13 Jam - A380 Part 15



Part 15 

Morning peeps. Just successfully download mozilla n baru dapat sign in this blog. Chrome got problem. Anyway....blogging is d way though, haha. Better than note if FB Page . Enjoy reading and tQ !

 


Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you
And so I went and let you blow my mind
Your sweet moonbeam
The smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided you're the one I have decided
Who's one of my kind

Hey soul sister, ain't that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain't fair you know
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight

Heeey heeeey heeeey

Just in time, I'm so glad you have a one track mind like me
You gave my life direction
A game show love connection, we can't deny
I'm so obsessed
My heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you're Madonna
And I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, ain't that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain't fair you know
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight

The way you can cut a rug
Watching you is the only drug I need
So gangster, I'm so thug
You're the only one I'm dreaming of
You see I can be myself now finally
In fact there's nothing I can't be
I want the world to see you being with me

Hey soul sister, ain't that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain't fair you know
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight
Heeey heeeey heeeeey (tonight)
Heeey heeeey heeeeey (tonight)

Lagu  Soul  Sister  nyanyian  Train  aku  biarkan  bergema  di  ruang  kamar. Mata  masih  terasa  berat  untuk  di  buka. Kesejukan  pagi  di  musim  luruh  agak  mencengkam, menambahkan  kemalasan  untuk  bangun.

Habis  lagu  Soul  Sister, bunyi  bingit  KRINGGGGG!!!!!  pula  yang  menggantikan  lagu  Soul  Sister  yang  aku  jadikan  alarm.  Telefon  bimbit  aku  capai, skrin  aku  perhatikan.
7.30  pagi

Baru  7.30  pagi….Lambat-lambat  otak  memproses.

“ What ??? 7.30 ??? ”

Terus  aku  bangun. Duvet  cover  aku  tendang  ke  tepi. Terus  aku  meluru  ke  bilik  mandi. Dalam  hati  sudah  mahu  menangis. Penerbangan  Haydar  pukul  9.30  pagi !

Dalam  masa  15  minit  aku  sudah  siap  sedia  di  hadapan  meja  solek. Menempek  bedak  dan  mengoles  lipstick  warna  merah  hati  sebelum menambah  eye-liner. Telefon  bimbit, tote  bag  Prada  yang  berisi  semua  dokumen  belajar  dan  kunci  rumah  aku  capai  sebelum  bergegas  turun. Kunci  Audi  TT  masih  belum  aku  perolehi, macamana  nak  ke  sana ?

Kaki  sudah  berlari  ke  rumah  agam  yang  letaknya  hanya  bersebelahan. Mata  meliar  mencari  susuk  yang  aku  kenal.  Sampai  sahaja  di  hadapan  pintu  masuk  rumah,  Tommy  sudah  sedia  meletakkan  kereta  di  hadapan  tangga. Tercungap-cungap  aku  berlari  ke  arahnya.

“ Assalamualaikum  Hana ”

Aku  pandang  suara  yang  memanggil. Fawwaz  berdiri  dengan  di  tengah-tengah  tangga  sambil  melayangkan  senyuman. Dia  bersut  kemas,  tangan  kirinya  memegang  briefcase  dan  tangan  kanan  pula  memegang  kot. 




“ Fawwaz… ” suara  aku  mendayu  semacam. Intonasi  biasa  bila  aku  terdesak  dan  memerlukan  bantuan. “ Er..waalaikummussalam… Fawwaz, I need  to  go  to  the  airport. Please  send  me there… Pretty  please… ” muka  sudah  monyok  semacam. Aku  tahu. Nada  suara  pun  dah  merayu  habis. Terpempan  Fawwaz  memandang  aku. Dia  senyum  tenang  seraya  mengangguk.

Tommy  sudah  siap  sedia  membuka  pintu  kereta  bila  Fawwaz  berjalan  menghampiri  kami. Aku  melemparkan  senyuman  pada  Tommy  bila  Fawwaz  menyuruh  aku  masuk  terlebih  dahulu. Dia  mengikut  selepas  itu. Kali  ini  Fawwaz  gunakan  DiMora  Natalia. Hampir  terjojol  biji  mata  aku  melihat  kereta  warna  perak  itu. Ya,  aku  memang  jakun  dan  tidak  pernah  sekali  pun  melihat  kereta  ni  secara  live.

Fawwaz  duduk  di  sebelah,  tapi  ada  jarak  antara  kami. Dia  lebih  selesa  begitu,  teka  aku. Tommy  memasuki  kereta. Membetulkan  tali  pinggang  keledar  sebelum  memandang  Fawwaz  yang  sedang  berdoa. Aku  turut  sama  menadah  tangan. Bila  Fawwaz  siap  berdoa  baru  dia  mula  memandu.

“ Tommy, we  are  going  to  the  airport  first ” arah  Fawwaz  kepada  pemandunya.  Tommy  mengiyakan. Aku  terasa  lega. Kalau  guna  kereta  ni,  rasanya  memang  sempat  mengejar  Haydar. Senyuman  mula  terukir  di  wajah  aku.

“ Awak  nampak  macam  terkejarkan  sesuatu, kenapa  Hana ? ” soal  Fawwaz  dalam  nada  bimbang. Loghat  Surreynya  jelas  kedengaran. Mungkin  aku  nampak  terlampau  kalut  dan  cemas.

Aku  tayang  senyuman  manis  padanya. Senyuman  khas  untuk  orang  yang  sudi  membawa  aku  pada  Haydar  pagi  ini.

“ Yes, I’m  after  someone. Someone  who’s  very  important  for  me….

Dia  angguk  memahami. Jam  di  tangannya  diseka. “ That  person  is  leaving  or  coming ? ” soalnya  lagi. Wajah  aku  diteleknya  lagi.

Leaving

“ Owh ” dia  nampak  terkejut. “ What  time  they  are  leaving ?

“ 9.30  am ” tangan  aku  sudah  sibuk  memintal  hujung  baju. Hati  terasa  berdebar  sakan.

“ I  hope  we  can  make  it  on  time  Hana

Aku  ketap  bibir. Fawwaz  nampak  serius, mungkin  turut  bimbang  dengan  apa  yang  aku  kejarkan.

“ Tommy, if  you  can  make  it  quick, please  do ” arah  Fawwaz  pada  pemandunya. Aku  senyum   lebar  pada  Fawwaz. Terasa  mahu  memeluk  Fawwaz  erat-erat.

“ Okay ” jawab  si Tommy  sebelum  dia  mula  memecut  lebih  laju.

Wajah  Fawwaz  aku  tenung, sebuah  senyuman ikhlas  aku  berikan  pada  dia. “ Thank  you  Fawwaz, so  much… I  owe  you  this. ”

Dia  senyum  herot  sambil  menggelengkan  kepalanya. “ Not  a  biggie  Hana. Jangan  cakap  awak  terhutang  apa-apa..Even  the  sun  never  said  to  Earth  ‘ you  owe  me’ , with  love  like  that  it  lights  up  the  sky…until  now…”

Gulp.

Aku  diam  dan  mengangguk.

*****************
8.30  am

“ Hana, call  me  when  you’re  done. I  will  ask  Tommy  to  fetch  you. ” 

Aku  angguk. “ Thanks  Fawwaz ! Thanks ! ”

Pintu  kereta  aku  tutup  sebelum  kaki  mula  berlari  ke  dalam, mencari  balai  berlepas. Mencari  kelibat  Haydar.

‘ Owh  Haydar, I’m  so  cheap  because  of  you ! ’ – tidak  pernah  sekali  aku  terkejarkan  seseorang  sehinggalah  Haydar. Hanya  Haydar  yang  boleh  buat  aku  jadi  begini. Hanya  Haydar  yang  boleh  buat  aku  jadi  gila  melayan  gilanya  dia  semalam…

‘ Fido, kalau  awak  suka  someone, awak  akan  kejar  atau  awak  akan  biarkan  dia  datang  sendiri  pada  awak ? ’

‘ Tuhan  yang  menemukan, tapi  kita  wajar  berusaha. Usaha  tu  sunnatullah. ’

Kata-kata  Fido  semalam  buatkan  aku  terfikir  dan  menguatkan  lagi  kehendak  hati  untuk  kemari. Kalau  Haydar  mengharapkan  pertemuan  kedua  baru  dia  mahu  menyimpan  aku  kemas, biar  aku  usahakan  agar  kami  bersua  sekali  lagi. Jika  aku  boleh  menyalahkan  Haydar  kerana  hanya  mahu  berharap  seperti  mengharapkan  si  bulan  jatuh  ke  riba,  aku  juga  sama  jika  aku  tidak  berbuat  sesuatu  untuk  menemui  dia.

“ Mana  Haydar… ? ” mulut  beberapa  kali  berbisik  ayat  yang  sama. Mata  meliar  memerhatikan  sekeliling. Kaki  pula  sedari  tadi  asyik  berlari  mencari  balai  perlepasan, kini  sudah  mula  diam. Berdiri  tegak  memandang  satu  persatu  manusia  yang  mula  memasuki  pintu  pelepasan.

Bayang  lelaki  tinggi,  berkulit  kuning  langsat  dan  bermata  bald  eagle  aku  cari  tanpa  lelah.

“ Haydar….please  be  here ”

15  minit  aku  berdiri  begitu. Bagai  orang  gila  kehilangan  anak. Gila  meroyan. Tapi  Haydar  tetap  tiada  di  situ.

Mana  dia ?

Haydar  dah  pergi  ke ?

Dia  dah  masuk  ke  dalam ? Ke  gate pelepasan ?

Pasrah, aku  duduk  bersandar  pada  dinding  kaca. Kepala  menongkat  pada  lutut. Nyata  aku  kecewa. Sedih. Bagai  antara  kami  tiada  jodoh  lagi….

‘ Mungkin  lain  kali  Hana ’ – diri  mula  memujuk. Aku  tarik  nafas  panjang. Esok  masih  ada. Aku  masih  boleh  ke  Malaysia  dan  mencarinya  di  Nazim  Construction  bila  cuti  Krismas  tiba…

Kepala  aku  angkat  perlahan. Memandang  balai  berlepas  dalam  pandangan  kosong. Saat  itu  aku  terpandangkan  Haydar. Terus  aku  melompat  bangun. Mahu  sahaja  aku  laungkan  nama  dia  kuat-kuat, tapi  berada  di  bumi  ‘sivik’  aku  tahankan  perasaan.

Dia  yang  berbaju  t-shirt  biru  dengan  sweater  nipis  warna  kelabu. Jeans  hitamnya  tampak  relaks  bila  dikenakan  dengan  kasut  Axel Sneaker  jenama  LV  yang  tampak  jelas  walaupun  dari  jauh. Aku  senyum  lebar. Sebahagia  si  beruang  kutub  menanti  mentari  bersinar  terang.


Aku  terus  berjalan  ke  sana, ke  tempat  dia  sedang  berdiri. Dia  yang  sedang  beratur  memasuki  pintu  pelepasan. Ada  beberapa  orang  sedang  beratur  di  hadapannya, sebelum  kemudiannya  mata  aku  terpandang  seorang  perempuan.

Kurus. Tinggi. Rambut  panjang  mengurai  hingga  ke  pinggang  dan  beralun  lembut. Pakaiannya  juga  santai. Jeans  ketat  dengan  sweater  labuh  hingga  ke  paras  peha  dengan  baju  baby-t  di  sebelah  dalam. Cantik.

Serta  merta  senyuman  aku  mati.

Dia  berjalan  menghampiri  Haydar. Memotong  beberapa  orang  yang  sedang  beratur. Gayanya  santai.

Si  model  jelita  ada  di  London ?

Liur  aku  telan  kesat. Hati  bagai  berdarah. Pipi  sudah  membahang  menahan  tangis. Murah  benar  aku  kali  ini, hinggakan  aku  mahu  menangis  untuk  seorang  lelaki.

Bodoh, Hana. You  are  stupid  if  you  do ! – itu  kata  akal  tapi  hati  tetap  meruntun  hiba. Kaki  terpaku  di  situ, memandang  dia  yang  menyendeng  ke  tepi. Nampak  dari  sisi.

Dia  berpaling  bila  si  model  buah  hati  duduk  berhadapan  dengannya. Berpaling  dan  terus  mengadap  aku  di  sini. Cepat-cepat  aku  memalingkan  pandangan  dan  berlari  dari  situ. Aku  tidak  mahu Haydar  nampak  aku  yang  sangat  pathetic ! Sanggup  mencarinya  hingga  ke  sini  sedangkan  dia  ada  dengan  si  model  jelita.

Aku  lari  dari  terus  berlari  sejauh  mungkin. Penat  dan  sudah  tidak  tahan  menahan  rasa   aku berhenti. Duduk  di  sudut  yang  agak  tersorok  sambil  air  mata  sudah  tumpah  deras.

“ Hana ” suara  lelaki  memanggil  nama  aku  kedengaran  sangat  dekat. Tangannya  menyentuh  bahu  aku. Terhenti  nafas  seketika. Debaran  makin  kencang.

Haydarkah ?

Perlahan  aku  berpaling. Mata  tertutup  rapat, takut  untuk  memandang  siapa  empunya  suara.

“ Hana,  awak  okay ? ”



 





your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Comments

  1. aarrgghhh....suspen tol la..gerammmnyerr..hrp2 fawwaz yg dtg yea...x mo haydar...

    p/s: dh beli TWB td..hehe,nk amik feel bc mlm nnt,last week tiap2 hr p bookstore cr adam n ariana ni,akhirnya hr dpt..suke sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eve akak pun dah dapat TWB bru sampai Selasa lepas from WM to EM....dah habis baca...bestnya...Thank's 4 the lovely story...so sweet..

      Delete
    2. aduh..suspen btul la..hrp2 Fawwaz yg dtg...

      Delete
  2. berdebar nya, suara siapa kah yang menyapa ....tak sangup untuk menghadapi siapa kah gerangan di depan mata.... Ya Allah ku berserah takdir ku pada mu....

    ReplyDelete
  3. adoiiii,cpt nye da abis.xpuas baca...kite pon xmo haydar,kite nk fawwaz!

    ReplyDelete
  4. hrp2 bkn haydar....nk fawwaz gak!

    ReplyDelete
  5. Mesti Haydar yang kejarr..... I really hope its him, tapi kalau bukan sgt kasihan kat Hana mmg sgt pathetic pity her :((
    Jodoh bukan milik mereka berdua ekk cik writer? Hurmmmm sabar yup Hana, maybe ada yang lain buat anda.. Tapi still berharap hana with haydar..if there is connection between them :-) i hope i hope

    ReplyDelete
  6. pls be fawwaz..haha

    ReplyDelete
  7. please la fawwaz... huhuhu.. naper pendek sangat... xpuas baca ni..huhu..

    ReplyDelete
  8. arghh... fawwaz kot. Ke haydar? No answer :p

    ReplyDelete
  9. Harap Fawwaz le, kalau Haydar mungkinkah itu kakak Haydar...

    ReplyDelete
  10. like sejota kali....I really hope its Haydar....lama x dgr kisah haydar...keh3

    ReplyDelete
  11. Suspen.. Mengharap fawwaz yg datang. Haydar biar je lah dgn si model jelita

    ReplyDelete
  12. Izzati berkata..;)

    Testing..testing..fist time tinggalkan jejak dekat sini...hehehe..thank u so much kak Eve sbb bgi buah tangan 13 jam-A380 part 15..yg ditunggu-tunggu..:)
    wahh..saya harap Fawwaz adalah orangnya yg datang mengubat hati Hana yg kecewa melihat Haydar dgn si model tu...hehehe..go go Fawwaz...:)

    ReplyDelete
  13. ape ni???
    n3 ni too short laa..
    baru nk asyik-masyuk..
    kan dah emo....
    next n3 bg panjang sikit ek...tq

    ReplyDelete
  14. Eve, suspen nyaaa !.. Hope orang tu Fawwaz :D. Tak mau Haydarr .. Nak Fawwaz jugak yang datangg XD.

    ReplyDelete
  15. Fido pls!!! Sian hana walaupon tau mamat tu dah ada awek still tergedik2 nk pi cari gaks.. Gasak hang lah hana.. Heehheheh *jgn marah saya yer kengkawan* hana awak tu kekasih 4jam dia jer.. Pls wake up kat dpn ada 2lg mamat tg super charming drpd haydar *mati kene bom ngan Haydar lover*

    Gud job babe.. Xsabar nk tau pemilik suara tu *ehh suara tu sexy x?*

    ReplyDelete
  16. Fido pls!!! Sian hana walaupon tau mamat tu dah ada awek still tergedik2 nk pi cari gaks.. Gasak hang lah hana.. Heehheheh *jgn marah saya yer kengkawan* hana awak tu kekasih 4jam dia jer.. Pls wake up kat dpn ada 2lg mamat tg super charming drpd haydar *mati kene bom ngan Haydar lover*

    Gud job babe.. Xsabar nk tau pemilik suara tu *ehh suara tu sexy x?*

    ReplyDelete
  17. alahai..kesian hana kan..hopefully it's fawwaz..he's so sweet bila menumpangkan Hana untuk ke Airport siap arahkan drivernya speed incase takut minah tu terlepas flight org yg ingin dia jumpao itu..

    ReplyDelete
  18. beria kwan tunggu...x pe tunggu selanjutnya...

    ReplyDelete
  19. Hope Fawwaz.....

    ReplyDelete
  20. Hope Fawwaz.....

    ReplyDelete
  21. Alhandulillah dpt twb. Nak tahu tak malam tu mimpi dapat twb esokkan hari adik kata twb dah ada. Syukur kpd ALLH SWT.

    ReplyDelete
  22. Eve....too short, and saspens giler! I hope it's Fawwaz.
    Thank you anyway.

    ReplyDelete
  23. girl...ur killing me with this suspen eve...hope it fawwaz...doesnt want haydar..

    ReplyDelete
  24. i want haydaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!hehehehehehehe

    ReplyDelete
  25. haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!haydar pls!

    ReplyDelete
  26. nak haydar but nak fawwaz jugak. why its realy hard to choose..haydar jauh fawwaz dekat. they have 2 diff character.hmmmmmmmm...*pening..hehehehe nak lagiiiiiiiiii plssss :)

    ReplyDelete
  27. hope part 16 coming very very very very very very very very sooooonnnnnn..hehehehehe

    ReplyDelete
  28. Move on Hana, Haydar dah berpunya, takkan u nak jadi orang ke3. I really hope its Fawwaz who approached Hana at the airport, Fido pun take

    ReplyDelete
  29. hope so , Fawwaz ! go Fawwaz go ! hahaha , leave Haydar , please Hana . You're nothing to him . Go to Fawwaz , he's the best man for you . Hope that 'man' was Fawwaz . Haydar go back to your beautiful model . You're not good to Hana !!!

    #TEAM FAWWAZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. *not good for hana ! *hehehe =D

      Delete
  30. please lh hana...wake up!ape pn kena kuat n redha...biar lh kte di kejar jgn kite yg terkejar kejar hana,sat g tk kesampaian merana badan.... dek eve ur TWB leh wat akk nk berangan angan dek...penderitaan yg di sudahi ngan kebahgian akhir nyer........teramat best dek...tahniah wat u yer dek tk rugi akk beli...SYABAS wat u dek.

    ReplyDelete
  31. I really hope that was Haydar! omg! suspen betol! sambung lagi kak eve!

    #Haydar Drop Dead Fans! hihihi!

    ReplyDelete
  32. Fawwas laaa... ermmm tiga2 ada kelebihan.. Haydar, Fawwas & Fido.. Arghhh fenin2 kapla nk pilih yg mana 1.. hehehe (cehhh, mcm aku plak yg jd Hana.. kikiki)

    * dh dptkan novel TWB.. dh hbs bace pun.. yg pasti mmg meletop la Eve.. Love u laaa.. Adam oh Adam..*

    ReplyDelete
  33. Assalam Eve...part last tu bg kak semput sekejapan...aduii..ni sapa ni yg panggil Hana? MIntak2 la Fawwaz!!! Fawwaz...takmo la Haydar, die dh ada org lain...

    Ok...terimakaseh utk n3 ini...

    ReplyDelete
  34. erk...tersedak jap..tgh suspen tup2 to be continue..huhu...

    ReplyDelete
  35. huhuh..suspen btl ne...
    hope fawwaz!!!! xnk hydar..

    ReplyDelete
  36. Jumelia @ Jumelia Rafiza7 December 2012 at 02:29

    waaaa...sape kah manusia itu?fawwaz or haydar?mgkn haydar.sebab Eve dh simpan haydar lama..
    pls next n3.heheheh....best.superb and suspen.jantung i dh x stabil.LOL..

    #FAWWAZ TEAM.(sibuk2 suruh Hana pilih Fawwaz,nak ke Fawwaz kat HAna.hahahaha)but i'm still pilih Fawwaz..

    ReplyDelete
  37. Aloo... Jangan la bagi suspen camni... Haydar ke?

    ReplyDelete
  38. Either Haydar or Fido. Sbb kalau Fawwaz, mesti dia kata 'Hana, are you okay?' Kan fawwaz tak fasih BM hehehe

    ReplyDelete
  39. must be Fawwaz....next n3 plzzz...can't wait

    ReplyDelete
  40. haha...nice..n tricky...buat semua tertanya2 siapakah yg memanggil 2..hehe...nxt n3 plz..awesome n3 as always... :)

    ReplyDelete
  41. Osh kosh la fawwaz.. Biar haydar tkedu skit.. Lagi kaya, lagi warak, lagi mat salleh.. Ahahah

    ReplyDelete
  42. i want haydar...tapi hati saya kuat mengatakan itu bukan haydar...may be fawwaz...
    can't wait 4 the next n3...alahai...eve memang penuh dengan kejutan...suspen giler tau

    ReplyDelete
  43. nk fawwaz!!!xmau hydar...
    " If a men fall in love or he admire a girl,he wont touch that girl"
    :) not sure is true or not...
    just share it but sorry if don't like it..

    ReplyDelete
  44. adooohhh... stressss...
    hopely fawwaz

    ReplyDelete
  45. I think it's haydar cos dh lama xda cite psl dia..

    ReplyDelete
  46. hahahaha...
    sbar2 apa2 pun biar eve yg tentukan....

    ReplyDelete
  47. K.eve!!
    Harusla haydar kan..Fawwaz dont speak malay!! Stress kejap..nape pendek..akk..cepat publish buku.. Damn loving it!!!

    ReplyDelete
  48. Alaaaaa...siapa ittew??? Okok...slow & steady...suspense sgtttt Eve, thanks...make us happy...

    ReplyDelete
  49. too short la eve.. I want more.. hope fawwaz yg jadi hero #FawwazFansClub


    ReplyDelete
  50. Harap2 tu haydar la.... nk haydar jugak2!!

    ReplyDelete
  51. oh!!!! terasa dgn kesedihan Hana....what to do Haydar mmg kepunyaan si model jelita....
    I wish that Fawwaz there to comfort Hana...
    I luv Fawwaz more than Haydar...euwwwwww...
    nti haydar muncul berpaling pula pd Haydar...ahaksssss
    TWB is the best, lain dari kebiasaan slps mrk berkahwin...

    ~saza~

    ReplyDelete
  52. i vote for fawwaz . go go fawwaz . go .yeah !!! eeeee haydar , you are so mean . model tu memang perosak kebahagiaan hana . sobs . kak eve i , cepat2 for next entry ye ? miss it

    ReplyDelete
  53. harap2 fawwaz.... x mau haydar huhuuuuhhu.....kesian kat hana ...
    sedeyhnya x sabaqnya nak tw . chaiyok fawwaz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  54. Arghh!! Plz haydar.. love his stule..the way he treats hana..make me feel so special! Nak haydar! Hihii..next en3 plz..tlg la evd jgn buat jiwaku tak tenang.hehehee

    ReplyDelete
  55. Eve..knape la akak lbih jatuh cinta klu Hana & Haydar..wlaupun Fawwaz tu warak,baik n kaya giler...from the first akak suka Hana & Haydar..sbb akak rsa dgn Haydar more challenging..Fawwaz cam perfect n senang jer...apa pun Eve yg tentukan..ini pendapat kerdil akak jer..Fawwaz maybe ada citer nyer yg trsendiri...the real mommy of Emmel,,maybe..apa pun kena tunggu nxt n3....walaupun getaran jantung ni sama hebat mcm Hana masa dia nmpk model tu...maybe dia silap org kot heeee...luv u Eve...

    sincerely - Hass Hazel

    ReplyDelete
  56. Arrrrr benciiiiii!!!!! . . . tak suka3x!!!!, Hana why?

    Tapi tak pe dari sini Hana boleh menilai yg mana yg terbaik untuk Hana kannnnn????

    But I love when Hana n FIDO hahahaha jgn mareee. . .

    Fido lagi sesuai dgn Hana, sebab Hana lagi selesa berbicara dgn Fido, Rasa yg belum berputik lagi huhuhu mari kita lihat sapa yg kena hmmmmmm . . . TQVM Eve,. L.U.

    ReplyDelete
  57. hi eve...
    TWB the best la..
    but ada story di sblik TWB ne..ms beli buku ne tiba2 hujan and banjir kat giant shah alam..
    nk kluar dri situ mmg gila susah but berbaloi dpt buku TWB."hujan badai and banjir sangupku redah demi TWB" hehehe :)i can't forget this memory xprnh beli buku sampia mcm ne..
    i vote for Fawwaz!!!!
    #FAWWAZ TEAM :)

    ReplyDelete
  58. Mengikut tekaan daku...1st time baca..macam haidar jek bajet haidar tinggalkan si model jelita la kunun2xnya, tapi ..but 2nd time baca, rasenye org lain....maybe........si handsome, fawwaz kot..hik3x

    ReplyDelete
  59. hoping like crazy for it to be fawwaz.. so hana couls awaken from her crush with haydar and move on.. and the story can somehow focus on hana, lil daisy, fawwaz and fido.. heheehe.. dont keep our suspens too long ya my dear eve.. penat keja duk mengrefresh blog u and page u every day.. hahaha..

    ReplyDelete
  60. wah...nak lagi....awesome as always...hehe..:)

    ReplyDelete
  61. Weeeeee. Finally i got my twb. Karya seni dtg my collegue. Love you eve love you karya seni. Hehe

    ReplyDelete
  62. dear kak eve..bila nk smbng next n3???
    dont make me suffer!!!hehehe
    good job sis..

    ReplyDelete
  63. kak eve buat saya suspen je..
    spe la lelaki tu...fawwaz please~ ahahha

    TWB is so awesome+sweet+comel+terbaik!!

    ReplyDelete
  64. FAWWAZZZZ......TAK MO HYDAR......FAWWAZZZZ.....

    ReplyDelete
  65. x sabo tunggu next n3......harap2x fawwaz yg muncul...

    ReplyDelete
  66. sekali fawwax yg muncul...hehehhe

    ReplyDelete
  67. Tak sabar nak tunggu next entry ;)

    ReplyDelete
  68. I hope Hana will be with Haydar . Lagipun kan tajuk novel ni pasal mcm mane diorg jumpa , so mcm tak kena kalau hero dia yg laen ! Betul tak ?

    ReplyDelete
  69. Evee.. kenapa.xda part 16 ni?? Hr2 check blog u..huhuu..ingt kan weekend hr tu dah ada next n3. I miss mr haydar! OMG!!

    P/s: sukooowwww bila tau eve ni kelantanese.. memee tip tooop ganah la!

    ReplyDelete
  70. oh dear...when next entry will be up??? cant wait to know whose that guy... FAWWAZ...HAYDAR... or FIDO......hehhehe

    ReplyDelete
  71. Ohh dear Eve. . . awat yg lama sangat cek, sibuk sangat yeee . . it ok dengan kesabaran yg amat tinggi ku tunggu, tetap menyokog siapa pun pilihan Hana hehehe, saya rasa Fido kot yg tegur Hana . . intonasi tu macam Fido jee hmmmm muskil . . toing. . toing . . L.U

    ReplyDelete
  72. so thrilling !!!! I want more !!
    Ketagih nak lagi... plus... I've brought the book !
    In love with Tengku Adam :)
    Sekarang saya sedang menggambarkan Fawwaz dan Hana sudah berkahwin. And happily ever after, Just like fairy tale fantacy. Miss writer please make it true :)
    Saya nak versi cetak !!! xD
    I wanna hug this story, just make it a book pleaseeeeeeeeee

    ReplyDelete
  73. anyway today is my 1st day read this story..so amazing..
    dr pagi baca from part 1 till 15..haa xsabar nak tunggu part seterusnya..
    mula2 baca rs mcm Hana memang ditakdirkan untuk Haydar..
    tp lepas muncul Fawwaz..OMG hana patut pilih sapa ni...so suspen..hehe
    Thank to TWB,coz tanpamu mungkin story 13jam-A380 ni xdapat sy ikuti...rs teramat rugi klau xdpt sama2 menjadi hana..hehe
    Congrats Eve...i very like it..
    bila nak sambung part seterusnya..xsabarny nak tunggu...

    ReplyDelete
  74. ermm sy pn stuju ngan kak Hass..suka sngt klau hana dgn Hydar..tp fawwaz pn lama2 makin sronok plak ngan cite dia...ermm betapa susahnya nak membuat pilihan kan EVE...

    ReplyDelete
  75. Watching The aircraft itself, a380 at majalah3... Ohsem

    ReplyDelete
  76. Bila menonton majalah 3 ttg A380 terus teringatkan 13jam A380....dear your story give a big impact on our life. You are such a good story teller. Congrats on your TWB. Waiting your next n3

    ReplyDelete
  77. Salam :)

    Was looking for Malay Novels as per list given by my friends ...yours was no1 in the list ;) TWB. Loved it. Of course Adam was a strong strong puller :)

    Am all out for bad bays turned into reformed rakes :)

    So in this case Haydar Haydar Haydar :) though he is not much of a rake in this case dia boleh di consider category flirty & naughty :-D

    True , the preferred choice should be Fawwaz .. religion , wealth , career , health etc etc etc ....but books are about escapism kan ? Apa salah kasi Hana the guy of her dreams ? Though he might not be as the picture perfect Haydar as she conjured him to be ...learning about his shortcomings and discovering his other amazing sides pun is delightful ...lama ok dia stalking si Haydar.

    True , what we want might not always be whats best for us ... as we know not but Allah swt knows all. Tetapi he he he walaupn cadangan saya menentang arus , tapi kalau boleh ....Darling Eve , please let Haydar be with Hana :)

    Love your work nonetheless :) am sure shall love the outcome regardless your ending ...(tentatively am in Team Haydar for the mo :) )

    xo <3 , a reformed Stalker ...NOT :)

    ReplyDelete
  78. huuh...sakit jiwa raga bce n3 nie..(sian hana)

    ReplyDelete
  79. part ni, sya dh baca berulng kali,part yg buat orng sesak nafas .terasa kesedihan hana d sni.apa2 pun sya nk hana dan haydar d ending nti.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts