Abang Pilot Part 5
Salam and hi !
Abang pilot part 5, okay, seriously baru nampak jalan kisah abang pilot. Haha, maka baru boleh menulis sambil register pada otak. Biasa tangan je bergerak tapi macam tak register pun dekat otak. mesti tak paham apa yang eve membebel ni kan? Tape, tak perlu faham, enjoy part 5 ya! Hehe, and have a good weekend !
Ramadhan dah nak dekat :)
Evexx
Part 5
MidValley hari
Sabtu pukul 12.00
tengah hari. Itulah arahan
janji temu yang
dibuat oleh Lea
Natasha. Selepas malam mereka
bertemu di tepian
pantai di Pulau
Perhentian ,Zahid terpaksa kembali
bertugas esoknya. Awal pagi lagi
dia sudah terpaksa meninggalkan pulau
indah di Terengganu
sebelum bertugas memandu kapal
terbang daripada Kuala
Terengganu ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Sepanjang dua
minggu Lea Natasha
mendiamkan diri sahaja. Sangka Zahid
janji Lea untuk
membantu dia menyertai
ruangan majalah hanyalah
cakap kosong. Janji tinggal
janji. Bukanlah dia berharap
sangat, tapi sewaktu Lea
menawarkan begitu dua
minggu lepas memang
dia terasa curiga. Entah
betul, entah tidak si
Lea tu. Dahlah malam
tu mereka berdua
banyak melepak di
ruang tamu. Si Lea
tak banyak cakap, kalau
ada yang dia
cakap pasti soalan
yang terus terang
dan tak terfikir
akan ditanya oleh seorang gadis
yang baru sahaja
dia kenali.
‘ Awak tinggi berapa ? ’
' Atilia tu kekasih pertama ke ? '
‘ Masa drive kapal
terbang tak pernah
bertembung dengan ponti ? Saya
ingat ponti terbang
kat langit juga. Hehe. ’
‘ Kenapa kena tinggal
dengan Atilia ? ’
‘ Tak ada pramugari
lain yang lagi
cantik ke ? Atilia je
yang awak berkenan ? ’
‘ Cuba awak pejam
mata. Tarik nafas panjang…panjang….Bayangkan seorang
lelaki yang punyai
segalanya. Kacak. Berpendidikan. Punyai
kerjaya yang baik… Ramai
perempuan yang sukakan
lelaki ni… Dia gembira, dia
bahagia… Tapi… Semuanya mula berubah
bila lelaki ni
ditinggalkan kekasihnya yang
curang. Si lelaki
mula lupa cara
untuk menyayangi diri
sendiri. Sanggup terjun laut
semata-mata kerana sang kekasih yang
curang dengannya. Kalau awak
jumpa dengan lelaki
ni, apa nasihat awak
pada dia ? ’
‘ Ulang nasihat tu
pada diri awak
sendiri. Buat mantera. ’
Lea
Natasha… gadis yang banyak
bertanya tapi sukar
benar bercerita tentang
dirinya sendiri. Lea Natasha
yang comel pada
pandangan mata Zahid
Asyraf, dan bernas pujukannya. Lea yang
buat dia tersenyum
dan asyik memikirkan
dirinya yang sudah
jauh tersasar dek
kerana emosi yang
menggila dulu. Ada baiknya
dia bertemu Lea. Kebaikannya hanya
hatinya yang tahu. Entah
kenapa , semenjak pertemuan mereka
Zahid lebih banyak
tersenyum kini. Bila sedih
mula menyapa, dia pasti
akan pejamkan mata
dan suara Lea
Natasha bergema di
pelupuk telinganya. Serta merta
dia kembali tersenyum, semangatnya bagai
mencanak naik.
Berkali dia
cuba menghantar pesanan
ringkas pada Lea
sebelum ini tapi
tidak berbalas. Selang dua
hari lepas barulah
Lea membalas pesanan
ringkasnya.
‘ Jumpa Sabtu, 12.00 tengah
hari di MidValley. Sampai nanti
roger. ’ – Lea
Itu
sahajalah yang diberitahu
oleh Lea. Tak banyak
cakap seperti sebelumnya, tapi entah
kenapa hati kecilnya
rindu pada si
gadis polos yang
ikhlas tersenyum padanya. Yang
menaikkan kembali semangatnya
yang pudar. Hinggakan hari
ini sanggup Zahid
bergegas ke sini
usai kapal terbang
yang dipandunya mendarat
di KLIA awal
pagi tadi.
Melilau mata
Zahid memerhatikan ruang
legar di aras
tanah. Mana nak cari
si Lea? Dia telefon
tak berjawab. Pesanan ringkasnya
pun tak berbalas. Dia
dah pun memberitahu
Lea lokasinya sekarang.
*******
Dari
aras satu Lea
santai memerhatikan si
kacak yang berulang
alik menunggunya di
bawah. Dengan pakaian juruterbang
Malaysia Airlines (MAS) Zahid
tampak sangat segak
hinggakan beberapa mata
perempuan yang lalu
lalang asyik memerhatikan
si Zahid. Lea yang
sengaja memerhatikan dari
atas senyum puas. Memang
Zahid punyai rupa
paras yang menarik, ketinggian yang
cukup sempurna untuk
menjadi model, dan pakaian
juruterbangnya berjaya menutup
beberapa kelemahan Zahid
dari segi posture
dia berjalan dan
tahap keyakinan diri
Zahid yang pada
Lea masih belum
cukup untuk menjadi
seorang idola.
‘ Zahid, saya akan
pastikan awak akan
menjadi idola ramai…perempuan ! Lea Natasha, akan
jadi pengurus awak
yang berjaya ! ’ Lea
senyum lagi tatkala
hati kecilnya berbicara
penuh semangat.
Jadi
pengurus model dan
artis, boleh tahan jugalah
pendapatannya. Lea sudah puas
hidup sebatang kara. Hidup
berdikari sedari usianya
18 tahun, pahit maung
segalanya Lea tanggung
sendiri. Sejak kematian kedua
ibu bapanya, barulah Lea
tahu betapa peritnya
mahu mencari sesuap
nasi. Hidup tanpa keluarga
lain di kota
penuh mencabar begini, dengan peninggalan
yang tak seberapa
dan dengan saudara
mara yang tidak
mengakuinya darah daging
mereka…
Segalanya sukar
pada Lea.
Tapi
dari kepahitan hidup
begitu, Lea Natasha bukan
lagi anak manja
arwah mama dan
papanya. Lea Natasha bukan
lagi si gadis
yang suka berangan
tak tentu hala
dan pelajaran tak
ke mana. Dia lebih
bijak mengatur hidup, menjadi seorang
gadis yang ligat
mencari sesuap nasi. Sakan
mencari rezeki di
bumi Allah, tapi belanjanya
pada yang asas
sahaja. Dia mahu mengumpul
wangnya terlebih dahulu
sebelum mula menikmati
bahagia di hari
kemudian.
“ Kring....Kring....!!! KRing...Kring..!! ”
Bila
telefonnya menjerit minta
perhatian terus terbang
segala yang bermain
di minda Lea. Telefon
di dalam bagnya
dikeluarkan dan punat
hijau di tekannya. Ya
dia masih setia
dengan telefon cikai
Nokia 3310.
“ Zahid ! ” ceria
suara Lea menyambut
panggilan Zahid.
“ Lea. Lama saya
tunggu. ” suara Zahid yang
dah macam stone
cold langsung tidak
membuatkan Lea gusar. Senyumannya masih lebar.
“ Zahid, pandang atas. ”
Terkebil si
Zahid pandang ke
atas. Melilau mencari hinggalah
ternampak Lea yang
sakan melambaikan tangan
padanya. Melihatkan keceriaan Lea, senyumannya yang
bagaikan sinaran mentari, terus hilang
bengang di jiwa
Zahid. Yang ada hanyalah
senyuman bahagia yang
tanpa segan turut terukir
di wajahnya. Tangannya turut
diangkat sama, melambai pada
Lea.
“ Lea… ”
“ Saya turun
Abang Pilot. Tunggu..! ”
Belum sempat apa-apa
si Lea dah pun hilang
pada pandangan mata. Terpaksalah Zahid
menunggu di situ
hinggalah Lea sampai
ke tempat dia
berdiri kini. Tanpa sedar
senyuman Zahid masih
tidak lekang di
bibir. Masih setia terukir
di wajahnya hinggalah
Lea muncul di
depan mata.
“ Waah….Abang Pilot. Kacaknya… ” Lea senyum
mengusik. Zahid dah berdebar . Jantung bagai
berdegup kencang bila
dipuji si comel
begitu. Walhal usikan je.
“ Ehem.. ” Zahid buat
muka tegas. Macam pelik
je dia asyik
senyum sedari tadi. “Jom, pergi makan
dulu. Saya turun flight terus
datang sini tahu ? ”
Lea
buat muka comel
dengan mata bulat
dan terkesima. Perlahan Lea
membontoti Zahid yang
sudah mula bergerak
ke tempat makan. Bila
Lea berjalan perlahan
di belakangnya Zahid
terhenti. Berpaling memandang Lea
yang berubah jadi
pendiam dan mula
memaut bahu si
gadis yang jauh
lebih pendek darinya.
“ Jalan sebelah
saya. ” tutur Zahid sepatah
tanpa memandang reaksi
Lea. Lea pula terasa
bagaikan jantung mahu
pecah tatkala tangan Zahid mula mendarat mesra di bahunya. Nafas bagai tersekat. Sesak.
p/s : Owh...abang pilot =D Pendek je this time.
p/s: Okay dah ada 8 contestants utk contest 13 Jam A380 :) Kalau nak baca semua sila klik di sidebar.and pada yang nak masuk, please send microsoft words version + ur name etc + ur blog link - private message di facebook page eve kay :)TQ!
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)
sikitnye T_T
ReplyDeletehehe part 6 panjang kot nanti :p
Deleteawesome!!dh bleh imagine mcm mane hensemnye zahid :P
ReplyDeletehaha how handsome ? tell me tell me.lol. eve pn tak sure nak ltak muka sape kat sini.
Deletenak lagi sis!!
ReplyDeletecoming in shaa Allah :)
DeleteChopp....nokia 3310..err monotone kn...tetetttetett kn...ke ni nokia 3310 versi baru..hihi...teringat 3310...1st phone tu...simpan sampi skrg...
ReplyDeletehahaha luperr. okay kita tukar ringtone.
DeleteHihi...ingat nokia version baru td...ok...happy writting n im a happy reader..
Deleteada versi baru eh? tak tahu plak.haha but i meant the old one just lupa yg its not a tritone.lol
DeleteOh abg pilot yg sweet hehe
ReplyDeletehehe ;)
Deleteabg pilot...kita tunggu!next eve....hehehe
ReplyDeletehehe thanks azie. isnin kot :)
DeleteRmainye yg seru nme abg pilot...kite pon nk jugak....
ReplyDeleteOh...abg pilot yg cute.....hehe...
hahaha seru jgn tak seru.haha :p
DeleteCemane sambungnya ekkk... terjumpa atilia ker...uhukss......sob sob sob... I tgh sabar ni.....hehe :-).
ReplyDeletelol nanti.... kita tgok how :p tQ!
Deletealaaaa...pendek sgt la adikku sayang...sambung cepat2 ek.. :P
ReplyDeletehehe pendek kan ;) masa nak post baru perasan pendek.lol. tQ kak
Deletetidak cukupppppppppppppp. -pn mal-
ReplyDeletehaha coming2. lol. tQ ;)
DeleteOhhh nape dia pakai 3310 ... eve give her the special gadgets please
ReplyDeletelol later. kak ;) hehe
DeletePendeknyeeeee ......
ReplyDeletekannn.... lol
DeleteAla pendek nye..tak puas nk bc...ooo..lea hidup sendiri...semoga lps ni ada kebahagian dian dgn abg pilot.....cpt smbg ye eve.....
ReplyDeleteowh harapnya begitulah. amin utk mereka ;)
Deletealaaa.....nape pendek sgt???baru nk sampai klimaks tetiba je dh abis...cpt2 msk bab 6 lak ye :)
ReplyDeletein shaa Allah isnin ni kot. tQ n mmg tak perasan pendek. haha
DeleteOwhh Abang Pilot.. Baru malam tadi Muza dok berangankan si Abang Pilot.. tengok2 Eve dah up kan the story..
ReplyDeleteOuchh..Abang Pilot yang sweet..! Eve, teruskan jadi novel jelah.. haha tak puas kalau bace as cerpen! ;)
haha hmmm macam nak buat novel je rasa ni.hahaha. tQ muza!
DeletePendek nye..xpuas baca la...cepat2 up new n3 k..:)
ReplyDeletein shaa Allah isnin eve update kay ;)
DeleteWalawei..ciput sgt n3 kali nie la...uhuk..uhuk...cepat smbg lg ye...salam ramadhan wat eve...
ReplyDeleteSalam Ramadhan ! :) yeah so ciput.lol. nti dah nak sambung dah ;)
DeleteWalawei..ciput sgt n3 kali nie la...uhuk..uhuk...cepat smbg lg ye...salam ramadhan wat eve...
ReplyDeletei want moreeeeeee muehehe
ReplyDeleteok babe! ;)
DeleteAwesome. Need more please <3
ReplyDeleteThanks Jazmen ;)
DeletePENDEKNYA NAK LAGI.
ReplyDeleteaye aye coming! ;)
Deletengahngahngah sangat sweet zahid ni..haiyok da jatuh cinta la tu~ ngee seronoknyaaa~ huhu
ReplyDeletehahahaha kaannn Zahed dah fishy :p lol
Deletealalala..sweet kapel nih..
ReplyDeletelol cute couple ;)
Deletebest! best! best! keep on going kak Eve! Lots of love from me! *your die hard fan here! muah muah!
ReplyDeletepergh sampai jadi diehardfan :p thanks munirah for supporting! <3
Deletewoohooooii!!!!! comel hahaha x sbar nk tggu lea makeover abg pilot nie jdi model :) heeeeeeeee
ReplyDelete-Syira azmi-
sooon ;) hehe
DeleteBestnyaaaaaaaa sis! I love it
ReplyDeletethanks anon! :D
Deletex sabar tunggu part 6...huhuhuhuhu
ReplyDeletein shaa Allah coming ;)!
DeleteAbang pilot ni buat hati orang berdegup kencang lah. Haha
ReplyDeletehahaha opss syamim...behave :p haha.
DeleteToo short lorh T.T .want more ~~~ can't wait ....
ReplyDeletecoming soon, ;)
Deleteuh..uh...napas ku pon sesak gak..abg pilot tuuu...heheh...
ReplyDeletehehehe ramai sesak napas dgn abg P neh.
DeleteTerbayang wajah abg pilot ni sampai ke dalam mimpi
ReplyDeleteWahhh,hebat tu.Sampai dalam mimpi penangan hero cik eve ni. Ha,nampak muka sape? Kot2 la hero dlm mimpi kita muka sama ;)
Delete-nuyrah-
pergh kak Ein bayang muka mcm sape kak ? saya pn tak tahu nak pilih sape jadi hero ni. sampai skrg tak ltak pic depa.hehe
DeleteEve,selamat berpuasa n bertarawikh. Bile nk sambung abg pilot ni? :)
ReplyDelete-nuyrah-
mlm ni nuyrah :p haha
Deleteeh selamat Puasa dan selamar beribadat ye! :)
Deletedear miss Evelyn Rose,
ReplyDeleteSilakan sambung...tok sobar eden nunggu ni.
hehe baiklah soon ;) tQ!
Deletemakin best.tpi n3 yg sngt pendek :) xpuas
ReplyDeletependek kan. i know, i know. pas update baru nampak pendek.haha. part 6 sure panjang! ;P
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteBest nyer.....tak sabar tunggu abang pilot jadi novel....really love it...memula not really want to follow coz am very eager tunggu 13 jam - A380 keluar...but while waiting....i still follow ER blog....now am fallen for it....so sweet....tak sabar plak nak tunggu abang pilot to be published...dah jadi appetizer......
All d best,
Sis mb