13 Jam A380 - Part 21
salam n hye ! ;)
Alrite, ramai guess Helena tu mak Emmel ? Let us see .. :)
Ada yang kuciwa sebab terbantut memeluk Fawwaz ya ? ohoho...and jelesss sbb Encik F dipeluk Hana.haha! Kelakar le korang neh. hehe.
And pasal nurse, Sam, Fawwaz Eve tulis in Malay as in pencerita bercerita, walaupun kisah Hitler German dia berbahasa Jerman, tapi bila org menceritakan dialog dia, they say it in BM or BI if documentary tu from UK or USA. etc (paham ke? kalau tak paham buat2 paham.haha). Honestly I'm trying super hard utk jadikan lebih banyak BM dialog sbb nanti ada pembaca komplen..novel BM maka eloklah di BM kan. Hence that what it is, but utk simple english and ayat yg i think bunyi cam pelik gell kalau tulis kot BM i still made it in English. Ampun Pak Samad :p
kay bye, thankss n nite !
x Eve x
Part
21
Melihat si pemanggil
aku terus bangun
meluru ke arahnya. Hati
melompat gembira. Tanpa berfikir
tangan terus melingkar
memeluk empunya badan
yang tinggi dan
sasa. Kepala disembamkan ke
dadanya yang bidang.
" Saya ingat saya
dah tak boleh
balik rumah.... ! " aku mengogoi
dalam esakan. Air mata
merembes laju.
Dia kaku.
Tidak kembali memeluk
aku seperti aku
memeluknya.
Sesaat. Sepuluh saat. Dua puluh
saat.
Dia masih diam
tidak beriaksi. Aku angkat
muka memandangnya yang
jauh lebih tinggi. Merah
padamnya mukanya. Kaku bagaikan
tidak bernyawa.
" Er...sorry....Fawwaz...
" kedua belah tangan
yang memeluk badan
sasa Fawwaz aku
uraikan segera. Bagai terkena
renjatan elektrik. Menapak ke
belakang agar ada
ruang antara kami.
Macamana aku boleh
lupa Fawwaz ni
orang yang macamana ?
Aduh...!
Jeda antara kami. Aku pandang
kiri kanan, mengelakkan dari
bertemu mata dengan
Fawwaz. Malu okay !
“ Hana ” panggilan dari Fawwaz
memecahkan hening antara
kami. Dia memandang aku
dengan wajah yang masih
memerah. Malu atau marah ? Aku
tidak pasti. Lama matanya memerhatikan
aku hinggakan sekali lagi
aku tundukkan wajahku
sambil mengetap bibir.
" Alhamdulillah dapat juga
jumpa awak...” bila ayat
itu yang dilontarkan
oleh Fawwaz baru
aku berani memandang
wajahnya. Ada secalit senyuman
di bibirnya. Senyuman kelegaan
yang tampak ikhlas.
“ Merata saya cari... Apa
yang dah berlaku
Hana ? "
Cemas bunyi suara
Fawwaz. Cemas bercampur lega. Mungkin
lega dapat bertemu
aku di sini
dan cemas kerana aku
berada di sini.
" Kawan saya kemalangan.... "
" Awak ? "
" Saya ada dengan
dia tadi...tapi saya
tak apa-apa... "
" Hana....saya telefon awak
banyak kali ! Kenapa tak
dapat ? "
Aku tunduk lagi. Terasa bersalah.
" Telefon habis bateri... Dari semalam
saya tak caj.... Saya
minta maaf... "
Dia geleng beberapa
kali. Memandang aku dengan
pandangan berat.
" Tak perlu minta
maaf dengan saya. Yang
penting awak selamat. Lain
kali pastikan telefon
tu awak caj setiap malam. "
Aku angguk perlahan. Bagaikan anak
kecil yang baru
dileteri.
" Macamana awak tahu
saya kat sini ? " soal aku
dengan mata serba
salah untuk memandang
dia. Fawwaz menarik nafas
panjang sebelum terus
menjawab.
" Saya ke universiti
awak tapi pejabat
awak pun dah
tutup. Saya balik pukul
9.00 tadi, Fido dengan nenek
ingatkan awak ada
dengan saya. Saya cari
merata tempat di
universiti tapi tak
jumpa… Awak hilang tak
lebih 24 jam, kalau ikutkan
pihak universiti minta
tunggu sampai esok
pagi. Manalah tahu awak
ke kelab atau
pub. Kat sini kan
biasa balik rumah
awal pagi.. tapi saya
tak rasa awak
orang yang macam
tu. ”
Tak rasa
aku orang yang
macam tu ?
Aku telan liur. Aku
biasa pergi pub
tapi bukan kelab. Chilling bila stress.
Rupanya Fawwaz masih
bersangka baik dengan
aku…
“ Hati saya kuat
mengatakan ada sesuatu
yang berlaku pada
awak. Professor awak, bila saya
hubungi, katanya awak minta
kebenaran untuk keluar
awal. Awak nak ke town, dapatkan barang
keperluan. ”
Prof ?
“ Mana awak dapat
nombor Prof ? ” soal aku
laju dengan mata
membuntang.
“ Saya minta dengan
pihak universiti. Nasib baik
Surrey University tu
kampus universiti…Kalau tak, lagi lama saya
nak hubungi dorang.. ” Fawwaz menggelengkan
kepalanya sambil melepaskan
nafas berat sebelum
menyambung. “ Kalau ada apa-apa
yang berlaku pada
awak hanya ada
dua tempat yang
boleh sahkan, pejabat polis
atau hospital. Saya tanya
pejabat polis, dorang cakap
awak terlibat dalam
kemalangan dan sekarang
ada di hospital...." dia menghela
nafas berat. Menghembusnya perlahan
sambil memandang aku
lama. " Alhamdulillah
bukan awak yang
kena langgar... Kawan awak,
macamana keadaan dia ? "
" Sekarang dah stabil...tengah tidur...dia
sedar kejap tadi
tapi sekarang dah tidur dah... Dia
jatuh atas kaca
berhampiran jalan, luka dalam... banyak kehilangan
darah, tapi alhamdulillah sekarang
dah okay... "
Fawwaz mengangguk perlahan. Tampak lebih
tenang dari tadi.
" Jadi sekarang awak
nak balik dulu ? Esok
kita datang melawat. Duduk kat
sini pun awak
tak dibenarkan masuk
pun kan ? "
Linda dah ada
Samuel yang temankan... Kalau tinggal
di sini pun
tak ada apa
yang dapat aku
buat. Keadaan Linda pun
dan okay. Samuel
pun dah macam
tak dapat nak
fikir benda lain
melainkan Linda. Kalau balik
pun dia tak
mungkin tercari.
" Hmm...Saya nak balik... " ujar aku
perlahan. Badan yang dah
melekit, walaupun baju sudah
bertukar tapi bau
darah masih ada. Melekat
di badan. Dengan hospital
yang sejuk, lebih baik
aku pulang dulu.
" Okay, jom. " dia
senyum mesra. Mula melangkah
untuk pergi.
" Eh, kejap ! Saya nak beritahu
kawan saya... dan nak
ambil barang kejap. "
Laju aku berpaling
ke arah tempat
aku dan Helena
duduk tadi bila
Fawwaz berhenti dan
mengangguk membenarkan.
Mana Helena ?
Helena dah tak
ada di situ. Beg
pakaian dan tote
bag aku capai. Berpaling memandang
Fawwaz sambil membuat
isyarat supaya dia tunggu.
Kaki melangkah mencari
Helena. Mungkin dia ke
tandas...
Laluan koridor ke
tandas aku lalui. Mencari Helena. Suasana di
sini lebih sunyi
sementelah agak tersorok
lokasinya. Kiri kanan wad
yang tertutup. Bayang doktor
dan jururawat pun
langsung tidak kelihatan.
Mana dia ?
Pintu tandas aku
tolak.
Sunyi.
" Hana "
Laju aku berpaling. Terkejut. Rasanya tadi
tiada siapa di
koridor ini tadi.
" Helena.... ! Awak buat saya
terkejut... " bibir
mula mengukir senyum
bila si pemanggil
adalah Helena. Dia berdiri
elok di belakang
aku.
" Saya dah nak
balik Hana " ujar dia
sebaris. Aku senyum. Tak rasa
bersalah sangat bila
Helena pun membuat
keputusan untuk balik
juga.
" Saya pun... Kawan saya
datang ambil " ujar aku
ceria. " Jom saya kenalkan
pada kawan saya " ajak aku
telus. Tangannya aku capai
tapi laju dia
uraikan. Wajahnya nampak serba
salah dengan dahi
yang berkerut.
" Tak apalah...dah lambat, saya
kena balik dulu. Esok
kerja.... Kereta saya kat
sana. "
Dia tunjukkan ke
arah kawasan parkir
di seberang sana. Ada
pintu keluar dari
sini. Helena kerja pagi, aku
pun faham. Senyuman aku layangkan untuk
dia.
" Kalau macam tu, kita
jumpa lain kali. Owh, apa nombor
telefon awak ? "
Dia tidak terus
menjawab. Menggigit bibir sebelum
lama diam dan
akhirnya mula membacakan
nombornya. Aku tandakan pada
buku nota. Telefon Linda
aku berikan pada
Samuel sedari tadi
lagi. Nombor Linda pun
aku tandakan pada
buku nota yang
sama. Mungkin cara konvensional
lebih selamat.
" Jumpa awak nanti
Helena ! "
Kami bersalaman sebelum
mengucapkan mengarah ke destinasi masing-masing.
*********
" What ? " soal aku
dalam tawa dan
senyuman nakal. Fawwaz yang
berada di sisi
aku perhatikan. Sedari tadi
dia asyik memandang
ke arah ini. Memandang aku
lebih tepatnya.
Kami duduk di
belakang. Tommy yang memandu. Hospital aku
tinggalkan tanpa berjumpa
dengan Samuel terlebih
dahulu.
" Awak buatkan saya
betul-betul risau... "
dia senyum sebelum
ketawa perlahan. Kepalanya digelengkan
beberapa kali bagaikan
tidak percaya dengan
apa yang berlaku.
" What did you
think had happened
to me ? " soal aku dalam
nada mengusik. Menjelingnya sekilas.
Dia bersandar pada
cermin kereta di
sisinya. Memandang tepat pada
aku. Entah kenapa dada
terasa berdebar bila
Fawwaz berperilaku begini. Anak
matanya yang bersinar
dalam samar malam, wajahnya yang
maskulin dan badannya
yang sasa... buatkan nafas
aku terhenti seketika. Liur ditelan
payah. Aku tunduk bila
lama dia memerhati.
" Awak buat saya
rasa apa yang
saya rasa 12
tahun dulu... " terukir senyuman
di hujung bibir
kirinya. Dengan wajah yang
tertunduk sedikit dan
anak mata amber
yang tajam memandang, hati sesiapa
pun pasti akan
berdetak dentum di
kala ini.
" And...what is that
feeling ? " soalku gaya
bodoh alang dengan
mata yang dikecilkan.
Dia menarik nafas
sebelum menghembusnya kuat. Tangannya yang
diletakkan santai di
peha kirinya naik
memegang hujung dahinya
sendiri.
" Heart beat " ungkapnya sepatah dengan
anak mata yang
masih memanah tepat
ke mata aku. Sekali
lagi nafas bagaikan
terhenti. " To feel my
own heart beat... " ujarnya dalam
senyuman yang masih
terukir di hujung
bibir.
Liur aku telan
beberapa kali.
Awkward.
Dua belas tahun
lepas... Fawwaz kemalangan bersama
mak dan ayahnya.
" Awak ingat saya
yang kemalangan ? "
tebak aku laju. Pantas
memandangnya.
Dia angguk.
" Dua belas tahun
saya hidup dalam
keadaan yang tasteless.
Semuanya predictable. Mendatar. Saya elak
dari memandu dan
membawa penumpang. Hati saya
ada, masih wujud dan
berfungsi, tapi susah untuk
saya merasa dengan hati
yang sama... Excitement...Suprises...
Semua tu dah
lama saya buang
ke tepi... " dia ketawa
perlahan sebelum menyambung
lagi. " Look at
you Hana. Baru dua
hari awak muncul
dalam hidup saya, awak
berikan saya pelbagai
rasa. Terkejut. Marah. Harapan. Ketenangan... dan tadi, awak
buatkan saya bimbang. Tersangat bimbang...dan
sekarang, awak buat saya
kembali tersenyum... "
Aku kaku mendengar
satu persatu butir
bicara Fawwaz. Lelaki yang
aku katakan berhati
batu kini berkongsi
rasa dan perasaannya
dengan aku.
" Awak buat saya
kembali berharap... dan tak
takut untuk berharap... "
Adakah selama ini
Fawwaz sebenarnya takut
untuk berharap ?
Takut harapan akan
mengecewakan dia seperti mana
harapannya hancur bila
ibu dan ayahnya
meninggal dunia ? Hancur bila
adik sendiri memanggilnya
pembunuh bertahun lamanya ?
Kalau hidup tanpa
harapan….apa yang menjadi
tunjang kehidupan Fawwaz
selama ini ?
Dia tampak tenang
melalui kehidupannya selama
ini. Menjaga Fido. Menjaga syarikat
peninggalan arwah ibu
dan ayahnya. Membuat kerja
amal…
Aku senyum sendiri. Fawwaz orang
yang kuat, walaupun tiada
harapan yang dia
berani letakkan dalam
kehidupannya, dia tetap berjalan
di bumi ini
dengan penuh kepatuhan
pada Tuhan. Dalam moral
yang tinggi. Ujian maha
hebat pada pandangan
aku itupun langsung
tidak menjejaskan prestasi
hidupnya…
Apa pegangan Fawwaz
hingga dia kuat
begini ?
Soalan yang satu
itu aku simpan
terlebih dahulu. Suatu masa
nanti, bila aku dan
Fawwaz lebih rapat, lebih
memahami antara satu
sama lain, mungkin aku
akan memperolehi jawapan
itu nanti.
Wajah Fawwaz yang
disimbahi lampu jalan
warna neon aku
pandang dengan wajah
yang ceria.
" Tuhan hantar saya
ke sini untuk
kembalikan hati awak ! " aku senyum
riang. Cuba menceriakan suasana
yang terasa agak
asing antara kami. Tangan
yang aku genggam
aku angkat tinggi, menghulurkan ke
arahnya. Genggaman aku buka
dan meniupnya ke
arah Fawwaz.
" Fuuhhhh ... ! " aku
senyum lebar. " See, saya dah
masukkan balik hati
awak yang tertinggal
di langit. Masa naik
kapal terbang saya
jumpa hati awak...bersinar terang....cantik dan
mengagumkan. Terletak
dicelah-celah awan... Saya ambil, saya
simpan...dan sekarang....ianya milik
awak. Kembali menjadi hak
awak "
Kuat Fawwaz ketawa. Terpancar kebahagiaan
di wajahnya. Hilang sudah
wajah menyinga si
Fawwaz selama ini.
Melihatkan senyuman dan mendengarkan gelak
tawa Fawwaz hati
terdetik hiba....Pelik, tapi itu
yang aku rasa.
Fawwaz....
Saya gembira bila
awak gembira....
Fawwaz.....
Saya harap hati
awak yang lama
terluka akan kembali
pulih... Saya tak mampu
untuk melihat sedalam
mana luka awak
selama ini...tapi kalau
saya mampu saya
akan cuba ceriakan
hati awak, Emmel, Fido, nenek...
dan seisi rumah
agam itu...
Give love rather than seeking for love,
Create smile rather than hoping for a person to
make us smile,
Like the nature cherishing human being…
Mungkin hidup dengan
memberi akan lebih
membawa erti untuk
aku, Hana Sofea… Hati yang memberi
dan tidak mengharapkan
pembalasan, sama seperti
dandelion yang Fido
katakan. Lebih tenang, lebih bahagia
dan membahagaikan…Mungkin inilah
yang dimaksudkan oleh
Fido semalam sewaktu
dia menghadiahkan aku
dengan bunga Poppy
dan Queen Anne
Lace.
' For the lady
who brighten up
the whole house
for today and
in the coming
days... '
Fido lebih dahulu
membaca perilaku abangnya. Lebih dahulu
menyedari perubahan Fawwaz, sebelum Fawwaz
sendiri mengiyakannya sekarang.
" Awak ni lucu
Hana... " ungkap Fawwaz masih
dalam senyuman lebar
bila tawanya semakin
reda. Tommy yang memandu
di hadapan turut
berpaling memandang ke belakang. Menghadiahkan senyuman
pada kami bila
dia berpaling. Mungkin turut pelik
dengan perilaku Fawwaz.
" Kalau saya tahu
hati saya tertinggal
di langit, di tengah-tengah
laluan udara antara
Malaysia dan London, dah
lama saya balik
ke Malaysia... "
ujarnya dalam senyuman. Memandang aku
tepat di mata. Bagaikan ada
makna yang mendalam
dalam pandangannya kali
ini.
" Tu lah, sombong sangat, bahasa Melayu
pun awak tak
reti... Malaysia pun tak
nak balik.. " aku buat
muka. Walaupun aku petah
berbahasa Malaysia dengannya, dia tetap
dengan posh British
accentnya.
Dia tertawa lagi.
" Saya rindu juga
kat Malaysia... tapi balik
Malaysia buatkan saya
rindu pada arwah
mak saya... " suaranya perlahan
tapi mampu aku
dengar.
Selama ni Fawwaz
juga merindui arwah
ibu dan ayahnya ?
Aku sangkakan dia
berhati batu. Tiada perasaan. Rupanya segalanya
dia semat di
dada. Langsung tidak menzahirkannya. Menyoroknya dengan
baik untuk tempoh
12 tahun...
" Fawwaz, semua orang ada
tempoh masing-masing kat
dunia ni... Awak percaya
kan kita akan
jumpa mereka nanti
di akhirat sana ? "
Dia angguk.
" Banyakkan amal kita, jadi
anak yang soleh, pasti
awak dan mak
ayah awak akan
bertemu balik di
syurga " aku senyum tenang.
Banyakkan amal ?
Ayat yang aku
rasa bagaikan memakan
diri sendiri. Aku hela
nafas dalam. Mula menggigit
bibir sendiri bila
hati terasa terhimpit
dek perkataan sendiri.
" Terima kasih Hana...Itu
yang buatkan saya
teruskan kehidupan. Saya tahu
kematian bukan pengakhiran, tapi hanya
satu hentian. Dunia, hanya sementara. Itu janji
Tuhan, dan Tuhan takkan
pernah lupakan janjiNya…" dia senyum
tenang seraya mengangguk. “ Saya berdiri
di bumi ni
sebagai hambaNya, hamba pada
maksud memberi sepenuh
hati kepada Dia. Apa
sahaja yang Dia
takdirkan untuk saya,
saya percaya Dia
berhak keatasnya. Dia berhak sebab
saya hanyalah hamba… Nanti, giliran saya
pula untuk tinggalkan
dunia ni… Saya harap, saya
balik ke tempat
asal kita semua
sebagai manusia yang
Allah pandang… Allah sayang… ”
Aku menarik nafas
perlahan. Perlahan kerana tersekat
dan bergolak di
dada. Bagaikan ada sesuatu
yang menekan hati
tatkala ini. Menghimpit dada. Aku
angguk beberapa kali, terpempan dengan
pengakuan Fawwaz. Rasa sayu
dan hiba mula
menambah rasa. Wajah Fawwaz
aku pandang lama. Tak
berkelip. Hinggalah
senyumannya merekah lagi. Senyuman yang
bisa buatkan mata
terpana dan hati
kembali berdegup kuat.
“ Hana… ” dia ketawa.
Cepat-cepat aku alihkan
pandangan ke arah
lain. Segan. “ Kenapa tengok macam
tu? ” soalnya dalam tawa
yang masih bersisa.
Laju aku gelengkan
kepala dan mengukir
senyuman lebar. Cuba mengalihkan
topik perbincangan sebelum
air mata aku
merembes lagi. Tadi Linda, kemudian Helena dan
kini Fawwaz. Linda yang
buatkan aku cemas, dan
aku sedar tentang
hakikat nyawa dan
kematian. Hakikat takdir yang
ditulis Tuhan untuk
setiap hambaNya.
Unpredictable.
Kata Mother Theresa, kita
bagaikan pensil di
tangan Tuhan yang
sedang menghantar surat
cinta pada dunia, pada
hambaNya.
Nyawa. Kehidupan. Cerita hidup kita, Allah
yang lakarkan…
Helena…dan cinta…Fawwaz denga
harapan dan kehidupan…
Semuanya bagaikan ditakdirkan
oleh Tuhan untuk
bertemu dan bercerita
pada aku…
“ Hana… ! ” suara Fawwaz yang
sudah bertukar cemas
bila aku masih
kaku diam buatkan
aku mengukir senyuman.
" Tak…saya mengelamun. Just terfikir
pasal benda tadi… ” ucap
aku perlahan.
" Macamana boleh kemalangan ? " tanya dia
kembali serius. Kedudukannya dibetulkan. Duduk lebih
dekat dengan aku, tapi
masih berjarak. Fawwaz tetap
Fawwaz...kedudukan dan pergaulan
tetap dia jaga.
" Kitaorang tengah jalan
tadi....Linda lintas jalan
tu tak pandang
kiri kanan dulu....tapi
kereta tu pun
laju juga... tu tak
sempat nak berhenti..."
" Awak tak kena
pape ? " tanya dia lebih
serius.
Aku geleng laju.
" Tak...trauma sikit je
kot...tengok darah banyak... " suara aku
mula mengendur. Mengimbau kembali
detik cemas tadi. " Badan saya
tak bau darah ? " tanya aku
agak segan. Sedari tadi
dengan Fawwaz, entah-entah bau
hanyir darah melekat
kuat.
Dia senyum dan
menggeleng.
" Tak apa...balik nanti
boleh mandi.. "
Owh.. Maknanya memang berbaulah ! Erghhh...
Aku tunduk malu. Mula
memandang keluar cermin
kereta. Harap cepat sampai. Segan
aku dengan Fawwaz. Dah
la siap peluk
dia kemas-kemas tadi.. Haih, Hana…. !
" Esok awak pergi
universiti ? " tanya
Fawwaz bila kereta
sudah mula memasuki
kawasan rumah agamnya.
Aku diam berfikir. Ikutkan hati
hilang mood mahu ke
ofis esok, tapi cuti
aku hanya ada
30 hari dalam
setahun. Sayang kalau digunakan
begitu sahaja. Akhirnya aku
anggukkan juga.
" Kalau macam tu... Esok
saya datang ambil
awak. Dalam pukul 6.00pm boleh ? " soalnya lagi. Mesra.
" Okay... "
" Jangan keluar mana-mana
sebelum pukul 6.00
pm. Tunggu saya datang. Kalau
awak nak shopping,
hujung minggu ni
kita pergi. Dengan nenek
dan Emmel sekali. Saya
belikan baju yang
awak nak. "
Baju baru ?
Terus bibir aku
merekahkan senyuman. Bila Fawwaz
baik begini hati
bagaikan dipam-pam dengan
gas bahagia. Kalaulah ada
gas bahagia kan
bagus, sedut je terus
bahagia. Sakan aku melalut
sampaikan Fawwaz yang
memandang tersenyum sambil
menggelengkan kepalanya. Tak tahanlah
tu dengan reaksi
aku.
" Owh tapi nanti
kita lawat Linda
ya ? "
" Okay, lepas ambil awak
kita ke hospital
terus.. " Fawwaz bersetuju
sambil melayangkan senyuman
mesranya. Kereta berhenti di
hadapan pintu rumah. Dari
sini aku dah
nampak Fido dan
Emmel yang berdiri
di hadapan pintu
rumah yang terbuka. Nenek ada di sofa.
Fawwaz menghela nafas
berat. Memandang aku.
" Dorang risau.... Fido pun
cari awak juga
tadi... Emmel dari tadi
menangis...dia ingatkan awak
tinggalkan dia lagi... "
Aku tunduk. Rasa bersalah.
" Saya minta maaf
dah susahkan semua
orang " secalit
senyuman aku pamerkan
pada Fawwaz. " Saya takkan
tinggalkan Emmel... Terima kasih
sebab cari saya
tadi... "
" Saya pegang kata-kata
awak Hana "
Pendek ayat Fawwaz
tapi mendalam maksudnya. Ayat yang
dituturkan dengan pandangan
penuh makna, dalam intonasi
yang tegap. Bukan tegas
tapi tegap. Intonasi yang
menunjukkan keyakinan dan
harapan...
Aku angguk. Pasti. Aku pasti
pegang kata-kata aku
juga.
" Jom, malam ni tidur
rumah ni je... Hmm ? "
Tersentak aku bila
Fawwaz mengajak begitu. Membuntang rasa
mata.
" Tuala semua dah
ada dah kat
bilik tetamu. Bilik tetamu
ada sepuluh dalam
rumah ni. Awak pilih
mana nak... " dia senyum
herot. Mengalihkan
pandangannya pada Emmel
dan Fido. " Tengokkan Emmel
tu...saya rasa nanti
dia nak tidur
dengan awak malam
ni. "
" Hmmm bagus juga tu !
I can
hug her sooo
tightly ! " ujar
aku riang. " Jom! " pintu
kereta aku buka. Fawwaz
juga sama.
" Mommy.... !!!! " dari
jauh Emmel sudah
memanggil. Fido yang mendukungnya
tersenyum lebar. Tampak sangat
gembira bila melihat
kami berdua.
Aku cepatkan langkah. Terus mencapai
Emmel yang lebih
awal turun dari
dukungan Fido dan berlari ke
arah aku.
" Helloo my daisy
! " pipi
Emmel aku cium
sakan. Dia ketawa kuat. " Kenapa tak
tidur lagi ? Hmmm...? "
Emmel peluk leher
aku. Merapatkan pipinya dengan
pipi aku. Bau sabun
bayi dari tubuh
Emmel menenangkan perasaan.
" Emmel nak tidur
dengan mommy... "
Aku ketawa. Betul telahan
Fawwaz tadi. Fawwaz yang
sudah berdiri di hadapan kami
aku jeling sekilas. Melemparkan senyuman
padanya.
" Mestilah Emmel tidur
dengan mommy...! " aku kemaskan
pelukan pada Emmel. Berjalan seiring
dengan Fawwaz dan
Fido ke dalam. Nenek
sudah berdiri menyambut
kami.
Tangan aku dicapai
oleh nenek. Anak matanya
jelas tampak bimbang
dan lega yang
bercampur baur.
" Emmel... mommy penat tu, Emmel
tidur dengan nenek
dulu. " pujuk nenek seraya
cuba mengambil Emmel
dari dukungan aku. Nenek
bagai memahami keadaan
aku yang bagaikan
kehabisan tenaga kini. Kalau
boleh waktu macam
ni aku hanya
mahu mandi menggunakan
air panas, bersihkan diri
dari bau darah
yang masih melekat
dan tidur sepuas-puasnya.
" Mmm... !!! " Emmel
merengek di pangkuan
aku. Menggelengkan kepalanya dan
mula menghayunkan kakinya
tanda protes.
" Hey... sayang mommy cium
nenek dulu, lepas tu
kita tidur sama-sama
ek?"
Emmel mula menghentikan
rengekannya. Aku suakan Emmel
pada nenek. Membiarkan Emmel
tunduk menciumnya.
Aku pandang Fawwaz. Mengisyaratkan padanya
agar menunjukkan aku
bilik Emmel atau
bilik tetamu. Dia segera
melangkah ke aras
atas. Aku mengekori. Fawwaz menghantar
hingga ke bilik
Emmel. Bilik yang jauh
lebih luas dari
bilik aku di
Malaysia. Hiasan putih gading
dengan katil kanopi
bersaiz queen. Ada meja
kecil saiz kanak-kanak
dengan alatan memasak, teko
dan cawan olok-olok
di atasnya. Emmel aku
baringkan di katil. Fawwaz
menunggu di luar
bilik.
“ Emmel, mommy jumpa daddy
kejap, nanti mommy datang
ya sayang ? ”
Emmel diam memandang
aku, kemudian memandang Fawwaz
yang bersandar di
bingkai pintu. Dia diam
tidak menjawab. Aku terus
berlalu ke arah
Fawwaz.
“ Nanti saya tidur
kat bilik Emmel ” bisik
aku perlahan.
“ Lepas Emmel tidur, kita
cakap kejap. Nanti saya
minta Habsah sediakan
pakaian dengan tuala
semua untuk awak. ”
“ Okay. ” aku senyum. Fawwaz pun
sama. Dia mengalihkan pandangan
pada Emmel.
“ Goodnight sweetheart… ” ucapnya dari
jauh.
“ Goodnight daddy…. ”
~> bersambung....
p/s : Goodnight everyone =) dah kol 1.30 a.m (X_x)
p/s : Ada suggestion utk watak Samuel ? I dont like Brad Pit but he is d most okla for a blond n blue eyes English guy which still look macho. kalau ada suggestion lemme know.
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)
entry yang membuat hati tersenyum...
ReplyDeleteemmel tidor dgn mummy..abih tu daddyv nak tido dgn saper??? ehem..ehem
ReplyDeleteEve..utk samuel..Chris Evan? ok x?
ReplyDeleteSetuju, setuju, setuju.. Last time i suggested Chris Evans utk character TAK tp x menepati citarasa sumer hihihihi..
DeleteFawwaz + Hana + Emmel is 'beautiful combination' for happiness ..:-)
ReplyDelete*Amoiiwhitelily*
Kesinambungan yang sungguh mengumbirakan hati, silalah teruskan..
ReplyDeleteEve, agak2 bila versi cetaknye?
Chris Evan @ chris hemsworth!!!
ReplyDeleteSince beginning ... dok tunggu bila time Fawwaz nak jadi sweet .. now starting moment dah ada .. berbunga bila baca ... thanks Eve ... so far you make all of us terapung di awangan ... good job ..
ReplyDeleteyepp , jika kita membahagiakan kita orang lain pasti Allah akan beri kebahagian kepada diri kita. hurm , Paul Walker pun okay jugak. the one yg berlakon fast & furious tu. hehe. btw , thank you Eve for the nice story. really make my day :)
ReplyDelete#Murni Tan
sweet sgt entry nie..thanks eve...suka bila fawwaz ah kembali ceria..dah x menyingga lg..hehehe....ahhh..jth chente ngn fawwaz ♥ ♥ ♥ ♥
ReplyDeleteEve...thanks for the n3... ;)
ReplyDeleteSamuel = William Levy (ok tak?)
suka dgn fawwaz..tp ttp tunggu haydar datang huhuhu
ReplyDeleteAlahai fawwaz...u buat ai berpaling arah dr haydar lah....olala....
ReplyDeleteSalam Eve, nampaknya Hana dapat belajar tentang kehidupan dan mengenali diri sendiri sepanjang perkenalan dengan nenek, Fido, Fawwaz dan Emmel. Yang menariknya adakah benar Fawwaz nampak Hana sebagai bintang hatinya. Bila Hana memulangkan Hani pada Fawwaz so sweet macam angel plak rasanya. Harap Hana dan Fawwaz ditakdirkan untuk bersama. Masa ni Linda dan Samuel dah berkahwin ke belum? Kalau tak silap saya dalam TWB rambut Samuel tu oren bulu jagung (bahasa tempatan) / blondkan? Sebab lifestyle high class dan royal family saya cadangkan Prince of Monaco Andrea boleh tak muka playboy skit kawan Adam plak tu.
ReplyDeletedear fawwaz,
ReplyDeletehati awak tu ada kat saya lah...kui kui kui
thanks eve!!!u make my dayyyy ^^
Salam seri ayu, hana ada pulangkan hani pada fawwaz..ni part yg mana eh..(tetiba rasa mcm xder baca lak)
ReplyDeleteeve..hana ngn fawwaz ke..kalo nk dengan haydar jugak boleh tk? heheh..
Alah awak spelling error hatilah...
Deleteooooo..
ReplyDelete"Enormous piece of writing" Keep updating this story..addicted !!
ReplyDeleteHumble appraisal & request from anonymous reader GBU :)
Eve I start reading your story few lines and i felt it is not so you....i felt like i read a sastera melayu punya novel... eve dont care what they said about BM or BI ... we/I truly love the way you wrote your story ...hope dont change ... i feel weird.....
ReplyDeleteyeah..me tooo...................
Deletei agree..
Deletehav 2 agree with u guys...dat it sounds a bit weird n juz x eve...am very sure dat d story will be much much sweeter if it is relayed in d usual eve's style... a bit of english here n there...juz my 2 cents...
DeleteAs salam Eve...
ReplyDeleteLove u muah3......
I really love 13 jam - A380. Eager to read as a novel like TWB.
Izzati:
ReplyDeleteAssalamulaikum kak eve darling!thank for the entry..love it..
Fawwaz is backk!..hehehe...susah sngat nak tgk Fawwaz bercakap dengan hati yg gembira..selama nie hati die mmg keras mcm batu tpi disebabkan beberapa alasan yg terpendam jauh di sudut hati..dia hidup dlam kesedihan dan rasa serba salah...mmg perit...saya tak dapat bayangkan diri saya jdi Fawwaz..die sngat kuat menempuh segala onak & duri yg datang dlam kehidupannya...nak nangis pun ada bila die dah mula menceriakan diri..terima kasih bnyak2 dekat Hana...she make Fawwaz's happy...so touching..;)
sokong dgn kata2 kak amoii...Fawwaz+Hana+ Emmel is "beautiful combination" for happiness..like it!
p/s:izzati pun rasa yg Helena itu adalah mommy Emmel jugaklah..tapi perjalanan cerita msih panjang..x leh nak buat ramalan awal lagi..banyak lagi yg perlu ditempuh...
keep writing sis eve...like this story so much..;)
Bez mcm biasa...kalau fawwaz 2 bg kt saya blh x????...kihkih
ReplyDeleteSy rsa nak nanges, tk atas karya yg baik n penuh info n emosi...trskn perkongsian Eve ni...LIKE byk2 ;)
ReplyDeletehahaha....ramai nyer follower 13 jam - A380. Pas ni jangan lupa terbitkan novel...jgn lupe inform we all ok. Eager nak dapatkan terbitan pertama.....hope Karya Seni will publish ur new novel....
ReplyDeleteHi guys....don't u think that Hana will hurt somebody's heart either Fawwaz, Fido or Haydar. Don't u think that the guys will fall for Hana....hahaha....Eve....am I right?
ReplyDeletesamuel - bradley james
ReplyDeletehai eve untuk samuel liam hemsworth punn boleh >.<
ReplyDeleteeve... saya lg suka fawwaz drpd haydar...haha
ReplyDeletehow bout matt bomer as samuel
ReplyDeleteIm totally agree with matt bomer..he is so much like samuel in white collar..stand in his own class..totally awesome..
DeleteAssalam Eve...nak suggest Paul Walker as Samuel la...muehehe....
ReplyDeletespeechless with dis new entry...:) well eve...owesome as olways...boleh x update dis story twice a week at least?..hehe...tamak ckit...cz penantian itu suatu penyeksaan la eve....:) hehe..
ReplyDeletehi eve....bagusnya bila dapat baca betapa fawwaz begitu menghargai kehadiran hana dlm hidupnya. haydar for hana is actually obsesi saja kan.....pasal your writing in BM, it's good. kalau bukan kita bangsa melayu yang memartabatkan bahasa kita, siapa lagi kan?
ReplyDeleteeve...great job 4 dis chap...i really did not expect fawwaz 2 change so soon but then d unexpected storyline is d 1 that makes me like it so much...keep on spinning d tale, dear...
ReplyDeleteOh my! Fawwaz is such a dear! Fuhh melting dgn scene hana dgn fawwaz. entah2 fawwaz dah ada 'rasa' kat hana tak skrg ni? suka CP ne! please kak eve make them together ok? forget bout haydar he is such a villain! Sorry TeamHaydar.!
ReplyDeleteSokong Fawwaz hehehe..
DeleteWhat about Channing Tatum for Samuel's character?
ReplyDeleteOr Ryan Gosling? Or the late Heath Ledger? Or James Franco? Or Colin Farrell (let's pretend dat his a blondie)? And d list goes on and on.. Heheheheh
-Novelaholic-
Collin Farrell tak tua sangat ker...umur dalam 30's jer Samuel tu...ambil David Gandylah...hehehe..
DeleteThanks for the update. You really made my mind working so hard Eve. Tak tahu kenapa, bab ini membuatkan akak terfikir yang cinta semestinya menuntut pengorbanan. Dia menjadikan Adam dan Hawa itu untuk saling melengkapi, hence, to patch the hollowness, it requires opposite characteristics. Untuk sebuah kesempurnaan,keadilan dan perubahan ke arah kebaikan, suram, hitam gelap itu perlu dihadapi not to be ignored. Preparing myself for something unexpected. Till the next chap, take good care!
ReplyDeletePape??
ReplyDeleteJust wanna say..thank you girl!!
ReplyDeletelagi ? lagi ? sambung laa lgi eve :) ,
ReplyDeleteEve... Memang the best la:) Tqvm untuk n3 yang menarik ni...
ReplyDeleteRyan Reynolds for Samuel? He he he...
ReplyDeleteEve, just write in ur usual style, mix BM n BI. Bukan apa, pelik pulak bunyinye bila balai polis jd 'pejabat polis' hehehe
ReplyDeleteOrlando Bloom blh x?...ehehhe
ReplyDeleteSyukur ... syukur... Fawwaz tak marah2x, Hana bawak sinar gumbira pada keluarga ni...Fawwaz dah boleh gelak n senyum dah tentu Nenek pun senang hati...aminnnn
ReplyDeletep/s setakat salah sikit2 susunan ayat tu kira halal la tak yah le dok commenet2x... faham2x sendiri laaa kan asalkan cerita keluaq dah ... Cik Eve daling TQVM yee
Hati gumbira x sabar nak tgu entry bru.....best luv eve..:-)
ReplyDeletebaca sambil tersenyum ^^V
ReplyDeletebest sgt...tp haydar d mana?
ReplyDeleteeve...TWB best sgt...TQ...x rugi beli...sy order dr karya seni..pengurusan penghantaran...sgt memuaskan...bru 3 kali sy ulang baca...mcm x puas baca pula...A380 punya novel coming soon sy mesti beli punya la..hahaha...
ReplyDeletePanahan cinta dah hampir tiba?
ReplyDeletehmmm... nampak fawwaz mcm suka je dgn hana...
ReplyDeletehana plak...???
Nape Helena cam takut je nak jumpa ngan Fawwaz..
sure ada something nih...
bila agaknya citer haydar nak kuar ye...
x sabor tul nak tunggu...
penantian satu penyeksaan...
hihi...
-shalinda-
Thanks Eve! Best!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetak sabar nak tunggu next entry.. best sangat..
ReplyDeletei think fawwaz suke dkat hana la.. =) die ambil berat dkat hana.. =) good job kak eve... wana suke sgt dgn cite ni... thank you so much.. :)
Love this n3...love fawwaz n hana together.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Lama tak jengah. Dah bab 21 rupanya. Kena naca balik dari awal. Apapun, nak hana dhn fawwaz. Please.
ReplyDeletesalam..waa bestny...dah suka plak klau hana dgn fawwaz...haydar??? syg plak nak lupakan dia hehe...apa2 pn suka ja klau hana ngan fawwaz or haydar..x sabar nak tngu cite seterusnya.... Eve pernah tngk x cite beastmaster,klau yg jd hero dia tu bleh x for watak samuel..hehe..tp xtau nama dia ape dah lupa...
ReplyDeleteSuke ble fawwaz dh bleh gelak2..
ReplyDeleteSaya jatuh cinta dgn semua lelaki dlm cerita ni.. Untung nyer jadi Hana.. so xkesah lah dgn siapa pun yg Hana akan end up with.. saya rela.. ha..ha..ha..
ReplyDeleteWhen I read the story ... i only imagined the character in Twilight Saga to suit Fawwaz, Fido, Hana, Grandma, Driver, etc... becoz the character in the twilight saga suit the story if we put aside the twilight based character as vampire and werewolves...
ReplyDeleteP/S: just my imagination guys/gals..no harm
gudnite sweetheart..... i was imagine Fawwaz said like tht to me...hahahahha.... so sweet...hahhahah......yeah... asenya entry for this time make fans fawwaz sume melted and da x beku2 balik da sbb Fawwaz tersngatla..cute... tunjukkan hidden side dia.... beside from Fawwaz yg tegas, garang, jrg senyum hahahhaha... i love u Fawwaz :D ngeh..ngeh.... thanks kak eve for this entry
ReplyDeletesweet kiss from ur reader
-Song Hyun Sun-
-wani-
ReplyDeletesis i hope the end of this story is hana + fawwaz ..
i like them .
they seem like had a chemist ..
seriously i hope hana doesnt end up with fido nor haydar
firstly i thought it was haydar but then i wish hana will stay with fawwaz ,,
oh my ! im so in love with fawwaz n i dont know why .. weirdo !
senyum2 je baca...rasa mcm nk suruh kuar cetak next month jer..tak sabar nih..
ReplyDeleteEve :)
ReplyDeleteRasanya tulis aje gaya Eve. Yang lemah BM belajar BM dan yang lemah English belajar pasal English ...win win ....
Ok darlings yang lain ambiklah Fawwaz....:))) I get to keep Haydar. Hati Haydar belum diselami ....kang Eve tulis semua hero hebat gaya masing2 mau kita yang confuse mana nak di pilih ...:)
Waahh...ada kisah [Samuel + Linda]... ^.^
ReplyDeleteI still hope that in the end, [Haydar + Hana] and [Fawwaz + Helena + Emmel]~~ hehe
betulla seperti kata zalida kalau bukan kita yg memartabatkan bahasa melayu, siapa lagi yang akan buatkan kan2. cerita eve tetap menarik dan tertunggu2. teruskan usaha anda
ReplyDeleteSo sweet...mulalah nak atuh cinta ni...
ReplyDeleteSo sweet...mulalah nak atuh cinta ni...
ReplyDeleteJatuh cinta berkali-kali gan fawwaz.....
ReplyDeleteJatuh cinta berkali-kali gan fawwaz.....
ReplyDeletenoorhaslinda
ReplyDeletesaya tak tahu kenapa.but i prefer to read them in eglish..the dialouge.nampak mcm pelik bila in BM.terasa macam org putih yg speaking Malay eg Samuel..btw suka sangat dgn cerita ni..input dia tip top/ super duper best n bermakna.buat saya fikir byk kali tntg hidup..thanks eve.
fawwaz..fawwaz...fawwaz...
ReplyDeleteMane part 19 n 20
ReplyDeleteyes if me i choose fawasss ! cant wait for the next entry ~ sebab tak dpt novel ag sob sob...
ReplyDelete