Abang Pilot Part 9

Morning from hilly view ! Assalamualaikum ( may peace be upon you) !



Alhamdulillah, woken up to see this beautiful view. Its priceless. Yes, I'm still in Malaysia, and I'm back in Malaysia for my phD project. Alhamdulillah projek phD yang saya sedang kaji dan usahakan ni dapat usahasama dengan satu syarikat engineering dan kerajaan Malaysia. Hence, here I am. In Malaysia. I'm not here solely for my holiday, nope. Doing my research and trying to create a new invention for Tropical Climate building. Please pray for its success. and Thank You in advance for the doa :)

Abang Pilot, in shaa Allah I have no plan to make it as my 3rd novel. In shaa Allah akan dihabiskan di sini. Abang Pilot ni cerita 'light' je... kalau perasan, part awal-awal macam tak ada hala tuju kan? haha, hakikatnya memang pun. lol. Anyway, 3rd novel dah ada plot nya, cuma perlukan some study for the input :) its a subject which caught my attention. But all in all might not be able to drop in here often since I got things in the list to do including siapkan journal and conference paper dulu :p haha! and yeah doakan juga ya.

Enjoy Abang Pilot Part 9 yep ! 


Part 9

Anak  mata  Zahid  tak  mampu  ditentang  oleh  Lea  Natasha. Marah  dan  sebak  bermain  di  dadanya. Marah ? Marah  masih  lagi  mampu  dia  fahami  kenapa, tapi  sebak ? Kenapa  pula  dia  nak  feeling  sebak  macam  ni ?

Tangan  Zahid  ditepisnya  kasar. Kaki  pula  cuba  melangkah  menjauhi  Zahid, tapi  sempat  si  Zahid  memegang  tangannya  sekali  lagi.

“ Zahid. ” mendatar  tapi  kuat  suara  Lea  memberi  amaran. Bibirnya  diketap  geram  dengan  sikap  Zahid  yang  baginya  agak  kasar  tadi. Boleh  Zahid  cakap  dia  tak  guna  akal ?
Genggaman  tangan  Zahid  pada  pergelangan  tangan  Lea  masih  kuat  seperti  tadi. Langsung  tiada  ura-ura  dia mahu  melepaskan. Anak  mata  Zahid  berubah  redup.

“ Lea…saya  minta  maaf  okay ? Saya  risau…saya  terkejut  tengok  awak  duduk  kat  situ. Bahaya  awak  sorang-sorang  kat  tempat  sunyi  macam  ni  Lea…. ”

“ Saya  dah  biasa. ” suara  Lea  ditekankan. Nyaring  dan  tegas.
Zahid  telan  liur. Lea  ni  macam  hidup  tak  fikir  mak  ayah.

“ Lea, at  least  think  about  your  parent  back  home. Kalau  jadi  apa-apa  tak  ke  mereka  risau … ? ” lembut  Zahid  memujuk. Menggunakan  logic  pada  si  Lea  yang  masih  cuba  meleraikan  pegangan  tangannya.

“ I  have  no  parent. I  live  all  alone  for  the  past  five   years. I  go  wherever  I  want. I  do  whatever  I  want. Nobody  cares  Zahid ! ”

Lea  pandang  langit. Liurnya  ditelan  payah. Sebak  tiba-tiba. Zahid  juga  sama. Terkejut  dengan  apa  yang  Lea  tuturkan. Gadis  seperti  Lea  sebatang  kara ? Otaknya  ligat  mengira, kalau  7  tahun  lepas  maknanya  usia  Lea  18  tahun  waktu  tu..

“ Adik  beradik  awak ? Nenek ? Atuk ? ”

Lea  senyum  sinis  sebelum  ketawa  perlahan.

“ Enough  with  this. Urusan  kita  hanya  pada  projek  ‘famous’  awak, bukan  hal  peribadi  saya.” Wajah  tegas  Lea  mula  kembali.

Baru  sahaja  Zahid  cuba  membuka  mulut  bunyi  ngauman  motosikal  berkuasa  tinggi  mula  mencecah  gegendang  telinga  mereka. Lea  mengalih  pandang  pada  sekumpulan  lelaki  yang  membonceng  motosikal  seperti  Zahid. Berkerut  wajah  Lea  memandang  mereka  semua  yang  mula  berhenti  di  tepi  jalan  yang  sama. Zahid  turut  berpaling  memandang  kawan-kawannya  yang  baru  sahaja  sampai.

“ I’m  leaving. ” pendek  tingkas  Lea  bila  pegangan  tangan  Zahid  mampu  dia  leraikan.

“ Zahid, jom ! ” laungan  Faizal  diabaikan  oleh  Zahid. Pintu  kereta  Lea  sebelah  penumpang  dibukanya  laju  dan  terus  didudukinya. Tercengang  Lea  memandang  perilaku  Zahid.

“ What  else ?! ”

Soalan  Lea  dibiarkan  sahaja. Zahid  mengeluarkan  kepalanya  melalui  tingkap  pintu.

“ Korang  gerak  dulu ! ” laung  Zahid  pada  kawan-kawannya. Mereka  merapati  kereta  Lea. Cuba  mendekati  Zahid. Semuanya  bertopi  keledar  menutup  wajah, ada  juga  terselit  rasa  takut  dalam  diri  Lea  bila  memandang  mereka  semua  yang  mula  berada  di  sebelah  cermin  tingkapnya. Perubahan  wajah  Lea  dapat  ditangkap  oleh  Zahid.

“ Ni  kawan-kawan  saya…Saya  ride  dengan  dia  orang  tadi. ” Zahid  senyum  lembut  sebelum  memandang  kawan-kawannya  di  sebelah  pintu  kereta  Lea.

“ Kita  gerak  sama-sama  lah  Zahid… ” suara  Sarah  kedengaran  nyaring  dalam  manja. Topi  keledarnya  dibuka. Cantik, desus  hati  Lea.

“ Lea, jom  ikut  saya  naik  atas ? Saya  follow  kereta  awak. ”

“ Tak  nak. ”

“ Awak  nak  sambung  menulis  kat  sini ? Saya  temankan  awak, tapi  bukan  tepi  gaung  tu… ”

“ Saya  dah  tak  ada  mood  nak  menulis. All  gone.  Saya  nak  balik. Nak  tidur. ”

“ Lea….” Lembut  lagi  Zahid  cuba  memujuk  tapi  Lea  tetap  membatu. Zahid  tarik  nafas  panjang. Degil  betul  minah  ni, gumam  dia  dalam  hati. Pintu  kereta  di  buka  oleh  Zahid. Dia  keluar  mengelilingi  kereta , mendapatkan  kawan-kawannya. Sambil  itu  sempat  Zahid  berhenti  dulu  di  belakang  kereta, kononnya  cuba  membetulkan  kasutnya  walhal  dia  mengeluarkan  Swiss  Knife  di  dalam  poket  bikernya  dan  tanpa  perasaan  bersalah  menusuk  tayar  kereta  Lea.  Usai  selesai  kerjanya  itu, dia  bangun  dan  menyambung  jalan  ke  arah  kawan-kawannya  yang  masih  berada  di  atas  motor.

“ Aku  jumpa  korang  kat  atas  la. Lepak  mana ? ”

“ Tak  nak  gerak  sekali  ke  Zahid ? ” Sarah  lagi  yang  bertanya. Zahid  pandang  sekilas  sebelum  menggeleng.

“ Tempat  biasa. ” jawab  Taufik  yang  membonceng  Sarah. Zahid  angkat  tangan  tanda  okay  pada  semua  sebelum  kawan-kawannya  mula  meninggalkan  dia  dan  Lea.
Lea  dah  bersedia  untuk  pergi  tanpa  menunggu  Zahid. Enjin dah  pun  dihidupkan.

“ Dah  nak  gerak  Lea ? ”

Masih  memandang  ke  depan, Lea  hanya  mengangguk. Pedal  minyak  ditekan…tapi… tak  sampai  beberapa  meter  dia  bergerak  kereta  terasa  berat  semacam. Zahid  sudah  kembali  ke  motornya, sedang  memakai  topi  keledar.  Lea  pula  semakin  gusar. Dalam  ego  yang   masih  menebal, Lea  terpaksa  memberhentikan  kembali  keretanya  di  tepi  jalan. Lea  berjalan  keluar  dari  kereta, menyemak  satu  persatu  tayar  keretanya. Biasanya  kalau  berat  begitu, pasti  kes  tayar.

“ Urgh…! ” kedua-dua  tangan  Lea  naik  memegang  kepalanya, tanda  stress. Zahid  yang  memandang  dari  belakang  hanya  tersenyum  di  sebalik  topi  keledarnya  yang  menutup  sepenuh  wajah. Dia  menghampiri  kereta  Lea, memandu  perlahan  melepasi  kereta  Lea  yang  elok  tersadai.

Lea  yang  melihat  Zahid  sudah  memandu  pergi  mula  kaget. Laju  dia  melaungkan  nama  Zahid  sambil  melambaikan  tangan  agar  Zahid  berhenti.

“ Yuuhuu ! ” sorak  Zahid  perlahan. Dia  pasti  Lea  tak  mampu  mendengar  suaranya. Arah  motosikalnya  diubah. Motornya  diletakkan  di  hadapan  kereta  Lea. Zahid  turun  dan  mula  mendekati  Lea  Natasha  yang  tampak  agak  stress  dan  serba  salah.

“ Kenapa ? ”

“ Err…. Tayar…pancit…. ”

“ Owh…. ” Zahid  berpura-pura  menyemak  tayar  yang  baru  sahaja  menjadi  bahan  tikaman  pisau  Swissnya  tadi.  “ Ada  tayar  spare ? ”

Lea  geleng  dengan  wajah  gusar  bagai  nak  menangis. Zahid  pula  yang  rasa  bersalah.

“ Awak  tumpang  saya  lah. Kereta  tinggal  je  kat  sini… Kita  naik  atas, cari  mekanik ? Hmm ?”

“ Kalau  orang  curi  kereta  saya  macam  mana ? ” Polos  soalan  Lea. Tubir  matanya  sudah  mula  bertakung  dengan  air  mata. Hati  Zahid  pula  yang  bagai  disiat-siat  menyalahkan  diri  sendiri. Serius  betul  Lea  dengan  kereta  dia, walhal  kereta  buruk  je  pun… Ada  ke  orang  nak  curi ?



“ Awak  kunci  lah  elok-elok. Tak  ada  apa-apa  lah… ”

Lea  menarik  nafas  dalam. Duit  lagi… Dahlah  kereta  kesayangan  arwah  papanya… Sejak  kereta  ini  digunakan  olehnya, sudah  dua  kali  insiden  menimpa. Kalau  arwah  papanya  masih  ada, pasti  papa  tak  gembira…gumamnya  sendiri…

“ Ya  lah… ”

“ Jom. Saya  tak  bawa  helmet, but  I  think  it  should  be  all  right. ”

Riang  si  Zahid  mula  menaiki  motornya. Lea  pula  masih  serba  salah. Dia  tak  biasa  membonceng  motosikal. Inikan  pula  motor  kuasa  tinggi  macam  ni. Mujurlah  dia  pakai  skirt  dengan  legging  di  dalam.

“ Naik  lah. ” ajak  Zahid  bila  Lea  masih  berdiri  di  sisinya.

“ Hmm… Saya  tak  biasa. Awak  jangan  pecut. ”
Zahid  senyum. Senyuman  yang  buatkan  Lea  terpempan  seketika. Tangannya  dihulurkan  pada  Lea, menyuruhnya  agar  menaiki  motornya.

***********

Awalnya  Lea  cuba  untuk  tidak  memeluk  Zahid, tapi  dengan jalan  begitu  dan  halaju  yang  dikenakan  oleh  Zahid, nak  tak  nak  terpaksalah  dia  memeluk  kemas. Rambutnya  yang  mengurai  ditiup  angin  kadang   terasa  amal  selesa. Bila  angina segar  dan  sejuk  menyentuh  wajahnya, segala  masalah  dunia  bagaikan  terbang  bebas. Perlahan-lahan  Lea  mula  suka. Daripada  pautan  kemas  di  pinggang  Zahid, Lea  mula  melonggarkannya. Mula  menikmati  angin  yang  menerpa  kuat.

Thrill.

Senyuman  lebar  Lea  dapat  Zahid  perhatikan  dari  cermin  motornya. Lea  yang  bagaikan  bermain  dengan  angin  yang  menerpa. Yang  tersenyum  manis  dan  girang. Dalam  diam  hati  Zahid  turut  sama  berdetak  bahagia. Senyuman  turut  terukir  di  wajahnya…
Entah  kenapa  dengan  Lea  dia  begini…Masih  terlalu  awal…tapi  dengan  Lea, dia  mudah  menggapai  bahagia.

“ Lea ! ”

Senyuman  Zahid  mati  di  situ  bila  Lea  bertidak  bangun  berdiri  sambil  memegang  bahunya. Serta  merta  Zahid  memperlahankan  kelajuannya. Bimbang  dengan  aksi  spontan  Lea.

“ Zahid, I   love  this ! ”

“ I  love  it  when  you  love  it, but  sit  down  please… Jalan  kat  sini  kena  hati-hati.. ”

Lea  masih  tersenyum  girang. Tidak  pernah  dia  merasai  perasaan  bebas  begini. Tangannya  diangkat  tinggi, merasai  angin  yang  membelai  tangannya  lembut.

“ Lea ! ”

Streetttt!!!!

Berdecit  motosikal  berbunyi  dek  kerana  Zahid  break  agak  mengejut.

“ Zahid ! ” Lea  terjerit  kuat. Badannya  terbawa  ke  depan. Cepat-cepat  dia  memeluk  bahu  Zahid  kemas. Motor  berhenti  elok, mereka  berdua  memerhatikan  seekor  biawak  yang  melintas  dengan  selambanya  di  hadapan  mereka.

“ Haha…Ya  Allah… terkejut  saya ! ” lembut  Lea  ketawa. Tangannya  masih  memeluk  leher  Zahid. Kepalanya  dekat  di  sisi.

Dup

Dap

Dup

Dap…

Waktu  bagaikan  berputar  perlahan  bila  Lea  bertindak  begitu. Momen  itu  hanya  bertahan  untuk  beberapa  saat  tapi  cukup  untuk  buatkan  jantung  Zahid  berdegup  kencang  hingga  ke  akhirnya.

**********

“ Wah, kata  tak  suka  orang  bonceng  kat  belakang… ” Faizal  mula  mengusik. Yang  lain  ketawa, hanya  Sarah  yang  tampak  tegang.

Zahid  senyum  lebar.  Lea  terasa  canggung. Lepas  mencari  mekanik, bercakap  itu  ini  dan  mereka  berjanji  untuk  turun  menukar  tayar  keretanya  sejam  lagi, barulah  mereka  ke  café  tempat  kawan-kawan  Zahid  melepak  sambil  makan-makan. Sekarang  barulah  Lea  dapat  melihat  wajah  mereka  satu  persatu. Ganteng-ganteng  semuanya. Dua  perempuan  yang  bersama  mereka  juga  cantik  mengancam.

“ Ni  Lea… Lea, ni  kawan  sekerja  saya. Faizal, Eri, Taufik, Mat  dan  Sarah… ”

Hi… Nice  to  meet  you  guys. ” Lea  senyum. Mengekori  Zahid  dan  duduk  di  kerusi  yang  ditarik  oleh  Zahid. Dalam  kepala  Zahid  beberapa  kali  mengingatkan  diri  sendiri  untuk  jadi  si  gentleman, walaupun  tadi  dia  dah  lepas  laku  siap  marahkan Lea  dan  pancitkan  tayar  si  gadis  yang  tak  bersalah.

“ Awak  nak  minum  apa  Lea ? ” tanya  Zahid  terus  bila  mereka  mula  duduk.

“ Avocado  juice… ”

“ Makan ? ”

Lea  geleng. Zahid  senyum  seraya  mengangkat  tangan  memanggil  pelayan  restoran  untuk   membuat  pesanan. Semua  mata  tertancap  pada  Zahid. Patutlah  semua  perempuan  yang  mahu  dekat  dia  buat  tak  layan,  dah  ada  puteri  impian.  Dari  gaya  layanan  Zahid  pada  Lea, masing-masing  mula  bertingkah  membuat  andaian. Pandangan  Zahid  pada  Lea  bukan  pandangan  biasa, tapi  penuh  kasih  sayang… tampak  lembut. Dengan  Atilia  dulu  Zahid  sayang  sepenuh  nyawa, tapi  sisi  panas  baran  Zahid  tetap  ada. Bila  bersama  pun,  Zahid  lebih  suka  menunjukkan  kuasa  pada  Atilia, dengan  Lea  dia  tampak  lain.

“ You  dari  mana  tadi  Lea ? Memang  janji  nak  jumpa  Zahid  ke ? ” tanya  Eri  mesra. Sarah  masih   memandang  Lea. Menyemak  fizikal  Lea  Natasha.

Pendek. Tak  adalah  putih  sangat.

Apa  yang  Zahid  suka  dengan  Lea ?

Lea  senyum  menyeringai. Tampak  ceria  yang  tak  dibuat-buat.

“ Saya  menulis  tadi  kat  hujung  bukit  tu, Zahid  ni…. Tiba-tiba  muncul…and  he   freaked  out. Haha ”

Owh, what  a  coincidence ! ”semua  buntang  mata. Sarah  makin  sakit  hati  tapi  dipendamnya.

You  menulis ? Tulis  apa ? ” Sarah  menjampuk. Nada  lembut. Senyuman  mesra  turut  sama  dia  layangkan. Menyorokkan  rasa  di  hati.

“ Some  books  and  magazine  slots.. ” Lea  senyum  manis  lagi  sekali.

Manis. Aura  ceria  Lea  jelas  terpancar  pada  pandangan  Sarah. Zahid  yang  berada  di  sebelah  Lea  mula  meletakkan  tangannya  di  belakang  kerusi  Lea. Khusyuk  Zahid  memerhatikan  reaksi  Lea  yang  mudah  mesra.

“ Sarah  dengan  Eri  pun  kerja  dengan  MAS  ya ? Must  be  nice  to  fly  often. ”

“ We  enjoyed  our  work. ” kata  Eri  turut  ceria.

“ Pilot ? ” tanya  Lea  polos. Semua  ketawa. Zahid  pun  tergelak  kuat.

“ Zahid, saya  dan  Mat  pilot, Sarah  dan  Eri  pramugari, Taufik  pramugara. ” jawab  Faizal  mesra.

“ Tak  kanlah  Eri  jadi  pilot  Lea ? ” ujar  Zahid  dalam  sisa  tawanya.

“ Sekarang  dah  banyak  pilot  perempuan. You  can, we  can  what ? ” reaksi  Lea  yang  ceria  berubah  serius  serta  merta. Itulah  sifat  Lea  yang  Zahid  perasan. She  speaks  her  mind  and  her  face  shows  her  emotion.

“ Perempuan..macam  tu  lah. You  can, we  can.. kalau  kita  minta  buat  kerja  lelaki  dia  juga  yang  merungut… kata  nak  sama  rata. Walhal  apa  yang  perempuan  nak  bukan  kesama  rataan, tapi, perempuan  nak dilayan  istimewa..Kalau  nak  sama  rata, tak  adalah  perempuan  minta  kerusi  khas  untuk  mereka  di  Parlimen, Kementerian  Wanita, Coach  Wanita… Kalau  nak  sama  rata  maknanya  semua  keistimewaan  tu  sepatutnya  dihapuskan. Yang  wanita  mahukan  adalah  perlindungan.  ” Wah, Zahid  tahu  berdebat  rupanya… Fikir  Lea  dalam  diam.

“ Ya…Encik  Zahid  saya  akui…We  want  to  be  treated  nicely  dan  tidak  diadili  based  on  our  gender.  Tapi  kalau  jadi  pilot, perempuan  pun  boleh. Kan  semua  automatic  je  kat  dalam  tu. You  just  need  certain  height   and  stamina  in  case  of  anything  happen ? ”

“ You’re  well  informed  eh  about  pilot  work ? ” Taufik  menjampuk  kagum. Mula  mengunjur  mendekati  Lea. Tampak  lebih  berminat  dengan  gadis  yang  dibawa  oleh  Zahid.

“ Kerja  saya  menulis, jadi  saya  kena  banyak   membaca… but  saya  tak  pernah  masuk  cockpit  pun… ”

“ Cool… ” Mat  pula  yang  menjampuk. “ Tu, mintalah  Zahid  ajar  bawa  small  flight. ”

Terkebil  Lea  memandang  Mat. Bawa  kapal  terbang ? Tak  pernah  pula  dia  terfikir. Tapi  kenapa  tidak ?

Life,  must  live  it  up  to  the  challenge!

“ Dah  lama  ke  korang  berdua  kenal ? ” Sarah  masih  bermanis  muka  walaupun  dalam  hati  ada  perasaan  cemburu  dan  duka.

 “ Baru  few  weeks…Kita  orang  jumpa  di  Perhentian… ” Lea  ketawa  kuat. Peha  Zahid  ditepuknya. Zahid  pandang  Lea  sambil  tayang  muka  amaran  tapi  Lea  tetap  ketawa. Yang  lain   bungkam, apa  yang  lucu ?

“ Kelakar  gila… ” dalam  tawa  yang  masih  kuat  tersekat-sekat  si  Lea  cuba  bercerita. Riak  muka  Zahid  dah  semacam. “ Zahid  boleh  peng… ”

Tak  dapat  dia  nak  habiskan  ayat  tangan  besar  Zahid  dah  elok  menutup  mulutnya.

“ Kita  orang  jumpa  masa  aku  bertugas  ke  Terengganu  hari  tu. Aku  singgah  di  Pulau  Perhentian  semalaman… ” laju-laju  Zahid  memberitahu  kawan-kawannya. Takkan  nak  biarkan  Lea  beritahu  mereka  yang  dia  pengsan  sebab  takutkan  Pontianak ? Gila ?

“ MMm….!!! ” suara  Lea  yang  membentak  menyedarkan  Zahid  yang  tangannya  masih  menutup  mulut  gadis  di  sebelahnya. Mata  Lea  yang  tampak  membentak  buatkan  Zahid  senyum. Bibirnya  didekatkan  dengan  telinga  Lea. Berbisik  perlahan.

“ Lain  kali, kalau  awak  cuba  beritahu  sesiapa  yang  saya  pengsan  malam  tu… bukan  tangan  ni  yang  akan  tutup  mulut  awak, tapi  bibir  ni. Hmm ? ”

Lea  jeling  dan  mengangguk  cepat-cepat. Zahid  senyum  kemenangan. Tangannya  dilarikan. Perangai  Zahid  kadang  buat  Lea  meremang  bulu  tengkok. Kadang  dia  selesa  dengan  Zahid, kadang  ada  juga  perasaan  bimbang  dengan  lelaki  di  sebelahnya  ini. Dia  baru  sahaja  mengenali  Zahid, entah  apa  perangai  sebenar  lelaki  ini  pun  dia  sendiri  tak  pasti.

Macam-macam  yang  mereka  bualkan  sebelum  Zahid  dan  Lea  meminta  diri  untuk  bertemu  mekanik  dan  membawanya  ke  kereta  Lea. Dengan  baik  hati  juga  Zahid  bertegas  membayar  kos  membaiki  kereta  Lea. Ya  lah,  dah  dia  yang  rosakkan, mestilah  dia  yang  bayarkan. Yang  penting  Lea  tak  tahu  yang  tu  semua  adalah  angkara  dia.

Zahid  juga  yang  menawarkan  diri  untuk  mengekori  kereta  Lea  dari  Bukit  Fraser  hinggalah  sampai  ke  rumahnya  di  Kajang. Gentleman  habis ! Dua  jam  perjalanan, mereka  tiba  di  rumah  teres  satu  tingkat  milik  Lea. Kecil  sahaja  saiznya. Di  hadapan  rumah  ada  taman  kecil. Usai  Lea  siap  meletakkan  kenderaan  di  perkarangan  rumah, Zahid  tidak  pula  turun  dari  motornya.

“ Thanks  Zahid. Erm..nak  masuk  minum ? ” soal  Lea  ikhlas.

“ Tak  apa. Tak  manis  pula  kalau  orang  tengok. ” Zahid  senyum  manis. Senyuman  yang  mampu  buatkan  perempuan  penasaran. “ Awak  masuklah  dulu. Dah  selamat  awak  kat  dalam, baru  saya  gerak  okay ? ”

Lea  senyum  malu. Entah  kenapa  dia  rasa  bahagia. Rasa  seperti  dijaga. Pintu  rumah  dibukanya  sebelum  dia  berdiri  di  muka  pintu, bersedia  untuk  melambaikan  tangan  pada  Zahid.

“ Hujung  minggu  nanti  jangan  lupa  date  kita.” Laung  Zahid  separa  kuat  sebelum  mula  berlalu. Meninggalkan  Lea  yang  tersenyum  sendirian.

Zahid…Oh, Zahid…

“ Owh, be  professional  Lea ! Sibuk  nak  tangkap  cinta, projek  satu  habuk  pun  tak  jalan  lagi. laung  Lea  kuat  walaupun  dia  sendirian  di  situ. Memarahi  diri  sendiri  yang  mudah  leka. Biasa  dia  tak  begini. Datanglah  lelaki  sekacak  Matt  Bomer  sekalipun, memang  jiwa  Lea  tak  mungkin  tertarik. Dia  tahu  matlamat  hidupnya.



p/s : okay till we meet again ! Gonna go out for a lovely walk


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Comments

  1. oh my Zahid! kak eve cepat2 lah update part 10 :D

    ReplyDelete
  2. Oh sweet sweet............. senyum smpi ketelinga....

    ReplyDelete
  3. Kesiankan dgn Lea..... kesorangan...kesunyian n kurang kasih sayang.... semoga dgn Zahid, Zahid boleh mengisi kekurangan Lea.... & macam biasa Lea tak akan sedar akan keperluan kasih sayang unt diri sendiri

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Excited baca this part !
    Somehow, this part rasa sangat dekat.

    Keep up the good work sis eve.

    :)

    ReplyDelete
  6. Thanks Eve, Really enjoy ngan entry u kali ni.. bdn tgah lemah sbb demam ni jadi sihat sebb gelak sorang2.. hehe love ur entry.. keep it up... Dan x lupa akak doakan awak berjaya dengan tesis PHD tu... and also berjaya dunia & akhirat.. ameen

    ReplyDelete
  7. sweet..sweet..sweet..nice one eve..haaa i'm falling in love..hahaha..
    by the way, good luck with your phd work

    ReplyDelete
  8. sukanya! thnks kak eve :)

    ReplyDelete
  9. fuhhh.. finally.... dpt jugak bce nxt entry... :D goodjob sis :D btw, goodluck with ur phd project :D

    ReplyDelete
  10. Thanks Eve for this part 9...quite sad to know that this story not going to be ur 3rd baby but anyway..good luck with ur writing...may Allah bless u

    ReplyDelete
  11. Im so in love with it! Lovely creation.. Thanks eve..

    ReplyDelete
  12. bila timbulnya bibit2 cinta.. hehe

    ReplyDelete
  13. Eve,
    Lea said past 5 years...
    But why zahid thought 7 tahun.....
    Ralat kot?!

    ReplyDelete
  14. huhu..best nyew kak eve.. but why not to be ur 3rd or 4rd novel.. so sad.. but we enjoy sis.. xsabar nk tgu yg seterusnyew..weiiiii...

    ReplyDelete
  15. Huhu best sgt...hilang stresss stdy ble nmpk ade n3 bru...mekaseh k.eve..good luck..fighting!

    ReplyDelete
  16. Huhu best sgt...hilang stresss stdy ble nmpk ade n3 bru...mekaseh k.eve..good luck..fighting!

    ReplyDelete
  17. Huhu best sgt...hilang stresss stdy ble nmpk ade n3 bru...mekaseh k.eve..good luck..fighting!

    ReplyDelete
  18. Huhu best sgt...hilang stresss stdy ble nmpk ade n3 bru...mekaseh k.eve..good luck..fighting!

    ReplyDelete
  19. dr start bace smpi abis tersenyum2..thumbs up kak eve...best sgt!!cepat2 lah tulis the next chapter

    ReplyDelete
  20. love it soooooo much. dari mula baca sampai ke latest entry tak sudah-sudah saya senyum and ketawa. jalan cerita yang cachy . thanks kak evelyn rose ...

    ReplyDelete
  21. Mmg bestlah Eve...teruskan...suka baca apa2 je yg Eve tulis...

    ReplyDelete
  22. finally, kak eve up entry baru. yay!

    ReplyDelete
  23. Good luck with your phd projects. Moga segala usaha eve menemui kejayaan didunia & akhirat. Amin

    ReplyDelete
  24. terujaaaa...heh..

    ReplyDelete
  25. Sweet,best. Cerita santai je.. Ble gelak lg tu masa bca.

    ReplyDelete
  26. Sweet,best. Cerita santai je.. Ble gelak lg tu masa bca.

    ReplyDelete
  27. Sweetnya diorg ni...suke!!!!!
    gud luck eve 4 ur phd project..

    ReplyDelete
  28. owhhhh sweetnya.....jatuh cinta dengan zahid dan lea..
    eve, update cepat2 okeh :)

    ReplyDelete
  29. Hi eve,
    baru perasan perkataan menyemak tayar yg you guna tu does it mean checking the tyre? Better use perkataan memeriksa kot coz menyemak tu mcm nak semak dokumen jer..sorry just my opinion jer :)

    ReplyDelete
  30. Best n dpt menceriakan hati ini,
    Hahahaa, thx kak eve for the entry,
    Semoga Allah memberkati kak eve untuk projek phd dan goodluckk ~ =3= ~

    ReplyDelete
  31. Alaaaaa.... pendek sgt sis.. nak lagi... kali nie kaw2 habis... hehehehe

    ReplyDelete
  32. Alaaaaa.... pendek sgt sis.. nak lagi... kali nie kaw2 habis... hehehehe

    ReplyDelete
  33. eve...best...boleh jadi novel ke-3 ni....
    dua2 novel eve akak dah beli....beli online dr karya seni...
    dua2 best tahap dewa....hehehehe...
    best sangat eve...& 1 lagi akak kagum dgn jwtn eve sblm ni..
    i mean b4 further study...sbgi pegawai tadbir diplomatik...akak pernah pergi temuduga dulu tp x pernah lepas..
    susahnya tahap dewa juga....hahahhaha...
    anyway...akak akan selalu support eve dlm bidang penulisan ni...

    ReplyDelete
  34. Semua karya eve mmang mnarik n best..bnyak ilmu yg ktaorang dpt dri novel2 eve..u're superb lew eve..sye btul2 kagum dgn awak yg comey,bkerjaya,baek,pndai n mostly u're so beautifully..i hope we can meet somewhere soon!

    ReplyDelete
  35. Baru sempat nak baca hari ni. Lea... Lea... Dah la mcm comel je bila gaduh ngan zahid. Bila bayangkan Lea, maka terbayang juga pencipta wataknya... Hehe

    ReplyDelete
  36. Keep on writing..nanti bila dah terbitkan novel inform ye..nak beli tapi yang ade autograph penulis :-)

    ReplyDelete
  37. Nice Story, Eve cakap tak nak bukukan Novel ni kan? tp sy rasa Story ni dah ada jalan cerita yg bagus.. baik eve bukukan dan finishkan cerita ni.. mesti meletop juga Story ni.. best Abang Pilot ni!!!! :-)

    ReplyDelete
  38. kak eve. apa kata cerita ni pun buat plot utk jadikan buku. mcm sayang je kalau letak kat blog. cite ni best.

    ReplyDelete
  39. jalan cerita yang menarik..continue menulis okey...i akan ttp akan sokong eve..:)))

    ReplyDelete
  40. Fuhh...best capture yg ni iman..suke giler..seyes..watak zahid tu..aduh..iman..klu novel kn best cte ni...dlm hti ade taman bce abg pilot...!!!:-)

    ReplyDelete
  41. Can wait for it! Sy bli 2 2 novel evelyn. One of it byk sedarkn sy bout life. Tq dear. Im big fans of u.

    ReplyDelete
  42. huh..dh fall in love ngn cite ni..so sweet!

    ReplyDelete
  43. Hi evelyn-akak da baca da quarter of ur novel on 13 jam on 380 wow....feeling dont want to stop reading-u r superd buat bab-bab romantik making readers exciting reading more pls update me on ur next best novel ok hana dalam novel tu mcm nama akak la...hehe perasaan and most of her character spitting image like me pula suka beranangan angan.anyway evelyn keep up the good job hope this one pun diadapatsi dalam drama pula mesti keith foo and fathia pelakon utama baru meletop.have a good day eve.

    ReplyDelete
  44. Hi evelyn-akak da baca da quarter of ur novel on 13 jam on 380 wow....feeling dont want to stop reading-u r superd buat bab-bab romantik making readers exciting reading more pls update me on ur next best novel ok hana dalam novel tu mcm nama akak la...hehe perasaan and most of her character spitting image like me pula suka beranangan angan.anyway evelyn keep up the good job hope this one pun diadapatsi dalam drama pula mesti keith foo and fathia pelakon utama baru meletop.have a good day eve.

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts