Abang Pilot Part 11

Salam ! Sorry....lambat sekali lagi. Haha, selagi saya dok di Malaysia memang berminggu lah nak update blog.. Tsk..Tsk... Nak buka laptop pun malas actually (>.<) Biasa keluar pagi balik malam dah penatss dan terus fengsan. hehe. Komen-komen tu semua I really appreciate them all will definitely balas juga bila saya pergi bercuti kali kedua. In shaa Allah.

  • Abang Pilot, in shaa Allah memang akan habis di sini. 
  • The Wedding Breaker, in shaa Allah akan jadi drama. Siapa pun pelakon saya sokong 100%. Dah doa yg terbaik, saya percaya Allah hanya tetapkan yang terbaik. Not gonna question that. 
  • Yang nak beli buku 13 Jam A380 bertanda tangan saya boleh PM di Facebook Page : THE WEDDING BREAKER  . Harga RM 25 ( Harga pasaran RM 28). Postage depend on location saya guna poslaju sahaja. 

and...yeah...kenapa saya rasa hidup di Malaysia ni macam...tak pernah cukup. Kaya pun tak cukup..Miskin pun tak cukup... Bukan  tak cukup duit, tak cukup WAKTU... and yes, of course duit pun sama...No wonder masa kerja dengan Kementerian as a PTD dulu, orang asli bila diberikan rumah percuma oleh pihak kerajaan, mereka ada suarakan penyesalan. Kata mereka (biasanya golongan berusia), hidup di hutan lebih menyelesakan. Makan ada ternakan, ada tanaman, boleh mengail di sungai, letrik tak perlu sebab guna kayu hutan, barang elektrik pun tak ada, bekalan air boleh salirkan dari sungau guna paip buluh...

Tenang pada mereka. Tak perlu fikir nak bayar elektrik atau bill air... Kawan saya pernah ke Borneo sebagai sukarelawan. Duduk di hutan. Makan ubi kayu. Kalau nasib elok dapatlah ikan fresh dari sungai. Elektrik tak ada. Kadang guna jenator elektrik, tp untuk pekara penting sahaja... Awal-awal kata dia, dia sedih bila terpaksa makan ubi..tapi lepas 3 hari... semuanya berubah. Life is different. The world is different.

Sometimes I wonder, mengejar normality, is it that important ? Or it is much more important untuk mengejar 'makna' sebuah kehidupan ? Living in our dream ? Biar sederhana but we learn and gain something during our stay in this world ?

Haha, I sounds like I'm having a financial crisis isnt it ? No I dont...

Just thinking about my future. Decision I made now will determine my future...and early plan need to be made so that our current dream will be a reality within few years time...

Okay enough with my mumbo jumbo. Thanks for reading lovelies ! <3


Part 11


“ One…Two…Three…Four..! ”  Ulang  alik  Zahid  berjalan  di  hadapan  cermin  besar  di  ruang  tamu  rumahnya. Cuak  sebenarnya  dia  nak  terima  tawaran  daripada  Lea, tapi  demi  kerana  Lea  dia  kuatkan  hati  untuk  menyahut  cabaran.

Rasanya  cara  dia  berjalan  dah  okay. Lea  yang  ajarkan  dulu  untuk  berjalan  gaya  lelaki  penuh  karisma. Jalan  kena  confident. Tegak. Bahu  square. Wajah  tak  boleh  tunduk  sangat, tak  boleh  mendongak  sangat.

Pantulan  imejnya  di  cermin  besar  diperhatikan  olehnya. Baju  t-shirt  putih  dan  seluar  warna  khakis. Santai  dan  membuatkan  wajahnya  nampak  segar  dan  bergaya. Kedua  tangannya  bersandar di  cermin. Wajahnya  pula  yang  diperhatikan.

Strong  jaw…

Sharp  nose…

Hawk  eyes…

Masculine 

Zahid  senyum  puas. Kalau  Lea  tak  terpikat, tak  tahu  lah ! Si  kekasih  lama ? Ah, dah  malas  dia  nak  peduli. Semalam  buka  tv  tertonton  si  kekasih  lama, tapi  yang  peliknya  dia  dah  tak  rasa  meluat, sedih  atau  benci  seperti  sebelum  ini.

‘ Biarlah  dia. Dah  tak  ada  jodoh… ’ Ucap  hati  Zahid  perlahan. Dia  berjalan  ke  sofa, tv  dibuka. Duduk  bersantai  menonton  berita  sambil  menunggu  kedatangan  Lea  ke  kondominiumnya. Perut  yang  agak-agak  lapar  dia  biarkan, konon  nak  menunggu  si  Lea  baru  nak  makan  bersama. Pizza  yang  dibuat  olehnya  masih  elok  di  dalam  oven. Duduk  tak  sampai  sepuluh  minit, keluar  wajah  seorang  lelaki  yang  dia  kenali… Dari  berbaring  terus  Zahid  bangun  duduk  menegak.

Tan  Sri  Zulkifli….

Tan  Sri  Zulkifli  yang  sedang  bercerita  tentang  kejayaan  projek  antarabangsanya…
Zahid  pejam  mata. Antara  sayang  dan  benci  seorang  anak  kepada  si  ayah…akhirnya  televisyen  ditutup  oleh  Zahid.

*****

“ Ting  tong ! ”

Skrin security  tv  di  tepi  pintu  di perhatikan  oleh  Zahid  sebelum  pintu  kondonya  dibuka.

“ Lea ! ” terpampang  senyuman  di  wajah  Zahid. Lea  dipelawanya  masuk. “ Anywa, kita  makan  dulu  okay ? ”

Lea  turut  tersenyum  gembira  bila  Zahid  nampak  teruja. Tidaklah  dia  rasa  bersalah  sangat  paksa  Zahid  masuk  fashionshow  last  minute  macam  ni.

“ Suree…. Dah  buat  delivery  order  ke ? ”

Zahid  geleng. Senyum.

“ Saya  masaklah…. ”

“ Wow ! ”

Lea  berjalan  mengikut   Zahid  ke  dapur. Dia  pula  yang  rasa  teruja. Jarang  lelaki  masak  macam  tu.

“ Masak  apa  Zahid ? Bestnya. ”

Ruang  dapur  si  Zahid  kemasnya  kemain. Kagum  si  Lea  memandang. Set  kabinet  pulau  semuanywa  warna  hitam  granit  dan  putih. Dari  pintu  masuk  dapur  terus  dapat  tengok  pintu  longsor  yang  menyambungnya  kepada  beranda. Apa  lagi, teruslah  Lea  ke  sana. Tak  tunggu  dijemput.

“ Cantiknyaa  Zahid  pemandang  kat  sini… ”
Bandar  Damansara  yang  dipenuhi  dengan  bangunan  pencakar  langit, lampu  berkelipan  di  bawah  tampak  cantik  dari  atas.

“ Nak  makan  kat   beranda  tu  ke  Lea ? ” Soal  Zahid  dari  dapur. Pintu  oven  sudah  dibuka. Pinggan  warna  putih  dikeluarkan  olehnya. Zahid  keluarkan  pizza  dari  oven. Letakkan   di  dalam  pinggan  besar. Nachos  perisa  cili  dibuka  dan  dimasukkan  di  dalam  mangkuk  kaca. Pencicah  keju  dan  jeruk  cili  pun  dihidangkan  bersama.

“ Lea, mind  helping  me  to  carry  this ? ” Suara  Zahid  buatkan  Lea  angan  Lea  terbang  jauh. Dia  berpaling  pada  Zahid, senyum  dan  membantu  apa  patut. ‘ Clean’  betul  gaya  si  Zahid  malam  ni. Nampak  charming  sangat  dengan  pizza  buatan  sendiri  lagi.

Usai  segala  hidangan  elok  mendarat  di  meja, Zahid  menarik  kerusi, mempelawa  Lea  duduk. Lea  pandang  Zahid. Ouch, gentleman  sangat…

“ Lets  have  our  dinner  Miss  Lea ? ”

Lea  senyum. Malu-malu…

“ Ting  Tong ! ”

Berkerut  wajah  Zahid. Siapa  pula  yang  datang ? Kondo  dia  ni  bukan  semua  orang  boleh  datang. Kena  ada  security  card  baru  boleh  masuk, atau  orang  yang  dia  dah  berikan  nama  pada  pengawal  keselamatan.

“ Silap  rumah  kot. Ignore  je. ” Selamba  Zahid  buat  bodoh. Pizza  dipotongnya. Saat  itu  baru  si  Lea  teringatkan  sesuatu. Asyik  sangat  dengan  keindahan  kota  raya  pada  waktu  malam, tambah  pula  dengan  bau  pizza  yang  menyelerakan… Lea  terus  bangun  berdiri.

“ Kawan  saya ! Ya  Allah…lupa  la  Zahid. Kawan  saya  yang  datang  tu… ”
Terjongket  kening  Zahid. Tak  sangka  pula  dia  ada  tetamu  lain.

“ Saya  minta  dia  datang  ajarkan  awak…Dia  model  antarabangsa  dah  Zahid. ” Lea  senyum  teruja. Perlahan   Zahid  bangun.

“ Tak  apa, biar  saya  buka..awak  makan. ” Suara  mendatar  si  Zahid  dah  keluar. Cuak  pula  si  Lea, takut  si  Zahid  marah..mana  lah  tahu ? Zahid  ni  bukan  suka  kalau  dia  buat  kejutan  macam  ni.

“ Owh…er…thanks.. ” Lea  kembali  duduk. Mata  memerhatikan  Zahid  yang  sudah  berjalan  ke  ruang  tamu.

Tanpa  memerhatikan  skrin  terlebih  dahulu, Zahid  terus  bukakan  pintu.

Diam. Kedua-duanya  terkedu  sebelum   wajah  Zahid  mula  berubah  tegang.

“ Zahid….  ” Menyeringai  Ferhad  senyum. Bagaikan  mengejek.

“ Mana  kau  tahu  ni  rumah  aku ? ”

“ Shh… ” Tenang  gaya  si  Ferhad. Tenang  tapi  menyakitkan  hati. “ Lea  minta  aku  datang  ajarkan  kau  untuk  fashion  show. Tak  payah  kau  nak  buat  kecoh  sampai  Lea  tahu  apa  hubungan  kita. Kau  pun  tak  kan  nak  Lea  tahu  kan  yang  mak  kau  tu  perempuan  perampas ! ” Sinis  tapi  perlahan  suara  Ferhad. Zahid  menahan  marah. Nafasnya  ditarik  panjang. Geram. Tangannya  dikepal  kuat. Menahan  sabar. Dia  berundur  sedikit, memberikan  ruang  pada  Ferhad  untuk  masuk.

“ Lea  mana ? ” Kasar  soalan  Ferhad  pada  Zahid, tapi  masih  lagi  perlahan.

“ Dapur. Tengah  dinner. Macam  mana  kau  boleh  masuk  sini ? ”

Mereka  berjalan  beriringan. Wajah  sengaja  dinaturalkan  agar  Lea  tak  dapat  menyangka  walaupun  dalam  hati  Zahid  cukup  menggelegak  bila  melihat  si  bongkak  Ferhad  berada  di  dalam  rumahnya. Ferhad  yang  sebaya  dengannya, tapi  Ferhad  anak  Puan  Sri, tapi  dia  anak  perempuan  simpanan. 
Perempuan  simpanan  tapi  halal  pada  sisi  syarak. Isteri  kedua  ayahnya  yang  disorok  dari  isteri  pertama.

“ Rumah  papa  kan  banyak  kat  sini. ”

“ Kau  tinggal  sini ? ”

Ferhad  ketawa. “ Rileks  la  bro… Aku  balik  Malaysia  dua  hari. Kau  pun  minat  nak  jadi  model…. Kelakar. Dulu  mak  kau  yang  kutuk  aku… ”

“ Hoi, kau  … ”

“ Eh, korang…kenapa ? Dah  kenal  lama  ke ? ”

Part  serius  macam  ni  adalah  yang  mengacaunya. Entah  bila  Lea  datang  ke  ruang  tamu  dia  pun  tak  tahu. Masing-masing  terus  menayangkan  senyuman. Serta  merta  Ferhad  memeluk  bahu  Zahid. Ferhad  nampak  tinggi  sedikit  daripada  Zahid. Ah, si  Ferhad  ni  tingginya  lebih  6  kaki, bukan  Zahid  yang  rendah.

“ Lea… No… Kita  orang  baru  berkenalan  depan  pintu  tadi. ” Zahid  cepat-cepat  menjawab. Ferhad  leraikan  pelukan  brotherhoodnya  pada  Zahid  sebelum  bergerak  mendekati  Lea. Bahu  Lea  dipeluknya  mesra. Zahid  jeling  kurang  suka.

“ Zahid, ni  Ferhad  and  Fer  this  is  Zahid. ”

Ferhad  senyum  manis  pada  Lea. Terus  nampak  mesra.

“ Yes, your  protégé… ”

Ferhad  pandang  Zahid  atas  bawah. Rendah  sikit. Kekacakan  yang  diwarisi  melalui  papa  mereka  pasti  mengalir  dalam  badan  keduanya.. Yang  membezakan  mereka  hanyalah  genetic  yang  diwarisi  melalui  ibu  yang  berlainan. Langsung  Ferhad  tidak  menyangka  Zahid  yang  Lea  maksudkan  adalah  adik  beradiknya  sendiri. Adik  beradik  berlainan  ibu… Setahu  dia  Zahid  kerjanya  sebagai  juruterbang.

Lucu.

Lucu  sebab  dulu  papanya  ada  bezakan  dia  dengan  Zahid. Kononnya  Zahid  itu  lebih  bagus  dari  dia. Semuanya  sebab  Zahid  lebih  bijak  dalam  pelajaran. Bila  papa  dan  mama  Zahid  bercerai, sangkanya  papa  akan  berhenti  daripada  membandingkan  antara  dia  dan  Zahid, tapi  papa  tetap  begitu. Dalam  diam  dan  tanpa  pengetahuan  ibu, papa  tetap  selidik  dan  ikuti  perkembangan  anak-anaknya  dengan  isteri  mudanya.

Sekarang ?

Zahid  pula  yang  mahu  menjadi  model  macam  dia ? Tapi  Ferhad  puas, walaupun   hanya  seorang  model  dia  berjaya  buktikan  pada  papanya  yang  dia  mampu  ke  peringkat  antarabangsa. Bukan  mudah  kerja  yang  dia  pilih, tapi  inilah  minat  dia…

“ Kau  nak  jadi  model  kenapa ? Minat ? ” Soal  Ferhad  terus. “ Atau  nak  popular  je ? ”
Zahid  sentap. Lea  pun  sama. Wajah  Ferhad  tak  nampak  macam  dia  bergurau. Serius. Macam  wajah  seorang  guru  yang  sedia  untuk  mendidik.

‘Kenapa ?’ Bisik  Zahid  sendiri. ‘ Sebab  Lea… ’ Tapi  tak  akanlah  dia  nak  beritahu  begitu.

“ Fer… I  rasa  dia  ada  talent.. I  yang  offer  kat  dia  dulu. ” Lea  kalut. Duduk  berdiri  di  sebelah  Zahid  sambil  memegang  lengan  Zahid. Dia  takut  Zahid  naik  berang. Zahid  cuba  mengawal  perasaan. Berlagak  professional.

“ Lea, I  tanya  sebab  I  dah  tengok  ramai  yang  buat  kerja  ni  semata-mata  nak  glamour. Batu  loncatan  untuk  ke  industry  lakonan… Want  to  be  noticed. These  type  of  people  yang  merendahkan  kerjaya  modelling, Lea… People  thought  we  are  not  serious,  and  modelling  is  not  a  professional  profession  just  because  of  those  people. Sedangkan  ada  model  yang  betul-betul  serious. Models  are  like  a  bridge  for  a  designer  to  send  their  art  message  for  the  audience. It  is  not  all  about  menggayakan  pakaian. ”

Kali   ini  Lea  Natasha  pula  yang  telan  liur. Dia  yang  aturkan  si  Zahid  untuk  jadikan  kerja  modelling  sebagai  batu  loncatan  sahaja…
“ Aku  serius, but  tengoklah  how  far  I  can  go. ”

“ Sekarang  kerja ? ” Soalan  sengaja  daripada  Ferhad.

Zahid  angguk.

“ Sanggup  tinggalkan  kerja  untuk  jadi  model ? Or  cita-cita  nak  jadi  model  tempelan  je?”
Zahid  telan  liur. Geram  tapi  dia  tahan.

“ Tempelan. ” Tegas  suara  Zahid. Memang  dia  nak  jadi  part  timer  je  pun. Gila  dia  nak  tinggalkan  kerjaya  juruterbang  untuk  jadi  model ?

“ Err…guys, apa  kata  kita  makan  dulu ? Pizza  ada,  Zahid  buatkan. ” Lea  tarik  tangan  Zahid. Ferhad  pula  yang  jeling  geram  bila  tangan  Lea  sekali  lagi  menyentuh  lengan  Zahid.  

‘ Kalau  Lea  tak  ada  memang  dah  pecah  muka  kau  Ferhad. ’ Bisik  hati  Zahid. Kerusi  di  beranda  di  tariknya  dalam  rengusan. Ferhad  duduk  tenang  sambil  memerhatikan  sekeliling. Mereka  makan  dalam  senyap. Lea  bagaikan  cacing  kepanasan. Zahid  sudah  hilang  mood  nak  berfashion  show. Poyo  tak  habis  Ferhad  ni.

Usai  makan  mereka  ke  ruang  tamu. Ferhad   dah  bersedia  nak  menurunkan  ilmu, tapi  sebelum  ‘drama’  jadi  lagi  terus  Lea  ajak  Zahid  untuk  ‘small  talk’. Dipujuknya  Zahid  untuk  sabar  sikit, Ferhad  memang  orang  yang  dah  banyak  pengalaman. Ferhad  sendiri  pun  nak  sampai  tahap  sekarang  terpaksa  lalui  macam-macam  kesukaran. Dimarah  tu  perkara  biasa. Kerja, mana  ada  yang  senang ?
Habisnya  Zahid  cool  balik. Semuanya  sebab  Lea. Ferhad  yang  menunggu  di  ruang  tamu  dok  intai-intai  sesi  heart  to  heart  Zahid  dan  Lea. Sempat  lagi  Ferhad  senyum  sinis, baru  dia  basuh  sikit  dah  berang  si  Zahid. Perangai  sama  sejak  dulu…

“ Dah  ready ? ” Tanya  si  Ferhad  bila  Zahid  dan  Lea  muncul  di  ruang  tamu. Zahid  angguk. Lea  mula  senyum  lega.

Ferhad  duduk  di  kerusi. Diajaknya  Lea  duduk  sama.

“ Zahid, cuba  kau  jalan  dari  sana  ke  sini. ” Arah  Ferhad  terus. Zahid  berdiri. Memerhatikan  Ferhad.

“ Cuba  kau  jalan  dulu, nanti  aku  follow. ”

Ferhad  pula  yang  buat  jelingan  maut  pada  Zahid. Masing-masing  bertentang  mata. Lea  juga  yang  kepanasan.

“ Okay, guys.. Sekarang  dah  pukul  9.30  malam. Dah  sejam  tahu ? Nanti  saya  nak  balik  Kajang…. Cepat  la… ”

Zahid  pandang  Ferhad  sekali  lagi. Tak  puas  hati. Tapi  sekejap  je  sebelum  dia  mula  berjalan  seperti  yang  diarahkan. Habis  Zahid  jalan, Ferhad  bangun  menunjukkan  gaya  supermodelnya.
Terdiam  Zahid. Jauh  betul  bezanya….

“ Zahid, jadi  model  ni  kena  ada  feeling… You  need  to  have  the  ability  untuk  sampaikan  mood  yang  you  bawa  bila  pakai  baju  tu. If  it  is  a  corporate  suit  you  need  to  show  your  aura  like  as  if  you  are  a  freaking  rich  guy  with  power, if  it  is  a  very  casual  attire  then  you  need to  change  your  mood  too.. ”

“ I  don’t  even  know  what  I’m  wearing  tomorrow. ”

“ Err.. Esok  will  be  suits  and   batik. ” Sampuk  Lea  laju.

“ Fashion  Revolution ? Theme ? ” Soal  Ferhad  serius  pada  Lea.

“ The  company  tries  to  potray  batik  as  something  exclusive  and  at  the  same  time  can  be  worn  with  suits, you  know. ”

“ So  I  think  the  theme  should  be  professional  and  serious… ”

“ Yeah. ”

Ferhad  mula  tunjuk  aksi  sekali  lagi. Berjalan  di  ruang  tamu  penuh  gaya.

“ Chin  up. Sharp  eyes. Square  shoulder. Jalan  kena  right  motion. Apa  yang  lebih  penting, feel  it ! It  needs  to  come within  you. Masa  jalan  tu  kau  sendiri  kena  rasa  yang  kau  ni  orang  hebat. Okay ? ”
Zahid  angguk. Mencerna.

“ Kau  cuba  jalan  lagi  sekali. ”

Zahid  ikut. Bukan  sekali  dia  perlu  berlatih. Berkali-kali. Sampailah  jam  dah  menginjak  jam  11.30 pm, Lea  dah  pun  buatkan  kopi  untuk  mereka. Mata  Lea  pun  dah  mengantuk  semacam.

“ Fer… I  think  cukup  la  tu  Zahid  berlatih… ”

Mata  kuyu  Lea  dipandang  oleh  Ferhad  dan  Zahid. Kasihan  Lea… Semata-mata  untuk   lihat  dia  berjaya, sanggup  Lea  bersusah  macam  ni..Telah  Zahid  dalam  hati. Ferhad  pula  rasa  menyesal, hanya  kerana  dendam  lama, dia  sengaja  mengenakan  Zahid  lama-lama…yang  terkesan  sama  adalah  Lea..

“ Owh  God…Lea…Sorry… ” Laju  si  Ferhad  capai  tangan  Lea. Dipandangnya  anak  mata  Lea  bagaikan  memujuk  dan  memohon  maaf. Kepala  Lea  diusapnya  lembut. “ I  hantar  you  balik ? ”

“ Tak  apa, biar  aku  hantar. ”

Zahid  berjalan  ke  arah  mereka. Tangan  Lea  ditarik  daripada  pegangan  tangan  Ferhad.  Ferhad  pandang  Zahid. Zahid  pandang  Ferhad. Dua-dua  buntang  mata. Dah  macam  singa  lapar  bersedia  nak  menerkam  mangsa.


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Comments

  1. xsabar nk tggu cerita nih dbukukn..sooo exciting!!!hasil nukilan kak evelyn rose mmg superb.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ salam.hehe mcm tak jadi buku koot... ;)

      Delete
    2. seriously?? ala!!! bukukan lah

      Delete
    3. nak bukukan ke.? npe x hbiskan kt sni je.?

      Delete
    4. kak Eve... tolong sambung pleaseeeee..please bukukan jekkk Abang Pilot niiii..... ^_^ boleh jadikan koleksi novel2 akak ...

      Delete
  2. Yes! niat nk masuk tdur dh tdi, pastu tngk ada abg pilot11 plak heeeeee... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol berjodoh dgn zahid ni shasha ;p

      Delete
    2. Zahid milik Lea kak hehehe... xsbar nak tunggu part seterusnya ^^,

      Delete
  3. OMFG both of them berebut lea.GO GO Zahed! Keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sigh, mak berebut ayah. anak nak berebut lea pulops kan... they all ni...hehe.

      Delete
  4. Whoa blh pulak de stepbro..go zahid go!! Thanks kak eve for the update.

    ReplyDelete
  5. Sy nak zahid!!!! Ferhad jd pengapit time diaorg kawen cukup lah...hehehe

    ReplyDelete
  6. best best best ... up kan lg ... x sabar ...ferhad zahid ferhad zahid ... konfius da ... hahaha

    ReplyDelete
  7. wahhh....bikin panas ni bila adik baeradik berebut perempuan yg sama

    ReplyDelete
  8. Hehehehe....singa lapar nak terkam mangsa...

    ReplyDelete
  9. Haishh...terubat rindu...huhu...thanks kak eve.... =)

    ReplyDelete
  10. Baru je dapatkan 13jamA380. Tak dapatla yang berTT.

    ReplyDelete
  11. Ohhhhhh....suka..suka..suka senyum sampai ke telinga.. zahid is still the besssssstttttt........

    ReplyDelete
  12. Eve akak terujah tau twb akn dijadikan drama....tahniah

    ReplyDelete
  13. hoh... singa lapar nak bertarung ngan rimau kebulur.. lari Lea..

    ReplyDelete
  14. mcm terdengar2 bunyi singa mengaum..heh..

    ReplyDelete
  15. x sangka lak dorg adik-beradik...huhu..pape pn sy still vote zahid..

    ReplyDelete
  16. Emmm.. interesting.. tq eve dlm sbuk2 dgn phd msih smpat update abg pilot..

    ReplyDelete
  17. Haha perang cemburu bermula step bro brebut sempoi girl and cute lea... Haha

    ReplyDelete
  18. hadoiii.. ni dah perebutan 2 beradik dah ni..

    ReplyDelete
  19. best..best...bila baca,dok bayangkan mcm dilakonkan oleh artis korea jer...ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
  20. huhu.. can we get more??..haha.. best sgt sis.. nk lagi..

    ReplyDelete
  21. x suka ferhad. suka zahid! nak zahid je.haha

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. salam eve, sangat awesome! continue pls...cinta i pada fawwaz hussaini akan beralih arah tak lama lagi..zahid oh zahid....hahaha

    ReplyDelete
  25. Ohh can't believe this.. Zahid and Fer adik beradik? Haha I bet Zahid will be the best man win.. pls let it be. Hehe terjatuh chinta dgn Zahid. :)

    ReplyDelete
  26. janji tau akan habis kat blog saya tunggu .

    ReplyDelete
  27. Ohh,,,Fer and Zahid siblings??..terkejut kott!!..sis eve,thanks..love it

    ReplyDelete
  28. aduh..perebtan adik beradik nih..

    ReplyDelete
  29. wow... it's getting intense... heeeee! but seems Lea macam ada feeling with Zahid while when she's with Ferhad hanya perasaan sayang seorang adik kepada abang! Go Zahid... ahahaha

    ReplyDelete
  30. Best!!!!!nk lg k.eve..lame tgu kua jgk part yg suspen ni..

    ReplyDelete
  31. Best!!!!!nk lg k.eve..lame tgu kua jgk part yg suspen ni..

    ReplyDelete
  32. wahh dah warming up !!!! baru syokkk ! jangan cepat sangat sampai ending sis =..=' sangat menarik untuk dibukukan !! dalam kumpulan cerpen Evelyn Rose =)

    ReplyDelete
  33. best2 tapi xnak dalam cerpennn..novel please utk pesta buku antarabangsa 2014

    ReplyDelete
  34. Best..x sngka plak yg zahid n ferhad ada pertlian drah
    bkukan jew larh eve..

    ReplyDelete
  35. Owh..damn la...bace2 dr td jerit2...how come...!!! Xsbr nk tggu smbungn..thanks iman...for best part of dis strory...:-)

    ReplyDelete
  36. erk... Ferhad bg je la Lea tu dkt Zahid..... Lea kn da tlak Ferhad dlu so dah tentu2 da Lea x kn nk accept Ferhad balik... plus Lea kn da start suka skit2 dkt Zahid.. :D

    ReplyDelete
  37. Kak cepat" post part 12..
    Dah rinduuu ngan abang Zahid Ni :)

    ReplyDelete
  38. writing novel?wahh nice:)
    nnt free singgahlah ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. suka... Zahid yang macho & Ferhad yg ala-ala professional tu.
    Back to your intro... hidup kat malaysia ni memang tak cukup segala. especially duk kat klang valley ni. x cukup waktu satu hal tak cukup duit pun satu hal sbb expenses yg tinggi. Dulu kak ein tak pernah fikir nak ubah cara hidup. buat apa yang boleh dan teruskan hidup ikut flow. But sejak diberhentikan kerja, baru terfikir sesuatu. Buat sesuatu diluar kebiasaan lebih memuaskan. Walaupun jobless but ada pengorbanan yang dilakukan di situ. Mencari jalan terbaik untuk meneruskan hidup.

    ReplyDelete
  40. Interesting...sibling rivarly..keep it going...all the best dear eve

    ReplyDelete
  41. Kak Eve ada jual novel TWB tak? Nak beli tapi tak jumpa. Nak order online tapi ada problem. So, I hope Kak Eve ada. ^_^

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum kak Eve, Murni's here, ingat lagi tak, ke dah lupa kat kite. Hehh. Lamanya tak drop comment kat entry kak Eve, nie baru lepas marathon abang pilot. Been busy with studies and what not. Overall story abang pilot best, lebih santai, sengih sengih jugak lar depan laptop nie kan. Ahakk. But yeahh, thumbs up !! Keep striving kak Eve ! Hugs and kisses !

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  43. Bile boleh publish?? Xsabar nak bace dari awal sampai habis..

    ReplyDelete
  44. Kak eve,continue faster.. Dah miss Ni ngan abang Zahid :(

    ReplyDelete
  45. plez update..dh lame 2gu abg pilot kua

    ReplyDelete
  46. salam kak eve! akak bila dpt update Abang Pilot part 12? cepat lah update kak, sha dah x sabar nih!! hehehe, anyway, cant wait for akak's next novel, been a loyal fan since The Wedding Breaker :) xoxo

    ReplyDelete
  47. cerita yg menarik...bl nk smbung???....hrp2 Eve bukukn Abang Pilot ni...nk jadikn koleksi...dh ad TWB&A380

    ReplyDelete
  48. BEST..i got ur first novel..intresting..
    yg ni ader n3 baru x lg?..

    ReplyDelete
  49. Best la cerita ni..best sgt..x sabar nak tunggu zahid perform kat fashion show nanti.

    ReplyDelete
  50. mula2 jatuh cinta dengan ADAM KAMIL,...pasto HAYDAR.....sekarang eve buat orang jatuh cinta dengan ZAHID.....toling sambung plzzzzzzz.....LAGI BEST KALAU EVE BUKUKAN JE....NAK BUAT KOLEKSI "EVELYN ROSE"

    ReplyDelete
  51. aigoo... fantastic' bukukn cerita ni, please....hehe' i really enjoy reading of those done by u, it wud becomes the compilation of books by evelyn rose.

    ReplyDelete
  52. Wat! Smpai sini jer? Alaaaaaa... Because of u rose i started to read novel again since i left it 15 years ago... Huhu
    Well, pndekkn crite.. love all ur book n massage that u convey tru the love story.. sy prnh brhajat nk wat buku, instead of journal tp storybooks yg content die adalh knowledge ttg certain subject or courses.. somebody recommended the TRW n wallaa! I'm really surprised cause U really done it beautifully.. well done dear! semangat tuh dtg blk smnjk bc novel2 rose... (eh, x kisah kn pnggil rose? I think it suits u more.. :) )

    ReplyDelete
  53. Nak lagi dan lagi... terus lagi....

    ReplyDelete
  54. bila nak sambung...kalu dibukukan saya beli sbb semua buku awak mmg dah masuk koleksi saya....13Jam A380 dah 2x baca..& tak sabar nak tunggu cerita 'the wedding breaker' di TV...harap ianya tak lari sgt dr novel....mcm adaptasi novel2 yg lain....

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. wah, best giler...sambung please...tak sabar nak tahu sambungan citer ni...eve, dua2 novel awak dah ada dalam koleksi saya...kedua2nya memang best...

    ReplyDelete
  57. Em kak evelyn ur novels inspire me esp a0380. Er, sye tertarik ttg sj islam dlm sume entri akak dlm novel tu. So; macam mane sye nk tahu or search ttg mende2 camtu?

    ReplyDelete
  58. sys bila nk update abg pilot part12....da jatuh cinta kali ke 3 ngan hero2 eve.....first ADAM KAMIL ,..2nd HAYDAR sekarang eve wat org jatuh cinta ngan ZAHID.....PLZZZZZ BUKULAH..

    ReplyDelete
  59. Waiting for ep.13 Abg Pilot ;) Cant wait for ur third Novel :)

    ReplyDelete
  60. suka baca novel eve...membuka persepsi Islam itu indah...penuh informasi..semoga Allah memberkati perjalanan eve dlm mendidik minda generasi..

    ReplyDelete
  61. eve...ending drama Ariana Rose x best.....hampa i tau...
    novel sis lg best...
    akak doakan kejayaan...moga2 eve kembali ke Malaysia selamat bawa title DR.(PHD)
    eve inspirasi hidup akak...utk x berhenti study....skrg akak OTW smbg study balik....
    hopefully akak boleh berjaya mcm adik

    ReplyDelete
  62. nak sambungan ep 13 kak eve..akak mesti bz kan..if boleh jadikan novel pn xpe..hhehe

    ReplyDelete
  63. akak bile nk keluar novel baruuu???
    dah jatuh ati ngn Evelyn Rose punye novel :'(
    byk pgtahuan ilmiah sy dpt.
    Waiting for the next novell !!! hihi

    ReplyDelete
  64. hi eveleyn ,pls make lots of luv story novel v will surely supported u.here from brunei with best of luck.

    ReplyDelete
  65. hi Iman-eve-had finished reading on 13 hrs A-380-wow mcm kesambungan cerita arianarose-both ariana n adam pun masi ada watak dalam novel tu-i rally impressed-took me one and a half days to finish it.its superb ada usul pengajaran sebagai manusia kita ta sempurna-its true wn v r good in something on the other side kita pun punya kekurangan-its true dat wat life is the word learning stil carry us till end of our life.thanks to ur lovely novels shall i adress it as excellent- brilliant. take care all the best for ur phd.

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts