13 Jam A380 Bab 27



Assalamualaikum wbt, 

1. Alhamdulillah tersampai jg hati nak update.hehe. ingat nak siapkan tulis semua bab utk novel ni baru update, tapi dah 14 hari but then, masih belum siap. Jadual padat sangat lately..So before eve belayar ke benua eropah esok (ayat poyo, haha) I update lah. Atas kapal tade tenet, hopefully boleh siapkan kerja berfikir utk projek PhD. Insyaa Allah dan doakan ye :) 

2. Rasanya dah beberapa org tanya Eve buku apa yg Eve suggest or baca...So here is the picture of bookshelves in my house (current house). Buku lain I left them in Malaysia, hence these are new stock within my 5 months here. 


p/s: I read many things and prefer bullet point  form. I dont read thick book unless necessary. I dont spell words while reading, I scan them (common dyslexic style), and I hate words ! thats why I'm an engineer. I prefer to watch documentary videos than reading. and I swear I never read anything as thick as LOTR or Harry Potter, I watch the movies.

3.  I know many readers esp those have English related career - teacher or editor or TESL student would give feedback about English grammar, while there are those even gave feedback that they need to rajinkan diri open up dictionary sbb banyak English in TWB. Both situation I apologize if it does make ur reading miserable. Insyaa Allah will be more cautious with my grammar and tatabahasa for 13 Jam A380  and reduce the English! . All in all the hardest thing for me to do is, to re-read what I wrote. No kidding. I can vommit in the process of doing it. (I hate words- again, and I dont even read TWB as a novel). So I strongly depend on the editor to do the proof reading (which left that person with a huge burden-poor that person, but thanks too). 

But in fact, I'm not a proper grammar user either. I think this BBC article can explain it to you that, native speakers - some/most of them dont even use 'book grammar' code in their speech. And my grammar skills worsen ever since http://www.bbc.co.uk/voices/yourvoice/language_rules1.shtml

" Codifying the English language has been of huge benefit to English speakers; it has given people the means to communicate with each other across dialectal barriers. We shouldn't, however, expect the grammar books to provide an accurate reflection of real speech. And, whatever the prescriptivist may say, we should not feel inadequate if real speech does not fit the grammar books' expectations." - Elan Dresher.


4. I feel so excited to share English accent with u guys ! In 13 Jam A380 I mentioned Fawwaz, Fido and Helena have their own accent. Anyone remember ? lol. Lets guess which is which from the video below. I think he is kinda good at this. lol. and I love countries in d middle region's accent !



 

 All right, happy reading ! 


Cheers, 
Eve


Bab 27

“ Hana, boleh  tak  kalau  saya  nak  minta  tolong  sikit ? ” tanya  Fawwaz  pada  aku  bila  salamnya  dijawab.

“ Tolong  apa ? ” tanya  aku  perlahan, bimbang  akan  mengganggu  mereka  yang  sedang  menunaikan  solat  di  surau   universiti.

“ Tolong  datang  ke  pejabat  saya  di  London.  Tommy  cuti  hari  ni, Fido  pula  baru  bertolak  ke  Utara, ada  mesyuarat  dengan  pihak  pengurusan  hotel  di  kawasan  Utara  England.”

Aku  tengok  jam. Dah  pukul  3.00  pm, kalau  nak  balik  pun  boleh  je.

“ Okay,  boleh… ”

“ Alhamdulillah… ” Fawwaz  bersuara  lega. “ Awak  tolong  balik  rumah, minta  kunci  bilik  bacaan  saya  dengan  nenek. Bila  dah  sampai  rumah  awak  telefon  saya. Nanti  saya  beritahu  awak  dokumen  yang  mana  yang  perlu  awak  ambil. Saya  ada   mesyuarat  sekarang  ni, tapi  ada  satu  dokumen  penting  yang  saya  tertinggal  kat  rumah. ”

“ Okay, rest  assured  I  will  be  there. ” terus  aku  bangun  dari  duduk.

“ Thank  you  Hana. ”

Al-Quran  dengan  terjemahan  bahasa  Inggeris  oleh  M.A.S  Abdel  Haleem  aku  simpan  di  dalam  bag  tangan.  Tafsir  yang  dihadiahkan  oleh  Fawwaz. Terjemahan  yang  sudah  worn  out  fizikalnya, tanda  ianya  sering  digunakan. Ada  ayat-ayat  yang  dihighlightkan  oleh  Fawwaz. Ada  nota  kecil  dan  penanda  di  ayat-ayat  tertentu  membuatkan  aku  lebih  teruja  untuk  membelek  satu  persatu.

Habisnya, aku  berpindah  ke  rumah  agam  itu  malam  esoknya  tu  juga. Fawwaz  kalau  dah  buat  keputusan, memang  kena  patuh. Habsah  dan  Mak  Leha  yang  mengemaskan  barangan  aku. Aku  tinggal  di  bilik  berhampiran  bilik  Emmel  dan  nenek. Mudah  untuk  menjenguk  Emmel, dan  tak  elok  kalau  dekat  sangat  dengan  bilik  Fawwaz  dan  Fido  yang  terletak  di  aras  atas  dan  hujung  rumah. Bilik  Fawwaz  sangat  luas  dan  berada  di  aras  paling  atas. Aku  ke  bilik  dia  pun  dengan  nenek  dan  Emmel. Fido  pula  lebih  selesa  di  North  Wing, katanya  mudah  untuk  dia  melihat  pemandangan  dari  situ.

Sudah  dua  bulan  aku  menyertai  mereka  solat  Subuh  berjemaah. Mula  belajar  membaca  Al-Quran  dan  mula  membaca  dan  memahami  Al-Quran. Patutlah  semua  kagum  dengan  Al-Quran, sememangnya  mengetagihkan. Setiap  masa  aku  bawa  terjemahan  Al-Quran  ini. Kalau  hati  sudah  dibuka  seluas-luasnya  untuk  memahami  dan  mencari, pasti  jalannya  juga  mudah. Tidak  sesukar  yang  aku  bayangkan  sebelum  ini.

************

“ Nenek, Fawwaz  minta  Hana  ambilkan  dokumen  dia  dalam  bilik  bacaan. Dia  cakap  kunci  ada  dengan  nenek. ”

Sampai  sahaja  di  rumah  terus  aku  cari  nenek. Emmel  pun  ada  bersama  dengan  nenek  dan  Mak  Leha. Sedang  leka  menonton.

“ Eh, Fawwaz  minta  masuk  dalam  bilik  bacaan  dia ? ” nenek  buat  muka  terkejut. Aku  angguk. “ Hmm…Susah  dia  nak  bagi  orang  lain  masuk. Fido  je  yang  biasa  masuk, nenek  tukang  pegang  kunci  je. Orang  lain  memang  tak  dibenarkan  masuk…” wajah  nenek  masih  tampak  musykil. Tapi  akhirnya  dia  tersenyum. “ Nanti  nenek  ambilkan, Hana  tunggu  kejap.”

Dalam  lima  minit  nenek  kembali  muncul. Kunci  aku  capai  dan  terus  melangkah  ke  bilik  bacaan  di  aras  atas. Bersebelahan  dengan  bilik  Fawwaz. Pintu  kayu  yang  tebal  dan  tinggi  aku  kuak  perlahan. Besar  dan  luas  biliknya. Ada  sofa  kulit  warna  coklat  gelap, meja  kerja  daripada  kayu  utuh  dan  rak  buku  yang  tinggi  hingga  ke  siling. Tampak  gah  dan  klasik.

“ Salam, Fawwaz, dokumen  tu  kat  mana ? ”

“ Waalaikummussalam wbt. Atas  meja  kerja.  Ada  satu  je  dokumen  atas  meja  tu. ”

“ Okay  dah  jumpa. Saya  gerak  sekarang. ”

“ Hana, jangan  pandu  laju  sangat. Tadi  awak  pecut  kan  untuk  balik ? ”

“ Err…ya… ” perlahan  dan  gugup  aku  menjawab. Fawwaz  tak  suka  bila  aku  memecut. Katanya  merbahaya. Kalau  dia  tahu  aku  memandu  laju  lagi  nanti  kereta  aku  akan  ditarik  balik.

Dia  mengeluh  perlahan. “ Hana…berapa  kali  saya  nak  cakap  benda  yang  sama ? ” suara  amarannya  dah  keluar.

Sorry…. Saya  drive  laju  sebab  nak  cepat. Tu  kan  dokumen  penting, awak. ”

“ Jangan  pecut  lagi. Mesyuarat  bukan  tak  boleh  extend  sampai  awak  sampai  sini. Take  your  time  and  don’t  risk  your  life.”

“ Okay…. ”

Talian  aku  matikan  dan  terus  mengarah  ke  kereta  yang  terparkir  di  hadapan  pintu  masuk  utama. Fawwaz, walaupun  tegas  tapi  sangat  mengambil  berat. Sikap  yang  semakin  lama  semakin  aku  senangi.

“ Mommy…. ”

 Langkah  terhenti  bila  susuk  tubuh  si  kecil  elok  berdiri  di  tepi  kereta. Bersandar  di  pintu  masuk  pemandu. Emmel  tersenyum  comel  sambil  buat  muka  adorable  sampai  orang  yang  menengok   tak  sanggup  nak  tinggalkan  dia  di  rumah. Siap  dengan  dress  paras  lutut  dan  quilted  jacket  dari  Ted  Baker, tight  dan  boot  kulit  paras  lutut. Sekali  pandang  dah  macam  gaya  yang  aku  kenakan  hari  ini. Dress  paras  betis  dengan  boot  kulit  paras  lutut. Sejak  sebulan  ni  aku  lebih  selesa  berpakaian  lebih  longgar  dan  sopan. Entah  kenapa  hati  rasa  bersalah  bila  menyarungkan  pakaian  ketat  hingga  menampakkan  tubuh  badan.

Mommy, where  are  you  going…? ” dengan  liuk  lentuk  badannya, sajalah  tu  si  Emmel  ni  nak  minta  aku  bawa  dia  sekali. Aku  senyum  lebar  bila  Emmel  buat  mata  mengharap. Pandai  betul  budak  ni.

“ We  are  meeting  daddy. Come, I  put  you  in your seat. ” tangan  Emmel  aku  capai. Dia  berjalan  riang. Siap  melompat  lagi.  

" Hoorayy ! Hoorayyy !! "

“ Nek, Hana  bawa  Emmel  sekali  ni. ”

“ Ya  lah….Nenek  ajak  masuk  dia  tak  nak  Hana…Puas  pujuk. Baju  pun  nak  pakai  yang  sama  dengan  mommy  dia.. ” nenek  menjampuk  dari  belakang. Duduk  bersandar  di  pintu  rumah.

Terbantut  niat  nak  memecut  tadi. Emmel  aku  letakkan  di  tempat  duduk  belakang  di  kerusi  kanak-kanak. Ralit  bermain  dengan  bolanya  sambil  berceloteh  itu  ini.

*************

Pertama  kali  menjejakkan  kaki  di   ibu  pejabat  syarikat  Fawwaz. Bangunan  setinggi  26  tingkat  di  kawasan  Thames  River. Hari  ini  baru  aku  tahu  apa  nama  syarikat  mereka. The  Edge  Properties. Syarikat  yang  memiliki  bangunan  pejabat, rumah, pusat  beli  belah  dan  rangkaian  hotel  di  UK  dan  beberapa  buah  negara  di  Eropah. Fawwaz  dan  Fido  bukan  jenis  yang  membawa  kerja  ke  rumah  dan  bukan  jenis  yang  bercakap  soal  kerja  mereka  di  rumah. Jadi  aku  memang  langsung  tidak  tahu  menahu  soal  kerja  mereka  kecuali  bila  nenek  yang  lebih  dulu  memberitahu.

Sudah  30  minit  aku  berada  di  bilik  Chief  Executive  Officer  bersama  dengan  Emmel  yang  sedang  leka  memerhatikan  pemandangan  dari  dinding  kaca. Fawwaz  masih  lagi  di  dalam  bilik  mesyuarat. Usai  sampai, aku  terus  ke  bilik  Fawwaz  dan  Fawwaz  datang  mengambil  dokumen. Katanya  mesyuarat  akan  selesai  sekejap  sahaja  lagi, tapi  sekarang  pun  sudah  lebih  30  minit. Habis  segala  majalah  aku  baca, sama-sama  mengagumi  pemandangan  Bandar  London  dari  aras  26  dengan  Emmel…dan  sekarang  bosannya  semakin  menebal. Akhirnya  telefon  aku  keluarkan.

Salam, Fawwaz  saya  keluar  jalan-jalan  dulu. Nanti  saya  datang  balikWhatsApp  aku  hantar  pada  Fawwaz.

“ Emmel, jom  kita  pergi  jalan-jalan. ” Emmel  melompat  gembira. Saat  yang  dia  tunggu-tunggu  sedari  tadi. Dari  tadi  lagi  dia  mengomen  dan  meminta  untuk  turun  ke  bawah. Aku  duduk  di  sebelah  Emmel, memerhatikan  suasana  di  bawah.

“ Hmm…sayang  mommy  nak  pergi  mana ? Tunjuk  je  dekat  mana, nanti  kita  akan  terus  sampai ! aku  tunjukkan  ke  arah  London  Eye. Emmel  mula  membuat  gaya  yang  sama.   Aku  ketawa  dan  pipi  Emmel  aku  cium.

“ Muahhss… I  love  you  mommy… ” Emmel  membalas  ciuman  sambil  tertawa  perlahan. Cheeky  kid. Badan  Emmel  aku  peluk  kemas. Pelik  bila  ibu  Emmel  membuang  anaknya  sendiri, tapi  kadang-kadang  aku  bersyukur, kalau  ibunya  tidak  bersikap  begitu  Emmel  tak  kan  ada  dengan  aku  sekarang  ini. Hidup  aku  juga  takkan  sebahagia   sekarang. Apa  sahaja  yang  berlaku  semuanya  berlaku  atas  wisdom  Allah  s.w.t. Dia  lebih  mengetahui  tentang  segalanya. Kami  berpimpin  tangan  sambil  berjalan  ceria  keluar  dari  bilik  Fawwaz.

If  Mr  Fawwaz  asks, tell  him  we  both  went  out. ” pesan  aku  pada  kerani  yang  berada  di luar  bilik. Dia  hanya  mengangguk  dan  menayangkan  senyuman   manis.

“ Have  a  nice  evening  ma’am ”



Disember  di  London. Beberapa  hari  lagi  Krismas  akan  muncul. Tarikh  25  Disember, katanya  tarikh  kelahiran  Nabi  Isa  atau  Jesus, tapi  ada  juga  kajian  yang  menunjukkan  Jesus  lahir  pada  6  Januari   tapi  rata-rata  menggunakan  25  Disember. Ada  juga  antara  rakan-rakan  aku  yang  memberitahu  25  Disember  adalah  tradisi  bukan  sambutan  keagamaan  mereka. Mana  satu  jawapan  mereka, pada   aku  itu  hak  mereka.

Emmel, kalau  dibiarkan  di  rumah  anak  yatim  pasti  tidak  akan  mengenal  Islam. Pasti  sedang  sakan  menyambut  Krismas  kala  ini. Pegangan  pada  tangan  Emmel  aku  kemaskan. Tangan  anak  kecil, bila  dipegang  bukan  sekadar  terasa  lembut, tapi  menyerapkan  perasaan  damai  dan  tenang  di  jiwa. Terasa  lebih  kuat  dan  disayangi  juga.

Why everything  looks  different  from  here  mommy…? I  can  see  a  lot  of  things from above..” soalan  Emmel  bila  kami  berjalan  di  Victoria  Embankment  membuatkan  aku  tertawa. Pipinya  aku  cubit.

Because… our  eyes  are  very  limited  my  love. We  can  only  see  certain  thing  within  a  certain  distance, but  Allah  s.w.t  can  see  everything ! That  is  why….we  should  ask  for  God’s  guidance  Emmel, and  God  give  us  a  book, Al-Quran  to   guide  us. ” kami  berhenti  dan  duduk  di  kerusi  yang  ada  di  sepanjang  Victoria  Embankment. Melihat  feri  dan  kapal  kecil  di  sepanjang  Sungai  Thames.

I  like  that  book  too… It  have  a  lot  of  stories  inside  it… ” Emmel  duduk  menghayunkan  kakinya. Tangannya  di  depakan, membuat  gaya  banyak. Aku  senyum   bahagia. Kan  indah  kalau  Emmel  benar-benar  anak  aku  dan  Fawwaz…Rambut  Emmel  aku  usap  lembut, bangga  punyai  anak  yang  petah  sepertinya. Fawwaz  selalu  bacakan  kisah-kisah  dalam  Al-Quran  kepada  Emmel  sebelum  Emmel  tidur.

“ Mommy, I’m  hungry…. ” Emmel  dah  meliuk  lentokkan  kepalanya. Aku  ketawa  kecil.

Chocolate  brownies  yang  aku  beli  sewaktu  turun  tadi  aku  keluarkan  dari  beg  tangan. Dia  menyambut  riang. Membuka  beg  kertas  yang  mengandungi  brownies  dan  menadah  tangan  untuk  berdoa. Gaya  daddynya.

“ Mommy  tak  nak  makan ? ” tanya  Emmel  bila  aku  hanya  memerhati. Aku  geleng. Emmel  suakan  brownies  pada  aku. Sebak  terasa  bila  anak  mendahulukan  aku  walaupun  dia  hanya  sekecil  ini. “ Eat  some  mommy, or  you  will  fall  sick… ” lembut  Emmel  memujuk  seperti  aku  memujuknya  untuk  makan  pagi. Merekah  senyum  di  bibir. Mulut  aku  buka  dan  Emmel  menyuapkan  brownies  sambil  dia  senyum  bahagia.

No  wonder  no  parent   would  trade  their  children  even  for  the  world, sekarang  aku  baru  faham  perasaan  ini. Aku  capai  tubuh  Emmel  dan  bawa  dia  ke  riba. Rambutnya  yang  lembut  aku  cium  penuh  kasih.

“ I  love  you  Emmel… ”

“ I  love  you  too  mommy… ”

Lama  kami  duduk  di  situ. Bergurau  dan  berbual…kemudian  bergambar  berlatar  belakangkan  Thames  River  pada  waktu  malam  hinggalah  Fawwaz  menelefon. Katanya  dia  baru  selesai  mesyuarat  dan  akan  cuba  untuk  bersiap  balik  dalam  masa  30  minit. Sejak  menjadi  ibu  segera, aku  jarang  ada  masa  untuk  melayan  perasaan  begini. Mengamati  keindahan  ciptaan  Tuhan.  Feri  dan  boat  yang  terapung  di  Sungai  Thames, awan  yang  berarak  cantik, dengan  burung-burung  yang  beterbangan… Semuanya  mengingatkan  aku  pada  Tuhan.. Hebatnya  Allah  s.w.t.



“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfa`at kepada manusia demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan ke Esaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran” – Al-Baqarah ayat 164.

Tepat  kata  Helena  sebelum  ini. Pencarian  Tuhan  adalah  satu  proses  dalam  kehidupan. Samada  aku  dilahirkan  Islam, Buddha, Hindu  atau  tiada  agama, pencarian  Tuhan  dan  kebenaran  itu  pasti  akan  dijumpai  jika  hati  mahu  mencari  dan  akal  digunakan  untuk  berfikir.  

“ You’re  my  sunshine, my  only  sunshine… ” telefon  yang  kembali  berbunyi  aku  jawab  segera. 

“ Hana ! ” suara  Hani. Aku  intai  Emmel  yang  sedang  bermain  dengan  bolanya  di  sebelah.

“ Hey…Hani… ” dalam  hati  terasa  bimbang. Bimbang  kalau-kalau  Hani  terdengar  suara  Emmel  dan  mula  syak  yang  bukan-bukan. Minggu  lepas  beriya  dia  mahu  ke  sini  untuk  Boxing  Day. Ummi  dan  ayah  biasa  ke  London  bila  Boxing  Day. Waktu  tu  jualan  murah  habis-habisan  di  seluruh  UK, tapi  beriya  juga  aku  memberi  pelbagai  alasan  yang  aku  sangat  sibuk  waktu  tu. Dalam  hati  terasa  bersalah, tapi  apakan  daya ?

“ Sibuk  ke ? Kata  ko  ada  conference ?

Aku  telan  liur  sebelum  menjawab. “ Ada… Sibuk  jugalah… ” Memang  aku  ada  conference  tapi  di  London  sahaja. Itupun  lepas  Krismas  dan  Tahun  Baru.

“ Good  luck  with  your  conference ! Tak  pergi  shopping ? ” tanya  si  Hani  lagi.

Shopping ?

Kalau  Fawwaz  yang  membayar  aku  tak  perlu  lagi  nak  berebut  baju  waktu  Boxing  Day. Tak  perlu  tunggu  jualan  murah.

“ Tak  sangat… ”

“ Mommy ! Look  at  my  ball…! ” laung  Emmel  bila  bola  yang  dilantunnya  bercahaya. Galak  dia  membaling  bola  di  tangan.

“ Siapa  tu  Hana ? ” belum  sempat  aku  menjawab  panggilan  Emmel,  Hani  terlebih  dahulu  bertanya. Terasa  tercekik  urat  leher.

“ Aku  kat  London, anak  orang  lain  tu… ” laju  aku  berdalih. Emmel  aku  jeling  sekilas  sebelum  bergerak  jauh  sedikit  dari  Emmel  yang  leka  bermain. Tidak  mahu  Hani  terdengar  lagi.

“ Owh…dekat  sangat, macam  panggil  kau…tapi  takkanlah  anak  kau  kan? Aku  yang  dah  kahwin  dua  tahun  ni  pun  tak  dapat  anak  lagi. Inikan  pula  kau. ” Hani  ketawa  sakan. Aku  mula  menarik nafas  lega. 

“ Ko  balik  Malaysia  bila  Hana ? Ayah  nak  belikan  tiket. ”

Balik ? Kepala  mula  terasa  berdenyut. Macam  mana  nak  balik  kalau  si  Emmel  ni  nak  berenggang  pun  susah.

“ Aku  kena  tengok  cuti  Hani…bukan  macam  undergrad  atau  master  ni…macam  kerja  dengan  universiti… cuti  pun  ada  30  hari  je  dalam  setahun… Nanti  aku  konfem  dapat  cuti  aku  call  ayah. Ayah  dengan  umi  okay ? ”

“ Okay…tapi  ayah  macam  pelik  sikit  sebab  kau  jarang  call..
Sekali  lagi  terhenyak.

“ Owh…nanti  aku  call  umi  dengan  ayah…bukan  aku  tak  call  langsung… seminggu  sekali  aku  call  juga  la…Hari  biasa  susah  la  sebab  bila   aku  balik  rumah, umi  dengan  ayah  dah  tidur  dah. Kat  Malaysia  dah  malam…”

Hani  ketawa  perlahan. Memahami. Kalau  zaman  ijazah  dulu  lainlah  cerita, kelas  bukan  penuh  satu  hari. PhD  setiap  hari  perlu  ke  pejabat.

“ Okay, cuti  ni  kita  orang  pergi  rumah  kakak  kat  Hong  Kong. ”

“ Wahh… bestnyee ! Aku  nak  tengok  juga  rumah  baru  kakak… ”

Mengekek  si  Hani  ketawa. Sukalah  tu  bila  aku  cemburu. “ Nanti  aku  hantar  gambar  or  kita  video  call  je. ”

“ Okay…! Eh, Hani  aku  dah  nak  balik. Nanti  aku  call  kau. ”

“ Ya  lah, jaga  diri  Hana… Assalamualaikum… ”

“ Waalaikummussalam  wbt… ” talian  aku  matikan. Menyimpan  telefon  di  dalam  kocek  quilted  coat  dan  berpaling  pada  tempat  aku  dan  Emmel  duduk  sedari  tadi.

“ Emmel ! ”

Dada  mula  berdebar. Mana  Emmel ?

Mana  Emmel  pergi ?

Kaki  terus  melangkah  mencari  Emmel. Ya  Allah….Hanya  Tuhan  sahaja  yang  tahu  betapa   berdebarnya  jantung  aku  tika  ini.

Aku  berlari  di  laluan  di  Victoria  Embankment. Emmel  tak  ada  kat  situ. Kereta  yang  lalu  lalang  di  sepanjang  jalan  menambahkan  debar  di  dada. Macam  mana  kalau  Emmel  melintas ? Macam  mana  kalau  Emmel  di  culik ? Fawwaz  lelaki  yang  berduit. Tak  pelik  kalau  ada  yang  mahu  menculik  Emmel.

Ganyah  berlari  di  sebelah   kiri  aku  berlari  pula  ke  kanan. Orang  tak  terlampau  ramai  memudahkan  aku  untuk  melihat. Nama  Emmel  aku  laungkan  tanpa  henti.

Bila  sampai  di  hadapan  Cleopatra’s  Needle, aku  terhenti. Terasa  seperti  suara  Emmel  yang  memanggil. Aku  berpaling  ke  belakang. Ke  tempat  kami  duduk  tadi.

“ Emmel ! ” laju  aku  berlari  ke  arah  Emmel  yang  sedang  di  dukung  oleh  seorang  lelaki. Samar  malam  menyukarkan  aku  untuk  melihat  lelaki  itu  dengan  jelas. Yang  pasti  bukan  Fawwaz. Susuk  tubuh  Fawwaz  mampu  aku  cam  walau  dari  jauh. Emmel  turun  dari  dukungan  lelaki  yang  bersuit  kemas  dan  mula  berlari  ke  arah  aku. Tubuh  Emmel  aku  peluk  kemas. Terasa  lepas  segala  bebanan  yang  berbuku  di  dada  sedari  tadi.

“ Emmel  ke  mana  sayang… ? Kenapa  main  jauh-jauh ? ”

Emmel  tunduk  bila  suara  aku  sudah  agak  meninggi. Bimbang  tak  terkata. Emmel…Emmel….

“ Sorry  mommy….Emmel  wont  do  that  again… ” Emmel  masih  tunduk  memandang  lantai. Menggelengkan  kepalanya  sambil  menghulurkan  bola  yang  aku  hadiahkan  padanya  dulu. “ Bola  Emmel  jatuh  kat  atas  jalan…Emmel  pergi  ambil  bola…”

Ternganga  aku  dibuatnya. Bola  jatuh  atas  jalan ? Bola  jatuh  atas  jalan ? Macam  mana  kalau  Emmel  dilanggar  tadi ?

“ Kenapa  tak  beritahu  mommy ??? ”

Sorry  mommy… ”suara  Emmel  mula  mengisak. Bahunya  juga  terhenjut  tanda  dia  sedang  menahan  tangis.

“ Janji  pada  mommy, jangan  buat  lagi. ” suara  aku  tegaskan. Tak  mahu  Emmel  mengulangi  perkara  yang  sama. Dia  tunduk  mengangguk. “ Say  it. Say  it  to  mommy.”

“ Emmel  wont  do  that  again… ”

“ Do  what ? ”

“ I don’t  know…” bila  tangisannya  mula  kuat  aku  peluk  Emmel  dan  mencium  pipinya. Dia  tak  tahu  pun  apa  salah  dia…

“ Shh…Never  leave  mommy  again  honey… I  love  you… ” pipi  Emmel  aku  pegang  dengan  kedua  belah  tangan. Membawa  matanya  tepat  memandang  mataku. “ Don’t  you  love  mommy ? Why  did  you  leave  mommy  alone ? ”

Anak  mata  Emmel  yang  berkaca. Pandangannya  yang  tulus. Membuatkan  hatiku  hiba. Dia  bagaikan  terkejut  bila  itu  yang  aku  katakan  padanya. Dia  mula  memelukku  erat. “ Emmel  will  not  leave  you  mommy… ”

Derapan  kaki  lelaki  yang  membawa  Emmel  ke  sini  mengingatkan  aku  tentang  waktu  dan  realiti  kami. Dia  berdiri  di  sebelah  aku  dan  Emmel. Samar  lampu  dan  kedudukan  yang  agak  berjarak  menyukarkan  aku  melihat  wajahnya  tadi. Aku  bangun  dengan  Emmel  di  dukungan. Berdiri  tegak  di  hadapan  si  penyelamat  Emmel  hari  ini.

Lelaki  bersuit  kemas  warna  hitam. Briefcase  elok  di  tangannya. Kacak  dan  tinggi…Liur  aku  telan  kesat. Kulit  muka  terasa  tegang  membahang. Dada  berdebar  seperti  debaran  sewaktu  mencari  Emmel  tadi…

Haydar.


 



p/s: Should I stop here dan cerita seterusnya bersambung dalam novel... hehe :p ? Or should I up satu lagi  nanti ? hehe


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Comments

  1. up satu ceritaaa! ngee. berdebar-ii xD

    ReplyDelete
  2. waaa , I'm the first la . eve i rasa tk perlu reduc english kut . sebab i learnt so many thing fro twb . i improve my english from your novel . hehe . apa pune . i tetap sokong you . kalau nove a380 dh publish nnt jgn lupa inform kay .

    ReplyDelete
  3. Arrrrggghhhhg... dsaat hati cuba nk lupakn haydar,kenapa dia muncul. Adakah ini tandanya mrk mmg dtakdirkn bsama hohoho.
    Apa reaksi haydar agaknya bila emmel pgil hana mummy.jeles x hihihihi....

    ReplyDelete
  4. Up la lg 1 ep. Nak tahu jgk. Hehe

    ReplyDelete
  5. aaarrrggghhhh.... sambung lahhhh... uuhhh !!!.. jangan tinggalkan perasaan berdebar ini disini... mati nak tunggu novel kuar kang..

    ReplyDelete
  6. up 1 more before sambung dlm novel.....pls...pls...pls

    ReplyDelete
  7. waaaa , kemunculan haydar ? woho . tak sabar nak baca yg seterusnya . teruskan eve :D

    ReplyDelete
  8. oh no... its haydar! erm.. camana ek? haydar or fawwaz? uhuhuh....

    i agree with mahabbah perjuangan. don't reduce the english words/sentence dear. we learn a lot from your writing & really love it.

    can't wait to read the printed version :)

    ReplyDelete
  9. Haydar muncul kembali... oh nooooo...
    up lg 1 n3 br novel.. ;)

    ReplyDelete
  10. up satu cerita lg..;) hydar muncul

    ReplyDelete
  11. sambung eve plzzzz....konflik br nk brmule...perghh sesak nafas nie..fawaz>< haydar...0w..0w...<3

    ReplyDelete
  12. OMG!!!!!! cepat la sambung...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah..Haydar??nape dia muncul? Ohhh tidaakk..tolong..tolong up satu lg entry Eve..

    ReplyDelete
  14. Next N3 plzzz. Biar sampai part 30!

    ReplyDelete
  15. kalau.dah last kt blog msti nak kluarkn novel knkn....jgn lma2 ya eve...

    ReplyDelete
  16. Oh. Please sambung lg<3

    ReplyDelete
  17. up lagi please... i want more

    ReplyDelete
  18. english is a simple language akak..as long as peoples get the point and understand what u have wrote pon dah okey. hehe even my students pon i tak emphasize sangat on grammar as long as they have the guts to speak. but in writing is compulsory tekankan sbb dieorang naak sit exam. hehe kalau ikutkan native pon ada buat salah using their mother tongue kan? sbb we are normal human being tend to make mistakes. sebab setiap hari yang kita lalui adalah proses untuk kita belajar sesuatu yang baru. ok dah melalut ni. oh,btw tak sabar nak tunggu novel ni di publish. good luck akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's people not peoples coz people is already plural..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. hehe betul tu. thank you betuklkan saya

      Delete
  19. ohhhh my hero is back........ tapi hana camna ek..... masih sama mcm dulu ke...... Eve, ramai la sakit jantung lepas ni..... u better stop & cepat2 kluar novel....... kalau tak mau banjir kat malaysia nnti.....:) Ray's Mommy.....

    ReplyDelete
  20. yes.. haydar is back.
    answer my Q first... bila novel nak kuar? kalau 2 / 3 bln lagi.. sila up kan next4 bab. tp if next week novel kuar.. ok, u can stop here... hihihi.

    ReplyDelete
  21. Another n3 for us plessssssss before we meet hydar in novel.....

    ReplyDelete
  22. At least another 3 more entry.....make it 30......we can't wait for the novel to be published.....huhuhu

    ReplyDelete
  23. I think better stop here..bagi perasaan nak beli novel ni membuak2..haha

    tak sabar nak baca the rest of the novel!! >_<

    ReplyDelete
  24. errkkk...selepas hana lupakan kesedihan di hati..bahagia bersama fawwaz family...nape haydar mesti muncul??? rasanyer fawwaz sudah mula sukakan hana..

    ReplyDelete
  25. alahaiii...haydar plak...sighhh...suspen nih..

    ReplyDelete
  26. One more chapter pleaaseee..!! ohemmgee!!! its haydar ok! I'm screaming like crazy lol -,-

    ReplyDelete
  27. Eve.. pls up one more at least..!! Ooowhhh my..... please eve!! Haydar is back.. and this drive me crazy ;)

    ReplyDelete
  28. one more bebeh......erkkkkkk...maybe 3 more...kih3

    ReplyDelete
  29. oohhhh Eve please jangan kejam dengan kakakmu ini...... satu lagi n3 please!!!!!

    Hana dah matang laaa

    ReplyDelete
  30. kalau stop kat sini n nak kena tunggu novel mmg agak kehhhhhjammm laaaaa! len la kalau novel konpem kuar nx mth...

    ReplyDelete
  31. omg.. finally my haydar muncul... :)
    wow..makin teruja laa eve.. ni yg buat sy x sabar nak tunggu... :P

    bila laaa nak kluar novel ni..

    ReplyDelete
  32. argh!!!knapa perlu ada haydar???
    kak eve!! nak lagi!!

    ReplyDelete
  33. oh my.. it's haydar... kak eve, up one more. suka hana and haydar!

    ReplyDelete
  34. urgh....two more....not one....hehe...:)

    ReplyDelete
  35. Kak eve....up lagi 1 entry!!! OMg haydar is back!!!!! Haydar!!!! I miss you....

    ReplyDelete
  36. up lagi 1 episode...
    yes..haydar is come back..huhh
    xsbr nk tungu novel nie..

    ReplyDelete
  37. one more pls..
    even better 3 more..
    hehe

    ReplyDelete
  38. please akak..sambung lagi..
    Haydar is back...Oh no!!!!
    -syad_ysl-

    ReplyDelete
  39. oh my haidar...finally...hahaha

    ReplyDelete
  40. bla novel nk kluar..kalau next month,..hip hip hooray.. kalau lg 3 4 bulan, sila up lg 1 n3..plzz.. dup dap dup dap jantung ni dh mcm nk pecah..papepon I vote for fawwaz..(haydar pon suker gak actually tp hana + haydar = mudah hanyut. hana + fawwaz + emmel = sweet family)

    ReplyDelete
  41. ohsem...finally haydar kuar jugak...

    ReplyDelete
  42. wah dah ada haydar balik...
    panas!!!!huhuhu...
    jgn stop at this n3 please upload next n3...
    thanks.

    ReplyDelete
  43. Oooooo lalalala....haydar is here...tak mo la stop kat sini..continue please..

    ReplyDelete
  44. omaigadddddddddddddddddddddd...
    mana 1 hero ni.. ishh banyaknyaaaa..
    omoooooo
    kak eve sambung pleaseeeee XD

    ReplyDelete
  45. omaigodness ! hayday is back . yang mmbaca pon nak menangis nih dgn kemunculan haydar . dah lama tggu part haydar . sis eve , please , one more entry . jgn biar tggu lama . sakit jiwa . haha . penantian satu penyiksaan . please sis , please~

    ReplyDelete
  46. tidakkkkkkkkkk....jangan la time2 da bahagia cmni muncul haydar balik~~~ T.T

    ReplyDelete
  47. Aaarrrgghhh stress nya x tau apa jd next. Pls post lg smpi chptr 30 mcm TWBM. Kak eve kenapa haydar.. Baru nak tgk fawwaz n hana happy2..

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Semput dada dibuatnya, don't tell me Haydar attend meeting dengan Fawwaz, Rasanya Hana dah mula sukakan Fawwaz tambahan pula dah tak boleh berenggang dengan Emmel. Pasti Haydar tertanya-tanya siapa Emmel pada Hana.

    ReplyDelete
  50. Oh no....nape haydar muncul blek......
    Nk lgi kak.....boleh meroyan kalo camni...

    ReplyDelete
  51. U asked & i answer...yes, u should UP satu lagi, yeayyyy...
    U r damn so good ER, mmg best sgt2, penuh pengisian, penuh drama & suspense...

    Semoga you will always be dalam rahmat Allah, thanks for sharing & lending ur 6 sense...
    U take good care dear, risau plak u alone kat sana, serisau Hana bila Emmel hilang dr pandangan...Assalam

    ReplyDelete
  52. jgn stop kalo bleh bg hbis trus...hahaa oh my k.eve~~jgnla haydar jmpa hana zati dh mula sukakan fawwaz tp dengar nma haydar rsa cm nk berpaling arah...oh stress mmg suka haydar dan cara dia tp fawwaz plak lg kuat agamanya padan haydar so spttnya kna pilih fawwaz..tp bkn perempuan yg baik utk lelaki yg baik dn sebaliknya..tp laki disunatkn pilih perempuan yg tak brape alim hehe dan perempuan disunatkn pilih laki yg kuat agamanya sbb laki kna bimbing prumpuan tp kalo prumpuan kna pilih btol2 sbb dia kna pilih org utk bimbing dia...so fawwaz is good for hana (w/pun suka haydar) tp zati reda je...jgn sbb hati suka kita pilih yg 2 sbb x smstinya bnda 2 baik utk kita...zati akan bljar suka fawwaz kay lgpun fawwaz pon sweet pe kan....jgn brhenti up nnt merana cm tggu TWB dlu...

    ReplyDelete
  53. Finally Hana meet Haydar again.... Adakah episode cinta mereka bersambung kembali, sebab Haydar pernah ckp kalau jumpe hana lagi sekali dia takkan lepaskan.... Hurmmm macam mane dgn Fawwaz, dia byk bagi impact kpd perubahan gaya hidup Hana...... Uwaaaaaaa dilema dilema.... Nak Haydar nak Fawwaz jugakkkk huhuhuhu :-)


    Dear eve, tak mo stop bagi la lagi satu....sosak nafas dh ni, nk tahu ape yg berlaku next XD

    ReplyDelete
  54. Tak mau Hydar. Nak Fawwaz...

    ReplyDelete
  55. alamak..haydar muncul balik la pulak...hati dah berbelah bagi ni..huhu..
    kak eve, jangan la stop lagi..nanti rindu..hehe..one more please~ ^^v

    ReplyDelete
  56. I dont think the Hana now is the same person Haydar met on the flight. She is a changed person, changed for the better. Kejam Eve kalau tak share a few more chapters. Nak tgk what Haydar thinks of Emmel and what Haydar and Fawwaz thinks of one another. For Hana's future partner, I have decided a long time ago that it must be Fawwaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia agree with you. Fawwaz is better from haydar but in this nvl we are don't know whos hero. In TWB from the first chapter we officially knw thatTAK is the hero right

      Delete
  57. don't reduce the english,pleaseeee.
    from your novels ni la i'm learning english a lot.
    baca kat blog,x paham terus cari google translate :D

    up satu lagi please ;)
    thanks!

    ReplyDelete
  58. knp?knp?knp br skunk haydar muncul?another chaps puhlis.. :D

    ReplyDelete
  59. Oh haydar is back! Kak eve....thankyou finally haydar dh muncul...yeayyy nk haydar sbb Dari dlu lagi Hana dh suka gila dekat haydar tu.mesti haydar xkn lepaskn Hana pasni.takmo la fawwaz.. Huhu

    ReplyDelete
  60. Finally. Haydar has show up. But more i like fawwaz not haydar. Its better fawwaz than haydar.

    ReplyDelete
  61. OMG...OMG...OMG...!!!
    like BOTH of them... its doesn't matter if u choose haydar or fawwaz... i don't care bcoz both of them have their own attractive personality...
    fawwaz kuat agama n mampu utk mgubah hana ke arh yg lbih baik..
    haydar pula happy go lucky n so romantic...
    siapa tahu klau haydar akn brubah mnjadi seorg yg ptuh kpd Allah spt yg dilakukan oleh T.Adam yg brubah ke arh yg lbih baik stelah knal Ariana..
    mgkin Haydar jgk akn lakukan prkara yg sma stelah jmpa Hana smula...
    tp klau Fawwaz pon awesome jgk coz they're really sweet together..
    btw... bila nk kuar novel...?

    ReplyDelete
  62. aahhh.. Haydar muncul lagi. :( Mesti dia pikir Hana dah kawin.. Camne dengan Fawwaz Kak Eve??
    ~i think tak perlu kot Kak Eve kurangkan English~

    ReplyDelete
  63. Eve, don't stop...I would prefer Fawwaz as her soulmate but then again, Haydar is capable of changing as in your TWB.

    Kuddos to you... story is getting more interesting by the chapter.

    ReplyDelete
  64. Salam. Hi Eve! I think you will remember who am I through my writing. This is my second time commenting on your blog. Gosh, you have become my favorite author now!

    Well Haydar is back, shocked but still cool. I think I kinda get the message that you are trying to deliver through this novel.

    "Sometimes you find request are not immediately granted. Do not be dissapointed. Fulfillment of desires rest in the true purpose or intention of the prayer. More often fulfillment is delayed because merciful Lord wants to bestow upon you suitable rewards.

    In the meantime bear patiently hardships, believing sincerely in His help. You will get better favours, because, unknowingly you may ask for things which are really harmful to you.

    Many of your request, if granted, may bring eternal damnation. So at times, withholding fulfillment is a blessing in disguise"
    -Amir Al-Mu'mineen, Imam Ali-

    Mashaa Allah. Thank you Eve. Although you didn't say it directly but I think I get the message now. Hana wants Haydar but she needs Fawwaz. Allah always has better plans. Salam.

    ReplyDelete
  65. Betul kak anonymous. She wants haydar tp dlm hati dia yg sebenarnya she really need fawwaz. I LIKE THIS NVl more than TWB. sory to say but really like this nvl. Kalau blh tlg lah cpt siapkan bkn mendesak tp ilmu dlm nvl nie amat penting and IN SHAA ALLAH jika diizinkan dptlah nvl nie ke tangan sya.

    ReplyDelete
  66. Haydar comeback...masih terbayang2 cita & harapan Hani pd part 1...Happy membaca setiap bab, tp, maaf kadang2 tu agak bosan utk membaca part2 yg agak berjela. Mencari2 penceritaan utama..TWB lebih menarik krn watak utama sentiasa muncul samada adam atau ariana dan dikembangkan dengan menarik sekali...Maaf akak(umur nearly 50)sekadar memberi komen. Apapun tahniah kpd Eve krn mampu mengikat akak utk terus membaca dan ambil tahu.. Maaf komen yg panjang.

    ReplyDelete
  67. Ya allah bestnye hydar dah muncul kembali.miss u hydr.up la 1 en3 lg.plezzz.nak tgu publish lmbt..hhuhu.x sabar....

    ReplyDelete
  68. OMG.... Haydar....!!! rindunye kat haydar... eve..plsss...update one more plss...update 1 or 2 more entry pun xpe..hehe.. -Ainin Sobiha-

    ReplyDelete
  69. Ya ALLAH ! Haydar kenapalah baru nk mucul skrg !! Kak Eve cepat2 lah update part baru !! Tak sabar sgt nak tahu ni !

    ReplyDelete
  70. OoooOoo tolong jangan d e r a jiwa kuu.. hehe.. eve, pleeaasseee, up one more dear.. apa jadi right after that? C,mon.. I need air..! I need air!

    ReplyDelete
  71. Assalam Eve..bila novel kuar versi cetak? Kalau lama lagi, up lagi la entry, gundah gulana tunggu ni. Jangan la Hana ter'suka" balik pd Haydar ( telebih emo plak dlm ini gambar )....dalam erti kata lain..jangan la lupa Fawwaz ye :-) nk Fawwaz dengan Hana...sabor jelah!!! Tak sabar nk tunggu novel ke2 Eve...pasti nk order cepat2...nk sign hatta sekeping sticker!!

    K, Eve sila jaga diri diperantauan ye....

    ReplyDelete
  72. Saalm Eve...oh please2.. another 1 or 2 entry...Haydar or fawwaz?? who hana will choose ye?? But hopefully she will choose Fawwaz , coz he more humble, n loving father to Emmel.... :p

    ReplyDelete
  73. waaaa...berdebar la bc..bleh plak jumpa haydar...eve ni..bleh gugur jantung klu mcm ni slalu..hehe

    ReplyDelete
  74. waaaaa..my haydar is back!!! sukanya...x nak fawwaz,hehe..nak 1 lagi sis klu blh bgi habis terus la ;)

    ReplyDelete
  75. Ya Allah...mcm mn la ada haydar plk....saat kita lupa,dia muncul kembali...

    ReplyDelete
  76. speechless and confuse.....i like Fawwaz but cant never forget Haydar....so how?????????

    Eve....u r really naughty.....so gals...guess who is Hana's heart throb....

    ReplyDelete
  77. Jgn laa bralih arah lak...
    xmau laa...coz hana mahu=hadyar....
    Tpi hana perlu= fawwaz....kan.....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....so u pon confuse mcm i......mcm mana x confuse...i suka sgt fawwaz n emmel but in d same time can't forget Haydar ..huhuhu

      Delete
  78. Waaaa.....
    Haydar dah muncul....(agak2 dia jeles x Emmel panggil Hana mama)
    Fawwaz pulak camne.....
    Waaa......
    Kak Eve nak Hanna=Fawwaz _Haydar
    Bilalah nak ada novel ni....
    tolong post 1 bab lagi...please

    ReplyDelete
  79. Ok, dh dpt agak yg that guy is haydar.... the story is getting more interesting.. love ur story kak eve... x sabar tunggu yg printed version... suka mcm mna watak hana change.. org kata, once we decide and want to change for good, Allah will send people to us to guide us to change.. alhamdulillah hana found the family..

    ReplyDelete
  80. Ok, dh dpt agak yg that guy is haydar.... the story is getting more interesting.. love ur story kak eve... x sabar tunggu yg printed version... suka mcm mna watak hana change.. org kata, once we decide and want to change for good, Allah will send people to us to guide us to change.. alhamdulillah hana found the family..

    ReplyDelete
  81. Alamak....haydar is come back!!! Hana...loyal with fawwaz ok..hihihi...Love so much with adorable Emmel... Good job Eve. Can't wait the printed one.:).

    ReplyDelete
  82. Oh my! kak, saya yang terover menjerit bagai nak rak kat sini..hehe :D muncul jugak baby boo saya tuu yee.. hahaha.. peminat fanatik betul.. thanks kak eve.. sangat berdebar, best, suka and teruja sangat.. ehem.. kak, stop lagi satu entry bolehkan.. lepas tuu baru bukukan :)

    ReplyDelete
  83. horayy...haydar dah kembali...suka3...

    ReplyDelete
  84. next please .....x sabar ni haydar dah kembali.

    ReplyDelete
  85. hai.. salam kenal.. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  86. haiyaaa...macam mana ni..tapi bia la hana dgn fawwaz je..fawaaz yg boleh membimbing n..he's just so adorable la..xnak org len la..hee..

    ReplyDelete
  87. Ahhh eve dont dtop here ! Sambung ! Tq anyway love your story ! Been waiting !

    ReplyDelete
  88. I can hardly understand the Liverpool accent... Btw mesti Haydar tanya macam2 kan. Tp nk Hana ngn Fawwaz je... Dah jatuh cinta ngan Fawwaz

    ReplyDelete
  89. biarlah hana dgn fawaaz.kesian kat si comel emmel kalau daddy n mummy tak dpt bersama lagi.

    ReplyDelete
  90. Please sambung kak Eve .heee

    ReplyDelete
  91. Kak Eve! Oh my godness! Haydar is backk. I dont know how to describe my feeling. But well, keep it up! Tak sabar nak pegang 13 jam A380 cetak version hehehe.

    ReplyDelete
  92. tak sabr tunggu versi cetak...harap2 cepatlah keluar ya :)

    ReplyDelete
  93. yesssss....i vote for haydar!!!!!!

    ReplyDelete
  94. waaaaa...haydar muncul lagi....mcm mana ni....

    ReplyDelete
  95. huhu..ternanti-nanti bab yg baru..rupanya terlepas pandang..keluar dekat blog, baru baca..tengok2 dah beratus komen...

    bila fawwaz metting dan minta hana tlg hantarkan fail..hati dah berdebar dah..rasa macam hydar akan keluar..ingat akan jumpa di office fawwaz..penantian suatu penyiksaan...akhirnya..oh my hydar :) .. Eve.. nak lagi! :)

    p/s : Eve > bila buku ni nak keluar?..

    ReplyDelete
  96. Interesting. Eve dear, bila printed version kuar nanti, i nak beli from u, with ur signature, boleh meh?

    ReplyDelete
  97. sambung satu lagi n3 plssss..
    bila agaknya novel akan dipasaran?

    ReplyDelete
  98. tak sabar nk tunggu bab strusnya. Bila nk smbg lg? dan xsabar nk pluk bku ni mcm twb yg sgt berimfomasi

    ReplyDelete
  99. OMMGGGGGG finally haydar munculllllllllllllllll. wallawehhhhh. awesome. nak lagiiiiiiiii sissss! :(

    ReplyDelete
  100. great job eve...you make me addicted!!!...please upload some more...

    ReplyDelete
  101. need some more story of it.. please kak eve
    nak lagi lagi

    ReplyDelete
  102. Nak lagi... Please...:-)

    ReplyDelete
  103. eve, bagi la lagi...jgn risau kitorg akan beli punya novel eve ni....akak pun mmg akan buat collection la novel2 eve...wedding breaker pun dah beberapa kali khatam dah...

    ReplyDelete
  104. Eve,

    Come on pls post at least until part 30. TWB also u posted until part 31 rite.

    Pity them....

    We will support ur next novel.....x baik tau hampakan permintaan orang esp yang menyokong u...

    ReplyDelete
  105. Sis..saye suker smua novel sis..xjemu nk baca berulang... Teruskan berjuang..n good luck for ur tesis :)

    ReplyDelete
  106. next chapter plis.... :)

    ReplyDelete
  107. Oh no haydar!

    We all almost dah lupakan u tau tak? Hehe
    Its okay, best jugak bila ada twist dlm novel nih. ;)

    Can't wait to see/read more about you haydar. But, i kipas susah mati fawwaz je. Hee ;)

    ReplyDelete
  108. ooohhh....up lagi yer...ngee3

    ReplyDelete
  109. miss haydar... adoi...sekarang minat lagu BAWA KU PERGI lah pulak... mood: angau pada Haydar....

    ReplyDelete
  110. hye eve.. sgt2 suka dgn ur works.. pls up 1 more for this story, then continue to novel.. hee.. for me, prefer Hydar kot.. hee.. sbb hydar charming sgttttt.. heh.. but fawwaz pn charming jgk, plus emmel yg beautiful gorgeous cute kid.. hee... eve, pls smbung this story..

    ReplyDelete
  111. Still nk fawwaz gak

    - ITA

    ReplyDelete
  112. Great story kak Eve.Haydar and Fawwaz mmg tak boleh nak pilih.Dua-dua ada personaliti tersendiri and...great.yeahh XD.Saya pun try juga tulis novel.korang boleh go to my blog http://zoeydaniyalstory.blogspot.com/.I need your comment please :'(.kalau tak best ingat nak stop je.Sudah berputus asa maa.

    ReplyDelete
  113. waiting for the next entry . will always be waiting !

    ReplyDelete
  114. Salam. My friends and I love reading The Wedding Breaker. Love it. So much. Cant wait for your new baby, 13 Jam... Btw, I vote for Hana and Fawwaz!!! ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
  115. ♥ NK FAWWAZ JUGA DENGAN HANA !!

    ReplyDelete
  116. ouh pls, dont stop here.. u make me craving to know bout hydar.. haha, next entry ;)

    ReplyDelete
  117. Eve...nak Hana dgn Fawwaz jgk..xmau Hydar..make sure Fawwaz more romantic guy than Hydar...

    ReplyDelete
  118. next entry please..

    ReplyDelete
  119. kak eve nak next entry... really2 miss 13 Jam...

    ReplyDelete
  120. n3try plez....konflik 2 bez..nak tunggu novel lmbt lg...

    ReplyDelete
  121. sis eve , kindly please don't reduce english language because i learnt from there; i got more vocab from your writing .

    ReplyDelete
  122. Nak hadydarr !! Please sambung next entry nanti kempunan :'( Hahahahahah xD

    ReplyDelete
  123. Haydar!!miss you!!tp knape bru skrang muncul disaat hati mulai mnyukai fawwaz..huhu, dilema...i want haydar with hana but i want fawwaz also...hmmm..

    ReplyDelete
  124. As salam....

    Nak tanya bila Karya Seni nak publish ur new novel....x sabar tunggu.....dah bulan May ni.....any news just let us know....or is it kita bole beli direct daripada ur rep.

    Sis mb

    ReplyDelete
  125. Dear lovely eve... Pls dont reduce english in ur novel... Ur novel very interesting n mny thing we can learns... Oh haydar... Fawwaz... Huhu which 1?? Next chapter eve...plsss

    -sweetheart-

    ReplyDelete
  126. ala..plz plz .. nk ag blh x...lov fawwaz...

    ReplyDelete
  127. Hi, silent reader until now when I finished reading this chapter. Why? I want more of Fawwaz,Haydar & Hana scence, at least 1/2 chapters :)( and hopefully novel version will come out soon hehehe).I like Hana & Fawwaz. I guess Haydar will change for the better and I know he loves Hana.But even so,he will be a real gentleman by letting Hana go to be with Fawwaz hehehee...( sorry..saje je suka2 main guess ni)peace !!!

    ReplyDelete
  128. plez sis i want more!!

    ReplyDelete
  129. Kak eve, sambung lg pls... Xpun cpt2 buat novel. Best sgt! Nak fawwaz.. :-). ~~aira riea~~

    ReplyDelete
  130. Novel dah siap :) tunggu proof read, nanti akan diberitahu bila keluar ya :)
    Thanks a lot dropped komen, Eve baca semua. Tapi tak smpat nak bls lagi. TQ!

    ReplyDelete
  131. err...x tau nak komen apa..Haydar or Fawwaz.. I cant choose

    >>k<<

    ReplyDelete
  132. best nie...dengan SABAR tunggu novel ke-2...good luck eve...

    kak fiza....

    ReplyDelete
  133. i mmg dh agak haydar, u should up 1 more, really suspen, what will happen next,naxt and next..

    ReplyDelete
  134. aarghh..Haydar pulak..dah tangkap cintan dengan fawwaz ni..sudah confuse!

    ReplyDelete
  135. nape sy x dpt cari chptr 24 n 25????? sgt tensen...evelyn nasihat I jgn sambung. cukup sampai di sini saja...hehe..sambung pada novel..kasi suspen sama fan u..n buku u nt meletop letop...

    ReplyDelete
  136. Err.. BUT I LIKE FAWAAZ! NAK FAWAAZ JADI HERRROOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  137. Oh my hero is back!!!! Haydar, please be with Hana :') Kak Eve, never fail buat readers nak meroyan baca karya akak!

    ReplyDelete
  138. Salam,sis. Nak Tanya. Things that happened on the A380, does it real? Well, it doesn't seem created. Well done, saya dah baca novel tu. Wow, wow, wow, wow and wow. Congrats! Loving Hana's transformation. It also made me think of my life. We need perubahan untuk success kan? Good motivation :)

    ReplyDelete
  139. Assalam..i adlh silence readers..minat sgt ngn trw..now dh kuar tv crite tu..ariana rose..butbstill xsempt nk bca 13jam a380..nway..congrate ER..semoga sentiasa dirahmati allah dgn karya2 yg seimbang ant dunia n akhirat..ameen

    ReplyDelete
  140. hi. dah 2018 ni. boleh tahu kat mana still jual 13 jam a380. nak baca sangat2. T.T

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts