  aku.

“ Tak…Saya  serius… ” Lea  pandang  dengan  muka  tulus. Macam  tak  kelakar  langsung  pada  dia. Goofy  betul  minah  ni. “ Hmm…awak…dengan  Atilia  ya ? ”

Muka  Lea  tampak  serba  salah  nak  bertanya  tapi  dia  tanyakan  juga. Atilia…Hmmm… Memang  dah  sah  Lea  dah  tengok  gambar-gambar  tadi. Nak  sorokkan  apa  lagi ? Habisnya  aku  anggukkan  kepala. Mata  tancap  pada  cawan  kopi. Nak  minum  memang  sahlah  tak. Dah  habis  bersembur  tadi.

“ Saya  biasa   tulis  cerita  cinta, tapi  saya  tak  pernah  tulis  pasal  laki  yang  kena  tinggal  dengan  awek  macam  awak. Biasanya  hero  novel  saya  tak  ada  yang  kena  tinggal  dengan  awek.  You  know  what ? Lepas  tulis  few  novels  I  can  conclude  type  of  guys  yang  perempuan  suka  tahu ? ” Lea  senyum  bangga.

“ So  what ? ” soalan  ego  dari  aku. Ya  lah, bukan  aku  ada  cita-cita  nak  jadi  hero  idaman  Malaya  pun. Wajah  Lea  dah  semacam  bila  itu  yang  aku  soalkan.

“ Huh, come  on. Kata  nak  get  up. Tak  nak  jadi  loser. So  the first  thing  a  macho  man  did  bila  ditinggalkan  kekasih  is… ”

Whoa…minah  ni  direct  gila. Hati  aku  tak  habis  bernanah  lagi  ni  tapi  okay  juga  tahu  tips  macam  ni.

“ What ? ”

Meledak  Lea  ketawa  bila  aku  menyoal.

“ Nak  tahu  pun. Poyo. Ego  kan ? ”

“ Cerita  je  lah. ” aku  dah  keluarkan  suara  graveyard. Main-main  betul  minah  ni.

“ Lelaki  idaman  Malaya  ni   varied. Obviously  since  different  women  have  different  taste. But  women  are  weird  you  know. Especially  those  yang….macam  budget  cun. They  always  wanna  have  claws  on  hot  guys. If  you  see  carefully  being  hot  is  not  all  about  look, but  rather  the  character. Lagi  susah  nak  dapat, lagi  perempuan  macam  ni  suka. ”

“ Okay… ”

“ Sometimes  a  handsome  man  is  of  course  lovely  to  the  eyes, but  somehow  they  can  be  very  annoying  creature. Especially  the  douchebag  type. Women  prefer  a  guy  yang  gentleman. But  it  can  be  divided  into  two  main  categories. The  notty  boy – cool type  or  responsible macho  type. You  can  choose to  be  either  one. However, laki  yang  suka  tangkap  leleh  bila  awek  tinggal  sangatlah  tidak  cool. Perempuan  memang  suka  lelaki  pujuk, but  kalau  tiga  kali  pujuk  tak  jalan, move  on  jelah. Tapi  kalau  terus  ada  awek  semata-mata  nak  tayang  dekat  ex-girlfriend  pun  tak  cool  juga. Buat  chill  jelah. Kalau  dia  tak  nak, lepaskan  dengan  cara  baik,tak  payah  nak  leleh-leleh. Tunjuk  yang  kita  tu  ada  harga  diri. Yang  lagi  best  kalau  awak  tunjuk  pada  dia  yang, either  with  her  or  without  her, you  are  absolutely okay. Tu  baru  jantan, bro. Hehe. ”

Lea  tayang  sengih  cool. Aku  kerut  muka  fikir-fikir  pesanan  penaja  daripada  minah  ni. Hmm…

“ Hmmm… awak  pilot  kan ? Cuba  bangun. ”

Bangun ? Pelik  betul  dia  ni. Tapi  aku  bangun  juga. 

“ Tinggi…handsome… kerja  okay… Awak  nak  famous ? ”

“ Hahahahaa !!! Famous  Amous  ke ? Jenama  cookies  tu ? ” giler  kelakar  soalan  minah  ni. Meledak  tawa  aku. Muka  Lea  dah  jadi  graveyard  serious. Aku  berhenti  ketawa.

“ Saya  ada  kawan  kerja  dengan  majalah. Kalau  awak  nak, awak  boleh  masuk  ruangan  jejaka  pilihan. Tapi….before  tu  awak  kena  grooming  la  sikit. You  need  to  know  kod  etika  seorang  gentleman. I  will  help  you  with  it. And  by  the  time  you're  a  little  famous, maybe  we  can  team  you  up  with  Atilia. I  had  love  to  see  hear  reaction. ”

Serius  ke  minah  ni ? Siap  senyum  evil  and  mischiveous  lagi. Huhu, munculnya  Lea  ni  macam  pari-pari  dalam  cerita  Cinderella  versi  Indonesia.




 
p/s: TQ for reading !



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

45 comments:

  1. Ni cerpen or novel?
    Tak sabar nak baca ending ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. forsure bukan cerpen la sbb dah lebih satu entry. prob short story :)

      Delete
    2. I'd say this is novella. ;-)

      Delete
    3. lol tu lah dah panjang semacam ni cik za :p

      Delete
  2. Bez bez... next n3 eve..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks anon :) will do soon ...

      Delete
  3. Douchebag? Huhuhuhuhu second time baca, first dkt novel bimbo karya rin.... Revenge time ekk lea, bgs betul si lia ni..... Haishhh abg pilot ilang rasa macho bila frust tertonggeng kena tinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe douchebag tu sama la macam bimbo tapi laki ;) tak biasa dengar eh ? term ni famous kot esp di US, sbb kat US ramai douchebag.haha.ayat racist.lol. hmm tu lah abg pilot..abg pilot. mmg kne grooming :p

      Delete
    2. Rose biasa dgr, tp cuma setakat ni 2 org novelis gune perkataan tu satu rin and second one awak :-) abg pilot mmg wajib kena grooming, huhuhuhu mmg best plizzz upload more yup rose :thumb up: XD

      Delete
    3. hehe thanks babe ;) nanti wiken saya update

      Delete
  4. darling, u are great!


    miss san flawer

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks babe ;) eve merapu banyak dalam cite ni.sorry kalau terpaksa baca ke-entah apa-an ini ;p

      Delete
  5. Bestttt...terima kasih eve utk abg pilot 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon :) for bearing this story.lol

      Delete
  6. Eve pls make it as a novel pls..its lovely!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti kita tngok jauh mana cite nak boleh pergi... *tgh tak tahu hala tuju, tapi baru nampak jalan sikit2.haha TQ

      Delete
  7. Hi cpt la famous kan zahid....masuk kn kat majalah.....ingat atilia je ke blh famous......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...macam atilia sorg je boleh famous. hmm wait and see

      Delete
  8. Mmg best abg pilot kene basuh. Blur sungguh! Nak lg eve. Pengubat rondu sementara na tgu 13 jam keluar

    ReplyDelete
  9. Addicted sungguh le cite ni..cepatlah update kak eve!! Hihi

    ReplyDelete
  10. Make it short please :3 I cant wait to read the ending :D

    ReplyDelete
  11. nice~~~ heee lea is so sweetttt..cepat2 la zahid ni femes! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol going there. let see how famous zahid could be ;)

      Delete
  12. love d story so much....so different and akak like d idea yg minah ni cakap ..mmg memotivasikan jejaka yg sengal tu kan..akak pun just wonder ..bolehkah..mamat tu bangun dan mendabik dada kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak ida ! ;) let see how far this mamat could go.hehe.

      Delete
  13. Wawawaw...best nya idea si Lea ni.....ni yg tak sabar nunggu next chapter ni....

    ReplyDelete
  14. Whoahhhh the best Kak eve awesome !!!!!!

    ReplyDelete
  15. Best teramat.. sukenye Lea jd penasihat utk abg pilot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol Lea owh Lea. seb baik jumpa Lea si Zahid ni. bukan jumpa ponti.hehe TQ babe

      Delete
  16. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Hw1ncADC9KM

    I cant stop laughing when watching this vid. Lol. Terasa sangat kalau jadi laki yng dimaksudkan. haha. Guys you sholudnt be like doucheBag please...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. douche- bag

      perasan tak why namanya douche-bag ? nama pun macam guni org buat berlatih menumbuk.haha. jejaka begini mmg annoying pada ramai jejaka lain.hehe

      Delete
  17. haha~ best!! want more eve!!!~~~ cecepat laaa next n3 uhuhuhh~~xsbr nk tgk lea grooming zahid heee~

    xyuyux

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks yuyu, on its waay ;)

      Delete
  18. Sementara tunggu novel ER yang baru to be published , syok jugak layan citer abang pilot ni....kelakar giler.....ada ke guys yang kecewa giler kalo putus cinta ....especially ala2 macam Zahid ni.....ntah2....belum sempat kecewa dah ada pengganti yg baru.....saja je nak menambahkan perisa.....lambat sangat nak tunggu citer Hana & Haydar ni.....huhuhu...rindu sesangat dengan Emmel......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah jumpa ke laki macam ni ? banyak je :p
      Hana and Haydar - few days more or a month kot... normally mid aug keluar. cuaks cuaks lol

      Delete
  19. suke dngn jln cter ni. :)

    ReplyDelete
  20. kak eve punye penulisan semua best2..masok jiwa dan raga..hohoho

    ReplyDelete
  21. Hi , bestnya kalau da ada buku.. baca 1st episode pon da sedap.. btw, ep 4 ni, nape macam lain eh, eps awal , aku is Lea kan? now macam da tukar ke Zahid.

    ReplyDelete